Takaful vs insurans_konvensional

18

Click here to load reader

Transcript of Takaful vs insurans_konvensional

Page 1: Takaful vs insurans_konvensional

1

PERBANDINGAN INSURANS KONVENSIONAL DAN TAKAFUL

KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1. Pengenalan 2

2. Objektif Perbincangan : Definisi Takaful, Konvensional & Insurans 2 - 3

3. OBJEKTIF 1 : Asas, Dalil dan Sejarah Takaful 4 - 6

4. OBJEKTIF 2 : Model Takaful vs Konvensional 7 - 9

5. OBJEKTIF 3 : Banding-Beza Takaful vs Konvensional 10 - 11

6. OBJEKTIF 4 : Hukum dan Cabaran Takaful 12 - 16

7. Kesimpulan 17

8. Rujukan 18

Page 2: Takaful vs insurans_konvensional

2

Pengenalan

Risiko sentiasa wujud dan pengurusan risiko adalah satu langkah atau usaha berhadapan

dengannya. Ia bukan bermaksud melawan takdir atau tidak menerima ketentuan qada’ dan qadar.

Namun ia adalah usaha yang dituntut oleh agama itu sendiri seperti mana hadith rasulullah yang

perlu difahami bersama dengan ayat al-Quran bagi at-Thalaq ayat 3 :

al-Mughirah bin Abi Qurrah as-Sudusi memberitahukan kepada kami; ia berkata

bahawa aku mendengar Anas bin Malik berkata, seseorang bertanya: "Wahai

Rasulullah, aku mengikat unta dan bertawakkal atau aku melepaskannya dan

tawakal". Baginda menjawab: "Ikatlah ia dan tawakallah".

(Sunan Tirmidzi, Jilid 4, 2636)

..

.. “ dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya .. ” ( at-Thalaq, 65 : 3)

Penulisan ini akan menerangkan Takaful yang sering difahami sebagai produk insurans serta

membuat banding-beza akan produk insurans konvensional dengan harapan ia dapat memberi

kefahaman yang jelas akan kedudukannya dari segi muamalah dan hukum agar ia dapat

memberikan panduan agar pemilihan produk kewangan dan pengurusan risiko yang patut shariah

menjadi pilihan masyarakat Muslim.

PENGENALAN

Objektif Perbincangan : Definisi Takaful, Konvensional & Insurans

Takaful adalah pinjaman bahasa Arab dari kata dasar bagi perkataan ‘ -Kafala’ yang

bermaksud untuk menjamin, mengikat jamin (warrant), menjaga atau memelihara. Takaful dari

istilah ialah satu pakatan untuk saling jamin menjamin dan bersetuju untuk saling membantu

antara satu sama lain terhadap musibah atau suatu kerugian.

(تكفل)

كفل

Page 3: Takaful vs insurans_konvensional

3

Takaful dari segi konteks insurans Islam pula merujuk kepada suatu penyusunan atau

perjanjian di kalangan peserta untuk saling mengganti rugi bagi penyediaan perlindungan dan

pampasan kepada peserta yang mengalami kerugian atau bahaya. Pengertian ini membawa

maksud suatu aqad saling memikul risiko sesama peserta sehingga antara seorang peserta

menjadi penanggung atau penjamin risiko ke atas peserta lain.

“Takaful adalah satu skim berdasarkan persaudaraan, perpaduan dan saling

bantu-membantu yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan

bersama kepada peserta pada waktu yang diperlukan di mana peserta sama-

sama bersetuju untuk menyumbang kepada tujuan tersebut” (Akta Takaful

Malaysia (1984), Seksyen 2)

Konvensional pula bermaksud berdasarkan yang biasa dilakukan atau diamalkan.

Konvensional dari sudut kewangan atau perbankan merujuk kepada urus niaga berdasarkan

amalan lazim iaitu bukan berasaskan sistem syariah Islam (non-syariah compatible).

Insurans pula bermaksud satu bentuk pengurusan risiko terutamanya bagi jaminan

terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan. Insuran ditakrifkan sebagai peralihan samarata

risiko daripada satu entiti kepada yang lain. Ia dilaksanakan melalui pertukaran bayaran (fee)

atau jual-beli bagi mendapatkan penjagaan dan jaminan bagi mengelakkan satu kerugian yang

besar yang ingin dielakkan dan dilindungi oleh klien. Pemindahan risiko dilakukan diantara

seorang individu kepada sesebuah organisasi (Syarikat Insurans di mana organisasi pengelola

insurans akan menerima bayaran individu dan sekiranya individu tersebut mengalami kerugian

yang termaktub dalam perlindungan, maka pampasan atau gantirugi akan dibayar.

Objektif Perbincangan Takaful dan Konvensional akan melibatkan perkara berikut :

1. Asas, dalil dan sejarah Takaful

2. Model Takaful dan Konvensional

3. Banding-Beza : Takaful vs Konvensional

4. Hukum dan Cabaran Takaful

Page 4: Takaful vs insurans_konvensional

4

BAB 1 OBJEKTIF 1 : Asas, Dalil dan Sejarah Takaful

Sejarah Perkembangan Takaful

Konsep takaful merangkumi ciri-ciri saling melindungi dan berkongsi tanggungjawab. Sejarah

takaful berkembang dari amalan kaum arab sebelum Islam iaitu yang ianya diakui oleh

Rasulullah sebagai suatu ketetapan hukuman. Antara amalan yang berkaitan ialah:

Sistem Aqilah

Sistem Qasamah

Sistem Muwallah

Sistem Aqilah dilaksanakan di mana setiap ahli akan membuat caruman atau pungutan

sepanjang tempoh yang dipersetujui yang akan dimasukkan ke dalam tabung al-khanz untuk

menolong ahli yang terlibat dengan pembunuhan secara tidak sengaja atau menebus tawanan

perang muslimin dari musuh. Ini berikutan latar belakang masyarakat Arab Jahiliyyah yang kuat

berpuak-puak melihat pembunuhan seseorang ahli dari kalangan kaum mereka merupakan suatu

kehilangan bagi kaum mereka.

Sistem Qasamah (sumpah) pula merupakan pampasan kepada keluarga yang terbunuh

yang tidak diketahui pembunuhnya. Dana kutipan caruman ahli-ahli dikumpulkan ke dalam

sebuah tabung dan manfaat akan dibayar kepada waris yang dibunuh jika kes pembunuhan itu

tidak diketahui siapa pembunuhnya atau keterangan saksi yang layak untuk benar-benar

mengenalpasti pembunuhnya tidak diperoleh.

"Bolehkah kamu mengadakan saksi (keterangan) tentang orang yang

membunuhnya?" Jawab mereka: "Kami tidak mempunyai saksi." Kata Nabi:

"Sebab itu mereka (penduduk Khaibar) perlu bersumpah." Jawab mereka:

"Kami tidak suka dengan sumpah orang Yahudi." Rasulullah saw. tidak

menyukai orang itu akan mati begitu saja, lalu dibayar oleh beliau diyat

seratus ekor unta. (Sahih Bukhari, Jilid 4, 1835 )

Page 5: Takaful vs insurans_konvensional

5

Sistem Muwallah (jaminan) adalah dimana penjamin akan menjamin sesorang yang

tidak berwaris dan tiada pula diketahui keturunannya seperti seorang pendatang baru. Penjamin

bersetuju akan menanggung bayaran diyat sekiranya orang yang dijaminnya itu melakukan

sesuatu jenayah. Sebaliknya jika orang yang dijamin itu meninggal dunia, penjamin boleh

mempusakai hartanya selagi tidak diketahui siapakah warisnya.

Asas dan Dalil Takaful

Dalil insurans Islam (Takaful) dibangunkan berdasarkan doktrin kehakiman iaitu diyat yang

berasaskan perlindungan, tebusan, jaminan, ganti-rugi yang dibuat oleh Rasulullah seperti dalil

terhadap penduduk Khaibar di dalam Sahih Bukhari di atas. Ini boleh dilihat melalui ketetapan

hukuman oleh Rasulullah kepada dua wanita Bani Huzail :

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Dua orang wanita Bani Hudzail berkelahi.

Yang satu melempar yang lain dengan batu sehingga menyebabkan

kematiannya dan kematian anak yang sedang dikandungnya. Mereka

mengadukan peristiwa itu kepada Rasulullah saw. Beliau memutuskan

hukuman bagi si pembunuh, membayar diyat janin dengan seorang hamba

lelaki atau perempuan, dan diyat ibu yang terbunuh dibayar oleh keluarga

si pembunuh." (Sahih Muslim, Jilid 3, 1668)

Ia juga terkandung di dalam Perlembagaan Madinah iaitu Fasal 3, “Golongan Muhajirin

dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : Mereka saling tanggung-menanggung

membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka

menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang

beriman”

Asas syariah mengenai takaful dibangunkan dari konsep saling memikul risiko ini

dilakukan atas dasar saling tolong-menolong dalam kebaikan dengan cara masing-masing

mengeluarkan dana tabarru’ yang ditujukan untuk menanggung risiko. Firman Allah S.W.T :

Page 6: Takaful vs insurans_konvensional

6

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan

janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan

bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya

(al-Maidah, 5 : 2)

Asas-asas Takaful yang lain adalah seperti berikut :

Saling Bekerjasama (al-Maidah, 5 : 2)

Saling Bertanggungjawab (Sahih Muslim , 1796)

Saling Melindungi ( at-Taubah, 9 : 71)

Keselamatan dan Kesejahteraan Manusia (at-Tahrim, 66: 6)

Pengorbanan (al-Maidah, 5 : 27)

Persaudaraan (al-Hujurat, 49: 10)

Pencegahan dan Pengurangan Risiko (Sunan Tirmidzi, 2636)

Page 7: Takaful vs insurans_konvensional

7

BAB 2

OBJEKTIF 2 : Model Takaful vs Konvensional

Model Insurans Konvensional

Syarikat insurans menyediakan jaminan dengan kontrak antara pemegang polisi dan syarikat.

Pemegang polisi membeli produk insurans dan membayar premium dan ia masuk ke dalam

akaun syarikat dan menjadi milik syarikat secara mutlak. Sekiranya berlaku risiko, risiko akan

dipindahkan kepada syarikat sebagai penjamin. Model insurans secara asasnya boleh

digambarkan seperti berikut :

Rajah 3.1 : Model Insurans Konvensional

Model Takaful

Takaful dan insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberi jaminan dan bantuan kepada

peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat beberapa perbezaan model.

Secara umumnya Model Takaful adalah seperti berikut :

1. Mudharabah

2. Wakallah

3. Hibrid (Mudharabah dan Wakallah)

Pemegang Polisi

Premium

$ Bayar Ambil Polisi

Keuntungan Pelaburan

Premium + Untung

100 %

Surplus

Syarikat

Tidak

Ya

Tuntutan / Manfaat

100 %

Page 8: Takaful vs insurans_konvensional

8

Model Mudharabah : Pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad

tabarru’. Pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama

melaburkannya. Keuntungan yang diperolehi akan diagihkan berdasarkan konsep sohibul-mal

dan mudharib. Jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos

pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta.

Rajah 3.2 : Model Mudharabah

Model Wakallah : Syarikat pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagai wakil bagi

menguruskan dana. Syarikat Takaful akan mengenakan yuran (ujrah) bagi khidmat pengurusan.

Pencarum juga mewakilkan syarikat pengendali sebagai wakil untuk melaburkan wang tabung

bukan tabarru’ (tabung pelaburan). Jika terdapat keuntungan, ia akan diserahkan kepada

pencarum. Namun terdapat model modifikasi di mana konsep ju’alah (komisen) membenarkan

sebahagian kecil surplus dihadiahkan kepada syarikat pengendali sebagai insentif.

Peserta

Sumbangan

Tabarru’

Keuntungan Pelaburan

Sumbangan + Untung Surplus

Operator Takaful

Tidak

Ya

Tuntutan / Manfaat

x %

(100 - x ) %

Peserta

Sumbangan

Tabarru’

Keuntungan Pelaburan

Sumbangan +

Untung Surplus

Operator Takaful

Tidak

Ya

Tuntutan / Manfaat

Yuran

Pengurusan Wakalah

Rajah 3.3 : Model Wakallah

Page 9: Takaful vs insurans_konvensional

9

Model Hibrid : Model ini menggabungkan model mudharabah dan wakallah dalam operasi dan

aqad. Tabung tabarru’ disediakan dan akan ditambah hasil keuntungan pelaburan bagi manfaat

peserta. Syarikat pengendali Takaful akan menerima dua sumber kewangan iaitu pembahagian

keuntungan pelaburan (mudhrabah) dan juga yuran pengurusan (wakallah - ujrah).

Rajah 3.4 : Model Hibrid (Mudharabah dan Wakallah)

Peserta

Sumbangan

Tabarru’

Sumbangan +

Untung Surplus

Operator Takaful

Tidak

Ya

Tuntutan Rizab

Re-Takaful Yuran

Pengurusan Wakalah

Keuntungan Pelaburan x %

(100 - x ) %

Page 10: Takaful vs insurans_konvensional

10

BAB 3

OBJEKTIF 3 : Banding-Beza Takaful vs Konvensional

Oleh kerana kedua-dua produk iaitu takaful dan konvensional berbeza dari segi akta yang

mengawal dan aqad yang terlibat. Maka terdapat beberapa perbezaan antara antara takaful dan

insurans konvensional. Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional adalah seperti jadual

berikut :

Jadual 4 : Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional

Perkara Takaful Insurans

Sumber Al-Quran dan Sunnah Perundangan dan Kawal-selia

Akta Akta Takaful 1984 Akta Insuran 1963

Akad Tabarru’ , Wakalah, Mudharabah, Waqaf Jual beli / Kontrak

Pengurusan Majlis Penasihat Syariah Tiada Majlis Penasihat Syariah

Jaminan Perkongsian risiko sesama peserta melalui tabarru’

Pemindahan risiko kepada syarikat melalui kontrak

Keuntungan 1. Perkongsian antara pengendali dan peserta

berasaskan Mudharabah. (20/80) 2. Surplus jika wujud - diagihkan

1. Hak milik syarikat 2. Surplus jika wujud – tidak diagih

Operasi Bebas daripada riba, gharar dan maisir Terlibat riba, gharar dan maisir

Pelaburan Patuh syariah Terbuka : Tidak patuh syariah

Sistem

Perakaunan

1. Pengasingan dana yang jelas 2. Zakat diwajibkan 3. Caruman diasingkan mengikut tabung

1. Pengasingan dana yang jelas 2. Zakat tidak diwajibkan 3. Premium tidak diasingkan

Perlindungan Dibenarkan syariah (al-mal) Terbuka / Tiada sekatan

Pendapatan

syarikat 1. Fi wakalah (ujrah) 2. Perkongsian mudharabah pelaburan

1. Premium 2. Untung pelaburan 3. Denda Lewat (Surcaj)

Kekurangan Tabarru’ 1. Pinjaman Qard al-hassan 1. Tiada

Fi 1. Milik peserta / bukan milik syarikat 2. Diagihkan ke dalam tabung 1. Milik syarikat sepenuhnya

Page 11: Takaful vs insurans_konvensional

11

Aqad utama insuran konvensional ialah jual beli dan ia bermasalah dari sudut syariah

walaupun dibenarkan undang-undang. Ini berbeza dengan Takaful yang menggunakan samada

aqad tabarru’ atau wakalah mahupun waqaf.

Walaupun begitu, kedua-dua produk ini memberikan perlindungan, jaminan, bantuan,

ganti-rugi kepada pemegang polisi. Sekiranya berlaku musibah yang berkaitan, maka pemegang

polisi boleh mengharapkan kedua-duanya memberikan bantuan dan jaminan yang dipersetujui

semasa persetujuan kontrak.

Kedua-duanya juga adalah sah dari segi undang-undang dan dikawal selia dengan ketat

oleh badan yang bertanggungjawab.

Page 12: Takaful vs insurans_konvensional

12

BAB 4 OBJEKTIF 4 : Hukum dan Cabaran Takaful

Hukum : Takaful vs Insuran

Pada 15 Jun 1972, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia memutuskan bahawa insurans

konvensional sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insuran yang ada pada masa

itu adalah suatu muamalah yang fasiq dan tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi

akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar, maisir dan riba.

Persidangan Eknomi Islam Antarabangsa kali pertama (1976) di Mekah memutuskan

insurans jenis perniagaan (konvensional) adalah haram kerana sebab utamanya riba dan gharar.

Majma’ al-Fiqh al-Islami al-‘alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) pada tahun 1979 di Mekah

memutuskan insurans jenis perniagaan (konvensional) samada ke atas barangan perniagaan,

nyawa dan sebagainya adalah haram.

Majma’ al-Fiqh al-Islami al-‘alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) pada tahun 1985 di Jeddah

memutuskan insurans jenis kerjasama (ta’awun) atau takaful adalah harus dan disarankan

diperkembangkan kepada seluruh umat Islam. Dasar “tabarru’ menjadi teras utama membina

skim perlindungan Takaful.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia kali Ke-94 yang bersidang pada 2011 telah memutuskan pampasan polisi insurans

konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 2009 telah memutuskan bahawa orang Islam adalah

dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba.

إعطأوه حرم أخذه رمح ما " " : Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya.

Pengendali Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1984. Sejajar dengan itu

parlimen telah meluluskan Akta 312 yang dinamakan Akta Takaful 1984.

Page 13: Takaful vs insurans_konvensional

13

Mengapakah Insuran Konvensional diharamkan?

Walaupun insurans konvensional mempunyai tujuan dan niat yang seakan-akan takaful iaitu

memberi perlindungan namun ia memiliki masalah dari segi dasar operasi (modus operandi) iaitu

mengandungi elemen-elemen berikut :

Gharar -ketidakpastian

Riba -faedah/bunga

Maysir -judi

Gharar (Ketidakpastian)

Gharar ditakrifkan sebagai ketidakpastian, penipuan, penyembunyian, risiko, tidak jelas dan

lain-lain. Gharar menjadikan kontrak tidak adil dan mengakibatkan pihak berkepentingan tidak

dapat membuat keputusan bermaklumat kerana tidak cukup memahami sifat atau akibat dari

kontrak berkenaan. Larangan gharar terkandungan dalam dalim berikut :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta

sesamamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan perniagaan

yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah

kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang

kepadamu” (an-Nisa, 4 : 29)

Gharar dalam konteks insurans yang diamalkan sekarang dilihat dari segi ma’qud alaih

(barang) dan berkait rapat dengan hal berikut :

i. Pencarum tidak mengetahui dengan jelas sama ada terdapat atau tidak bayaran yang

dijanjikan.

ii. Pencarum tidak mengetahui kadar bayaran yang akan dikenakan oleh syarikat

insurans.

iii. Pencarum tidak mengetahui bilakah pembayaran akan dilakukan.

Page 14: Takaful vs insurans_konvensional

14

Kontrak insurans konvensional meletakkan pemegang polisi mengikut perjanjian yang

ditandatangani serta bersetuju membayar sejumlah caruman bagi tempoh tertentu dan syarikat

pula memberi jaminan akan membayar sejumlah pampasan apabila berlaku bencana kepada

pemegang polisi.

Namun begitu, syarikat tidak menjelaskan bagaimana jumlah pampasan yang dijanjikan

itu dihasilkan dan bagaimana kerugian dapat dinilai sebelum bencana berlaku. Sekalipun

diandaikan benda yang dipersetujui itu pasti namun tiada satu pihak pun yang mengetahui nilai

sebenar pampasan yang sepatutnya dibayar pada masa pampasan itu harus dibayar.

Oleh itu, kontrak dibuat hanyalah berlandaskan andaian (ihtimal) semata-mata dan jelas

mengandungi unsur gharar. Dalam situasi yang lain pula, unsur gharar berlaku apabila tiada

tuntutan dilakukan oleh pencarum. Hal ini sangat menguntungkan syarikat insurans kerana

mereka akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara pencarum mengalami kerugian

kerana tidak mendapat sebarang pulangan padahal kontraknya berasaskan jualbeli. Apabila

pemegang polisi membatalkan atau menamatkan polisi insurans sebelum genap tempohnya

yang tertentu maka pemegang polisi tidak akan menerima sebarang pengambilan premium atau

sekiranya diberi, kaedah pengiraanya tidak berasaskan prinsip sama rata.

Riba (Bunga)

Riba ialah lebihan, peningkatan, penambahan, pengembangan atau pertumbuhan. Pengharaman

riba yang secara berperingkat menyaksikan pengharaman secara jelas dan keras melalui ayat al-

Quran berikut :

“Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan. Demikian itu, adalah disebabkan

Page 15: Takaful vs insurans_konvensional

15

mereka berkata, Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti, Maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu; dan urusannya kepada Allah. orang yang kembali (mengambil riba), Maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya” (al-Baqarah, 2 : 275)

Unsur riba dalam insurans konvensional boleh dilihat dalam beberapa aspek antaranya :

i. Bayaran pampasan yang diberi oleh syarikat insurans sekiranya berlaku sebarang

musibah kepada pencarum adalah berbeza dengan jumlah premium yang dicarum.

Hal ini jelas disebabkan tidak ada kesamaan nilai dalam urusniaga dua item ribawi

yang dijalankan. Insurans dijalankan mengikut Mu’awadat Maliah (Jual Beli).

ii. Berlaku pembayaran bertangguh dalam dua item ribawi (riba’ an-Nasi’ah). Hal ini

merujuk kepada situasi di mana pemegang polisi hanya akan menerima wang

premium yang dicarumnya beserta bonus dalam jumlah tertentu dari syarikat

insurans sekiranya ditimpa musibah.

iii. Bayaran lewat (faedah atau surcaj) dikenakan apabila pencarum lewat menjelaskan

premium.

iv. Penjanaan keuntungan pelaburan yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan

kepada pemegang polisi. Keseluruhan simpanan tabungan wang syarikat insurans

dilaburkan pada pelaburan yang berasaskan riba dan yang tidak patuh syara’.

Maysir (Judi)

Maysir dan gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu

mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur maysir akan turut serta. Maysir ialah

permainan ‘zero-sum’ melibatkan permainan nasib.

Unsur perjudian berlaku apabila tindakan pembeli polisi insurans mengharapkan

pampasan atau gantirugi yang lebih banyak senadainya berlaku musibah (seakan loteri). Syarikat

insurans pula mengharapkan tiada tuntutan atau tidak berlaku musibah yang membolehkan

segala keuntungan dimiliki oleh syarikat tanpa perlu membayar pampasan.

Page 16: Takaful vs insurans_konvensional

16

Untung dan rugi bergantung kepada nasib inilah judi. Maysir dalam insurans wujud apabila:

i. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar

jumlahnya.

ii. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (insured event) tidak

berlaku.

iii. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang meletakkan jumlah

premium yang diterima.

iv. Syarikat berharap ketiadaan tuntutan bagi mengaut keuntungan.

v. Pembayaran pampasan dipertaruhkan kepada bencana yang belum pasti terjadi.

Selain itu dalam insurans konvensional, wang pelanggan dianggap aset syarikat insurans

dan dimiliki syarikat sepenuhnya sejurus selepas dibayar oleh pelanggan. Sebarang keuntungan

termasuk keuntungan yang dihasilkan oleh kumpulan wang pencarum adalah milik mutlak

syarikat walaupun berlaku ‘surplus’. Ini merupakan muamalah yang tidak adil dan berat sebelah

dan menyalahi syara’ dalam hal perniagaan dan perkongsian.

Kelebihan Sistem Takaful

Antara kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam sistem takaful ialah :

Jaminan Perlindungan Berdasarkan Prinsip-Prinsip Islam

Bayaran Caruman Tanpa Surcaj atau tiada ‘Denda Lewat’

Perkongsian Untung Antara Syarikat Dan Peserta-Peserta Takaful : Mudharabah

Manfaat Kepada Waris Apabila Peserta Meninggal Dunia

Manfaat Dari Segi Rohaniah.

Cabaran Sistem Takaful

Cabaran dalam Sistem Takaful adalah seperti berikut :

Kekurangan Pengendali Takaful Yang Berdaftar.

Kekurangan Pendedahan terhadap Sistem Takaful

Page 17: Takaful vs insurans_konvensional

17

KESIMPULAN

Dalam kelembapan ekonomi dunia, kini adalah masa terbaik buat umat Islam di seluruh dunia

untuk memperkukuhkan struktur dan produk kewangan Islam terutamanya dalam konteks takaful

serta mengetengahkannya kepada dunia sebagai pilihan utama kaedah pemulihan ekonomi dunia.

Ini kerana sistem kewangan Islam terbukti berdaya tahan dan mampu berfungsi secara

efektif dan efisyen seiring dengan sistem kewangan konsional yang banyak diamalkan pada masa

kini. Hal ini turut diakui Pensyarah University Of South Australia, Prof. Mervyn K. Lewi, beliau

yakin sistem kewangan Islam mempu menembusi pasaran Negara-negara bukan Islam kerana

selain menawarkan potensi perniagaan yang besar, ia juga merupakan sisten kewangan

kerohanian. Oleh itu, sistem ini boleh diguna pakai dan direplika di negara-negara bukan Islam

kerana ia didapati menepati kehendak pasaran global.

Ini kerana sistem kewangan Islam merupakan sistem kewangan berasaskan syariah yang

menghalang amalan riba dan ini boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah

negara dalam menempuh ketidakpastian masa depan. Masalah krisis ekonomi di negara-negara

yang mengamalkan sistem kewangan konvensional sepenuhnya pada waktu ini berpunca dari

produk kewangan yang tidak patuh syariah dan penuh risiko yang tidak jelas (gharar).

Malaysia yang mengamalkan dua sistem kewangan iaitu secara konvensional dan Islam

sedikit sebanyak telah membantu menyelamatkan pertumbuhan ekonomi di negara ini. Oleh itu,

marilah kita berusaha sedaya upaya menjadikan ajaran Islam sebagai teras ekonomi negara

dengan sama-sama mendokong produk kewangan Islam yang dilaksanakan sekarang, di samping

berusaha memartabatkan sistem ekomomi Islam. Kita juga perlu berusaha menjalankan misi

untuk meningkatkan kefahaman masyarakat berkaitan keistimewaan sistem ekonomi Islam.

Page 18: Takaful vs insurans_konvensional

18

Rujukan

Asmak Abd Rahman (2008), Sistem Takaful di Malaysia :Isu-Isu Kontemporari , Penerbit

Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (2010), Panduan Asas Takaful, CERT Publications Sdn Bhd ,

Kuala Lumpur IBFIM (2011), Buku Panduan Asas Takaful, Islamic Banking and Finance Institution Malaysia

(IBFIM), Kuala Lumpur.

INCEIF (2012), Takaful : Realties and Challenges, Pearson Malaysia Sdn Bhd, Selangor