Tajuk syarahan lelaki

13
MASJID PEMANGKIN UMMAH GEMILANG ISI HURAIAN DALIL MASJID MAPAN KEILMUAN DITINGKATKAN pendidikan dan keilmuan merupakan asas penting dalam pembangunan ummah samada gemilang mahupun kecundang bagi memartabatkan darjat seorang ilmuan. maka masjidlah menjadi medan utama penyebaran ilmu duniawi dan ukhrawi bagi merealisasi tuntutan ilahi sepertimana firmannya: Al-Mujadalah : 11 11. Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang- lapanglah dalam majlis", Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. MASYARAKAT PENYAYANG MASJID TERBILANG masjid menjadi landasan utama sebagai pusat pembangunan keluarga dan kemasyarakatan. maka, kita sebagai ummat islam dapat saling berkenal-kenalan antara satu sama lain serta bantu mambantu biarpun berbeza adat dan budaya namun masih agama yang satu. oleh itu, masjid menjadi wadah kepada penyatuan. ini sepertimana firman allah: Al-Hujurat : 13 13. Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku- suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. IBADAT KUAT MASJID HEBAT tidak dapat tidak, masjid dilihat sebagai peneraju kepada luhurnya pengabdian diri kepada allah melalui ibadah yang dilaksanakan samada wajib mahupun sunat sepertimana ibadah solat dan zakat. sepertimana suruhan allah firmannya: Al-Baqarah : 43

Transcript of Tajuk syarahan lelaki

Page 1: Tajuk syarahan lelaki

MASJID PEMANGKIN UMMAH GEMILANG

ISI HURAIAN DALIL MASJID MAPAN KEILMUAN DITINGKATKAN pendidikan dan keilmuan merupakan asas penting dalam pembangunan ummah samada gemilang mahupun kecundang bagi memartabatkan darjat seorang ilmuan. maka masjidlah menjadi medan utama penyebaran ilmu duniawi dan ukhrawi bagi merealisasi tuntutan ilahi sepertimana firmannya: Al-Mujadalah : 11

11. Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

MASYARAKAT PENYAYANG MASJID TERBILANG masjid menjadi landasan utama sebagai pusat pembangunan keluarga dan kemasyarakatan. maka, kita sebagai ummat islam dapat saling berkenal-kenalan antara satu sama lain serta bantu mambantu biarpun berbeza adat dan budaya namun masih agama yang satu. oleh itu, masjid menjadi wadah kepada penyatuan. ini sepertimana firman allah: Al-Hujurat : 13

13. Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.

IBADAT KUAT MASJID HEBAT tidak dapat tidak, masjid dilihat sebagai peneraju kepada luhurnya pengabdian diri kepada allah melalui ibadah yang dilaksanakan samada wajib mahupun sunat sepertimana ibadah solat dan zakat. sepertimana suruhan allah firmannya: Al-Baqarah : 43

43. dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'[44].

[44] Yang dimaksud Ialah: shalat berjama'ah dan dapat pula diartikan: tunduklah kepada perintah-perintah Allah bersama-sama orang-orang yang tunduk.

UMMAH GEMILANG EKONOMI CEMERLANG ekonomi memainkan perananyang penting dalam pembangunan sesebuah kerajaan dan ummah yang gemilang. maka, masjid menjadi wadah mapan ketika ingin mencapai impian yang diharapkan. sepertimana firman allah : Al-Jumuuah :10

10. apabila telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

Page 2: Tajuk syarahan lelaki

JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

ISI HURAIAN DALIL JIRAN BEKERJASAMA MASYARAKAT SENTOSA

Page 3: Tajuk syarahan lelaki

-Kehidupan aman damai. -Membantu ketika mengalami kesusahan

Surah al-Maidah ayat 2

2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah[389], dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram[390], jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya[391], dan binatang-binatang qalaa-id[392], dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya[393] dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu. dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya.

JIRAN PENYAYANG MASYARAKAT CEMERLANG

-Sifat penyayang dalam peribadi mukmin. - Memberi hadiah, -Bertukar-tukar makanan,pendapat Hadis Riwayat al-Bukhari

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR Tegur menegur kea rah kebaikan Surah al-imran ayat 104

104. dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.

JIRAN BERSATU MASYARAKAT MAJU -Kekuatan terbina melalui jalinan utuh antara anggota masyarakat. -Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

RASULULLAH PEMIMPIN MITHALI

ISI

Page 4: Tajuk syarahan lelaki

HURAIAN DALIL RASULULLAH SEBAGAI KETUA KELUARGA Sebagai ketua keluarga , Rasulullah berjaya memimpin keluarganya kearah kehidupan yang diredhoi Allah. Isteri, anak, menantu dan cucu baginda telah dinukilkan dalam sirah sebagai orang yang taat perintah Allah. At-Tahrim : 6.

6. Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

RASULULLAH SEBAGAI PEMIMPIN MENYATUKAN MASYARAKAT Rasulullah juga berjaya menyatukan Ummat Islam walaupun datang dari pelbagai keturunan. Apabila ianya Islam maka dikira bersaudara. Al Hujurat : 10

10. orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

RASULULLAH SEBAGAI PENDAKWAH YANG BIJAKSANA. Rasulullah menyampaikan dakwah kepada umatnya dengan cara yang bijak ,menarik dan penjelasan yang baik. Sehingga Islam tersebar seluruh

Dunia .An Nahl : 125

125. serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

RASULULLAH PANGLIMA PERANG GAGAH BERANI . Apabila mendapat keizinan untuk berperang dengan orang kafir, Rasulullah telah menunjukkan keberanian dan kekuatannya memimpin tentera Islam dalam peperangan Uhud, Badar dan Khandak. Al Haj : 39

39. telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena Sesungguhnya mereka telah dianiaya. dan Sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,

Anak Soleh Idaman Ibubapa.

Page 5: Tajuk syarahan lelaki

وقضى ربك أال تعبدوا إال إياه و بالولدين إحسنا إما يبلغن عندك الكبر أحدهما أو كالهما فال تقل لهما أف وال تنهرهما و قل لهما قوال كريما * واخفض لهما جناح

الذل من الرحمة وقل رب ارحمهما كما ربياني صغيراMaksudnya : Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharanmu,maka jangan sesekali kamu mengatakan kepada keduanya ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “ Wahai tuhanku,kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. (Surah al-Isra ayat 23 & 24)

Inilah salah satu amanat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada setiap hamba-hambanya yang bergelar anak. Anak juga adalah titipan dari-Nya dan ibu bapa melimpahkan kasih sayang dan mengasuhnya bagai menatang minyak yang panas. Setiap ibu bapa memang mengimpikan dan mengharapkan anak-anak mereka mempunyai akhlak yang baik , mendengar kata, tidak melawan ibu bapa dan taat akan suruhan agama kerana doa seorang anak yang soleh itu tidak akan terputus di alam barzakh kelak.

Adalah kewajipan seorang anak memenuhi keperluan kedua-dua ibu bapanya terutamanya dalam usia yang lanjut. Mereka tidak mengharapkan harta benda dan kemewahan daripada anak-anak, sebaliknya hanya kasih sayang dan perhatian daripada anak-anak.

Dalam Islam memang dituntut untuk kita berbuat baik pada ibu bapa kerana merekalah yang telah membesarkan kita,memberikan kasih sayang yang tiada tandingannya, menyediakan makan minum kita, memberikan pendidikan yang cukup dan segalanya. Malahan,meraka sanggup bersengkang mata demi anak-anak mereka.

Dari Abdullah bin Mas’ud : Aku bertanya kepada Rasulullah tentang amal-amal yang paling utama dan dicintai Allah? Rasulullah menjawab : Pertama, solat pada waktunya. Kedua,berbakti kepada ibu bapa. Ketiga, jihad di jalan Allah. ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim )

Ibu bapa adalah orang yang telah mengurus kita mulai dari kandungan dengan beban yang sangat berat dan susah payah. Demikian juga ketika melahirkan, ibu kita mempertaruhkan nyawanya antara hidup dan mati. Ketika kita lahir, ibulah yang menyusui kita dan membersihkan kita. Semua dilakukan oleh ibu kita, bukan orang lain. Dan ibu setia menemani ketika kita terjaga dan menangis baik di pagi hari, siang mahupun malam. Apabila kita sakit, tidak ada yang bisa menangis melainkan ibu kita. Sehingga kalau ditawarkan antara hidup dan mati, ibu akan memilih mati agar kita hidup. Begitu besarnya pengorbanan ibu bapa terhadap anaknya.

Sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud :“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan ( dari awal mengandung hingga akhir menyusunya ) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian ) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu dan ( ingatlah ) kepada Aku-lah jua tempat kembali untuk menerima balasan” ( Surah Al-Isra ayat 14 )

Di antara ciri-ciri anak yang ta’at kepada kedua ibu bapanya :• Mempunyai iman dan aqidah yang sempurna.• Rajin beribadat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan berdoa kepada-Nya.• Mempunyai kesedaran dan tanggungjawab beragama.• Menunjukkan akhlak dan adab sopan yang baik ketika berhadapan dengan kedua-dua orang tuanya walaupun ibu bapanya musyrik.• Tidak wajar anak bercekak pinggang apabila bercakap dengan orang tuanya kerana ini akan

Page 6: Tajuk syarahan lelaki

menyinggung perasaan mereka.• Tidak boleh menyusahkan hati ibu bapa dengan apa jua cara sekali pun.• Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapanya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.• Selalu memohon keampunan dari kedua-dua ibu bapa.• Sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di dunia dan akhirat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.• Berlembut-lembut dalam berkata-kata.• Jangan sesekali berdendam dengan ibu bapa kerana perbuatan berdendam ini samalah seperti menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.• Menjauhi perbuatan yang mungkar dan bersabar dalam mengharungi kehidupan sehari-hari.• Jangan sesekali dipikulkan mereka dengan azab dosa yang kita buat sedangkan mereka sudah membesarkan kita penuh dengan kasih sayang.• Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusan yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

"Tiada cinta di hatinya hanyalah cinta Allah,Ada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah,Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah,Hormat menghormati sesama insan berbudi,Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi,Itulah di antara sifat anak yang soleh"

Assalamualaikum wrt….salam integriti pembuka bicara حيم الر حمن الر الله بسم

Page 7: Tajuk syarahan lelaki

العالمين رب لله قين  , الحمد للمت محمد  والعاقبة دنا سي على والصالة والسالمآله وعلى

أجمعين وأصحابهYang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang

menjunjung panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya, seterusnya warga dewan yang dirahmati Allah.

Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yangbertajuk ‘IMAN DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG’. Terlebih dahulu izinkan

saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada pagi ini.Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan mengamalkan segala perintah AllahTaqwa pula membawa maksud mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya.

Frasa “Pencetus Ummah Gemilang” adalah merujuk kepada ummat Islam yang bermutu dan cemerlang.Wacana fikrah pertama "Insan Beriman Dan Bertakwa Teras Masyarakat GemilangHadhirin-hadhirat, pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala perintah Allah sudah tentu bertitik tolak daripada keimanan yang utuh, kemudian dipancarkan melalui kesungguhan amalan melahirkan ummah cemerlang bertepatan dengan penegasan Allah dalam Surah al-Mu'minun ayat 1 :  

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,

Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin Rabah daripada lembah kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya. Iman yang mantap dan teguh inilah yang memperkasakan jatidiri ummah dan menyelamatkan mereka daripada gejala negatif seperti penagihan dadah, pelacuran serta pergaulan bebas.Statistik dadah kebangsaan 2004 menunjukkan 90% penagih terdiri daripada remaja muslim. Nah! terbuktilah iman dan takwa teras masyarakat cemerlang memacu kecemerlangan ummah.Wacana fikrah kedua " Insan Berakhlak MuliaTeras Ummah yang gemilang’

Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi memurnikan akhlak manusia sebagaimana Sabda Baginda :

(  األخالق مكارم ألتمم بعثت ( إنماErtinya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia

Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui karektor beliau sebagai seorang pemimpin negara yang beretika, seorang sahabat yang prihatin serta ketua keluarga yang penyayang. Imbau sahaja keindahan akhlak Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang kencing di dalam Masjid Nabawi, Baginda tidak memarahi pemuda tersebut bahkan baginda sendiri membasuhnya menyebabkan pemuda tadi memeluk Islam di hadapan Baginda. Lihatlah hari ini lantaran kerapuhan akhlak, remaja kita dirobek rakus oleh budaya punk , black metal memuja syaitan serta vandalisme meranapkan harta benda awam. Ternyata akhlak mulia tonggak ummah gemilang. Wacana Fikrah ketiga "Insan Beramanah Dan Jujur Teras Ummah Gemilang".Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah dalam segenap urusan hidup lantas tertegaklah konsep Al ihsan:

(  يراك فإنه تراه تكن لم وإن تراه كأنك الله تعبد ( أنYang bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu.Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin bergelar Omar Abdul Aziz , yang sanggup bergelap bila membicarakan urusan keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan. Bilamana menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah insan yang jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar

Page 8: Tajuk syarahan lelaki

daripada segala unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah, tanpa jujur dan amanah hancurlah ummah.Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa iman, dan tidak tertegak ummah gemilang tanpa peribadi unggul.Justeru hiasi diri dengan senyuman, hiasi masyarakat  dengan peribadi unggul, pasti cerialah hidup.

Meniti wacana fikrah saya yang keempat : ketinggian akidah nucleus solidarity dan perpaduan ummah

Tema ukhuwwah dan perpaduan bukanlah satu isu lapuk yang dibiarkan diatas lantai sejarah, bahkan islam telah menobatnya mengisi tampuk keutamaan dan menjadi prinsip asas islam. Kerana itulah Allah menyeru umat islam agar terus mempertahankan kesatuanummah yang ada sebagaimana firmannya dalam surah al hujurat ayat  10. Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; 

Lihatlah betapa damai dan utuhnya perpaduan ini andai dibina atas paksi akidah yang jelas. Marilah kita menyorot generasi awal para sahabat yang mendapat asuhan langsung dari rasul tercinta, berkumpul dibawah bumbung masjid nabawi dengan penug integrasi tanpa ada sekelumit rasa perbezaan taraf dan warna kulit. Beitulah kekuatan madinah yang dipersaudarakan nabi dalam elemen pembentukan kota bercahaya ini dan kiaskan lah bagaimana negara kita cuba mempraktikkannya dalam penubuhan sekolah wawasan yang berkongsi misi dan usaha untuk terus gemilang bersama perpaduan dan keamanan.

Tuntasnya integrasi nasional berpaksikan agama teras kegemilangan ummah.

Menuntun bicara hujah saya yang kelima ; keagungan akidah pencetus semangat jihad dan pengorbanan.Dengarlah ayat 41 surah at-Taubah41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan  ataupun Dengan keadaan berat; dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah

ayat ini secara jelas merupakan satu slogan bagaimana kejayaan umat islam kini dieksprementasikan melalui usaha dan jihad yang berterusan dalam semua lapangan samada ekonomi, kesihatan, pembangunan mahupun ketenteraan. Dan bagaimana umat terdahulu persis saidina khalid alwalid dan solahuddin al ayubi mampu menjadi penakluk dunia dan benteng terampuh menjaga keselamatan agama. Juga persis Abdrahman bin auf melancarkan jihad ekonomi dalam memecahkan monopoli ekonomi kapitalis yahudi penjajah di madinah 14 dekad yang lalu.

ironinya kekuatan jihad merupakan aspirasi ummah dan daulah berwibawa.

Wacana fikrah keenam “Insan Berdaya Saing Teras Ummah Gemilang “Kepercayaan yang teguh terhadap Qadha’ dan Qadar mencetuskan muslim yang gigih berusaha, berdaya saing serta tidak menyalahkan takdir semata-mata menjadikan mereka berdiri sama tinggi, duduk sama sebaris dengan bangsa lain. Keazaman membara serta keyakinan yang tinggi kepada Allah menjadi kunci kejayaan Datin Paduka Mazlina ,wanita

Page 9: Tajuk syarahan lelaki

pertama di dunia belayar secara solo di Benua Antartika ,namanya gah terukir dipersada dunia. Ini bertepatan dengan seruan Allah:

(  الخيرات Ertinya: Dan berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan ( فاستبقوا

Sebagai contoh, imbau masa lampau, lantaran suburnya sifat berdaya saing serta berlumba-lumba dalam penerokaan ilmu muncullah nama besar seperti Ibnu Sina perintis ilmu matematik, al Khawarizmi perintis ilmu astronomi serta Ibnu Batuta ahli pelayaran tekemuka. Nama mereka meniti dibibir sepanjang zaman.Justeru, marilah kita suburkan sifat juang serta daya saing yang tinggi untuk kita berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.

Konklusi dari hujahan saya tadi, ummah yang gemilang perlu menrealisasikan gagasan islamisasi ilmu dan pemikiran islam mereka kepada ketamadunan dan peradaban ulung berteraskan iman an taqwa dan paradigma yang dibawa oleh alquran dan sunnah.

Akhirnya :Indah mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diriDengan lafaz yang mulia

”Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Page 10: Tajuk syarahan lelaki