TAJUK 7.doc

5
PRINSIP SENI VISUAL GAMBAR 1 1. KESEIMBANGAN Mempunyai imbangan simetri Kiri dan kanan objek adalah sama berat sekiranya dilipat di bahagian tengah Imbangan simetri yang unsur-unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau atas sama dengan bawah. Garisan axis dilukis di tengah-te n gah untuk memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan. 2. KONTRA Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan. Warna yang kontra dalam gambar 1 dapat menjadikan hasil seni yang pelbagai dan menjadi lebih menarik.

Transcript of TAJUK 7.doc

PRINSIP SENI VISUAL

PRINSIP SENI VISUAL

GAMBAR 1

KESEIMBANGANMempunyai imbangan simetri Kiri dan kanan objek adalah sama berat sekiranya dilipat di bahagian tengahImbangan simetri yang unsur-unsur seni di bahagian kiri sama dengan kanan atau atas sama dengan bawah. Garisan axisdilukis di tengah-tengah untuk memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan.

KONTRA

Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan.

Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan.

Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan.

Warna yang kontra dalam gambar 1 dapat menjadikan hasil seni yang pelbagai dan menjadi lebih menarik.

3. UNSUR KEPELBAGAIAN

Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan.

Kepelbagaian juga dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan.

Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam Gambar 1.ELEMEN SENI VISUAL

RUANGRuang ialah jarak di antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni visual. Menimbulkan kesan perspektif dan juga memberi imbangan pada reka letak/ grafik.BENTUK

Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan biasanya bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaanGambar 1 merupakan bentuk ilusi di mana ia merupakan bentuk visual yang bersifat dua dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.WARNA

Menggunakan warna asas dan warna sekunder

Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas.GAMBAR 2

1. KESEIMBANGANMempunyai imbangan tidak simetriKiri dan kanan sesuatu benda atau objek tidak sama jika dilipat. Imbangan tidak simetri yang unsur-unsur seni di kedua-dua bahagian pada gubahan tidak sama tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaanya. 2. KOMPOSISI

Susunan atau satu organisasi elemen rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,dan warna, dengan mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti imbangan untuk menghasilkan karya grafik yang menarik.

Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip rekaan yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks rekaan grafik itu dapat dinyatakan dengan jelas sebagai satu komunikasi visual. Meletakkan grafik di luar ruang medan yang tertentu seperti dalam Gambar 2 menghasilkan grafik yang mempunyai kesan ruang yang nyata.

KESATUAN

Mempunyai satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan. Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual.ELEMEN SENI VISUAL

1. RUPARupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula. Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garis luarGambar 2 merupakan rupa organik.Rupa organik pula merupakan rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dan sebagainya. WARNAKebanyakan menggunakan warna monokrom Warna monokrom merupakan sewarna yang dicampur dengan warna putih dan hitam untuk mengawal kegelapan warna yang diingini.