TAPAK LAPORAN POST MORTEM AKHIR TAHUN 2014 SEKOLAH.doc

7
NAMA SEKOLAH: SK / SJK C LAPORAN POST MORTEM PROGRAM LINUS 2.0 LITERASI BAHASA MALAYSIA, NUMERASI & LITERASI BAHASA INGGERIS SARINGAN 2 TAHUN 1, 2 & 3

Transcript of TAPAK LAPORAN POST MORTEM AKHIR TAHUN 2014 SEKOLAH.doc

1. LAPORAN BERDASARKAN 5 FOKUS IAITU PENTADBIRAN, GURU, MURID, BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA IBU BAPA.Contoh:

PENTADBIRAN

KELEBIHANKELEMAHAN

1. 70% Guru cakna dalam pelaksanaan Program LINUS 2.0 peringkat sekolah selepas taklimat secara berterusan setiap tahun. 2. Pelaksanaan Progran LINUS di sekolah dijalankan dengan baik.1. Guru Besar dan PK1 jarang membuat pencerapan PdP LINUS.2. Sebilangan Guru Besar menyerahkan 100% pelaksanaan Program LINUS kepada Penyelaras LINUS sekolah.

(Contoh Laporan)Strategi / Program Penambahbaikan :

1. Mesyuarat jawatankuasa LINUS peringkat sekolah dimasukkan dalam takwim tahunan sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun semasa mesyuarat akademik.2. Pihak sekolah menggunakan instrumen pencerapan PdP yang selaras untuk semua guru dan salinan perlu dihantar ke PPD.3. Mesyuarat Jawatankuasa LINUS bersama Majlis Guru Besar peringkat daerah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.4. Dialog prestasi LINUS 2.0 peringkat sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun selepas saringan dijalankan.Contoh:GURU

KELEBIHANKELEMAHAN

Guru LINUS sentiasa memberi fokus dalam meningkatkan tahap penguasaan murid-murid menggunakan headcount penguasaan konstruk murid.

Sentiasa memberi kerjasama dalam program-program intervensi di peringkat PPD, Zon dan sekolah Perancangan RPH yang semakin mantap dan menggunakan konsep Kelestarian LINUS.

Terdapat pihak sekolah yang terlalu bergantung dengan keupayaan guru pemulihan khas untuk membimbing murid yang tidak menguasai K3 K12 sehingga mengabaikan kurikulum KSSR dalam PdP biasa.

Guru bukan opsyen dan guru baharu yang tiada pengalaman mengajar murid Tahap 1 terutamanya kelas tahun 1.

(Contoh Laporan)

Strategi/Program Penambahbaikan :1. Isu dalam pelaksanaan program LINUS 2.0 perlu diutarakan dalam mesyuarat / dialog prestasi peringkat sekolah.

2. Pelaksanaan Program Lesson Study LINUS 2.0 diteruskan sebagai program tahunan Unit LINUS.

3. Kursus Kelestarian RPH LINUS 2.0 diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun di peringkat sekolah untuk memberi pendedahan berterusan kepada guru. Contoh:MURID

KELEBIHANKELEMAHAN

Murid yang menguasai dapat membimbing rakan-rakan yang belum menguasai (Program Rakan Sebaya yang dijalankan oleh sekolah)

Masih ada murid yang tidak hadir berpanjangan dan kehadiran tidak konsisten sehingga mengganggu proses pembelajaran terutamanya murid sekolah Penan.

Murid yang telah mengikuti proses pemeriksaan outreach masih perlu menjalani rawatan susulan dalam tempoh masa yang agak lama disebabkan ibu bapa tidak mampu membawa anak ke Hospital Limbang.

Kebanyakan murid yang belum menguasai adalah murid slow learner dan mempunyai masalah keluarga.

(Contoh Laporan)

Strategi/Program Penambahbaikan :1. Pihak sekolah merekod jumlah dan peratus ketidakhadiran bagi setiap murid yang dikenal pasti dan menjalankan Program Outreach (kerjasama Guru Besar, PK1 dan PKHEM bersama Pegawai FasiLINUS)

2. Program mentor-mentee peringkat sekolah.Contoh:BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KELEBIHANKELEMAHAN

Guru dibekalkan dengan modul guru dan modul tambahan yang mencukupi oleh pihak PPD

Kurangnya penggunaan bahan bantu belajar yang menarik dan efektif dalam proses PdP LINUS

Guru kurang memberi bimbingan berterusan terhadap murid yang masih freshie Menguasai.

(Contoh Laporan)

Strategi/Program Penambahbaikan :1. Bengkel pembinaan BBB di peringkat PPD dan sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun.

2. Pertandingan Inovasi Bahan Bantu Belajar LINUS 2.0 peringkat zon dan sekolah.Contoh:IBU BAPA

KELEBIHANKELEMAHAN

Ibu bapa sentiasa didedahkan dengan program LINUS 2.0 melalui perjumpaan ibu bapa murid tahun 1 di peringkat sekolah dan Program Sarana Ibu Bapa.

Kehadiran sebilangan ibu bapa yang tidak memuaskan semasa program permuafakatan ibu bapa bersama guru LINUS (kedudukan kampong yang jauh dari sekolah)

Kurangnya penglibatan komuniti dalam pelaksanaan program LINUS 2.0 di peringkat sekolah

(Contoh Laporan)

Strategi/Program Penambahbaikan :1. Jerayawara LINUS 2.0 peringkat zon : Zon A, Zon B, Zon C, Zon D dan Zon E (melibatkan kehadiran YDP, PIBG dari semua sekolah rendah).

2. Menjadikan program LINUS 2.0 sebagai salah satu agenda utama Pengurusan Sarana Ibu Bapa dan Mesyuarat PIBG.

3. Pihak sekolah mengadakan sesi perjumpaan dengan ibu bapa secara lebih kerap, terutama pada sesi pelaporan prestasi akademik murid bersama guru.

4. Pihak sekolah menggalakkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam program intervensi murid setiap kali selepas saringan.

NAMA SEKOLAH:

SK / SJK C

LAPORAN POST MORTEM

PROGRAM LINUS 2.0

LITERASI BAHASA MALAYSIA, NUMERASI &

LITERASI BAHASA INGGERIS

SARINGAN 2

TAHUN 1, 2 & 3

2014

Di sediakan oleh :