TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN...

34
ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017 _______________________________________________________________________________________________________ 1 |MBPP TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN PENGGUNAAN 'WINCH BOAT' DI JAJARAN PANTAI BATU FERINGGHI 1. PENGENALAN i(a) Latar Belakang Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang kini perlu mengorak langkah yang signifikan dan padu seiring dan bertepatan dengan hasratnya untuk memperkasa, menambahbaik dan menerajui perkhidmatan agar selari dengan pengiktirafan Bandaraya yang dianugerahkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada 1 Januari 2015. Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah 1 Januari 2015 diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Adat penerimaan pengisytiharan ini disempurnakan oleh Datuk Bandar, Datuk Patahiyah binti Ismail seperti di Rajah 1. Rajah 1 - Majlis Penganugerahan dan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Transcript of TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN...

Page 1: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

1 |MBPP

TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN PENGGUNAAN'WINCH BOAT' DI JAJARAN PANTAI BATU FERINGGHI

1. PENGENALAN

i(a) Latar Belakang Majlis

Majlis Bandaraya Pulau Pinang kini perlu mengorak langkah yang signifikan dan padu

seiring dan bertepatan dengan hasratnya untuk memperkasa, menambahbaik dan

menerajui perkhidmatan agar selari dengan pengiktirafan Bandaraya yang

dianugerahkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada 1 Januari 2015.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah1 Januari 2015 diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya

Pulau Pinang.

Adat penerimaan pengisytiharan inidisempurnakan oleh Datuk Bandar,Datuk Patahiyah binti Ismail seperti diRajah 1.

Rajah 1 - Majlis Penganugerahan dan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Page 2: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

2 |MBPP

Persekitaran masa kini yang serba pantas dengan infrastruktur mega berprofail tinggi

banyak mencabar dan memandu Majlis agar fokus perkhidmatan terasnya seperti

kawalan pembangunan, kebersihan dan pengindahan, penambahbaikan infrastuktur

dan kemudahan awam, penguatkuasaan dan peningkatan hasil lebih berinovasi dan

kreatif.

Fokus ini juga perlu seiring untuk mencapai agenda transformasi Kerajaan Negeri

Pulau Pinang dengan prinsip “CAT: Competency, Accountability dan Transparency"

dalam meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat dan dalam masa yang sama, masih

boleh menikmati keseimbangan antara faedah pembangunan, kawasan hijau, mesra

alam dan sensitif selaras dengan slogan "Greener, Healthier and Safer Penang".

i(b) Latar Belakang Jabatan

Satu Jawatankuasa Pelaksanaan Inovasi seperti di Rajah 2 yang terdiri dari jabatan-

jabatan di dalam Majlis telah diwujudkan untuk membincangkan perkara-perkara

berkaitan pembangunan dan pengembangan inovasi ini. Jabatan yang

bertanggungjawab untuk menyelia perjalanan Jawatankuasa ini adalah Jabatan

Khidmat Pengurusan.

JAWATANKUASA INOVASI DAN KIK

SETIAUSAHA BANDARAYAPENASIHAT

PENGARAH KHIDMAT PENGURUSANPENGERUSI

JABATANKHIDMAT

KEMASYARAKATANJABATAN

PERBENDAHARAAN

JABATANPENILAIAN &

PENGURUSANHARTA

JABATANPERANCANGANPEMBANGUNAN

JABATANKEJURUTERAAN

JABATANKAWALAN

BANGUNAN

JABATANKESIHATAN

PERSEKITARAN &PELESENAN

JABATANPERKHIDMATANPERBANDARAN

JABATANKONSERVASI

WARISANJABATAN

LANDSKAPJABATAN

PENGUATKUASAANJABATAN

PESURUHJAYABANGUNAN

UNITUNDANG-UNDANG

Rajah 2 - Jawatankuasa Inovasi Dan KIK

Page 3: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

3 |MBPP

ii) Piagam Pelanggan berkaitan

Bil. Piagam/Standard

1. Semua pengunjung ke kaunter pertanyaan akan diberi layanan yang cepat & cekap dalamtempoh tidak melebihi tiga (3) minit.

2. Semua aduan melalui surat, datang sendiri (bersemuka), telefon, laman web & e-meldiakui terima & disalurkan kepada jabatan yang berkenaan pada hari yang sama.

3. Permohonan yang lengkap yang diterima dari Jabatan berhubung pengesahan dalamperkhidmatan kakitangan akan diproses dalam tempoh empat belas (14) hari.

4. Temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan akan dilaksanakan dalam tempoh empatbelas (14) hari dari tarikh senarai pendek diluluskan.

5. Permohonan untuk permit mengeluarkan barang-barang lusuh dari kawasanperindustrian akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan.

6. Permohonan untuk pas tahunan zon perindustrian bebas akan dikeluarkan dalam tempohsatu (1) hari dari tarikh permohonan.

7. Menguruskan permohonan tindakan penguatkuasaan yang dikemukakan oleh Jabatandalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh penerimaan permohonan.

8. Memberi khidmat nasihat ICT dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permintaanditerima.

9.Memproses & meluluskan permohonan untuk mengikuti latihan/kursus/seminar/konvensyen di dalam & luar negeri dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikhpenerimaan permohonan.

10.Mengurus & menyelaras Mesyuarat Biasa Majlis sekurang-kurangnya diadakan satu (1) kalisebulan serta menyediakan minit mesyuarat dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tarikhmesyuarat berkenaan diadakan.

11. Menyediakan baucer bayaran & menyampaikannya kepada Jabatan Perbendaharaandalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan invois.

12. Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja & jawapanakan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

Page 4: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

4 |MBPP

iii) Objektif Majlis

Majlis komited memenuhi objektifnya seperti berikut:-

a) Meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui amalan urus tadbir

baik dan mengutamakan satu perkhidmatan, satu penyampaian dan "No Wrong

Door Policy";

b) Merancang dan melaksanakan pembangunan yang seimbang dan memelihara

alam sekitar yang berkualiti;

c) Memperkukuhkan Pulau Pinang sebagi hub ekonomi yang dinamik selaras

dengan pembangunan NCER dalam konteks wilayah utara dan antarabangsa;

d) Merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan awam yang

berkualiti, perkhidmatan masyarakat yang vibrant dan persekitaran yang

bersih dan indah;

d) Meningkatkan budaya hidup berkualiti, memulihara warisan dan

menggalakkan penglibatan komuniti untuk mencapai pembangunan

mapan.

iv) Maklumat lain berkaitan

Berasaskan objektif tersebut, Majlis mengambil inisiatif melakukan penyusunan

semula aktiviti Parasailing Pantai dan Air di Jajaran Pantai Batu Feringghi atau

'Penang Beach Makeover' yang mendapat pengiktirafan dari Commonwealth

Association of Public Administration and Management (CAPAM) seperti di Rajah 3 dan

4.

Ini adalah bukti nyata usaha Majlis untuk memastikan aktiviti ini berterusan secara

sistematik tanpa menjejaskan mata pencarian pengusaha-pengusaha aktiviti Pantai

dan Air di jajaran ini serta untuk meningkatkan ekonomi pelancongan negeri serta

menjadi tarikan pelancong khususnya.

Page 5: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

5 |MBPP

Melalui 'Penang Beach Makeover' ini juga timbulnya inovasi 'Winch Boat' untuk

Parasailing Pantai dan Air. Ini adalah kolaborasi beberapa jabatan dan para

pengusaha lancang air yang bersama-sama menyusun semula aktiviti sukan air ini.

Rajah 3 - Anugerah pengiktirafan daripada CAPAM untuk projek "Penang Beach Makeover"

Rajah 4 - Sijil yang diterima atas usaha projek 'Penang Beach Makeover'

Page 6: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

6 |MBPP

b) Pengenalan Inovasi

i) Tujuan Projek Inovasi

Aktiviti Pantai dan Air di Jajaran Pantai Batu Feringghi telah wujud sejak 30 tahun

yang lalu dan pada tahun 2011, Majlis telah mengeluarkan permit bagi lancang air

peribadi dikenali sebagai 'water scooter'. Bilangan pengusaha aktiviti pantai dan air

pada masa itu juga tidak ramai dan nama 'water scooter' kemudian telah digantikan

dengan jetski. Satu lagi sukan baru untuk pantai dan air yang perlahan-lahan

mendapat sambutan adalah parasailing.

Parasailing ketika itu hanyalah menggunakan sebuah bot, tenaga fizikal seorang atau

dua (2) orang pengendali sahaja. Penerbangan dan pendaratan parasailing ini juga

tidak menentu tempat dan boleh membahayakan pengunjung pantai yang lain. Kadar

harga juga ditetapkan oleh pengendali dan pengusaha aktiviti ini.

Maka, Majlis Bandaraya Pulau Pinang menggunapakai Enakmen Lancang Air Peribadi

(Pulau Pinang) 1999 bagi mengawal aktiviti sukan pantai dan air di Jajaran Pantai

Batu Feringghi ini.

ii) Objektif Inovasi

Objektif dibangunkan inovasi ini adalah untuk:

a) Memperkukuhkan kawalan terhadap aktiviti parasailing di Jajaran Pantai Batu

Feringghi selaras projek 'Penang Beach Makeover' yang berjaya, diiktiraf dan

tersusun;

b) Memastikan keselamatan pengunjung pantai, pemain sukan pantai dan air

lebih terjamin kerana aktiviti ini dapat dikawal, dipantau dan diselaraskan

kawasan aktivitinya;

Page 7: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

7 |MBPP

c) Merancang dan melaksanakan penambahbaikan terhadap aktiviti ini agar

seimbang untuk memelihara alam sekitarnya; dan

d) Mempromosi semula peta Pulau Pinang sebagi hub ekonomi dan destinasi

yang dinamik kepada pelancung luar dan dalam melalui aktiviti ini.

iii) Proses Pelaksanaan Inovasi

Di antara langkah awal yang diambil oleh pihak Majlis untuk 'Penang Beach Makeover'

adalah dengan mewujudkan zon-zon aktiviti sukan pantai dan air di sepanjang jajaran

Pantai Batu Feringghi.

Sebanyak 8 zon telah dikaji dan diwujudkan bermula daripada Zon A hingga Zon H

seperti di Rajah 5 dengan anggaran sejauh 3 kilometer kesemuanya. Wujudnya zon-

zon A hingga H ini, kawasan parasailing 'winch boat', berenang, jetski dan lain-lain

aktiviti seperti di Rajah 6 dapat di kawal dan penguatkuasaan keatas parasailing dan

pengusaha 'winch boat' lebih terkawal dan teratur.

Pengusaha juga diagihkan mengikut zon seperti di Rajah 7 bagi mengoperasi

aktiviti perniagaan mereka dan pihak Majlis turut mewujudkan Persatuan Lancang

Air Peribadi bagi mempermudahkan pengurusan berkaitan aktiviti sukan pantai dan air

di jajaran Pantai Batu Feringghi serta bertindak sebagai pengantara diantara PBT

dan para pengusaha sukan air.

Para pengusaha telah dimaklumkan mengenai kawasan-kawasan masing-masing,

tempat pendaratan dan pengambilan parasailing tanpa mengganggu pengunjung-

pengunjung pantai yang lain.

Page 8: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

8 |MBPP

WINCH BOATS PARASAILS AREA(SUKU KILOMETER DARI PANTAI)=250 METER

Rajah 5 - Grafik lokasi jarak kesemua kedudukan zon-zon

Rajah 6 - Zon-zon yang telah dikenalpasti untuk jenis aktiviti

Page 9: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

9 |MBPP

"PENANGBEACHMAKEOVER"INTEGRATION OF BEACH ACTIVITIES ALONG

BATU FERINGGHI, PENANG

Rajah 7 - Pecahan Zon A hingga H

Pihak Majlis turut mengambil inisiatif dengan menyediakan papan tanda di setiap zon

menunjukkan perkhidmatan yang disediakan serta menyeragamkan kadar harga

aktiviti sukan air seperti di Rajah 8 agar sama dan berpatutuan.

Rajah 8 - Kawasan aktiviti Zon A hingga H dengan kadar harga mengikut jenis aktiviti sukan air

Page 10: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

10 |MBPP

Penyediaan boya-boya bagi zon renang juga diwajibkan. Penempatan zon renang

kepada para pengunjung pantai adalah bagi mengelak berlakunya sebarang

kemalangan yang diakibatkan oleh lancang air dan parasailing kepada pengunjung

pantai yang sedang berenang.

iv) Tempoh dan Peringkat Pelaksanaan

Pengusaha parasailing telah lama beroperasi tetapi secara kecil-kecilan dan tidak

terang-terangan kerana faktor pengendalian secara konvensional yang bergantung

kepada tenaga fizikal semata-mata di samping tiada lesen dikeluarkan kepada

pengusaha bot ketika itu.

Tiada jaminan atas faktor keselamatan samada kepada pengusaha bot parasailing,

pengguna parasailing itu sendiri atau pengunjung pantai yang lain menyebabkan

aktiviti ini terjejas teruk dan hampir tiada. Ini kerana semasa parasailing mula terbang

dan mendarat, aktiviti mengendalikannya semua dilakukan di atas pantai secara fizikal

dan ianya boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan pengunjung-pengunjung

pantai dan pengguna parasailing itu sendiri.

Hanya selepas tahun 2011, dimana Majlis telah mula mengkaji dan mengeluarkan

permit bagi lanchang air peribadi, bilangan pengusaha aktiviti pantai dan air mula

bertambah terutamanya parasailing dan jetski yang menggunakan tenaga fizikal.

Mengambil tindakan susulan terhadap aduan keselamatan yang banyak diterima dari

pengunjung pantai, pada penghujung tahun 2015 Majlis Bandaraya Pulau Pinang

yang bersifat 'leading edge' merupakan PBT pertama berkolaborasi dengan agensi-

agensi lain untuk memperkenalkan inovasi yang direka dan ditambah baik dalam

bentuk 'winch' diatas bot untuk aktiviti parasailing tersebut dan kemudian

melesenkannya.

Pengusaha-pengusaha yang mengguna pakai inovasi 'winch boat' ini telah berjaya

menurunkan peratusan kemalangan yang berlaku akibat kelalaian manusia samada

terhadap parasailing mahupun pengunjung pantai yang lain.

Page 11: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

11 |MBPP

Terhasilnya inovasi 'winch boat' ini bermakna semua perkhidmatan sedia ada

berkaitan aktiviti pelepasan dan pendaratan parasailing boleh terus dilakukan di atas

bot yang telah dipasang 'winch' tanpa menganggu pengunjung dan aktiviti pantai yang

lain seperti di Rajah 9 dan 10.

Rajah 9 - Inovasi 'winch boat' untuk parasailing

Rajah 10 - Pelepasan dan penerbangan parasailing dari atas bot yang menggunakan 'winch'

v) Implikasi kewangan

-Tiada-

Page 12: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

12 |MBPP

vi) Pencetus Idea

Pencetus idea untuk inovasi bermula semasa lawatan tapak pihak Majlis untuk 'Beach

Makeover' dimana banyak aduan diterima daripada orang awam mengenai

kemalangan dan keselamatan bersabit dengan aktiviti sukan pantai dan air terutama

parasailing dan jetski untuk tindakan penguatkuasaan.

Pada tahun 2016 sahaja, kemalangan di jajaran Pantai Batu Feringghi banyak

melibatkan aktiviti parasailing jika dibandingkan dengan aktiviti sukan pantai yang lain.

Stastistik kemalangan adalah seperti berikut:-

Bulan Zon Jumlah KemalanganJanuari - -

Februari B 3

Mac - -

April - -

Mei B 1

Jun B, H 2

Julai - -

Ogos A(3), B & E 5

September B, D 2

Jumlah Kes 13

Aduan dan tindakan penguatkuasaan oleh Majlis telah menyebabkan pengusahaan

parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya tidak dapat dikeluarkan

kerana tahap keselamatan yang tidak terjamin.

Akibatnya aktiviti ini kemudian dilakukan secara tertutup dan haram. Ini menyebabkan

pengusahanya akan sentiasa disaman dan dikompaun oleh Jabatan Penguatkuasa

Majlis dan perkara ini menjejaskan kedatangan pelancong luar mahupun dalam ke

negeri ini.

Page 13: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

13 |MBPP

Pihak Majlis kemudian mengambil inisiatif mewujudkan satu Jawatankuasa Badan

Penyiasatan Mengenai Demerit Terhadap Operator Aktiviti Pantai dan Air Di Jajaran

Batu Feringghi. Jawatankuasa ini dihadiri oleh Jabatan Laut, Jabatan Bomba dan

Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM),

Jabatan Maritim, Pengusaha-pengusaha Hotel, Persatuan Lancang Air dan Ahli

Jawatankuasa Penduduk Setempat.

Jawatankuasa ini diwujudkan bertujuan untuk menyiasat serta mengambil tindakan

sewajarnya kepada pengusaha sukan air sekiranya didapati sesuatu kemalangan itu

berlaku adalah berpunca daripada kecuaian pengusaha sukan air itu sendiri.

Mesyuarat Jawatankuasa ini telah beberapa kali diadakan untuk membincangkan

perkara-perkara berkaitan aduan, kemalangan dan tindakan berkaitan parasailing dan

jetski (minit Mesyuarat sebagai Lampiran A).

Hasil mesyuarat, adalah dipersetujui supaya pengusaha yang menggunakan 'winch

boat' sahaja dibenarkan beroperasi di jajaran Pantai Batu Feringghi untuk parasailing.

Manakala hanya Zon B sahaja dijadikan tempat 'pick up' dan 'drop off' parasailing.

Juga dicadangkan bendera berwarna merah dan jikau digunakan sebagai penanda

keadaan cuacapada setiap hari dengan mendapat ramalan keadaan cuaca dan laut

daripada Jabatan Meteorologi Pulau Pinang.

Pihak Persatuan Pengusaha Lanchang Air Pulau Pinang juga perlu menyediakan

sebuah jetski untuk kegunaan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM)

pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang kemalangan aktiviti parasailing.

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Badan Penyiasatan Mengenai Demerit Terhadap

Operator Aktiviti Pantai dan Air Di Jajaran Batu Feringghi ini kemudian telah dibangkit

dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Inovasi dan KIK Majlis

Bandaraya Pulau Pinang (minit Mesyuarat sebagai Lampiran B).

Page 14: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

14 |MBPP

Hasil keputusan tersebut, 'winch' ditambahbaik pemasangan dan penggunaannya,

manakala bot yang akan digunakan perlu dilesenkan, pemandu juga berlesen dan

aksesori keselamatan di atas bot seperti jaket perlu disediakan.

Mesyuarat & PerbincanganMengenai Aktiviti Parasailing – Penggunaan “Winch Boat”

Bil Tarikh Mesyuarat/Perbincangan1. 29.9.2016 Perbincangan dengan YB. Chow Kon Yeow

2. 5.10.2016 Sidang Media Mengenai Aktiviti Parasailing –Penggunaan “Winch Boat”

3. 21.10.2016 Mesyuarat Mengenai Aktiviti Parasailing – Penggunaan“Winch Boat”

4. 10.11.2016 Mesyuarat Mengenai Aktiviti Parasailing – Penggunaan“Winch Boat”

5. 14.11.2016 Perjumpaan Dengan Pengarah Jabatan Laut WilayahUtara

6. 21.11.2016 Perjumpaan Dengan Ketua Balai Bomba Paya Terubong

vii) Elemen Kolaborasi

a) Selain bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha bot dan pengawal aktiviti

parasailing ini, Majlis juga memanjangkan kerjasama melalui NBOS dengan

agensi luar yang lain seperti Jabatan Laut, Jabatan Bomba dan Penyelamat,

Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Jabatan

Maritim, Pengusaha-pengusaha Hotel, Persatuan Lancang Air dan Ahli

Jawatankuasa Penduduk Setempat kerana masing-masing memberi input

melalui cadangan, bantuan dan kerjasama yang baik.

b) Menyediakan anggota penguatkuasa di pantai bagi memantau dan mengawal

aktiviti sukan pantai dan air dan juga keselamatan pengunjung pantai.

c) Majlis juga telah menyediakan lanyard bagi petugas pantai dan pelekat permit

Page 15: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

15 |MBPP

mengikut warna zon yang berbeza bagi tujuan mengenalpasti bahawa 'winch

boat' dan pengusaha berdaftar dengan pihak persatuan.

d) Bagi tujuan keselamatan orang awam di Batu Feringghi, pihak Majlis juga

mengambil inisiatif dengan memasang sebanyak dua puluh empat (24) buah

CCTV di sepanjang jajaran pantai Batu Feringghi. Pusat kawalan CCTV

tersebut ditempatkan di Bilik Kawalan CCTV Majlis, di paras 4, KOMTAR.

CLOSED CIRCUIT TV (CCTV) CAMERA INSTALLATION

INNOVATION

47

e) Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) turut menempatkan

sebanyak 3 menara kawalan di pantai Batu Feringghi dan beroperasi sehingga

jam 7.00 malam. Selain memantau pengunjung pantai, pihak APAM juga akan

mengeluarkan amaran dengan kaedah penggunaan bendera. Sekiranya

bendera merah dikibar, ia menandakan bahawa sebarang aktiviti pantai tidak

boleh beroperasi manakala bendera hijau boleh beroperasi seperti sedia kala.

f) Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga banyak memberi sokongan untuk projek ini.

Pada 17 Mac 2017, Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ahli Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Merangkap Pengerusi Jawatankuasa

Page 16: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

16 |MBPP

Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir bersama-sama

dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Dato' Patahiyah bt

Ismail, telah merasmi dan memberi lesen kepada bot-bot yang akan

dipasangkan 'winch' ini seperti Rajah 11, 12 dan 13.

Rajah 11 - Perasmian YB Chow bersama dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Rajah 12 - Perasmian YB Chow bersama dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Page 17: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

17 |MBPP

Rajah 13- Contoh lesen yang dikeluarkan kepada pengusaha 'winch boat' ini

viii) Kategori Inovasi

Kategori inovasi ini adalah 'Public Sector Services - Creativity and Management'.

ix) Input hasil inovasi

Idea penggunaan 'winch boat' untuk parasailing ini timbul ketika satu perbincangan

diadakan semasa lawatan tapak beberapa pegawai majlis dan pengusaha hotel

untuk satu projek iaitu 'Beach Makeover' di pantai Batu Feringghi. Di dalam

perbincangan ini telah dibangkitkan isu aduan-aduan yang diterima mengenai

keselamatan pengguna parasailing dan pengunjung pantai di jajaran pantai Batu

Feringghi.

Satu sesi bersama penduduk sekitar jajaran pantai Batu Feringghi juga pernah

diadakan pada 29 September 2012 mengenai projek 'Beach Makever' ini seperti di

Rajah 14. Tujuannya adalah untuk memaklumkan kepada penduduk sekitar mengenai

rancangan untuk penyusunan semula dan juga untuk mendapatkan input mengenai

perancangan ini.

Page 18: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

18 |MBPP

Reorganization of beach activities enables the hoteliers, operators of beach activities,hawkers and government agencies to jointly plan marketing strategies, promotions etc.Bureaucratic red tape and management of public complaints can be handled properlyand effectively.

IMPROVEMENTOUTPUT

INNOVATION

29 September 2012Golden Sands Resort, Penang

34

Rajah 14 - Sesi bersama penduduk sekitar jajaran pantai Batu Feringghi

Kepayahan untuk mengendalikan parasailing secara manual amat jelas kerana hanya

menggunakan kekuatan fizikal dan semata-mata bergantung kepada kelajuan angin

sahaja. Parasailing ini akan mendarat di atas pantai berdekatan dan ini mengganggu

riadah dan menjejaskan keselamatan para pengunjung tepi pantai.

Pengembangan idea untuk penggunaan reka bentuk struktur 'winch boat' bagi

pendaratan parasailing akan dapat dikawal sepenuhnya kerana parasailing akan

berlepas dan dihala untuk membuat pendaratan di atas platform di atas bot yang

mempunyai inovasi 'winch boat' untuk mengendalikan parasailing ini seperti di Rajah

15, 16, 17 dan 18.

Penggunaan inovasi 'winch boat' ini tidak melibatkan sebarang perubahan infrastruktur

kerana ia hanya melibatkan bot yang dipasang 'winch' dan kelengkapan parasailing.

Pemilik-pemilik bot dan pemandu bot dan pengendali parasailing akan dilesenkan.

'Winch boat' ini pula hanya menggunakan generator yang tidak mengeluarkan

sebarang asap atau apa-apa bahan yang boleh mencemarkan kehidupan laut atau

sekitarnya.

Page 19: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

19 |MBPP

Rajah 15 - Bentuk 'winch' yang telah dipasang di atas bot

Rajah 16 - Perbezaan bot yang dipasang 'winch' (sebelah kanan sekali) dan bot biasa

Page 20: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

20 |MBPP

Rajah 17 - Pengawalan parasailing dikendalikan oleh 'winch' di atas bot

Page 21: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

21 |MBPP

Rajah 18 - Pendaratan selamat dilakukan di atas bot menggunakan 'winch'

Page 22: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

22 |MBPP

2. IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

Impak Sebelum:-

a) Parasailing akan semata-mata bergantung kepada kekuatan fizikal dan

angin untuk mengemudikannya. Semua pelepasan, penerbangan dan

pendaratan memerlukan tenaga fizikal sekurang-kurangnya dua (2)

pengawal/pengendali yang dilakukan di atas pantai seperti Rajah 19, jika tiada

angin atau kekurangan pengawal/pengendali, aktiviti ini juga akan terbantut

buat seketika.

Rajah 19 - Cara konvensional iaitu pelepasan parasailing dari atas pantai

b) Pelepasan, penerbangan dan pendaratan yang memerlukan bantuan angin dan

tenaga fizikal ini menyebabkan kecuaian lain seperti tidak peduli atau ambil

lewa mengenai keselamatan pengunjung yang lain.

Fokus hanya diberi kepada parasailing sahaja tambahan pula ianya melibatkan

caj yang mahal dan bergantung kepada perkhidmatan yang diberi kepada

parasailing.

Page 23: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

23 |MBPP

c) Ini menyebabkan jajaran pantai-pantai yang terdapat aktiviti parasailing dan

jetski kurang diminati oleh pengunjung kerana khuatir tentang keselamatan

mereka.

d) Faktor keselamatan ini juga antara penyebab hasil pendapatan dan ekonomi

hotel-hotel dan pengusaha 'homestay' sekitarnya menurun.

(Keratan-keratan akhbar yang melaporkan kejadian berkaitan dilampirkan)

Impak Selepas:-

a) Pemasangan 'winch' diatas bot yang digunakan untuk aktiviti ini mengurangkan

penggantungan pengawalan/pengemudian kepada tenaga fizikal manusia dan

angin semata-mata.

b) Pengawalan/pengendalian menjadi mudah dan boleh dirancang pelepasan,

penerbangan dan pendaratannya tanpa mengganggu pengunjung pantai,

mahupun penduduk sekitarnya kerana dilakukan dari atas bot seperti Rajah 20.

Rajah 20 - Selepas ditambahbaik inovasi untuk parasailing, pelepasan dari atas bot

c) Pemantauan, pengawalan dan pengeluaran lesen terhadap pengusaha 'winch

boat' ini menjadi mudah dan sistematik.

Page 24: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

24 |MBPP

d) Pengusaha dan parasailing boleh dilindungi keselamatan dan kebajikan mereka

jika sesuatu perkara buruk atau kemalangan berlaku.

e) Pengunjung luar dan dalam ke hotel-hotel dan 'homestay' semakin meningkat

kerana tahap keselamatan terjamin dan terbela. Tiada gangguan terhadap

privasi pengunjung-pengunjung ini.

3. IMPAK INOVASI

a) Pendapatan Majlis dan Kerajaan Negeri

Inovasi penggunaan 'winch boat' ini dapat mempertingkatkan sumber pendapatan

kepada operator sukan air dan juga dapat menarik para pelancong dalam dan luar

negara untuk berkunjung ke pantai Batu Feringghi. Secara tidak langsung, aktiviti

yang mula digemari ini akan menjana pendapatan kepada Majlis, agensi-agensi

berkaitan, Kerajaan Negeri, para peniaga setempat, pihak hotel dan pengusaha

'homesytay' melalui kedatangan pelancong yang bertambah.

b) Pelancongan

Hasil pengenalan kepada aktiviti parasailing menggunakan inovasi 'winch boat' ini dan

juga kawalan keselamatan yang lebih sistematik dan terjamin daripada pelbagai pihak,

secara tidak langsung dapat menjadikan kawasan Batu Feringghi sebagai salah satu

tempat destinasi pelancongan di Asia dan juga di mata dunia.

c) Keselamatan dan Kawalan

Pemantauan melalui papan-papan tanda amaran bahaya di zon-zon ini seperti di

Rajah 21 dan 22, juga banyak membantu pengawalan dan pengeluaran lesen

terhadap pengusaha 'winch boat' di zon masing-masing dan menjadi mudah dan

Page 25: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

25 |MBPP

sistematik.

Secara automatiknya keselamatan dan kawalan terhadap parasailing dan pengunjung

juga boleh ditingkatkan lagi melalui pengusaha yang berdaftar dengan Majlis dan

persatuan mereka.

Aksesori keselamatan di dalam bot juga lebih terjaga dan disediakan oleh pengusaha

-pengusaha ini kerana jika tidak, lesen mereka boleh ditarik balik oleh Majlis dan

dikenakan kompaun seterusnya.

Contoh Pelekat Bot Bagi Parasailing

Rajah 21 - Tanda Amaran yang dipasang sepanjang zon pengoperasian parasailing

Page 26: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

26 |MBPP

INNOVATION

ZONINGAREA

ZONE A

ZONE B

ZONE C

ZONE D

ZONE E

ZONE F

ZONE G

ZONE H

Rajah 22 - Kedudukan zon-zon A hingga H

d) Governan

Pihak PBT dan Jabatan Laut dapat mempertingkatkan hasil dan pendapatan dimana

pengusaha dikenakan caj bagi setiap 'winch boat' yang ingin dipasang di atas bot.

Hasil yang akan diperolehi oleh Jabatan Laut pula adalah daripada caj lesen bagi

pemandu bot dan bot itu sendiri.

e) Tahap kepuasan kumpulan sasar

Bilangan peminat parasailing telah melonjak naik kerana keselamatan mereka kini

lebih terjamin dan risiko kemalangan adalah tipis atau tiada.

Aduan dari pengusaha hotel, pengunjung dan penduduk sekitar juga telah

berkurangan atau boleh diatasi dengan segera. Beberapa siri lawatan juga telah

dilakukan oleh Majlis bekerjasama dengan agensi seperti Jabatan Laut, Jabatan

Bomba dan Penyelamat, Ahli Jawatankuasa Penduduk Setempat dan pengusaha-

pengusaha hotel.

Page 27: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

27 |MBPP

4. ELEMEN INOVASI

i) Inovatif/Kreativiti

Penggunaan 'winch' diatas bot parasailing adalah penambaikan terhadap cara

konvensional yang diperkenalkan ke negeri ini yang semata-mata bergantung kepada

tenaga fizikal manusia. Cara konvensional ini tidak selamat dan ia kerap menyusah

dan mengganggu pengunjung-pengunjung pantai yang lain.

Terhasilnya inovasi ini, kadar kemalangan akibat parasailing telah menurun.

Keselamatan bagi parasailing, pengendali bot dan pengunjung pantai lebih terjamin

dan terkawal.

Malah sukan ini dilihat semakin digemari dan mempunyai potensi yang cerah. Secara

tidak langsung sukan ini telah menarik kembali minat pelancong luar untuk menikmati

keindahan pantai di Pulau Pinang sambil melihat parasailing atau mencuba

sendiri parasailing ini.

ii) Keberkesanan

Hasil inovasi ini akan berterusan diperbaiki dari masa ke semasa untuk mencapai

tahap penggunaan yang optimum. Inovasi juga tidak membebankan pengguna malah

lebih terjaga dan terkawal tahap keselamatan samada dari pengguna mahupun

pengunjung di jajaran pantai Batu Feringghi ini.

Inovasi ini juga telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat atau

sesiapa yang berminat mengusahakannya dan mengurangkan kadar pengangguran

serta masalah sosial.

Ia juga melonjakkan nama pantai Batu Feringghi menjadi bualan dan saranan kepada

pengunjung-pengunjung yang mencari atau yang ingin mencari kelainan. Ini juga

Page 28: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

28 |MBPP

meletakkan Pulau Pinang sebagai pusat pelancongan yang berada di carta

kedudukan tempat yang harus dilawati di dunia.

Keselamatan dan kawalan yang lebih sistematik kepada orang awam, pengunjung luar

dan dalam serta pengguna aktiviti itu sendiri adalah jaminan keselesaan dan kurang

risiko yang dihadapi secara logiknya akan mengurangkan aduan daripada mereka dan

pihak hotel mahupun penduduk sekelilingnya.

Pengusaha bot dan parasailing lebih peka kepada keselamatan dan undang-undang

yang berkaitannya. Semua bot yang akan digunakan untuk sukan ini disyaratkan

pemeriksaan oleh Jabatan Laut. Begitu juga syarat dikenakan kepada pemandu bot,

bahawa mereka perlu mempunyai lesen pengendalian yang sah dari Jabatan Laut.

Manakala bot yang telah melalui pemeriksaan tadi akan dilesenkan oleh Majlis dan

semua kelengkapan keselamatan di atas boat akan diwajibkan penyediaannya.

Melalui syarat-syarat ini telah membangkitkan kesedaran kepada pengusaha-

pengusaha bot dan parasailing mengenai undang-undang dan keselamatan yang

akan melindungi mereka jika berlaku kejadian tidak diingini.

iii) Signifikan

Kawalan dan penambahbaikan kepada inovasi ini memang signifikan dan

penting mengikut perkembangan sukan air yang semakin digemari ini. Penglibatan

banyak pihak terutama agensi-agensi luar dan pengusaha hotel dalam merealisasikan

kejayaan inovasi ini juga boleh dilihat apabila masing-masing hadir ke mesyuarat

untuk memberi pandangan dan cadangan cara memulihkan kembali imej Pulau

Pinang sebagai pulau peranginan yang diminati.

Kawalan dan pemantauan ini boleh dilihat melalui:-

a) Kawalan dan pemantauan kepada pengusaha-pengusaha parasailing;

Page 29: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

29 |MBPP

b) Data dan rekod bot yang dilesenkan lebih lebih sistematik dan teratur;

c) Menjanakan hasil kepada Majlis melalui kutipan bayaran permit dan lesen;

d) Penurunan aduan-aduan berkaitan kemalangan melibatkan parasailing;

e) Meningkatkan imej Majlis yang sentiasa berusaha memberi perkhidmatan

terbaik kepada penduduknya;

f) Boleh menggalakkan inovasi sebagai budaya kerja kepada warga Majlis

dimana Peringkat pengurusan dan pelaksana perlu bekerjasama untuk

merealisasikan sesuatu idea itu.

iv) Relevan

Majlis akan menjadi 'bench mark' kepada agensi-agensi lain dalam memperkenalkan

sukan air ini ke mata dunia. Maka untuk terus menjadi 'bench mark' terhadap

penerimaan idea baru 'winch boat' ini, Majlis perlu lebih proaktif dan berusaha untuk

memantapkan dan menambahbaik 'winch boat' ini dari masa ke semasa agar

bersesuaian dengan aliran semasa.

Inovasi ini relevan diberi penambahbaikan seperti menyerapkan elemen atau sistem

yang terkini dan canggih agar ianya mudah, selamat dan yang penting diyakini oleh

pengguna, pemerhati, penduduk dan agensi-agensi di sekitarnya kerana sukan air ini

semakin digemari ramai terutama pelancong-pelancong dari luar.

Kaedah yang digunakan mempunyai nilai cemerlang dan merangkumi semua

bahagian yang terlibat dimana isu keselamatan, pengawalan, pemantauan dan

penguatkuasaan mudah dilaksanakan oleh Majlis. Kaedah baru ini lebih menitik

beratkan keselamatan orang awam di tepi pantai, pengusaha bot dan penumpang

parasailing tersebut.

Page 30: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

30 |MBPP

Inovasi baru ini telah menarik lebih ramai pelancong ke bahagian hotel-hotel di Batu

Feringghi yang memang terkenal dengan keindahan dan kebersihan pantainya. Selain

merasai pengalaman sendiri menaiki parasailing yang lebih selamat, ada pengunjung

yang datang semata-mata untuk menyaksikan parasailing dan gelagat mereka dengan

rasa lebih selesa dan aman.

Lesen untuk menggunakan bot seperti Rajah 23 yang dipasang 'winch' dan

mengusahakan parasiling ini adalah salah satu sumber pendapatan terbaru Majlis.

Ianya akan dapat menjanakan hasil kepada majlis di masa akan datang kerana

parasiling kini merupakan tarikan baru sukan air kepada pelancong-pelancong ke

Pulau Mutiara ini.

Rajah 23 - Bot yang telah dipasang 'winch', dilesenkan dan mempunyai kelengkapan keselamatan

Bagi pihak pengusaha 'winch boat' dan parasailing pula kos pembaikan juga rendah

tetapi hasil yang diperolehi adalah berbaloi dengan kos yang dikeluarkan. Hotel-hotel

di bahagian Batu Feringghi ini juga telah menunjukkan peningkatan kedatangan

pengunjungnya samada dari luar mahupun dalam.

Page 31: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

31 |MBPP

Hasil inovasi ini adalah hasil kolaborasi dan mendapat kerjasama, cadangan, bantuan,

pujian, sokongan dan penghargaan dari beberapa pihak yang terlibat secara langsung

atau tidak seperti:-

i) Jabatan-jabatan di dalam Majlis Bandaraya seperti Bahagian Pelesenan,

Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Khidmat

Pengurusan, Jabatan Undang-undang, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan

Kawalan Pembangunan, Jabatan Perancangan dan Pembangunan dan

Jabatan Khidmat Kemasyarakatan;

ii) Jabatan Laut Wilayah Utara;

iii) Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia;

iv) Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Kontijen Timur Laut;

v) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM);

vi) Persatuan Lancang Air Peribadai dan Pengusaha-pengusaha 'winch boat';

vii) Pejabat Daerah & Tanah Timur Laut;

viii) Agensi pelancongan tempatan yang boleh mewar-warkan sistem ini;

ix) Pejabat YB Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan

Banjir, Negeri Pulau Pinang;(Lampiran-lampiran Minit Mesyuarat, laporan dan keratan akhbar dikepilkan)

Page 32: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

32 |MBPP

5. PENGIKTIRAFAN DITERIMA

i) Peringkat Negeri

Projek "Penang Beach Makeover-Integration Of Beach Activities Along Batu

Feringghi" ini telah mencetuskan idea untuk mengatasi masalah-masalah yang

berkaitan aktiviti pantai melalui penyusunan semula zon dan aktiviti yang dijalankan.

Antara aktiviti yang dimaksudkan adalah parasailing dan jetski.

Isu ini telah dibangkit dan dibincangkan di dalam beberapa mesyuarat di antara

jabatan-jabatan majlis, agensi-agensi luar, pengusaha hotel dan 'homestay' dan

penduduk sekitar jajaran pantai Batu Feringghi.

Rata-rata menyokong inisiatif ini untuk bersama-sama menaikkan semula nama Pulau

Pinang melalui aktiviti sukan pantai kerana ini juga merupakan salah satu tarikan

pelancong ke Pulau Pinang iaitu keindahan pantainya.

ii) Peringkat Antarabangsa

Certificate of Distinction bagi "Penang Beach Makeover-Integration Of Beach Activities

Along Batu Feringghi" kerana tercalon di peringkat separuh akhir International

Innovations Awards in Public Service Management by Commonwealth Association Of

Public Administration and Management (CAPAM) seperti di Rajah 24 dan 25.

Page 33: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

33 |MBPP

Rajah 23 - 'Penang Beach Makeover' Integrasi Aktiviti Pantai di Jajaran Pantai Batu Feringghi

Rajah 24 - Sijil yang diterima atas usaha projek 'Penang Beach Makeover'

Page 34: TAJUK: INTEGRASI AKTIVITI PANTAI DAN AIR DENGAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2411-integrasi-aktiviti-pantai... · parasailing ini terjejas teruk kerana lesen pengusahanya

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2017_______________________________________________________________________________________________________

34 |MBPP

6. PENUTUP

RUMUSAN

Inovasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengenai 'winch boat' ini wajar

dipertimbangkan kerana:-

i) Penggunaan 'winch boat' untuk aktiviti parasailing dapat mengelak berlakunya

kemalangan parasailing di mana pengguna tersangkut di pokok-pokok

persisiran pantai dan sebagainya;

ii) Kemalangan di mana tali yang menarik parasailing terkena kepada para

pengunjung pantai juga dapat diatasi dengan penggunaan 'winch boat';

iii) Masalah berlakunya kecederaan para pengunjung semasa parasailing

mendarat di pantai juga dapat dielakkan kerana mereka akan mendarat

secara perlahan di atas pelantar yang terdapat pada 'winch boat';

iv) Apabila pantai di jajaran Batu Feringghi bebas dari aktiviti parasailing,

maka keselamatan pengunjung adalah lebih terjamin dan mereka bebas

menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi di pantai tersebut;

v) Adalah diputuskan supaya Pengusaha Aktiviti Pantai dan Air di jajaran Batu

Feringghi yang menjalankan aktiviti parasailing diwajibkan

menggunakan 'winch boat' dan beroperasi di Zon B yang dikhaskan

untuk 'pick-up' dan 'drop off';

vi) Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menguatkuasakan penggunaan

'winch boat' oleh pengusaha aktiviti pantai dan air di jajaran Pantai Batu

Feringghi ini mulai 1 Januari 2017.