Tajuk najis pelajaran taharah

3

Click here to load reader

Transcript of Tajuk najis pelajaran taharah

Page 1: Tajuk najis pelajaran taharah

AL FIRQAH ASSABI`AH

Ke Arah Pendidikan Islam _________________________________________________________________________

PELAJARAN TAHARAH

TAJUK : NAJIS

PENGERTIAN NAJIS

Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.

Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat, tawaf

dan sebagainya.

BAHAGIAN NAJIS

Najis terbahagi kepada tiga:

1. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau

salahsatunya.

2. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah,

muntah, tahi dan sebagainya.

3. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain

menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.

Gambar-Gambar Contoh Bahagian Najis

Page 2: Tajuk najis pelajaran taharah

CARA MENYUCIKAN NAJIS

Cara menyucikan najis adalah seperti berikut:

1. Najis mughallazah (berat)

Hendaklah dibuang najis terlebih dahulu, kemudian barulah tempat yang terkena

najis itu di sertu, iaitu dicuci dengan air mutlak sebanyak tujuh kali sekali

daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (bau, rasa dan

warnanya ).

2. Najis mutawassitah (pertengahan)

Hendaklah dibunag najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat

yang terkena najis dengan air Mutlak sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan

rasa).

3. Najis mukhaffafah (ringan)

Hendaklah dihilangkan najis itu terlebih dahulu, kemudian memadai direnjis atau

dipercikkan ke tempat yang terkena najis dsengan air mutlak.

NAJIS YANG DIMAAFKAN

Syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk

dielakkan. Antara najis-najis berikut adalah dimaafkan:

1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh mata(Najis yang halus) seperti darah yang sedikit,

percikan air kencing atau najis yang ada pada kaki lalat.

2. Tanah, lumpur atau air di jalan yang bernajis, jika terkena badan atau pekaian semasa

berjalan dengan tidak dapat dielakkan adalah dimaafkan.

3. Darah yang datang dari tubuh sendiri seperti jerawat, darah bisul, darah kudis atau

kurap dan nanah. jika terkena pada pakaian dengan tidak sengaja adalah dimaafkan.

4. Darah, muntah dan nanah yang terkena pada pekaian dengan tidak sengaja sama ada

banyak atau sedikit.

5. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.

NAJIS MENJADI SUCI

1. Apabila arak atau tuak menjadi cuka dengan sendirinya.

Page 3: Tajuk najis pelajaran taharah

2. Apabila terdapat pada najis itu benda yang menjadi binatang seperti ulat daripada

bangkai.

3. Apabila kulit bangkai telah disamak, kecuali kulit anjing dan babi

MASALAH-MASALAH DAN HUKUM

1. Cara kulit bangkai disamak ialah dengan menghilangkan darah dan daging atau lain-

lainnya yang ada pada kulit yang boleh membusukkan.

2. Alat yang boleh digunakan untuk menyamak kulit binatang ialah sesuatu yang tajam

rasanyadan kasar, seperti tawas.

3. Hukum menyamak kulit anjing dan babi adalah haram.

4. Hukum menyamak kulit binatang yang halan disembelih sepeti kerbau, lembu dan

sebagainya adalah tidak najis bahkan suci.