Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ......

24

Transcript of Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ......

Page 1: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 2: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan

Tangkak, 13 November 2017 – Majlis pelancaran Program Tagging Durian Jabatan Pertanian Negeri Johor telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ismail Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, di Kampong Bekoh, Tangkak. Dalam ucapan aluan YBhg. Encik Ahmad Kamil Mohd Yunus, Pengarah Pertanian Negeri Johor memaklumkan Program Tagging Durian adalah usaha jabatan yang telah bermula beberapa tahun yang lalu termasuklah program inventori durian dengan tujuan, jabatan ingin mengetahui bilangan pokok durian yang sedia ada.

Majlis perasmian dimulakan dengan memasang tag pokok durian yang telah disahkan

Kundang Ulu, 11 Jan 2018 - Dalam Bajet Johor 2018, yang telah dibentangkan pada akhir tahun lepas, YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan program bank benih Johor bagi menggalakkan pengunaan benih atau baka yang berkualiti dan juga terjamin. Untuk tujuan itu kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.7 juta. “Peruntukan ini akan digunakan untuk melakukan pelbagai inisiatif yang berkaitan. Dengan peruntukan itu juga kerajaan akan melakukan inisiatif pemberian benih

ketulenan bakanya oleh YB Tuan Haji Ismail Mohamed dan Pegawai Daerah Tangkak di kebun Lim See Kiang, Kampong Bekoh, Tangkak. Sebanyak 50 pokok telah ditandakan bersama kakitangan Jabatan Pertanian. Proses ini akan menuju kearah Auto Detection Tag (AutoDTag). Tanaman durian juga akan menjadi sumber kekayaan baru negara.

secara percuma kepada petani dan penternak di Johor”, beliau berkata demikian di Pelancaran Bank Benih Johor di Dataran Muafakat, Bukit Kepong, Muar sempena Karnival Maufakat Tani DUN Bukit Serampang.

“Seperti yang telah saya nyatakan golongan petani dan penternak adalah sebahagian daripada segmen penting dalam masyarakat kita di Johor, mereka mesti diberikan perhatian dan sokongan yang sewajarnya. Melalui pemberian benih secara percuma ini saya percaya ia akan sangat membantu banyak pihak selain daripada mengurangkan kos pertanian ia akan dapat memastikan yang benih serta baka-baka pertanian yang kita terima adalah yang berkualiti dan baik. Perkara ini akan sekaligus membantu peningkatan hasil yang lebih banyak dan lebih baik”, ujarnya lagi. Hadir sama di majlis ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Haji Ismail Mohamed dan Pengarah Pertanian Negeri Johor, Encik Ahmad Kamil Mohd Yunus.

Page 3: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan

Iskandar Puteri, 12 November 2017 - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, berkata program Transformasi Nasional 2050 (TN50) itu membabitkan seramai dua juta penduduk termasuk penjawat awam bagi mendapatkan input semua lapisan masyarakat. “Kebanyakan aspirasi adalah mengenai pendidikan, kebajikan penjawat awam khususnya bagi perumahan dan integriti. Dalam soal pendidikan, ramai yang meminta agar ia diberikan secara percuma hingga ke

peringkat universiti namun kalau di peringkat universiti, negara maju pun tidak buat tetapi kita akan ambil kira semua ini kerana ia ialah hasil dapatan aspirasi rakyat,” katanya.

Mengenai rasuah, ada pihak mencadangkan agar ia dijadikan musuh nombor satu negara dan kebetulan, ia sememangnya hasrat kerajaan yang mahukan negara bebas daripada rasuah pada masa depan. “Ini bukan sahaja mengenai rasuah, tetapi soal integriti dalaman. Kita boleh berikan pelbagai ceramah dan sebagainya tetapi yang penting ialah individu itu sendiri. Jadi, kita akan meneruskan langkah-langkah pencegahan bagi menyedarkan penjawat awam bahawa apakah itu rasuah dan sebagainya, kerana ada yang tidak sedar telah melakukannya.” Beliau berkata demikian di sesi dialog TN50 yang dihadiri kira-kira 2,700 penjawat awam di Pinewood Iskandar Malaysia Studios. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Haji Azmi Rohani.

Pengarah Pertanian (Pengembangan) Jabatan Pertanian Negeri Johor dan pada 4 September 2015 dinaikkan pangkat ke Gred G54 sebagai Pengarah Pertanian Negeri Johor. Mulai 2 Februari 2018 di naikkan pangkat ke JUSA C sebagai Pengarah Bahagian Biosekuriti Jabatan Pertanian Putrajaya.

Melalui pengalaman yang luas dan kepakaran teknikal yang beliau miliki, beliau banyak menyumbangkan idea dan pandangan untuk memajukan lagi sektor pertanian di negeri Johor. Ini dibuktikan dengan sektor pertanian masih meneruskan legasi sebagai pengeluar terbesar makanan utama negara, antaranya sayur-sayuran, buah-buahan, ternakan ayam dan ikan hiasan.

Sepanjang perkhidmatan bersama Jabatan Pertanian Negeri Johor, banyak penghargaan dan kemenangan diperolehi oleh jabatan antaranya Daerah Pengembangan Terbaik Kebangsaan, Kawasan Pengembangan Terbaik Kebangsaan, KPW Terbaik kebangsaan dan Kumpulan Nita Jaya Terbaik Kebangsaan. Warga Jabatan Pertanian dan usahawan tani merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala jasa yang dicurahkan bagi memajukan sektor pertanian di negeri Johor. Selamat bertugas di tempat baru.

Yang Berbahagia Encik Ahmad Kamil bin Mohd Yunus, Pengarah Pertanian Negeri Johor telah bertugas di Negeri Johor selama 24 tahun bermula dari tahun 1992-2018. Iaitu bermula dari 1 April 1992 ditukarkan dari Kuala Lumpur ke Unit Perlindungan Tanaman Johor Bahru sebagai Pegawai Pertanian Kuasausaha Negeri. Pada tahun 1993 bertukar ke Kuala Lumpur

dan kembali semula ke Negeri Johor pada 3 Mei 1995 ke Unit Perlindungan Tumbuhan Johor sebagai Pegawai Pertanian G3 merangkap Ketua Unit Negeri Johor dan pada tahun 2003 diberi kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) Pegawai G48 dan kekal bertugas sebagai Kuasausaha Negeri Johor.

Tahun 2010 dinaikkan pangkat ke Gred G52 di Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Ayer Hitam. Tahun 2013 berpindah ke Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Johor Bahru kerana Jawatan Pegawai Pertanian G52 selaku Ketua Unit berpindah dari Ayer Hitam ke Johor Bahru. Pada 15 Mei 2014 bertukar sebagai Timbalan

EN. AHMAD KAMIL BIN MOHD YUNUSPengarah Pertanian Negeri Johor

Page 4: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan

Ayer Hitam, 15 November 2017 – Seramai 30 peserta telah mengikuti Kursus Asas Senitaman dan Simenfero di Pusat Pertanian Ayer Hitam. Kursus ini adalah pengambilan siri terakhir bagi tahun 2017. Kursus selama 3 hari ini bermula pada 15-17 November bertujuan memberi pendedahan dan latihan teori dan amali cara dan teknik pembuatan simenfero dan senitaman. Menurut Puan Hajah Zalipah Adman, tenaga pengajar bagi kursus ini memaklumkan latihan ini membantu peserta mengenali jenis-jenis pokok hiasan, membuat susunatur lanskap dan membina meja, kerusi dan lain-lain bentuk lanskap kejur. Ianya juga sebagai permulaan sekiranya peserta berminat menjadikanya satu perniagaan nurseri.

Ayer Hitam, 29 November 2017 – Seramai 200 orang Pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di hadapan Pengarah Pertanian Negeri yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Pertanian Ayer Hitam. Ikrar diketuai oleh Encik Rosdin Kimin, Pegawai Pertanian Daerah Muar. Sebelum IBR, majlis dimulakan dengan taklimat integriti oleh Encik Wan Yusoff Wan Ibrahim, Pengarah Bahagian Integriti, Jabatan Pertanian, Putrajaya.

Integriti penjawat awam adalah merujuk kepada apabila seseorang menjawat apa-apa sahaja jawatan yang diamanahkan dalam perkhidmatan kerajaan, penjawat awam terbabit perlu bertindak secara jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Orang yang BErInTEgrITI akan sEnTIasa BErlaku jujur dalam sETIap urusannya, pada sETIap masa dan pada sETIap kEadaan -walaupun kETIka dIa sEdang BErsEOrangan.”

Wan Yusoff W. IbrahIm (KPKPj)Unit Integriti, Jabatan Pertanian Malaysia

Page 5: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan

Muar, 13 November 2017 – Penyerahan bantuan peralatan untuk Program Tanah Terbiar di bawah Program Galakan Usahawan (PGU) telah diadakan untuk membantu meringankan beban petani di daerah ini. Penyerahan peralatan pam air 16hp berkuasa diesel enjin telah disampaikan oleh Agen Pengembangan Kawasan Mukim Pagoh, Encik Rosli Ali. Penerima ialah Encik Saliman Ahmad dari Kampung Paya Pendendam, Pagoh.

“dunIa Tanpa sEmpadan,jauh Bukan alasan,yang ada masalahkITa BanTu sElEsaIkan.”Ybhg. Dato’ jamal harIzan bIn Yang razalIKetua Pengarah PertanianAmanat Tahun 2018 di Palm Garden IOI, Putrajaya

Page 6: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan

Muar, 11 Januari 2018 – Program Muafakat Tani DUN Bukit Serampang berlangsung selama 3 hari bermula 11-13 Januari 2018 di Dataran Muafakat Bukit Kepong. Perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor. YAB Menteri Besar turut melancarkan Bank Benih Negeri Johor. Pejabat Pertanian Muar telah menyertai program ini dengan mempamerkan agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program Muafakat Tani diisi dengan pameran, jualan, ceramah agama, cabutan bertuah dan persembahan artis.

Page 7: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 8: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 9: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 10: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 11: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 12: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 13: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 14: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan

Bila membincangkan tentang durian, peruntukan tahun 2018 di bawah RMK 11 atau RP3, Jabatan Pertanian hanya mendapat peruntukan pembangunan kluster durian sebanyak RM3 juta dan program pembangunan buah-buahan terpilih RM6 juta. Jumlah keseluruhanya jabatan hanya mendapat peruntukan RM9 juta, tetapi dengan pengumuman bajet oleh YAB Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet Tahun 2018, telah mengumumkan program sumber kekayaan baru akan diberikan tumpuan khas. Peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta akan disalurkan di bawah Kementerian Pertanian tetapi bukan saja untuk tanaman durian malahan tanaman jagung, rumput napier dan kelapa. Bagi tanaman kelapa, jabatan menerima peruntukan sebanyak RM60 juta dan tanaman jagung RM45 juta. Untuk tanaman durian sempena dengan Program Tagging Durian, jabatan di bawah peruntukan RM20 juta, telah memperuntukan RM3 juta untuk program ini.

Program Tagging Durian bermula dengan pencarian lokasi dan maklumat disetiap kawasan. Seterusnya proses pengumpulan dan pengharmonian data dilaksanakan, dari sini pokok akan di tagging menggunakan plat dan data akan sentiasa dikemaskini. Program Tagging Durian adalah usaha jabatan yang telah bermula beberapa tahun yang lalu termasuklah program inventori durian dengan tujuan, jabatan ingin mengetahui bilangan pokok durian yang sedia ada. Tiga tahun yang lalu jabatan dengan kerjasama MIMOS, telah membina dan mencetuskan satu sistem yang mana buah durian dan mangga untuk eksport boleh dikesan/scan menggunakan telefon bimbit di bar kod di setiap kotak pembungkusan, dari negara ini sehingga ke pusat pengumpulan.

Pentingnya tagging ini kerana buat masa ini, durian dari negara Malaysia yang memasuki pasaran ke negara China adalah dalam bentuk pup dan juga

paste yang disejuk beku. Jadi sekarang Jabatan Pertanian dan Kementerian Pertanian sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran kemasukkan buah segar ke negara China. Kalau kita lihat di negara China durian bulat telah ada dipasaran negara tersebut tetapi kebanyakan daripada negara Thailand. Kita telah membuat percubaan baru-baru ini melalui pesta durian di Naning dan sambutan sangat menggalakkan. Pada tahun 2010 durian bulat telah pun memasuki pasaran negara China tapi tidak secara sah, melalui Hong Kong atau pun tempat-tempat lain khasnya durian musang king. Durian musang king telah mendapat nama dipasaran Hong Kong dan sekitarnya. Bila orang mula mempersoalkan durian musang king daripada mana,

kerana negara Vietnam dan negara Thailand juga mengeluarkanya, oleh itu apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memastikan durian musang king dari negara Malaysia adalah yang asli dan terjamin kualitinya.

Dari sini peranan Program Tagging Durian ini sangat penting kerana akan membantu jabatan mengusahakan satu sistem yang boleh diakses oleh semua pihak termasuk pengguna, pengusaha dan pengeksport serta memuaskan hati semua orang. Program ini membantu durian musang king yang dieksport berasal dari negara mana, pusat pengumpulan dan lokasi ladang serta pemiliknya. Adakah ianya tulen, berkualiti dan selamat dimakan serta mempunyai Persijilan myGAP. Oleh itu ada berapa elemen perlu diambil sebelum mengeksportnya, pertamanya pusat pengumpulan dan ladang perlulah memiliki persijilan myGAP dan ladang ditanam dengan klon-klon yang disyorkan. Pusat pengumpulan dan semua penanam durian digalakkan menyertai persijilan myGAP. Mungkin ada perbezaan sedikit dari segi ciri-ciri buahnya dan rasa.

Bersambung ke mukasurat 17

Page 15: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 16: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan kepada seseorang individu untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu berkaitan tugas rasminya.

Kegagalan melaporkan permintaan atau penawaran atau janji suapan merupakan satu kesalahan dibawah seksyen ini. Hukuman bagi kesalahan ini ialah didenda tidak lebih RM100,000.00 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya kerana gagal melaporkan penawaran rasuah atau janji suapan. Didenda tidak lebih RM10,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya kerana gagal melaporkan permintaan atau penerimaan rasuah atau suapan.

Semua perlakuan rasuah adalah dilakukan oleh pegawai atau kakitangan yang tidak berintegriti. Tetapi bukan semua pegawai dan kakitangan yang tidak berintegriti, melakukan kesalahan jenayah. Semua pegawai dan kakitangan yang tidak berintegriti boleh diambil tindakan tatatertib. Perbuatan tidak berintegriti adalah dilakukan dalam sedar dan atas pertimbangan diri sendiri. Isu integriti adalah isu hati.

Dalam bentuk wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, diskaun dan lain-lain selagi pemberian atau penerimaan itu berkaitan tugas rasmi.

Meminta/menerima rasuah (Seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009)

Menawar/ memberi/janji suapan (Seksyen 17(b) ASPRM 2009)

Mengemukakan tuntutan palsu (Seksyen 18 ASPRM 2009)

Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam (Seksyen 23 ASPRM 2009)[Salah guna kuasa].

1.

2.

3.

4.

EMPAT (4) KESALAHAN RASUAH UTAMA MENGIKUT ASPRM 2009

Memberi kontrak kepada saudara, keluarga dan diri sendiri (salah guna kuasa). Mendapat kontrak/ kerja menggunakan syarikat orang lain (menggunakan dokumen palsu).

Menerima rasuah atau suapan untuk pemberian tender/ sebut harga/ pembelian terus (minta dan terima rasuah/suapan). Kakitangan dalaman meminta atau menerima rasuah bagi memastikan pembayaran dipercepatkan, proses kelulusan tawaran dipercepatkan atau dipermudahkan, untuk menyokong bagi mendapatkan sesuatu kerja dan lain-lain.

Meminta dan menerima rasuah kerana memberi maklumat (membocorkan rahsia) jabatan. Meminta komisen atau habuan daripada kontraktor. Memohon derma atau sumbangan daripada kontraktor. Meminta dan menerima tajaan daripada kontraktor sesuatu barang atau tiket penerbangan/ ubahsuai rumah dan lain-lain.

Memalsukan dokumen untuk mengelirukan majikan. Mengemukakan tuntutan mengandungi butiran maklumat palsu. Membuat perakuan yang tidak betul berkaitan bekalan dan pembelian. Salah guna wang Persatuan, kelab, koperasi dan lain-lain.

Page 17: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan

tetapi masih tetap durian musang king. Ciri-ciri ini akan diterapkan pada pusat pengumpulan dan ladang-ladang. Oleh yang demikian setiap ladang contohnya, mempunyai 100 pokok durian (40 pokok musang king, 30 pokok D 24 dan 30 pokok duri hitam) jadi ladang tersebut akan diketahui mempunyai pokok musang king sebanyak 40 pokok. Semua data ini direkodkan dalam pangkalan data jabatan.

Pusat pengumpulan dan ladang yang mempunyai Persijilan myGAP adalah sangat penting kerana ia dapat menyakinkan negara yang mengimport buah-buahan dari negara ini adalah buah yang 100% selamat dimakan dan tidak mempunyai kandungan

racun yang tinggi. Program Tagging Durian menjadi penting kerana akan menjayakan keseluruhan proses sehingga sampai kepada pengguna.

Negeri Johor khasnya di daerah Tangkak sahaja sebanyak 15,000-20,000 pokok durian musang king telah didaftarkan, proses ini akan diikuti oleh negeri-negeri lain. Memang ini menjadi hasrat jabatan dan YB Menteri Pertanian. Sekiranya pusat pengumpulan dan ladang-ladang dapat menjaga kualiti melalui persijilan myGAP, kualiti durian premium negara di negara China dan negara-negara lain tidak akan dipersoalkan dan boleh bersaing dengan mana-mana negara yang mengeluarkan durian musang king.

Sambungan dari mukasurat 14

Page 18: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 19: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 20: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 21: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 22: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan

Kota Iskandar, 8 Januari 2018 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Iskandar diketuai oleh Ketua Balai Bomba, Encik Iskandar Neemat bersama 5 anggota telah menjalankan pemeriksaan keselamatan kebakaran di Ibu Pejabat Pertanian Kota Iskandar. Pemeriksaan telah dijalankan terhadap kemudahan alat-alat kebombaan di setiap tingkat bangunan. Antara saranan Jabatan Bomba setelah menjalankan pemeriksaan antaranya menambahkan bilangan alat pemadam api berhampiran bilik sumber dan utilitis, mengosongkan ruang bahagian atas rak 3 meter dari siling di setiap bilik stor, membaiki lampu tanda keluar dan membuat tanda arah keluar sekiranya berlaku kebakaran. Pemeriksaan keselamatan kebakaran ini akan dilaksanakan secara berkala oleh pihak Bomba.

Kota Iskandar 28 Januari 2018 – Ibu Pejabat Pertanian Kota Iskandar memenangi Johan Kategori Marhaban Terkuat sempena Sambutan Maulidurrasul Peringkat Bangunan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi yang disertai oleh 7 kontinjen. Majlis sambutan kali ini dimulai dengan perarakan dan alunan selawat, seterusnya bacaan rawi, marhaban dan ceramah

maulid. Penceramah undangan ialah Imam Muda Nazrul Izwan Zolkiflee. Antara kandungan ceramah beliau, mengingatkan kita akan sayangnya Nabi SAW kepada umatnya, sehinggakan diakhir kewafatannya masih lagi mengenangkan akan nasib umatnya. Sambutan diakhiri dengan jamuan nasi arab kambing 40 hari.

Page 23: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan
Page 24: Tangkak, 13 November 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Johor · Dalam soal pendidikan, ramai ... agronomi tanaman durian, kelapa dan program Jabatan Pertanian. Program ... dan persembahan

Grafik & Dicetak oleh: PERCETAKAN KOTA SELATAN 07-235 7842

PENAUNGEn. Ahmad Kamil Bin Mohd Yunus

PENASIHATEn. Azreen Bin Basir

KETUA PENGARANGPn. Farhana Hafizah Bt Hamdan Mustafa

PENOLONG KETUA PENGARANGEn. Md. Fuad Bin Minhat@Minhaj

KUMPULAN PENGARANGPn. Hajah Siti Junainah Bt SardiniTn. Haji Mohamad Bin KasmuriTn. Haji Nor ‘Azmi Bin Haji Sabikin

EDITOREn. Azhari Bin Abdul ManapCik Norhidayah Binti Sarmid

REKA LETAKTn. Haji Nor ‘Azmi Bin Haji Sabikin

JURU GAMBAREn. Mohd Suhaimi Bin KumariTn. Haji Mohd Hanif Bin AsrahEn. Shallehan Al’Arif Bin Hanapi

Sidang Redaksi

Diterbitkan oleh:Seksyen Komunikasi Jabatan Pertanian Negeri Johor,Tingkat 1, Bangunan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi,Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor, Kota Iskandar,79000 Iskandar Puteri, Johor.

http://pertanian.johor.gov.my07-266 670707-266 [email protected]@pertanianjohor