Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa

2
Tajuk “ Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa: “Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa” . Begitulah puitisnya tajuk syarahan saya pada hari ini. Warga Dewan Sekalian Anak-anak mestilah bertangungjawab kepada kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa seperti bersalaman dengan mencium tangan apabila berjumpa atau semasa ingin berpisah dengan mereka. Bertuturlah dengan sopan apabila berbual dengan ibu bapa sebagai tanda menghormati mereka. Hadirin hadirat sekalian Sebagai anak, kita mestilah menjaga nama baik ibu bapa dengan menjaga tingkah laku atau moral. Elakkan daripada memalukan ibu bapa seperti melanggar disiplin sekolah dan sebagainya. Hadirin sekalian, Ibu bapa terlalu banyak tugas dalam mengurus keluarga setiap hari. Oleh itu, kita mesti membantu ibu bapa seperti membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya lagi. Dengan ini, beban kerja yang ditanggung oleh mereka akan menjadi lebih ringan. Anak-anak juga perlulah berusaha mengembirakan hati ibu bapa. Antara caranya ialah dengan belajar bersungguh-sungguh kerana ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak-anak mereka Berjaya dalam pelajaran. Janganlah mengecewakan harapan mereka dengan bermain-main semasa belajar dan sebagainya. Di samping itu, anak-anak mestilah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Amat wajarlah kita mendoakan kesejahteraan mereka terutamanya setiap kali selepas sembahyang.

description

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa

Transcript of Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa

Tajuk Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa:

Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa . Begitulah puitisnya tajuk syarahan saya pada hari ini.

Warga Dewan SekalianAnak-anak mestilah bertangungjawab kepada kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.

Kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa seperti bersalaman dengan mencium tangan apabila berjumpa atau semasa ingin berpisah dengan mereka. Bertuturlah dengan sopan apabila berbual dengan ibu bapa sebagai tanda menghormati mereka.

Hadirin hadirat sekalianSebagai anak, kita mestilah menjaga nama baik ibu bapa dengan menjaga tingkah laku atau moral. Elakkan daripada memalukan ibu bapa seperti melanggar disiplin sekolah dan sebagainya.

Hadirin sekalian,Ibu bapa terlalu banyak tugas dalam mengurus keluarga setiap hari. Oleh itu, kita mesti membantu ibu bapa seperti membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya lagi. Dengan ini, beban kerja yang ditanggung oleh mereka akan menjadi lebih ringan.

Anak-anak juga perlulah berusaha mengembirakan hati ibu bapa. Antara caranya ialah dengan belajar bersungguh-sungguh kerana ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak-anak mereka Berjaya dalam pelajaran. Janganlah mengecewakan harapan mereka dengan bermain-main semasa belajar dan sebagainya.

Di samping itu, anak-anak mestilah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Amat wajarlah kita mendoakan kesejahteraan mereka terutamanya setiap kali selepas sembahyang.

Hadirin yang dihormati,Sebagai mengakhiri syarahan saya pada petang ini, saya ingin menyeru rakan-rakan agar hormatilah dan sayangilah ibu bapa kita. Janganlah kita lupa akan jasa mereka apabila besar atau berjaya dalam kehidupan nanti. Ingatlah, pemergian ibu bapa kita tidak akan ada gantinya.

Sekian, terima kasih.