Tajuk 6 Penyelidikan Tindakan Rancangan Dan Cadangan

7
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH) TAJUK 6 PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN 6.1 Sinopsis Dalam melaksanakan sesuatu proses penyelidikan tindakan, memerlukan satu perancangan dan cadangan bermula pada peringkat awal lagi. Rancangan dan cadangan yang baik dan teliti akan menentukan kelancaran proses penyelidikan tindakan yang akan dilaksanakan. Bab ini akan membincangkan proses perancangan dan cadangan dalam penyelidikan tindakan. Sekiranya guru akan melakukan kajian tindakan dalam seting bilik darjah atau sekolahnya, satu kertas cadangan perlu dibuat untuk mengemukakan kepada pengurus sekolah. Kertas cadangan itu perlu mendapat sokongan daripada pentadbir sekolah dan pihak atasan yang lebih tinggi untuk membolehkan sokongan dan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat, atau menjadi pembantu penyelidik , atau sumbangan teknikal dan kewangan akan diberikan. Kertas cadangan perlu dibina mengikut format tertentu yang akan dilaksanakan mengikut turutan. 6.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. Menjelaskan cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan 59

Transcript of Tajuk 6 Penyelidikan Tindakan Rancangan Dan Cadangan

Page 1: Tajuk 6 Penyelidikan Tindakan Rancangan Dan Cadangan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 6 PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

6.1 Sinopsis

Dalam melaksanakan sesuatu proses penyelidikan tindakan, memerlukan satu perancangan

dan cadangan bermula pada peringkat awal lagi. Rancangan dan cadangan yang baik dan teliti

akan menentukan kelancaran proses penyelidikan tindakan yang akan dilaksanakan. Bab ini

akan membincangkan proses perancangan dan cadangan dalam penyelidikan tindakan.

Sekiranya guru akan melakukan kajian tindakan dalam seting bilik darjah atau sekolahnya, satu

kertas cadangan perlu dibuat untuk mengemukakan kepada pengurus sekolah. Kertas

cadangan itu perlu mendapat sokongan daripada pentadbir sekolah dan pihak atasan yang

lebih tinggi untuk membolehkan sokongan dan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat,

atau menjadi pembantu penyelidik , atau sumbangan teknikal dan kewangan akan diberikan.

Kertas cadangan perlu dibina mengikut format tertentu yang akan dilaksanakan mengikut

turutan.

6.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan

59

Page 2: Tajuk 6 Penyelidikan Tindakan Rancangan Dan Cadangan

Penyelidikan Tindakan: Rancangan Dan Cadangan

Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan

Soalan kajian

Merancang pelan tindakan

Mengumpul data Sumber literatur

Subjek kajian

Sumber rujukan

Refleksi : analisis dan huraian data

PerbelanjaanMelaksana pelan tindakan

Jadual kerja

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

6.3 Kerangka konsep Tajuk 6

6.3.1 Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan

Penyelidik perlu menyediakan penerangan tentang isu dan masalah bilik darjah yang

telah dikenalpasti. Bagaimanakah anda mengenalpasti masalah tersebut? Jelaskan

tentang murid yang terlibat dan kemungkinan kemungkinan punca isu dan masalah.

Sekiranya fokus kajian bukan merupakan masalah dalm bilik darjah tetapi penyelidik

sekadar ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perubahan yang boleh

dilakukan atau keinginan memperbaiki sesuatu amalan, maka jelaskan juga matlamat

keinginan , perubahan atau penambahbaikan yang ingin dicapai.

6.3.2 Soalan Kajian

Dengan berpandukan fokus atau masalah kajian, penyelidik perlu membina soalan

soalan kajian. Pastikan bahawa soalan soalan itu relevan dengan fokus kajian. Huraian

mengenainya telah dibuat di bawah tajuk Proses Kajian Tindakan di atas.

60

Page 3: Tajuk 6 Penyelidikan Tindakan Rancangan Dan Cadangan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

6.3.3 Sumber literatur

Pencarian menyeluruh literatur menggunakan menggunakan sumber sumber

perpustakaan termasuk di perpustakaan maya seperti pengkalan data, teks, jurnal,

laporan tesis dan penyelidikan, akhbar, penerbitan rasmi, internet atau pakar. Maklumat

yang diperolehi akan dapat membantu dan menyokong keperluan penyelidikan.

Tinjauan literatur perlu dibuat secara meluas dan mendalam serta dapat menjelaskan

isu atau masalah secara komprehensif. Penulisan tinjauan literatur perli mengikut gaya

dan format tertentu. Contohnya format APA ( American Psychology Association ) atau

MLA

6.3.4 Subjek Kajian

Persampelan kaedah memilih sampel atau subjek kajian yang terdiri daripada manusia,

peristiwa , konsep( seperti motivasi) atau objek ( seperti komputer) yang ingin dikaji.

Sampel merupakan sebahagian daripada populasi manakala subjek adalah individu

yang terlibat secara langsung dengan kajian. Subjek boleh diambil daripada seluruh

populasi dalam sebuah kelas. Contoh subjek ialah kesemua 29 orang pelajar tingkatan

4B. Sampel pula dipilih sebahagian daripada populasi sebuah sekolah. Strategi

pemilihan sampel secara rawak atau tidak akan membolehkan penyelidik mensasarkan

teknik pengumpulan data. Adakah perlu untuk menetukan saiz sampel yang dipilih

sama ada kesemua sampel dalam satu kumpulan kecil atau sebilangan daripada

populasi. Saiz sampel dibuat dengan menggunakan rumus tertentu secara spesifik.

6.3.5 Merancang pelan tindakan

Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci tentang perancangan pelan tindakan. Ini

merangkumi menjelaskan matlamat cadangan pelan tindakan yang berkait dengan masalah

yang ingin diselesaikan, sebab-sebab cadangan pelan tindakan di ambil berdasarkan asas

pemikiran atau teori dan menyenaraikan tindakan-tindakan atau aktiviti yang dicadangkan.

6.3.6 Melaksana pelan tindakan

Penyelidik perlu menjelaskan proses pelaksanaan pelan tindakan yang dijalankan secara

terperinci. Penjelasan ini perlulah merangkumi cara pelan tindakan dilaksanakan, pemerhatian

61

Page 4: Tajuk 6 Penyelidikan Tindakan Rancangan Dan Cadangan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan, refleksi ke atas pengajaran, cara mentadbir ujian dan

menganalisis data.

6.3.7 Mengumpul data

Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang akan digunakan

untuk mengumpul data. Contohnya pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidik

atau eksperimen. Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi, dan

kemahiran penyelidik. Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuan

triangulasi.

6.3.8 Refleksi : Analisis dan huraian data

Nyatakan bagaimana data diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah

perisian SPSS digunakan? Sekiranya perisian SPSS digunakan, nyatakan versinya

dengan lengkap. Terdapat perbezaan antara menganalisis data dan ini bergantung

kepada sama ada penyelidikan yang dilakukan itu adalah penyelidikan kualitatif atau

kuantitatif. Data yang dikumpul juga boleh berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Oleh itu

jelaskan perinciannya.

6.3.9 Jadual Kerja

Jadual kerja perlu dirancang dan dibina untuk membolehkan penyelidikan dijalankan

mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti berikut:

BIL AKTIVITI TARIKH

1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Feb – Mac

2 Menulis proposal kajian April

3 Merancang tindakan April

4 Melaksanakan tindakan 1 2 – 31 Mei

5 Analisis tindakan 1 4 – 6 Jun

6 Analisis pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan

tahun

5 – 8 Julai

7 Melaksanakan tindakan 2 1 – 30 Ogos

62

Page 5: Tajuk 6 Penyelidikan Tindakan Rancangan Dan Cadangan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

8 Analisis tindakan 2

9 Analisis pencapaian murid dalam ujian setara 2 10 – 12 Oktober

10 Refleksi kajian 15 Oktober

11 Menulis laporan kajian

Jadual 1 Contoh jadual kerja

6.3.10 Perbelanjaan

Rangkakan cadangan perbelanjaan yang akan digunakan sepanjang penyelidikan dan

tindakan yang akan dilakukan. Berikut adalah contoh tentang jangkaan perbelanjaan.

BIL BAHAN KOS (RM)

1 Kertas A4 (5 rim) 50.00

2 Bahan cetakan riso 50.00

3 Dakwat setakan komputer 150.00

4 Lain-lain 50.00

JUMLAH RM300.00

Jadual 2 Contoh perbelanjaan

6.3.11 Sumber rujukan

Senarai sumber rujukan atau bibliografi perlu dibuat untuk menyatakan sumber-sumber

rujukan yang telah diambil untuk menyokong penyelidikan. Senarai ini membolehkan

pembaca membuat rujukan berkaitan perkara yang dituliskan menurut pandangan orang

lain atau penulis asal bahan rujukan. Ia juga merupakan satu cara menunjukkan bahawa

penyelidik bertanggungjawab dengan perkara yang dikemukakan di samping untuk

mengelakkan amalan palagiat. Sekiranya tinjauan literatur ditulis mengikut gaya dan

format APA, maka sumber rujukan juga perlulah ditulis mengikut format APA.

6.3.12. Reka bentuk ujian

Penyelidk perlu mengemukakan secara terperinci reka bentuk penyelidikan yang

digunakan itu merupakan rekabentuk kualitatif ( etnografi, fenomena, kajian kes) atau

kuantitatif (korelasi, expost-facto) atau eksperimental(eksperimen sebenar, kuasi

63

Page 6: Tajuk 6 Penyelidikan Tindakan Rancangan Dan Cadangan

XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

eksperimen atau pre eksperimen). Sekiranya penyelidik menggunakan penyelidikan

eksperimental , nyatakan juga bentuk rawatan yang akan digunakan.

Latihan

Apakah yang anda faham mengenai cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan

dan sejauh mana ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah penyelidikan tindakan

anda.

64