Takrifan Sejarah oleh R.G. Collingwood, E.H. Carr & F.J. Teggart

20
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN SIDANG 2014/2015 HSK 203/3 KUMPULAN 1 TEMA: RUANG LINGKUP/PENGERTIAN SEJARAH PENSYARAH : DATO’ DR. K. AMBALAKAN AHLI KUMPULAN : 1. CHANG SWEE KIAT (118412) 2. MOHAMAD ZAHIR BIN KAMSIAN (118447) 3. NABILLA BINTI ZULHENDRI ( 118665) 4. SYAHIRAH SULHA BINTI MOHAMAD SOKRI (118771) 5. ZAHIDAH BINTI IBRAHIM (118781)

description

Pembentangan HSK 203,

Transcript of Takrifan Sejarah oleh R.G. Collingwood, E.H. Carr & F.J. Teggart

PowerPoint Presentation

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAANSIDANG 2014/2015HSK 203/3

KUMPULAN 1TEMA: RUANG LINGKUP/PENGERTIAN SEJARAHPENSYARAH:DATO DR. K. AMBALAKANAHLI KUMPULAN:1. CHANG SWEE KIAT (118412)2. Mohamad zahir bin kamsian (118447)3. NABILLA BINTI ZULHENDRI ( 118665)4. SYAHIRAH SULHA BINTI MOHAMAD SOKRI (118771)5. ZAHIDAH BINTI IBRAHIM (118781)

SOALAN 1Dengan merujuk kepada pandangan para sarjana seperti R.G. Collingwood, E.H. Carr dan F.J. Teggart bincangkan apakah yang ditakrifkan sebagai sejarah?

Kehendak soalanTakrifan sejarah oleh R.G Collingwood, E.H. Carr dan F.J. Teggart. ( teori atau pandangan,penjelasan beserta bukti)Kritikan tentang pandangan ketiga-tiga ahli sarjana terhadap pengertian sejarah.

PengenalanMenurut kamus dewan Asal usul(keturunan), salasilah / Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat, tambo / Ilmu, kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu.Soal penakrifan sejarah tidak dapat diselesaikan dengan hanya memetik keterangan dari kamus Keterangan yang sangat ringkas / beberapa makna yang berlainan yang menimbulkan kekeliruan / kemunculan aliran-aliran baru.

BiografiR.G. CollingwoodRobin George Collingwood, lahir pada 22 Februari 1889-9 Januari 1943. Ahli falsafah dan sejarawan Inggeris.Mendapat pendidikan di Rugby School dan Universiti College, Oxford. Dilantik menjadi felo di Universiti Pembroke College, Oxford.Terkenal dengan karyanya The Idea of History yang disusun oleh anak didiknya selepas kematiannya iaitu T.M. Knox.

E.H. CarrEdward Hallett Ted Carr, lahir pada 28 Jun 1892-3 November 1982. Sejarawan Inggeris, diplomat, wartawan, ahli teori hubungan antarabangsa.Mendapat pendidikan di Merchant Taylors School dan Trinity College, Cambridge.Antara karya terkenalnya ialah A History of Soviet Russia mengandungi 14 jilid dan What is History? yang diilhamkan dari siri kuliah G.M Trevelyan yang disampaikannya di University Of Cambridge.

F.J. TeggartFrederick John Teggart, lahir pada 9 Mei 1870-12 Oktober 1946. Sejarawan Amerika berbangsa Irish.Mendapat pendidikan di Methodist College, Belfast dan Trinity College, Dublin Berhijrah ke Amerika (1889) dan belajar di Stanford University.Mengajar sejarah dan sains politik di University of California.Karya terkenalnya ialah Theory and Processes of History.

PANDANGAN / TEORI R.G. COLLINGWOODSejarah termasuk dalam bidang bidang sains kerana melibatkan kajian atau penyelidikan.Seorang sarjana atau ahli sejarah akan berusaha untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Hal ini menunjukkan sejarah bersifat sains. Pandangan terhadap karya Herodotus: - Herodotus menyatakan karyanya tentang Perang Parsi yang terjadi pada abad ke-5 S.M. sebagai Histories (penyelidikan/penyiasatan dalam bahasa Yunani).- Menurut R. Suntharalingam (1985) dalam Pengenalan Kepada Sejarah, Collingwood mengatakan perkataan Histories ini dan implikasinya menjadikan Herodotus bapa sejarah.Qasim Ahmad (1991) dalam Karya Sejarah Pendekatan dan Persoalan menyatakan Collingwood bersetuju bahawa kajian sejarah adalah bersifat ideographic bukan nomothetic.

Sejarah hanya layak dikaji oleh ahli dalam bidang sejarah sahaja.2 syarat orang yang berhak melakukan kajian sejarah yang ditetapkan oleh Collingwood (1980) :i. Mempunyai pemikiran yang khusus. Terdiri daripada ahli-ahli sejarah.Mempunyai pengalaman dalam pemikiran sejarah dan melakukan tafakuran terhadap pengalaman tersebut.

Sejarah ialah sejarah pemikiran (pemikiran reflektif)Ada perancangan sebelum melakukan sesuatu tindakan.Tindakan individu yang mempunyai pemikiran ini memberi kesan kepada sejarah.2 unsur peristiwa sejarah :Unsur dalaman = pemikiranUnsur luaran = tindakan

Kritikan terhadap pandangan collingwoodRuang lingkup yang sempit- tertumpu pada pemikiran yang reflektif- E.H. Carr tindakan luaran lebih penting dan pemikiran seseorang tidak perlu diambil perhatian

Melibatkan nasib individu yang dianggap tidak penting- F.J. Teggart sejarah melibatkan perkara yang memberi kesan kepada masyarakat dan negara sahajaPandangan sejarah sepatutnya diusahakan oleh orang yang berkelayakan seolah-olah seorang ahli sejarah perlu ada kelayakan daripada universiti-universiti. (R. Sutharalingam, 1985)- Ahli sejarah sebelum abad ke-19 tidak boleh diterima sebagai ahli sejarah?

PANDANGAN / TEORI e.h. cARRSejarah merupakan suatu proses berterusan interaksi di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dengan masa lampau.Sejarah merupakan kajian tentang sebab-musabab.Sejarah terdiri daripada sekumpulan fakta-fakta yang telah diteliti dan dipastikan.Selain itu, fakta-fakta asas tertentu yang sama bagi semua ahli sejarah dan yang boleh dikatakan menjadi tulang belakang sejarah.Fakta-fakta asas ini tergolong dalam kategori bahan-bahan mentah ahli sejarah dan bukan sejarah itu sendiri.Keperluan menentukan fakta-fakta asas ini bergantung bukanlah kepada mana-mana sifat fakta itu sendiri, tetapi kepada keputusan tentuan awal ahli sejarah.

KRITIKAN TERHADAP KONSEP SEJARAH OBJEKTIFAhli sejarah sentiasa bersikap pemilih untuk memilih fakta-fakta sejarah apabila menjalankan tugas penyusunan dan pentafsiran fakta sejarah.Contoh: Kita banyak mengetahui tentang bagaimana gambaran Yunani pada abad kelima pada pandagan warganegara Athens. Akan tetapi, kita hampir-hampir tidak mengetahui langsung tentang bagaimana gambarannya pada pandangan orang Sparta, orang Corinth, atau orang Theba dan orang Parsi atau hamba abdi atau pemastautin bukan warganegara yang lain di Athens.Fakta-fakta menyatakan pengertiannya sendiri hanyalah apabila ahli sejarah mengambil dan menggunakannya dengan menentukan fakta yang mana yang diberi tempat, dan di dalam susunan atau perkaitan yang sebagaimana.

Contoh: Peristiwa Hastings pada tahun 1066. Ahli sejarah telah memutuskan atas alasan-alasannya sendiri bahawa penyeberangan Rubicon sebuah sungai kecil, oleh Caesar adalah satu fakta sejarah.Sebaliknya, penyeberangan Rubicon oleh berjuta-juta orang lain sebelum dan semenjak itu tidak diberi perhatian oleh ahli-ahli sejarah.

PANDANGAN / TEORI F.J. TEGGARTHanya tindakan sosial manusia sahaja yang boleh dikaji dalam sejarah

Menyangkal tanggapan bahawa sejarah mengkaji nasib individu atau kehidupan harian individu.

Mementingkan tindakan sosial yang mendatangkan pelbagai kesan kepada sesuatu kelompok seperti negara dan bangsa sahaja

KRITIKANRuang lingkup sempit

Kesan sejarah hanya pada sesuatu kelompok sahaja yang dikaji

Mendorong historian untuk memberi penumpuan kepada tindak-tanduk tokoh-tokoh tertentu.

BuktiPerang parsi~perbezaan penulisan Herodotus,Polybius dan Livy~memaparkan tindak-tanduk bangsa dan negara

Karya R.J Wilkinson~ percubaan awal untuk menulis sejarah berdasarkan keseluruhan sejarah Orang melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

PENUTUPDengan merujuk kepada ketiga-tiga pandangan sarjana tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa sejarah merupakan satu kajian tentang satu peristiwa yang melibatkan tindak-tanduk manusia yang memberi kesan kepada masyarakat. Namun begitu, kajian sejarah tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya kerana memerlukan fakta-fakta daripada sumber yang sahih dan dapat memaparkan kejadian yang benar-benar berlaku pada masa lalu.

BIBLIOGRAFI(terj.) AB. Rahman Haji Ismail. (1984). Apakah Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.(terj.) Muhd Yusof Ibrahim. (1985). Idea Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.E.H. Carr. (1980). What is History. Middlesex: Penguin Books Ltd.Qasim Ahmad. (1991). Karya Sejarah Pendekatan dan Persoalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.R. Suntharalingam. (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Merican & Sons (M) Sdn Bhd.R.G. Collingwood. (1980). The Idea of History. London: Oxford University Press.