tajuk 6

5
Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh parti-parti politik di Malaysia dalam mengekalkan kesepaduan dan keharmonian di Malaysia. Perkembangan politik di Malaysia mempunyai sejarah dan asal usul yang tersendiri yang bertitik tolak daripada fahaman perkauman. Fenomena ini terbentuk dalam kerangka wujudnya masyarakat majmuk di negara ini bermula pada zaman penjajahan British. Parti politik di Malaysia hakikatnya bergerak di atas landasan perkauman. Asas kerjasama antara parti pemimpin politik pelbagai etnik adalah menjurus kepada aspek permuafakatan sehingga boleh membentuk gabungan politik. Gabungan berkenaan mencerminkan keinginan untuk berkongsi kuasa kerana menyedari bahawa tidak mungkin bagi satu-satu kaum mendominasi kuasa dan memerintah di negara ini. Bagi mencapai matlamat dan kepentingan bersama maka penggabungan parti politik terbentuk. Gabungan berkenaan berjaya menentukan solidariti dan kestabilan politik sejak kemerdekaan. Bagi lijphart (1952), pembentukan demokrasi permuafakatan mampu mewujudkan kestabilan politik kerana pendekatan tersebut mengutamakan pengagihan sumber kekayaan dan politik kepada etnik yang berbeza. Perkongsian kuasa dapat memberi kepuasan kepada pelbagai etnik. Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik ini berlaku di nagara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk. Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya UMNO, MCA dan MIC membentuk Perikatan. Antara elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap ketua dan pemimpin daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan. Selain itu melalui perkongsian kuasa yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan

description

t6

Transcript of tajuk 6

Page 1: tajuk 6

Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh parti-parti politik di Malaysia dalam mengekalkan

kesepaduan dan keharmonian di Malaysia.

Perkembangan politik di Malaysia mempunyai sejarah dan asal usul yang tersendiri yang

bertitik tolak daripada fahaman perkauman. Fenomena ini terbentuk dalam kerangka wujudnya

masyarakat majmuk di negara ini bermula pada zaman penjajahan British.

Parti politik di Malaysia hakikatnya bergerak di atas landasan perkauman. Asas

kerjasama antara parti pemimpin politik pelbagai etnik adalah menjurus kepada aspek

permuafakatan sehingga boleh membentuk gabungan politik. Gabungan berkenaan

mencerminkan keinginan untuk berkongsi kuasa kerana menyedari bahawa tidak mungkin bagi

satu-satu kaum mendominasi kuasa dan memerintah di negara ini. Bagi mencapai matlamat dan

kepentingan bersama maka penggabungan parti politik terbentuk. Gabungan berkenaan berjaya

menentukan solidariti dan kestabilan politik sejak kemerdekaan. Bagi lijphart (1952),

pembentukan demokrasi permuafakatan mampu mewujudkan kestabilan politik kerana

pendekatan tersebut mengutamakan pengagihan sumber kekayaan dan politik kepada etnik yang

berbeza. Perkongsian kuasa dapat memberi kepuasan kepada pelbagai etnik.

Politik permuafakatan adalah salah satu kaedah yang di amalkan dalam sistem politik

Malaysia semenjak kemerdekaan. Kebiasaannya politik permuafakatan atau consosional politik

ini berlaku di nagara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa atau majmuk.

Malaysia telah mengamalkan politik permuafakatan ini dengan bergabungnya UMNO, MCA dan

MIC membentuk Perikatan.

Antara elemen utama yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah melalui

perkongsian kuasa. Perkongsian kuasa ini akan melibatkan setiap ketua dan pemimpin

daripada setiap kaum untuk terlibat dalam pemerintahan. Selain itu melalui perkongsian kuasa

yang berlaku setiap kaum yang diwakili perlu dapat untuk mencapai kata sepakat dan bertolak

ansur bagi mencapai keputusan yang dibuat iaitu tanpa mendiskriminasikan hak kaum-kaum

yang lain.

Seterusnya pula adalah Kuasa veto. Kuasa veto di sini bermaksud setiap kaum berhak

untuk melakukan pembatalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan sekiranya dilihat

keputusan tersebut tidak memenuhi dan kepentingan kaum yang di wakili tidak di penuhi.

Elemen seterusnya ialah proposional iaitu nisbah perkadaran terhadap pemilihan yang

dilakukan dalam setiap sektor pemerintahan. Keadaan ini menyebabkan perlu ada wakil

daripada setiap kaum dalam pemerintahan negara dengan nisbah tertentu. Melaluinya akan

dapat untuk mengelakkan berlakunya diskriminasi terhadap kaum tertentu.

Elemen terakhir yang terdapat dalam politik permuafakatan ini adalah Autonomi

Segmental iaitu di mana setiap kaum mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang perlu

untuk kaum yang di wakili contohnya isu-isu pendidikan, agama, bahasa dan budaya. Melalui

Page 2: tajuk 6

kerjasama dan gabungan ini, Malaysia dapat mengekalkan keamanan dan kestabilan politik

negara sehingga kini melalui Barisan Nasional (BN) yang melibatkan gabungan dan kerjasama

antara setiap kaum dan politik permuafakatan dapat di aplikasikan dengan jayanya dalam

konteks politik Malaysia.

Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan kuasa

membuktikan kejayaan konsep dan amalan pakatan dan kerjasama politik antara pelbagai etnik.

Kerjasama dan pakatan berkenaan wujud kerana adanya kesedaran untuk mengekalkan

kestabilan politik dan sosial serta pertumbuhan ekonomi yang berterusan yang akhirnya

membawa kepada perkembangan dan kematangan politik. Sesuatu parti politik atau kumpulan

etnik tidak akan dapat memerintah sendiri, tanpa pembabitan etnik lain. Kejayaan BN

memperlihatkan keyakinan pengundi dan rakyat terhadap kemampuan BN untuk memerintah.

Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang mewakili pelbagai etnik bekerjasama

menentukan dasar dan hala tuju dan masa depan negara.

Strategi dan pendekatan kempen dan perjuangan parti politik juga disesuaikan dengan

perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Untuk mendapat perhatian dan undi, mereka perlu

bergerak seiring dengan perubahan nilai dan sikap masyarakat. Justeru, mereka bergerak

daripada perjuangan yang berteraskan perkauman kepada perjuangan yang mengutamakan

kepentingan dan nilai universal. Masyarakat dan pengundi yang sebelumnya terperangkap dalam

kepompong politik perkauman mulai melihat perkembangan politik dan demokrasi dalam konteks

yang lebih kritis dan menyeluruh. Perubahan tersebut sedikit sebanyak menggambarkan

perubahan dari segi kematangan demokrasi dan berpolitik dalam kalangan rakyat.

Pengalaman lalu membuktikan bahawa negara kita berjaya mengukir kejayaan dalam

pelbagai bidang dan mencapai perpaduan kerana rakyat pelbagai etnik bersedia untuk menjalin

kerjasama, berkongsi kuasa dan permuafakatan dari segi politik. Parti politik yang mewakili

pelbagai etnik membentuk kesepakatan, baik di pihak parti kerajaan mahupun pembangkang.

Prinsip perkongsian kuasa dan permuafakatan serta akomodasi antara etnik dan pelbagai parti

politik merupakan tonggak keutuhan dan survival negara ini.

Perkongsian kuasa di bidang politik di Malaysia bermula pada tahun 1950an dengan

penubuhan parti Perikatan (kemudiannya BN), di mana pemimpin ketiga-tiga etnik terbesar

(Melayu, Cina dan India) sedar bahawa kunci keamanan adalah bertitik tolak dari pemuafakatan

etnik di bidang politik. Konsep perkongsian kuasa ini memberi peluang kepada semua etnik,

sama ada kecil atau besar, terlibat dalam pentadbiran negara. Selain itu, antara asas penting

dalam politik di Malaysia ialah kerajaan yang demokratik, di mana Malaysia telah mengamalkan

sistem politik demokrasi berparlimen sejak merdeka 1957. Menerusi sistem ini setiap etnik

berpeluang menyatakan hasrat, cadangan dan juga bangkangan terhadap kerajaan dan juga

dasar-dasarnya, selagi ia tidak menyentuh sensitiviti etnik dan merosakkan keamanan negara.

Page 3: tajuk 6

Dalam konteks politik Malaysia, proses perkongsian kuasa ini telah berjaya mencipta

kestabilan kepada iklim politik di negara ini. Kejayaan ini dibantu oleh dua faktor utama. Faktor

pertama membabitkan interaksi di antara pemimpin serta etnik yang diwakilinya. Untuk menjamin

kejayaan perkongsian kuasa ini, barisan pemimpin terbabit dituntut untuk sentiasa berinteraksi

serta peka terhadap sebarang pandangan atau isu yang diutarakan oleh etnik yang diwakili di

peringkat akar umbi. Segala permasalahan yang diutarakan, kemudian akan diterjemahkan

melalui pelaksanaan dasar oleh kerajaan yang memerintah. Pemimpin ini juga perlu memainkan

peranan di dalam menerangkan sebarang kekeliruan terhadap sebarang isu yang timbul. Melalui

interaksi ini, keharmonian perhubungan di antara etnik dapat dijaga.

Faktor kedua membabitkan interaksi serta permuafakatan yang dicapai di kalangan

pemimpin yang dipilih, dalam menyelesaikan pelbagai isu berbangkit. Permuafakatan ini tercapai

melalui sikap toleransi serta keprihatinan pemimpin terbabit, terhadap batas-batas sensitiviti yang

telah dipersetujui bersama. Malaysia adalah salah satu negara yang berjaya menerapkan sistem

perkongsian kuasa ini dengan jayanya. Kejayaan ini dibantu sikap toleransi serta saling hormat

menghormati yang diamalkan rakyat negara ini. Dalam hal ini, interaksi pada peringkat akar umbi

adalah penyumbang utama kepada kejayaan yang dicapai. Justeru, keharmonian hubungan di

antara kaum perlu sentiasa dijaga dan disuburkan, agar setiap lapisan rakyat dapat menjalani

kehidupan mereka dengan aman dan damai.

Berbeza parti bukannya berbeza dari segi akidah, tahap keimanan dan keislaman

seseorang. Sebaliknya berbeza parti hanyalah bersifat ijtihadi dan khilafiah yang dibenarkan

syarak dalam menentukan parti mana yang berkemampuan mentadbir urusan umat dengan lebih

berkesan. Sebab itulah dalam keghairahan berpolitik dan berparti, rakyat harus tahu sempadan

dan batasannya. Keseronokan berpolitik dan berparti jangan sampai menghalalkan yang haram

dan mengharamkan yang halal. Malah perbezaan parti dalam sistem demokrasi tidak wajar

melarat-larat sehingga mencetuskan permusuhan emosi yang mencairkan kekentalan ukhuwah,

memecah kesepaduan umah dan menghancurkan prinsip keadilan dan kebenaran.

Sebagai rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana semenjak memperoleh kemerdekaan

kita telah hidup dalam suasana yang aman dan makmur. Bagi memastikan apa yang kita warisi

hari ini terus dinikmati generasi mendatang kita hendaklah sentiasa menghayati dan

mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, sistem persekutuan dan Raja Berperlembagaan.

Kita juga hendaklah mengenang jasa-jasa bapa-bapa pengasas negara yang terpaksa

menghadapi serta menangani dengan jayanya pelbagai ancaman dan cabaran termasuklah

komunisme, konfrontasi, gejala perkauman, kerapuhan perpaduan nasional dan kemiskinan.

Keupayaan kita untuk membina sebuah negara majmuk yang berjaya tanpa mengorbankan

prinsip teras demokrasi menjadikan negara kita sebagai salah satu daripada hanya beberapa

buah negara dalam dunia yang berupaya untuk berbuat demikian.

Page 4: tajuk 6

Rujukan :

http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-05.html

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/politik/9905-politik-permuafakatan-.html

Palmah Atoma, Kassim Thukiman, Hamidah Abdul Rahman, ( 2008 ), Hubungan Etnik Di Malaysia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia.