TAJUK KE - 2 - · PDF fileFAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN ... Pengaruh tulisan jawi, ... 5.2...
Transcript of TAJUK KE - 2 - · PDF fileFAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN ... Pengaruh tulisan jawi, ... 5.2...
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 1
CTU I5I PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM Maruwiah Ahmat
Menjelaskan cara
kedatangan Islam ke
Alam Melayu.
Menjelaskan pengaruh
Islam di Alam Melayu.
Menghuraikan tamadun
Melayu sebagai asas
pembinaan tamadun
Malaysia.
5.1 Kedatangan Islam
di Alam Melayu
5.2 Pengaruh Islam di
Alam Melayu
5.3 Tamadun Islam
sebagai Asas
Pembinaan Tamadun
Malaysia
2
FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN
PENDAHULUAN
3
Alam Melayu termasuk wilayah Asia Tenggara yang termasuk pulau-pulau Melayu seperti Borneo, Sumatera, Kepulauan Riau, Jawa, Maluku, Luzon, dan Mindanao.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
4
Terdapat 2 jenis kepercayaan yang menguasai Alam Melayu iaitu:
1. Amalan warisan budaya tempatan yang kuat berpegang kepada aninisme dengan mempercayai wujudnya roh yang boleh menguasai manusia.
2. Pengaruh Hindu-Buddha, ajaran Hindu-Buddha yang mengagongkan dewa dewi telah mempengaruhi masyarakat Melayu. Budaya agama Hindu masih mempengaruhi masyarakat Melayu.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
5
Pengaruh agama Hindu dari kitab-kitab Mahabratha,
Bhagawad Gita dan Baratayudha mempengaruhi
kesenian masyarakat Melayu.
Contoh seperti wayang kulit.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
6
Kesusateraan Hindu yang mempengaruhi kesusasteraan Melayu ialah dari Epik Mahabharata:
Hikayat Pendawa Lima
Hikayat Pendawa Jaya
Hikayat Panca Kelima
Hikayat Pandawa
Hikayat Sang Boma
Daripada Epik Ramayana:
Hikayat Seri Rama
Hikayat Maharaja Rawana
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 2
7
Pengaruh Hindu
terhadap sistem politik
Nusantara mewujudkan
sistem feudal
berasaskan sistem
kasta yang
dipraktikkan oleh
agama Hindu.
Raja
Pembesar/
Bangsawan
Pegawai-pegawai Kerajaan
Tuan-tuan tanah
Rakyat/petani
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
8
Kerajaan-kerajaan Hindu yang menguasai rantau
Asia Tenggara ialah kerajaan Langkasuka,
Tambralinga, Kedah Tua (Lembah Bujang),
Srivijaya, Mataram dan Majapahit.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
9
Kedatangan Islam ke Alam Melayu:
China
India
Arab
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
10
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
Teori Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Islam dari India:
Teori ini dibawa oleh sarjana Barat Snouck Hugronje,
Moquette, Brian Harrison, Thomas Arnorld, Weirtheim.
Kerana telah ada hubungan perdagangan masyarakat
Nusantara dengan pedagang India Muslim di sekitar
abad ke-13 M.
Namun orientalis Barat tidak sepakat dari mana
tempatnya, sama ada Gujerat, Banggala atau
Malabar.
11
Gujerat Kebanyakan orientalis dan G. P. Moquette; hujah - batu nisan di Pasai (Maulana Malik Ibrahim) bertarikh 1428 M dan Gerisek (Umar ibn Ahmad Kazaruni) 1419 M mempunyai bentuk di Gujerat.
Tolak - Tetapi Kesultanan Pasai telah menerima Islam pada tahun 1042 M lagi, sedangkan Gujerat menerima Islam semasa berada di bawah Kesultanan Delhi iaitu tahun 1301 M.
Banggala atau Malabar Thomas Arnorld & B. Harrison; hujah - pedagang Mazhab Syafie yang terdapat di daerah-daerah ini adalah sama mazhab dengan mazhab di Nusantara. Sedangkan di Gujerat Mazhab Hanafi.
Tolak mereka mengatakan Islam datang pada abad ke-13 M, tetapi Islam telah bertapak di Nusantara sejak abad ke-7 M lagi berdasarkan batu nisan di Jawa.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
12
Pengaruh India di Tanah Melayu:
Pedagang Muslim terutama di utara mamak atau keling
Budaya India-Hindu di Tanah Melayu
Masjid berseni bina India/dibina orang India-Muslim
Strata sosial dalam Hukum Kanun Melaka
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 3
13
Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang dibina pada abad ke-18 oleh saudagar India Muslim.
Masjid India Muslim di Ipoh dibina pada 1908 digunakan oleh masyarakat India-Muslim bermazhab Hanafi.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
14
Islam dari China:
Teori ini berdasarkan catatan orang Cina Islam bahawa
orang Arab-Islam telah datang ke China pada zaman
pemerintahan Maharaja Tai Tsuing dari Dinasti Pang
(627-650 M).
Dicatatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah
mengutus seorang pendakwah bernama Wahab Abi
Kabsyah yang kemudian meninggal dunia di Canton dan
dikebumikan di sini.
Khalifah Uthman ibn Affan pernah mengutus Saad ibn Abi
Waqqas yang telah mengasaskan sebuah masjid di
Canton yang diberi nama Wan Shin-zi (masjid kenangan
Nabi).
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
15
Hubungan erat antara Islam dengan China terjalin apabila
Khalifah Abu Jaafar dari kerajaan Abbasiyah telah menghantar
10,000 orang tentera Islam yang berpusat di Turkistan untuk
membantu Maharaja Hsnan Tsung (755 M) mengalahkan
pemberontakan menentangnya. Kesannya, kerajaan China
memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada orang
Islam di sana.
Pada tahun 878 M, tercetus satu pemberontakan besar di Canton
yang dikaitkan dengan rasa tidak senang hati dengan kemajuan
ekonomi yang dicapai oleh orang Islam di China.
Seramai kira-kira 100,000 orang asing terbunuh, majoritinya
orang Arab. Ini menyebabkan baki orang Arab di Canton
melarikan diri ke Nusantara dan menyebarkan Islam.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
16
Terdapat juga catatan Dinasti Sung bahawa
kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang
pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh
pedagang-pedagang Islam dari negara China pada
awal 977 M.
Terdapat batu nisan Fatimah binti Maimon yang
bertarikh 1082 M di Leran, Jawa Timur ada
persamaan dengan batu nisan di Phanrany, Champa
Selatan bertarikh 1035 M dan 1039 M.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
17
S. Q. Fatimi & R. O. Windstedt hujah- Terdapat kewujudan batu nisan yang bertulis khat Khufi bertarikh 1039 M dan tugu yang bertarikh 1025 M dan 1039 M di Champa (Vietnam).
Khat khufi popular di China.
Pada tugu ini terdapat catatan yang berkait dengan hukum-hukum Islam.
Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu memperkukuhkan teori Islam dibawa dari China dan Champa kerana penggunaan khat Khufi.
Tolak dialek Arab Cina tidak sama dengan cara sebutan orang Islam di Tanah Melayu.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
18
Pengaruh/Hubungan China-Tanah Melayu:
Masjid berseni bina China di Melaka
Sejarah kedatangan Laksamana Cheng Ho
Penyebaran penggunaan khat khufi
Hubungan diplomatik kerajaan Melaka-China (Dinasti Tang)
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
CTU151 16/07/2013
MARUWIAH AHMAT 4
19
Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Keling (1748) dibina pada abad ke-18, antara masjid tertua di Malaysia. Namun seni binanya juga mempunyai pengaruh Hindu pada ukiran selain pengaruh China pada menara pagoda.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
20
Islam dari Arab:
Teori kedatangan Islam dari Arab mendapat
sokongan kebanyakan ahli sejarah, terutama
sejarawan tempatan + Prof. Dr. Syed Muhammas
Naquib Al-Attas, Prof. Dr. HAMKA.
Hujah Pengaruh tulisan jawi, sama dengan Arab,
Cuma beberapa penambahan utk disesuaikan dengan
bahasa Melayu.
Cara sebutan Arab (bacaan Al-Quran) di Nusantara
sama dengan cara di Asia Barat dan Timur Tengah.
3.2 KEMASYARAKATAN 5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
21
Bukti daripada catatan sejarah dengan jelas menyatakan pengislaman raja-raja di Alam melayu dilakukan oleh pendakwah dari Timur Tengah. Contohnya Maharaja Derbar II (Kedah) yang memerintah pada 1136 M telah memeluk Islam daripada Syed Abdullah bin Syeikh Ahmad dari Yaman dengan memakai nama Sultan Muzaffar Shah. Negeri Kedah juga digelar Darul Aman (Zamin Turan).
Parameswara (1414) pula memeluk Islam dari Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah serta menukar namanya kepada Megat Iskandar Shah.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
22
Semua catatan sejarah melaporkan sultan-sultan Melayu dari Melaka hingga Sulu diIslamkan oeh orang Arab.
Para pedagang Arab yang berdagang di Nusantara melalui pelabuhan Yaman. Pelabuhan Hadhramaut menjadi tempat persinggahan pedagang dari seluruh dunia termasuk pedagang Melayu. Antara barang dagangan orang Melayu ialah rempah ratus dan kapur barus.
Bahasa Melayu menerima banyak pengaruh bahasa Arab.
5.1 KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
23
C. A. Manjul & Wang Gungwu perkembangan Islam di Nusantara walaupun datang dari India tetapi disebarkan oleh orang Arab. Tiada catatan sejarah menyebut bahawa kedatanagn Islam di Alammelayu dilakukan oleh pendakwah berketurunan India mahupun China.
Khalifah Muawiyah pernah melakukan dakwah Islamiyah ke atas Kerajaan Srivijaya.
Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pemerintah Srivijaya yang dikenali sebagai Raja Srindavarman telah memeluk Islam. Kerajaan Srivijaya dinamakan Sribuza Islam.
Khalifah al-Makmun dan rombongannya telah sampai di Perlak, Sumatera.
Kajian tentang s