TAPAK INCINERATOR Latarbelakang Definisi Incinerator · PDF filepembangunan yang tinggi telah...

3
TAPAK INCINERATOR Latarbelakang Proses perbandaran telah mewujudkan banyak kawasan perumahan, perdagangan, industri dan institusi. Aktiviti perbandaran menarik tumpuan penduduk ke kawasan pertumbuhan. Tekanan pembangunan yang tinggi telah menyebabkan pengurusan bahan buangan menjadi lebih kompleks dan mewujudkan masalah pelupusan sisa pepejal. Definisi Incinerator Incinerator merupakan suatu alat untuk memproses bahan-bahan buangan melalui proses pembakaran. Secara amnya, konsep jenis bahan buangan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahan buangan umum (buangan pepejal dan najis) dan bahan buangan industri hasil aktiviti industri. Jenis-jenis incinerator ialah 'mass burning grate system', 'rotary kiln', 'fluid bed' dan 'multiple heart' . Isu dan Masalah Kurangnya kemudahan pelupusan bahan buangan. Jumlah sisa toksik berbahaya semakin meningkat. Pendedahan manusia dan alam sekitar kepada bahaya bahan radio aktif. Pelupusan yang tidak dikawal akan meninggalkan kesan jangka panjang. Kelahiran kilang-kilang haram dan berbahaya. Garis Panduan Perancangan Tapak Incinerator Garis Panduan Perancangan Tapak Incinerator Skil Kecil Lokasi kawasan bertanah pamah dalam pusat bandar atau kawasan perumahan, jarak yang sesuai dari jalan utama. Saiz tapak keluasan minimum ialah 0.4-2 hektar (1-5 ekar). Kapasiti - muatan 15-200 tan sehari untuk 1 unit incinerator. Bahan pembakaran hanya sisa domestik seperti sampah-sarap, sisa makanan,'garden waste' , sisa buangan binatang dan pertanian seperti sekam padi dan sebagainya. Reka bentuk bangunan loji bangunan jenis tertutup dan mempunyai serombong bagi kawalan pencemaran mengikut ketinggian yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Loji berskil kecil dan berbentuk seperti bangunan pejabat. Landskap dan alam sekitar zon penampan minima ialah 10 meter, boleh digunakan sebagai tempat letak kenderaan dan kawasan lapang awam serta rekreasi. Menyediakan minimum 2.1-2.7 meter sepanjang kiri dan kanan jalan masuk ke tapak bangunan dengan tanaman pokok yang sesuai. Tempat letak kenderaan 1 TLK : 100 mp ruang lantai. Laluan masuk (accessibility) laluan masuk di antara 12 - 15 meter.

Transcript of TAPAK INCINERATOR Latarbelakang Definisi Incinerator · PDF filepembangunan yang tinggi telah...

Page 1: TAPAK INCINERATOR Latarbelakang Definisi Incinerator · PDF filepembangunan yang tinggi telah menyebabkan pengurusan bahan buangan menjadi lebih kompleks dan mewujudkan masalah pelupusan

TAPAK INCINERATOR Latarbelakang Proses perbandaran telah mewujudkan banyak kawasan perumahan, perdagangan, industri dan institusi. Aktiviti perbandaran menarik tumpuan penduduk ke kawasan pertumbuhan. Tekanan pembangunan yang tinggi telah menyebabkan pengurusan bahan buangan menjadi lebih kompleks dan mewujudkan masalah pelupusan sisa pepejal. Definisi Incinerator Incinerator merupakan suatu alat untuk memproses bahan-bahan buangan melalui proses pembakaran. Secara amnya, konsep jenis bahan buangan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahan buangan umum (buangan pepejal dan najis) dan bahan buangan industri hasil aktiviti industri. Jenis-jenis incinerator ialah 'mass burning grate system', 'rotary kiln', 'fluid bed' dan 'multiple heart' . Isu dan Masalah

• Kurangnya kemudahan pelupusan bahan buangan. • Jumlah sisa toksik berbahaya semakin meningkat. • Pendedahan manusia dan alam sekitar kepada bahaya bahan radio aktif. • Pelupusan yang tidak dikawal akan meninggalkan kesan jangka panjang. • Kelahiran kilang-kilang haram dan berbahaya.

Garis Panduan Perancangan Tapak Incinerator

• Garis Panduan Perancangan Tapak Incinerator Skil Kecil

Lokasi kawasan bertanah pamah dalam pusat bandar atau kawasan perumahan, jarak yang sesuai dari jalan utama.

Saiz tapak keluasan minimum ialah 0.4-2 hektar (1-5 ekar). Kapasiti - muatan 15-200 tan sehari untuk 1 unit incinerator. Bahan pembakaran hanya sisa domestik seperti sampah-sarap, sisa

makanan,'garden waste' , sisa buangan binatang dan pertanian seperti sekam padi dan sebagainya.

Reka bentuk bangunan loji bangunan jenis tertutup dan mempunyai serombong bagi kawalan pencemaran mengikut ketinggian yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Loji berskil kecil dan berbentuk seperti bangunan pejabat.

Landskap dan alam sekitar zon penampan minima ialah 10 meter,

boleh digunakan sebagai tempat letak kenderaan dan kawasan lapang awam serta rekreasi. Menyediakan minimum 2.1-2.7 meter sepanjang kiri dan kanan jalan masuk ke tapak bangunan dengan tanaman pokok yang sesuai.

Tempat letak kenderaan 1 TLK : 100 mp ruang lantai. Laluan masuk (accessibility) laluan masuk di antara 12 - 15 meter.

Page 2: TAPAK INCINERATOR Latarbelakang Definisi Incinerator · PDF filepembangunan yang tinggi telah menyebabkan pengurusan bahan buangan menjadi lebih kompleks dan mewujudkan masalah pelupusan

• Garis Panduan Perancangan Tapak Incinerator Skil Sederhana

Lokasi - di sempadan kawasan pembangunan atau luar kawasan pembangunan yang berisiko rendah dari aspek impak ke atas alam sekitar. Jarak minimum dari kawasan tumpuan pembangunan ialah 50 km radius.

Saiz tapak antara 35-40 hektar di mana 10 hektar dikhaskan untuk tapak loji bagi menampung 100,000 penduduk selama 20 tahun.

Kapasiti muatan sisa domestik dan pepejal antara 200-400 tan sehari. Bahan pembakaran sisa makanan, sampah-sarap, barang-barang

pukal daripada kawasan perumahan, perniagaan, sekolah dan kawasan awam seperti rangka / bingkai kenderaan, barang elektrik, perabot dan sebagainya.

Reka bentuk bangunan loji reka bentuk dan warna yang sesuai dengan persekitaran, cuaca dan pembangunan kawasan tersebut.

Landskap dan alam sekitar zon penampan sekurang-kurangnya 200 meter, ditutup dan di pagar untuk tujuan keselamatan. Menyediakan minimum 2.1-2.7 meter sepanjang kiri dan kanan jalan masuk ke tapak bangunan dengan tanaman pokok yang sesuai.

Tempat letak kereta 1 TLK:100 mp ruang lantai. Zon penampan minimum 10% dari keluasan zon penampan perlu

dihijaukan. Laluan masuk antara 15-18 meter.

• Garis Panduan Perancangan Tapak Incinerator Skil Besar

Lokasi - di sempadan kawasan pembangunan atau luar kawasan pembangunan. Jarak minimum dari kawasan tumpuan pembangunan ialah 50 km radius.

Saiz Tapak keluasan 60 hektar di mana 10 hektar dikhaskan untuk tapak loji bagi menampung bahan buangan pepejal dan berjadual selama 20 tahun.

Kapasiti muatan sisa pepejal dan berjadual melebihi 400 tan sehari. Bahan Pembakaran ? sisa pepejal dan sisa berjadual dari kilang

kawasan perusahaan, perumahan dan perniagaan termasuk 'toxic industrial waste'.

Reka bentuk Bangunan Loji reka bentuk dan warna yang sesuai dengan persekitaran, cuaca dan pembangunan kawasan tersebut.

Landskap dan Alam Sekitar ? zon penampan sekurang-kurangnya 200 meter, ditutup dan di pagar untuk tujuan keselamatan. Menyediakan minimum 2.7 meter sepanjang kiri dan kanan jalan masuk ke tapak bangunan dengan tanaman pokok yang sesuai.

Tempat Letak Kereta 1 TLK:100 mp ruang lantai. Zon Penampan lebih 200m - 1000m lebar, minima 10% dari keluasan

zon penampan perlu dihijaukan. Laluan Masuk antara 20-36 meter.

Page 3: TAPAK INCINERATOR Latarbelakang Definisi Incinerator · PDF filepembangunan yang tinggi telah menyebabkan pengurusan bahan buangan menjadi lebih kompleks dan mewujudkan masalah pelupusan

Rajah Skematik Pembakaran

Rajah Pelbagai Jenis 'Stoker Construction'