Tamadun Dunia (Pendidikan 1)

download Tamadun Dunia (Pendidikan 1)

of 2

description

Tamadun Dunia (Aspek Pendidikan )

Transcript of Tamadun Dunia (Pendidikan 1)

TAMADUN DUNIA : TEMA 5

TAMADUN DUNIA : TEMA 5Bincangkan perkembangan kurikulum dalam pendidikan Tamadun Eropah Barat pada Zaman Pertengahan Awal.Pengenalan :

Zaman Pertengahan Awal dalam Tamadun Eropah Barat bermula sekitar abad ke-5 Masihi dan berakhir pada abad ke-12 Masihi.

Pada zaman ini Eropah Barat diserang oleh orang gasar dan ia melalui satu zaman yang tidak mengalami kemajuan pesat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Satu-satunya institusi yang menjadi penyelamat dan memberikan keselamatan kepada penduduknya ialah institusi gereja.

Institusi gereja mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan pendidikan dan kurikulum zaman ini.

Intipati pendidikan zaman ini ialah menyediakan individu kepada kehidupan selepas mati.Isi-Isi Penting

Kurikulum Institusi Gereja :

Kurikulum diatur dan dikawal oleh gereja melalui sekolah gereja ( Cathedral ) dan institusi monastri.

Kandungan pendidikan ialah Seven Liberal Arts Tatabahasa, Retorik, Dilektik, muzik, kira-kira ( Aritmetik ), Geometri dan Astronomi.

Kandungan kurikulum dipengaruhi oleh agama Kristian dan ingin menanamkan nilai moral dalam pengajaran.

Pendidikan dianggap tidak berfaedah jika ia tidak mendekatkan diri kepada tuhan.

Kurikulum Institusi Monastri :

Monastri atau biara ialah tempat pertapaan rahib dan ia juga menjadi institusi yang membekalkan ilmu kepada penganut Kristian. Kaedah yang digunakan oleh Rahib St. Benedict digunakan di kesemua monastri di Eropah Barat.

St. Benedict memastikan rahib-rahib dalam monastrinya sentiasa sibuk melakukan kerja ibadah atau membaca buku-buku suci.

Kurikulum Zaman Feudal :

Zaman feudal adalah zaman yang terangkum dalam Zaman Gelap. Pada zaman ini tanah-tanah dikuasai oleh golongan-golongan bangsawan dan mereka memerlukan golongan yang dapat mempertahankan ladang dan istana mereka daripada serangan orang gasar.

Justeru, kurikulum pendidikan bagi anak-anak mereka bertujuan untuk melahirkan pahlawan.

Kurukulumnya menekankan pendidikan latihan dan ketenteraan yang keras selari dengan keperluan zaman tersebut.

Kurikulum Zaman Charlemagne :

Charlemagne adalah orang gasar keturunan Frank yang menjadi Maharaja Rom pada 800 masihi dengan gelaran Maharaja Rom Suci. Beliau mewajibkan setiap monastri mempunyai sekolah dan kanak-kanak akan diajar menyanyi, mengira dan tatabahasa.

Charlemagne juga menarik ramai ahli akademik ke istananya dan antara mereka ialah Peter dari Pisa, Paulinus dari Lombard, dan Alcuin dari York. Alcuin telah membuka Palace School.

Charlemagne juga mengeluarkan banyak arahan (Capiulatries) yang berkaitan dengan pendidikan seperti sekolah monastri, gereja dan kampong.

Kesimpulan :

Kurikulum pendidikan Eropah Barat Zaman Pertengahan Awal dipengaruhi oleh agama Kristian dan matlamat utamanya menyediakan manusia untuk kehidupan selepas mati dan menyediakan mereka dengan ilmu yang sesuai dengan tuntutan zaman.