TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN...

11
TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN POLIPROPILENA (PP) TIKAR GENTIAN SINTETIK DAN PANEL KOMPOSIT BAGI APLIKASI AUTOMOTIF KOD PROJEK: I-GT/2 (USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR ZAINAL ARIFIN MOHD ISHAK AKADEMIA: ROZMAN HAJI DIN RAKAN INDUSTRI: DR. RAHMATULLAH HOLDINGS SDN. BHD. BIDANG TUMPUAN UTAMA: 1) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI 2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH PROJEK: 1 OKTOBER 2011 30 SEPTEMBER 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Matlamat projek ini adalah untuk memindahkan ilmu dengan mencipta satu mekanisma yang berkesan untuk memindahkan kedua-dua hasil keluaran syarikat, khususnya tikar kenaf serat asli bukan tenunan dan tikar serat tiruan, menghasilkan panel komposit dalam aplikasi automotif serta pemindahan ilmu pendidikan dan teknologi kepada komuniti saintifik, perindustrian, rakan kongsi, agensi-agensi kerajaan dan orang awam. Projek ini juga disasarkan untuk membangunkan panel komposit baharu untuk aplikasi automotif tempatan dengan teknologi baharu. Ilmu yang dipindahkan melalui projek ini tidak terbatas kepada ahli-ahli projek sahaja tetapi juga kepada pelajar-pelajar dengan memberi peluang mereka menggunakan kemudahan yang sedia ada, bukan sahaja untuk menghasilkan sampel dan kajian di makmal, malah memberi pendedahan dalam penghasilan produk kejuruteraan di luar kampus.

Transcript of TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN...

Page 1: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

TAJUK PROJEK:

KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN POLIPROPILENA (PP) TIKAR GENTIAN

SINTETIK DAN PANEL KOMPOSIT BAGI APLIKASI AUTOMOTIF

KOD PROJEK:

I-GT/2 (USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR ZAINAL ARIFIN MOHD ISHAK

AKADEMIA:

ROZMAN HAJI DIN

RAKAN INDUSTRI:

DR. RAHMATULLAH HOLDINGS SDN. BHD.

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

1) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL

PASTI

2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH PROJEK:

1 OKTOBER 2011 – 30 SEPTEMBER 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Matlamat projek ini adalah untuk memindahkan ilmu dengan mencipta satu mekanisma yang

berkesan untuk memindahkan kedua-dua hasil keluaran syarikat, khususnya tikar kenaf serat asli

bukan tenunan dan tikar serat tiruan, menghasilkan panel komposit dalam aplikasi automotif

serta pemindahan ilmu pendidikan dan teknologi kepada komuniti saintifik, perindustrian, rakan

kongsi, agensi-agensi kerajaan dan orang awam. Projek ini juga disasarkan untuk

membangunkan panel komposit baharu untuk aplikasi automotif tempatan dengan teknologi

baharu. Ilmu yang dipindahkan melalui projek ini tidak terbatas kepada ahli-ahli projek sahaja

tetapi juga kepada pelajar-pelajar dengan memberi peluang mereka menggunakan kemudahan

yang sedia ada, bukan sahaja untuk menghasilkan sampel dan kajian di makmal, malah memberi

pendedahan dalam penghasilan produk kejuruteraan di luar kampus.

Page 2: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk mencipta satu mekanisma yang berkesan untuk memindahkan

kedua-dua hasil keluaran syarikat, khususnya tikar kenaf serat asli bukan tenunan dan tikar serat tiruan, menghasilkan panel komposit dalam aplikasi automotif serta memindahkan ilmu pendidikan dan teknologi kepada komuniti saintifik, perindustrian, rakan kongsi, agensi-agensi kerajaan dan orang awam.

2) Untuk membangunkan panel komposit baharu untuk aplikasi automotif tempatan dengan menggunakan teknologi baharu.

AKTIVITI

1) Mereka bentuk teknologi dan membina kemudahan campuran kedua-

dua jenis gentian, khususnya gentian asli dan gentian tiruan. 2) Memperkukuhkan tikar gentian, khususnya tikar gentian asli dan tikar

gentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan dan antarabangsa.

Penyediaan bahan mentah:

1) Pelbagai jenis tikar dihasilkan (kenaf, rami, tikar kapas, tikar serat PP, tikar hibrid asli dan tiruan serta NF/SF tikar fiber).

2) Bagi tikar hibrid NF/SF, kedua-duanya, fiber dan PP fiber, telah melalui proses bale-breaking dan mengekad (carding), kemudian dicampurkan secara homogen.

Proses:

1) Gentian dilayangkan kemudiannya melalui proses tindan silang (cross lapping) dan proses penebukan jarum (needle-punching).

2) Penghasilan tikar gentian. Pengeluaran:

1) Tikar gentian melalui tekanan panas.

OUTPUT

Industri: 1) Penghasilan tikar gentian kenaf asli untuk dijual. 2) Proses pengeluaran yang lebih efektif dan cekap. 3) Kualiti perkhidmatan telah meningkat, kelengkapan, penggunaan

sumber dan pengeluaran telah mengikut perancangan yang ditetapkan. 4) Pekerja lebih bertanggungjawab, lebih menjaga kebersihan dan

keselamatan dalam persekitaran kerja. 5) Pekerja lebih bersikap terbuka, bekerja dalam pasukan bersama-sama

graduan pelatih.

Page 3: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

IPTA: 1) Penerbitan. 2) Pembelian mesin VARTM bagi Pusat Pengajian Teknologi Industri dan

Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral untuk meningkatkan, menyebarkan dan memindahkan pengetahuan pengeluaran panel hibrid kepada pelajar.

3) Perolehan sampel yang boleh dijadikan maklumat dan data kepada pelajar USM.

Pembangunan Modal Insan:

1) Menghasilkan kepakaran graduan pelatih dalam latihan amali dan kepakaran mengendalikan mesin Dilo-Temafa-Belmatex, pengeluaran tikar dan bahan komposit.

2) Memperoleh pengalaman dalam penyelesaian masalah dan penyelenggaraan lebih mudah dikendalikan.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Malaysia 2) Dr. Rahmatullah Holdings Sdn. Bhd.

KEBERHASILAN

Industri: 1) Penjimatan kos bagi menghasilkan tikar gentian fiber. 2) Pengeluaran tikar kenaf terbukti. Prototaip telah dihasilkan. 3) Proses penghasilan tikar menggunakan mesin lebih cekap dan cepat. 4) Segala kemudahan, bahan dan peralatan diselenggara dengan baik

untuk tujuan penyelidikan. 5) Pekerja-pekerja lebih bertanggungjawab, lebih menyedari mengenai

kebersihan, keselamatan. 6) Tikar gentian kenaf dijual secara berasingan. 7) Industri membantu graduan pelatih sepanjang penyelidikan mereka.

IPTA:

1) Pemindahan ilmu pengetahuan kepada industri tentang penghasilan tikar serat kenaf.

2) USM menjadi pusat rujukan berkaitan teknologi dan produk kajian yang telah dijalankan.

3) Graduan pelatih mendapat pendedahan dan berjaya mendapatkan lebih banyak penyelidikan tentang gentian asli dan VARTM.

4) Graduan pelatih USM mendapat pendedahan tentang pengeluaran pada skala sebenar dan tidak hanya berada di dalam makmal.

5) USM dapat memberi kesedaran dan pendedahan kepada dunia tentang pentingnya serat semula jadi dalam produk kejuruteraan.

Page 4: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih dapat meningkatkan kemahiran insaniah melalui

penyampaian di dalam kelas dan di industri. 2) Graduan pelatih memperoleh pengetahuan dan pemahaman tentang

penghasilan tikar gentian kenaf. 3) Graduan pelatih mendapat pengetahuan tentang cara mengendalikan

kemudahan seperti mesin dan cara penyelesaian masalah. 4) Graduan pelatih mendapat kesedaran tentang penggunaan gentian

semula jadi bagi menghasilkan produk kejuruteraan.

Page 5: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK

A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Dr. Rahmatullah Holdings Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 10 Disember 2014 Panel Penilai : 1) Encik Rudie Tajuddin@TA (UPM) 2) Tuan Syed Yusof Syed Kechik (USM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan, manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 33% 34%

B AKADEMIA (10%) 10% 10%

C GRADUAN PELATIH (10%) 10% 10%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 10% 10%

E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 26% 26%

MARKAH KESELURUHAN (%) 89% 90%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 90%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

5/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 5/5

Page 7: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri

4/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

5/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

4/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

4/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 3/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek

Dr. Rahmatullah Holdings Sdn. Bhd. amat berpuas hati kerana objektif projek tercapai dengan jayanya.

Projek yang dilaksanakan mempunyai prospek masa depan yang cerah dan dapat memberi impak positif

dalam industri automotif negara. Kejayaan projek ini pada masa hadapan dapat diteruskan sekiranya

mendapat bantuan lanjut daripada geran pihak Malaysia Technology Development Corporation (MTDC).

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Berdasarkan penilai keseluruhan, projek ini berada pada kategori merah. Projek ini masih pada peringkat penyelidikan kerana berdasarkan cadangan projek sehingga hasil pada akhir projek, produk yang dihasilkan masih dalam proses kajian. Hasil keputusan juga tidak mencapai objektif KTP dari segi meningkatkan dan memperkayakan pemindahan ilmu. Oleh itu, proses pemindahan ilmu perlu dipertingkatkan lagi bagi melaksanakan perubahan dan bagi meningkatkan keberhasilan kepada kumpulan sasaran dan pemindahan ilmu antara kedua-dua pihak lebih berkesan.

Page 8: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

LAMPIRAN

Lawatan panel penilai KTP Pemantauan: Ketua projek sedang menerangkan mengenai projek yang telah

dijalankan

Ketua projek menunjukkan gentian fiber yang dihasilkan kepada panel penilai

Page 9: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

Produk yang berjaya dihasilkan oleh industri

Tinjauan Panel Penilai di Dr. Rahmatullah Holdings Sdn. Bhd.

Page 10: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

Pembentangan hasil projek oleh Ketua Projek Profesor Zainal Arifin

Mesin yang digunakan untuk menghasilkan tikar gentian sintetik dan panel komposit

Page 11: TAJUK PROJEK: KENAF ASLI BUKAN TENUNAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT2(USM-11).pdfgentian tiruan dengan panel komposit dalam industri pasaran automotif tempatan

Kenaf yang telah siap dihasilkan dan digulung