TAJUK KE - 2 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya...

8
IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 15/01/2013 Maruwiah Ahmat 1 Maruwiah Ahmat BAB 1 ALAM DAN MANUSIA IDA 102 – MANUSIA DAN AGAMA PENDAHULUAN Menerangkan kejadian alam dan mansia dari pelbagai perspektif. Menghuraikan keperluan agama menurut kepercayaan dan amalan. Menjelaskan peranan akhlak dalam kehidupan. 1.1 Kejadian alam dari perspektif agama dan sains 1.2 Kejadian manusia dari perspektif agama dan sains 1.3 Alam dan manusia dari perspektif Islam Hasil Pembelajaran Kandungan Bab PENDAHULUAN 3 Pada umumnya semua manusia percaya bahawa alam ini ada permulaan, dahulunya tidak ada kemudian ia diadakan. Persoalannya bilakah ia bermula dan siapakah yang menciptakannya? Persoalan inilah yang sering berlegar di pemikiran hampir setiap manusia sejak zaman berzaman. Bagi mereka yang hanya bergantung kepada kemampuan akal, maka lahirlah pelbagai hipotesis dan teori tentang penciptaan alam dan manusia. Pada hakikatnya manusia tidak akan mampu mencari kebenaran yang hakiki dengan hanya berpandukan akal yang ada pada mereka. 4 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan di Eropah, ahli-ahli sains Barat mula memikirkan tentang kejadian alam dan melahirkan beberapa teori tentangnya. Teori Letusan Besar atau ‘Big Bang’ Bumi, matahari, bulan, bintang dan sebagainya yang ada sekarang ini dahulunya tidak ada. Kira-kira 15- 20 billion tahun yang lalu satu letusan besar telah berlaku akibat daripada pemampatan jisim atom di ruang alam. Pemampatan jisim-jisim atom ini telah menghasilkan suhu yang tersangat amat panas. Apabila bahan atom yang padat itu meletus, ia berpecah dan berkecai dalam bentuk awan hidrogen yang kemudiannya menjadi awan galaksi. 1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSEKPEKTIF AGAMA DAN SAINS 5 Pada peringkat awal, alam semesta ini telah dipenuhi dengan gas panas dan bahan radiasi. Gas panas dan padat itu tersebar luas memenuhi ruang dan akhirnya menyejuk lalu membentuk ketulan yang terapung-apung di alam semesta. Ketulan gas-gas inilah yang membentuk bintang- bintang di sistem cakrawala di alam ini. Bumi dan planet yang lain dikatakan berasal daripada bahagian matahari yang memisahkan diri pada masa matahari masih berupa kabut yang tebal. Bahagian yang terpisah itu menjadi sejuk dan terjadilah planet-planet seperti sekarang. Proses pembentukan itu berjalan terus-menerus mengikut hukum alam yang memakan masa berbillion tahun. 1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS 6 Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat (cosmix explotion) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'. Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan (expending and cooling) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya. 1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

Transcript of TAJUK KE - 2 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya...

Page 1: TAJUK KE - 2 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan

IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 15/01/2013

Maruwiah Ahmat 1

Maruwiah Ahmat

BAB 1 ALAM DAN MANUSIA

IDA 102 – MANUSIA DAN AGAMA

PENDAHULUAN

Menerangkan kejadian alam dan mansia dari pelbagai perspektif.

Menghuraikan keperluan agama menurut kepercayaan dan amalan.

Menjelaskan peranan akhlak dalam kehidupan.

1.1 Kejadian alam dari perspektif agama dan sains

1.2 Kejadian manusia dari perspektif agama dan sains

1.3 Alam dan manusia dari perspektif Islam

Hasil Pembelajaran Kandungan Bab

PENDAHULUAN 3

Pada umumnya semua manusia percaya bahawa alam ini ada permulaan, dahulunya tidak ada kemudian ia diadakan. Persoalannya bilakah ia bermula dan siapakah yang menciptakannya? Persoalan inilah yang sering berlegar di pemikiran hampir setiap manusia sejak zaman berzaman. Bagi mereka yang hanya bergantung kepada kemampuan akal, maka lahirlah pelbagai hipotesis dan teori tentang penciptaan alam dan manusia. Pada hakikatnya manusia tidak akan mampu mencari kebenaran yang hakiki dengan hanya berpandukan akal yang ada pada mereka.

4

Permulaan Alam Menurut Sains Barat

Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan di Eropah, ahli-ahli sains Barat mula memikirkan tentang kejadian alam dan melahirkan beberapa teori tentangnya.

Teori Letusan Besar atau ‘Big Bang’

Bumi, matahari, bulan, bintang dan sebagainya yang ada sekarang ini dahulunya tidak ada. Kira-kira 15- 20 billion tahun yang lalu satu letusan besar telah berlaku akibat daripada pemampatan jisim atom di ruang alam.

Pemampatan jisim-jisim atom ini telah menghasilkan suhu yang tersangat amat panas.

Apabila bahan atom yang padat itu meletus, ia berpecah dan berkecai dalam bentuk awan hidrogen yang kemudiannya menjadi awan galaksi.

1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSEKPEKTIF AGAMA DAN SAINS

5

Pada peringkat awal, alam semesta ini telah dipenuhi dengan gas panas dan bahan radiasi. Gas panas dan padat itu tersebar luas memenuhi ruang dan akhirnya menyejuk lalu membentuk ketulan yang terapung-apung di alam semesta. Ketulan gas-gas inilah yang membentuk bintang-bintang di sistem cakrawala di alam ini. Bumi dan planet yang lain dikatakan berasal daripada bahagian matahari yang memisahkan diri pada masa matahari masih berupa kabut yang tebal. Bahagian yang terpisah itu menjadi sejuk dan terjadilah planet-planet seperti sekarang. Proses pembentukan itu berjalan terus-menerus mengikut hukum alam yang memakan masa berbillion tahun.

1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

6

Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat (cosmix explotion) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'.

Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan (expending and cooling) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya.

1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

Page 2: TAJUK KE - 2 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan

IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 15/01/2013

Maruwiah Ahmat 2

7

1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

8

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.

Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini.

Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.

Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSEKPEKTIF AGAMA DAN SAINS

9

TEORI BIG BANG DI DALAM AL-QURAN

Perkara ini sudah lama diceritakan dalam al-Quran:

Allah berfirman: “Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian kami pisahkan keduanya…”

(Surah al-Anbiya ayat 21:30)

1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSEKPEKTIF AGAMA DAN SAINS

10

Ayat ini mengandungi pengertian: Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan

satu entiti (suatu yang wujud) tunggal.

Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.

Pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan jirim (ordering matter)

Proses pembentukan alam ini berlaku secara bertahap-tahap selepas dari pemisahan itu.

1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

11

Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta.

Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta.

Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dicahayakan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut.

1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

12

Ilmu pengetahuan moden, ilmu astronomi, pengamatan dan teori, dengan jelas menunjukkan bahawa pada suatu ketika seluruh alam semesta masih berupa 'gumpalan asap' .

Para ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru dari peninggalan 'gumpalan asap' semacam itu.

1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSEKPEKTIF AGAMA DAN SAINS

Rujuk http://lisanul-hakim.blogspot.com/2012/06/proses-kejadian-alam-menurut-al-quran.html untuk maklumat lanjut.

Page 3: TAJUK KE - 2 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan

IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 15/01/2013

Maruwiah Ahmat 3

13

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap,... “

(Surah Al-Fussilat, 41: 11)

matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa matahari dan bumi dahulu merupakan satu kesatuan.

1.1 KEJADIAN ALAM DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

14

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU BIOLOGI

Manusia diklasifikasikan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia), sebuah spesis primate dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Spesis primate ini terdiri dari seluruh lemur, monyet dan manusia. Primate berasal dari kata Latin Primates, yang bererti ‘salah satu yang pertama, terbaik, noble’.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

15

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU LOGIK

Manusia adalah binatang. Kelebihan manusia berbanding binatang-binatang lain adalah kebolehannya berkata-kata dan berfikir.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

16

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU JIWA

Manusia adalah sama sifat hidupnya dengan haiwan. Dalam erti kata sama keinginan mahu makan, berketurunan, merasai sakit, sihat, merasai tua dan mati dan sebagainya.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

Ngantuk Seronok Marah Beranak Makan Sakit

17

KEJADIAN MANUSIA BERDASARKAN SARJANA BARAT – TEORI EVOLUSI

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSEKPEKTIF AGAMA DAN SAINS

18

Pernyataan Charles Darwin - manusia moden berevolusi dari sejenis makhluk yang mirip kera. Selama proses evolusi tanpa bukti ini, yang diduga telah dimulai dari 5 atau 6 juta tahun yang lalu, dinyatakan bahawa terdapat beberapa bentuk peralihan antara manusia moden dan nenek moyangnya. Menurut senario yang sungguh dibuat-buat ini, ditetapkanlah empat kelompok dasar sebagai berikut:

Australophithecines (2 juta tahun)

Homo habilis (2.33 to 1.4 juta tahun)

Homo erectus (300,000 tahun)

Homo sapiens (200,000 tahun)

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

Page 4: TAJUK KE - 2 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan

IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 15/01/2013

Maruwiah Ahmat 4

19

Homo habilis

Australophithecines

Homo erectus

Semua gambar adalah gambaran oleh manusia kini sahaja berdasarkan fosil tengkorak yang ditemui.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

20

Terdapat fosil (tulang) ditemui

Terdapat fosil (tulang) ditemui dan manusia

kini

Tiada fosil (tulang) ditemui

Pernyataan Charles Darwin adalah bercanggah dengan fakta.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

21

Penipuan Ahli Sains Mengenai Teori Evolusi

Plitdown Man Setelah dijalankan ‘ujian florin’ ke atas Plitdown Man oleh Kenneth Oakley, dari Jabatan Paleontologi Muzium British pada 1949, didapati gigi-gigi pada rahang Plitdown Man adalah kepunyaan seekor Orang Utan yang dipasangkan (pada rahang tersebut) dan segala peralatan primitif yang ditemui adalah bahan-bahan tiruan yang telah dipalsukan dengan peralatan-peralatan besi. Dalam ujian lain, didapati tengkorak tersebut adalah kepunyaan manusia berusia 500 ribu tahun dan tulang rahang pula kepunyaan seekor orang utan yang telah mati. Gigi-giginya ditokok tambah agar mirip seperti manusia.

Nebraska Man Senario kaum Nebraska hidup bersama-sama keluarganya sebenarnya hanyalah berasaskan dari sebatang gigi khinzir. Lukisan-lukisan dijadikan asas mengukuhkan teori yang tidak berasas dan melanggar etika-etika saintifik yang sepatutnya dipatuhi.

Ota Benga Ota Benga sebenarnya adalah orang asli Afrika yang dianiaya. Dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam zoo dan dipamerkan bersama-sama binatang yang lain. Ota Benga telah dilayan seperti haiwan. Kerana tidak tahan menerima layanan buruk ini, Ota Benga telah membunuh diri.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

22

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT – MATERIALIS

Manusia hanyalah secebis daging, darah, tulang, urat, sistem saraf, kelenjar dan tisu-tisu. Manusia hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan ini adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, fikiran dan kudrat, keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunan unsur-unsur bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan air. Kehidupan hanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat diambil kesempatan untuk merasai kenikmatan sepenuhnya sebelum mati. Sesungguhnya dunia ini untuk makan, minum dan tidur. Dengan masa, lama kelamaan manusia akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi selepas itu.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA

23

(Rujuk http://naspazi.multiply.com/journal/item/6 untuk melihat huraian lanjut mengenai kejadian manusia mengikut agama Buddha.

24

Kelahiran makhluk melalui empat cara:

Pertama, Jalabuja Yoni - iaitu makhluk yang lahir dari kandungan, seperti manusia, kuda dan kerbau.

Kedua, Andaja Yoni - iaitu makhluk yang lahir dari telur, seperti burung.

Ketiga, Sansedaja Yoni - iaitu makhluk yang lahir dari kelembapan, seperti nyamuk dan ikan.

Keempat, Opapatika Yoni - iaitu makhluk yang lahir secara mendadak dan dalam keadaan dewasa. Seperti dewa dan syaitan.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

Page 5: TAJUK KE - 2 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan

IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 15/01/2013

Maruwiah Ahmat 5

25

Sebarang kelahiran makhluk atau makhluk yang bakal lahir mestilah melalui salah satu dari cara kelahiran di atas yang disebabkan oleh adanya Kamma - perbuatan yang menyebabkan timbulnya syarat untuk kelahiran semula makhluk berkenaan. Sansedaja Yoni tidak sama dengan abiogenesis kerana aspek kamma tidak terdapat dalam teori abiogenesis. Opapatika Yoni bukan bermakna wujud dengan sendirinya tanpa sebab.

Opapatika Yoni wujud kerana disebabkan oleh kekuatan Atita Kamma, dan tidak melalui fasa embryo. Maknanya setiap makhluk berasal dari makhluk yang sentiasa silih berganti dari satu alam kepada alam yang lain sebelum mencapai Nibbana atau Nirvana.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

26

AJARAN BUDDHA MENGENAI MANUSIA

1. Kehidupan ini adalah suatu penderitaan - Kelahiran, menjadi tua, penyakit, mati, perpisahan, kehadiran yang dibenci, perpisahan, tidak memperoleh yang dikehendaki dan lain-lain.

2. Penderitaan berpunca kemahuan dan hawa nafsu manusia

3. Memusnahkan penderitaan adalah dengan melenyapkan perasaan dan menghilangkan nafsu serta kemahuan, melemparkannya jauh-jauh dan mengikisnya dari kita.

4. Hukum Karma: Nasib manusia sekarang ini ditentukan oleh perbuatan-perbuatannya di masa kehidupan yang lalu.

5. Tujuan hidup adalah berjuang dan beramal untuk mencapai nirwana iaitu musnahnya semua nafsu dan kehendak. Tidak ada lagi karma yang menyebabkan kelahiran kembali setelah tercapai nirwana.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSEKPEKTIF AGAMA DAN SAINS

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU

27

Rujuk http://id.wikipedia.org/wiki/Mitos_penciptaan untuk maklumat lanjut mengenai kejadian manusia berdasarkan agama Hindu.

28

Menurut paradigma Hindu, alam semesta dicipta dalam suatu proses yang sangat panjang. Pada mulanya alam ini kosong, yang ada hanyalah Tuhan, sering disebut sebagai zaman: “ketika itu belum ada apa-apa dan semuanya belum menentu.”

Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama yang disebut Purusa, iaitu roh sebagai asas yang menghidupkan segala makhluk, sama ada makhluk yang maujud mahupun yang mujarad. Lima jasad maujud atau panca maha bhuta; iaitu akasa – angkasa, bayu – angin, teja – cahaya, apah - zat cair dan pretiwi - zat padat .

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

29

Kelima-lima unsur alam ini pada mulanya masih dalam bentuk Paramanu atom. Gabungan kelima-lima unsur ini telah menghasilkan wujud baru yang disebut Brahmanda, iaitu segala planet dan bintang sebagai sebahagian dari isi alam semesta. Brahmanda maknanya benda bulat berbentuk telur ciptaan Brahman.

Setelah alam semesta tercipta barulah Tuhan mencipta isinya, seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Proses penciptaan manusia adalah sari dari panca maha bhuta, iaitu enam jenis rasa, seperti manis, pahit, masin, masam, pedas dan kelat. Semua unsur ini telah berpadu dengan unsur lain, iaitu cita, budi, ahangkara, dasendria, panca tanmatra dan panca maha bhuta. Sebatian semua unsur ini telah menghasilkan dua unsur benih kehidupan, iaitu sukla - benih lelaki dan swanita - benih perempuan. Yang demikian, maka terciptalah manusia.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

30

AJARAN HINDU MENGENAI MANUSIA 1. Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai

malapetaka dan penderitaan. 2. Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila

insaf sedalam-dalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa manusia itu akan mati, rohnya tidak lagi dilahirkan semula bahkan bersatu dengan Tuhan.

3. Falsafah Sangkya: Manusia akan terlepas dari penderitaan apabila insaf bahawa jiwanya tidak bersangkut-paut dengan benda. Cita-cita tertinggi manusia adalah berpisah selama-lamanya dari benda (material).

4. Manusia dibahagikan mengikut kasta (Brahmin, Ksyatria, Vasya dan Syudra). (Ada yang mengatakan tambahan – Paria).

5. Kasta adalah berkaitan dengan Hukum Karma dan Kelahiran Semula.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

Page 6: TAJUK KE - 2 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan

IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 15/01/2013

Maruwiah Ahmat 6

KEJADIAN MANUSIA BERDASARKAN AGAMA YAHUDI

31

Rujuk http://amarsuteja.blogspot.com/2012/12/asal-usul-manusia-menurut-yahudi-dan.html untuk maklumat lanjut mengenai kejadian manusia menurut agama Yahudi.

32

Kitab Kejadian (Genesis) – Tuhan menciptakan alam dengan segala isi-isinya termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia dalam enam hari. Pada hari ketujuh Tuhan berhenti mencipta dan beristirehat serta disucikannya hari itu.

Manusia pertama, Adam dijadikan-Nya dari tanah dan ditempatkan dalam Taman Eden. Dari tulang rusuk Adam diciptakan pula isterinya, Hawa. Seekor ular (iblis) telah menipu Adam dan Hawa untuk memakan buah larangan. Ini mengakibatkan kemurkaan Tuhan lalu dikeluarkan keduanya dari Taman Eden dan hiduplah mereka menempuh kesengsaraan hidup dunia biasa. Mereka berdualah menjadi nenek moyang kepada segala manusia di muka bumi ini.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

33

AJARAN AGAMA YAHUDI MENGENAI MANUSIA

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.

3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.

4. Manusia dianggap kotor atau bernajis apabila melakukan perkara-perkara tertentu seperti menjamah mayat (najis selama tujuh hari), melahirkan anak maka si ibu dianggap kotor (jika anak lelaki selama 40 hari dan jika anak perempuan selama 80 hari) dan sebagainya.

5. Orang Yahudi menganggap mereka keturunan Nabi Yaaqub adalah putera-putera terpilih yang dimuliakan Tuhan berbannding bangsa-bangsa lain.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT AGAMA KRISTIAN

34

Rujuk http://amarsuteja.blogspot.com/2012/12/asal-usul-manusia-menurut-yahudi-dan.html untuk maklumat lanjut mengenai kejadian manusia menurut agama Kristian.

35

Penciptaan alam dan manusia (Adam dan Hawa) pada perspektif agama Kristian sama dengan agama Yahudi kerana kedua-duanya merujuk kepada kitab Genesis dalam Perjanjian Lama.

Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir. ADAM PERTAMA disebutkan sebagai berikut:

“Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi mahluk yang hidup.” (ge 2:7) Adam tidak dilahirkan oleh seorang perempuan. Ia adalah manusia pertama. “seperti ada tertulis: manusia pertama, Adam menjadi mahluk yang hidup.” (1 korintus 15:45)

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

36

Menurut paradigma Kristian, Tuhan telah menyediakan ADAM KEDUA. Adam sempurna yang boleh dikorbankan untuk menebus dosa. Tuhan yang maha agung itu sendiri yang turun ke bumi dan hidup seperti manusia biasa. Jesus, sebagai peribadi Tuhan yang maha agung yang kedua dalam Tritunggal telah dilahirkan dari perut seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar dapat dikorbankan dengan sempurna.

Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu, Jesus adalah Tuhan yang maha pencipta itu, namun Jesus juga adalah manusia biasa seperti yang Tuhan maksudkan, iaitu manusia ciptaan Tuhan yang sewajarnya tanpa dosa. Tuhan yang maha agung dan maha pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di Kalvari. Tuhan sendiri yang menumpahkan darah-Nya bagi menebus dosa Adam.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

Page 7: TAJUK KE - 2 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan

IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 15/01/2013

Maruwiah Ahmat 7

37

AJARAN KRISTIAN MENGENAI MANUSIA 1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad 2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati. 3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan. 4. Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Dosa ini

dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dilakukan oleh Adam.

5. Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut.

6. Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan di hadapannya.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSEKPEKTIF AGAMA DAN SAINS

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA MENURUT ISLAM

38

Rujuk http://076115asas.blogspot.com/2008/04/proses-kejadian-manusia-menurut-al.html untuk maklumat lanjut mengenai kejadian manusia menurut Islam.

39

Sebagaimana Yahudi dan Kristian, Islam juga menjelaskan bahawa manusia pertama adalah Adam a.s. Daripada Adam Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini.

Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s. iaitu: - Dari air - Dari tanah (at-turab) - Dari pati tanah (at-tin) - Dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib) - Dari tanah yang panas dan berbau (hama’in masnun) - Dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar) - Meniupkan roh

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

40

Peringkat-peringkat kejadian manusia dalam perut ibu:

Nuffah (segumpal air)

Alaqah (segumpal darah)

Mudghah (segumpal daging)

Luhman (daging)

Hulqan Akhara (bentuk manusia)

Faiza Sawwaituhu (menyempurnakan ciptaan bentuk rupa manusia)

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

41

Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54 bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil secara saintifik sebagai spermatozoon. Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA DAN SAINS

42

AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Manusia akan dibangkitkan di alam akhirat selepas mati.

3. Allah SWT. Menyediakan ganjaran pahala dan dosa atas setiap perbuatan manusia.

4. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih (fitrah).

5. Perlakuan dosa manusia adalah tanggunggannya sendiri dan hak untuk mengampunkannya adalah hak mutlak Allah SWT.

1.2 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSEKPEKTIF AGAMA DAN SAINS

Page 8: TAJUK KE - 2 Permulaan Alam Menurut Sains Barat Sejak dari abad ke-15M iaitu apabila tercetusnya 'Zaman Renaisans' - zaman menghidupkan semula semangat pembelajaran, seni dan kesusasteraan

IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 15/01/2013

Maruwiah Ahmat 8

43

1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

44

Alam semesta yang dicipta tuhan adalah untuk keperluan manusia membina kesihatan rohani, jasmani, jiwa dan raga untuk menghayati keujudan Allah swt dengan sifat kudrat, iradat, ilmu dan hayatNya.

Kejadian alam semesta bermula dengan penciptaan langit dan bumi yang mengedari bulan dan matahari. Maka siang dan malam pun silih berganti untuk membina kehidupan jasmani yang menghayati kehidupan rohani.

1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

45

Bumi adalah alam nyata atau raga yang mengandungi unsur tanah dalam bentuk pepejal yang bersifat dingin.

Langit pula adalah alam ghaib atau jiwa yang mengandungi air dalam bentuk cecair bersifat lembap.

Angin adah alam nyawa yang memenuhi ruang di antara langit dan bumi dalam bentuk wap yang bersifat kering.

Api pula adalah tenaga meliputi langit dan bumi dalam bentuk haba yang bersifat panas.

1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

46

Apabila langit menghujani bumi dengan unsur air bumi menjadi basah untuk membina tenaga jiwa dan raga. Unsur angin pula memberi nyawa kepada alam jiwa dan raga di bumi untuk membina alam kehidupan jasmani. Alam kehidupan di bumi memerlukan unsur api untuk meransang tenaga jasmaninya yang membina kehidupan rohani.

1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

47

Kehidupan manusia memerlukan unsur tanah, air angin dan api yang membina bahan makanan, minuman, udara dan haba untuk membina tenaga raga manusia dalam bentuk darah, daging, nafas dan haba. Tenaga raga manusia pula membina tenaga jiwa dalam bentuk perasaan kesedaran, pemikiran dan kefahaman. Tenaga jiwa manusia dinyatakan oleh tenaga jasmani dalam bentuk paras rupa, gerak geri, tingkah laku dan budi bahasa. Kehidupan jasmani menghayati kehidupan rohani iaitu kudrat, iradat, ilmu dan hayat Allah swt.

1.3 KEJADIAN ALAM DAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

48

Meskipun terdapat pelbagai teori tentang kejadian alam dan manusia, ia hendaklah berdasarkan logik akal dan panduan daripada kitab.

Kejadian alam dan manusia berdasarkan Islam hendaklah berpandukan kepada Al-Quran serta gabungan kajian sains yang boleh dibuktikan dengan kajian saintifik.

KESIMPULAN