TAJUK 4 PJ
description
Transcript of TAJUK 4 PJ
SINOPSIS Tajuk dalam modul ini menjelaskan tafsiran sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani (PJ) KBSR yang digunapakaikan di sekolah. Tajuk
ini juga dapat menjelaskan konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan
integrasi dalam PJ.
HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar dapat memahami konsep kesepaduan, penggabunjalinan dan
integrasi dalam PJ.
2. Pelajar dapat memahami Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PJ KBSR.
3. Pelajar mampu mengenalpasti sub-sub tajuk dalam setiap tunjang
pembelajaran mengikut HSP.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
1. KesepaduanKesepaduan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
mana konsepnya bersepadu dengan mata pelajaran yang lain. Kesepaduan
adalah selaras dengan matlamat Pendidikan Jasmani untuk melahirkan
masyarakat secara menyeluruh. Konsep bagi kesepaduan adalah gabungan
beberapa ilmu pengetahuan, bahasa atau nilai-nilai dalam mata pelajaran lain
secara menyeluruh. Menurut Kamus Dewan (Edisi 4), kesepaduan
HURAIAN DAN TAFSIRAN
KESEPADUAN PENGGABUNGJALINAN INTEGRASI HSP
KECERGASAN KESUKANAN
KEMAHIRAN
TAJUK 4 HURAIAN DAN TAFSIRAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI KBSR
merupakan keadaan yang bersepadu atau perihal bersepadu menjadi
kesatuan yang utuh.
Maknanya di sini, proses penyerapan mata pelajaran lain berlaku dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani secara terancang. Contohnya,
mendedahkan konsep pergerakan, sistem otot, sistem tulang dan fungsi-
fungsi tubuh manusia yang terdapat dalam mata pelajaran Sains dapat
diserapkan secara bersepadu dalam Pendidikan Jasmani secara lagsung.
Guru mestilah menekankan aspek kesepaduan dalam membuat
perancangan pengajaran Pendidikan Jasmani agar dapat membantu murid
menguasai kemahiran atau ilmu pengetahuan mata pelajaran yang lain.
Kaedah perlaksanaannya bolehlah melibatkan kesepaduan dari segi bahan
pengajaran dan pembelajaran, kesepaduan komponen utama dalam
Pendidikan Jasmani sendiri (Intra) serta kesepaduan dua ilmu pengetahuan
yang berbeza mata pelajaran (Inter).
2. PenggabungjalinanBermaksud menggabungkan pelbagai kemahiran dalam satu masa.
Sebagai contohnya; menggabungkan kemahiran lisan dengan membaca dan
kemahiran membaca dengan menulis, penggabungan aktiviti dalam kelas,
secara berkumpulan atau individu serta penggunaan alat dan bahan bantu
mengajar yang pelbagai bersesuaian dengan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan
pembelajaran dibahagikan kepada dua iaitu penggabungjalinan kemahiran-
kemahiran dalam satu mata pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran
daripada beberapa mata pelajaran. Ciri-ciri penggabungjalinan adalah
berasaskan kepada konsep mengintegrasikan beberapa kemahiran.
Kemahiran utama menjadi fokus kepada penggabungjalinannya. Contohnya,
kemahiran lisan digabungkan dengan kemahiran membaca.
Kaedah penggabungjalinan adalah bersandarkan kepada perkara pokok
seperti mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan. Di mana
kemahiran utama yang menjadi fokus pembelajaran perlulah disusuli dan
dikuasai terlebih dahulu dengan kemahiran-kemahiran sampingan untuk
kukuhkan kemahiran utama. Kemahiran utama digunakan di peringkat
perkembangan pelajaran dan kemahiran sampingan digunakan di semua
peringkat pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah
dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan dan pencapaian
murid
3. IntegrasiIntegrasi adalah merupakan penggabungan, dua atau beberapa kaum
(unsur, hubungan,dll) menjadi satu kesatuan. Integrasi dalam Pendidikan
Jasmani dapat dilaksanakan dengan menggabungkan unsur –unsur seperti
kaum dan sebagainya menjadi satu integrasi Malaysia yang saling
menghormati kepelbagaian dalam meraikan ciri-ciri budaya kaum masing-
masing. Pada masa yang sama juga, integrasi mampu memupuk dan
mengembangkan budaya nasional.
Hal ini akan membentuk consensus iaitu persetujuan bersama
terhadap sesuatu pekara dan mengusahakan pembinaan budaya nasional.
Integrasi harus berlaku secara evolusi melalui proses natural bukannya
secara pentadbiran dan paksaan. Dalam Penyata Razak (1956), ada
menyatakan berkenaan integrasi yang perlu bermula daripada murid-murid di
sekolah. Antara tumpuan utama ialah memastikan bahasa dan kebudayaan
lain dipelihara.
4. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) disusun mengikut tiga tunjang
pembelajaran iaitu :
a. Kecergasan
b. Kesukanan
c. Kemahiran
4.1 KecergasanKercergasan boleh dibahagikan kepada dua cabang utama:
a. Kecergasan berasaskan kesihatan yang merangkumi :
i. Daya tahan kardiovaskular
ii. Daya tahan otot
iii. Kekuatan
iv. Kelenturan
v. Komposisi badan
b. Kecergasan berasaskan perlakuan yang merangkumi :
i. Koordinasi
ii. Imbangan
iii. Ketangkasan
iv. Kuasa
v. Masa tindakbalas
vi. Kepantasan
4.2 Kemahiran Tunjang kemahiran meliputi aspek-aspek yang memberi pendedahan
kepada murid-murid untuk menonjol dan mengembangkan kemahiran mereka
ke tahap yang lebih baik khususnya bakat terpendam.
Kebiasaan proses pengajaran dan pembelajaran tunjang kemahiran
biasanya mendedahkan murid-murid untuk berfikir dan bermain dengan
keseronokan. Tunjang kemahiran meliputi bidang-bidang seperti:
a. Pergerakan asas
b. Permainan
c. Olahraga
d. Gimnastik
e. Pergerakan kreatif
f. Rekreasi
g. Kesenggangan
4.3 KesukananTunjang kesukanan memberi tumpuan kepada amalan pendidikan yang
perlu diketahui dan dikuasai oleh murid-murid di sekolah sebagai persediaan
untuk mereka melibatkan diri dalam kegiatan kesukanan.
Tunjang kesukanan juga akan menekankan beberapa isu pokok yang
menjadi keutamaan seperti:
h. Keselamatan
i. Pengurusan
j. Kerjaya
k. Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan
l. Etika