Tarannum Nahawand

download Tarannum Nahawand

of 2

Transcript of Tarannum Nahawand

  • 8/12/2019 Tarannum Nahawand

    1/2

    Tarannum nahawand

    Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan Nahawand adalah nama bagi tempat yang

    terletak di daerah Hamadan, Parsi.

    Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan

    tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan

    sosiobudayanya yang tersendiri.

    Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang

    terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah

    kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal

    dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau

    nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina.

    Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum seperti Husayni

    dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil

    daripada pengubahsuaian para Qurra dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka.

    Walau bagaimanapun identiti asal alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.

    NAHAWAND

    Sebagaimana keadaannya dengan tarannum yang diwaslahkan dengan Bayyati,

    tarannum Nahawand juga tidak terkecuali daripada berlakunya susunan yang

    mempunyai dua tempat yang bersambung pada satu tempat.Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir

    sama dengan bacaan Nahawand seperti bacaan `Ajam, Rast, Kurdi dan `Iraqi.

    Jelasnya, jika berlaku:

    (a) Ketegangan pada persembahan, maka ianya boleh diwaslahkan kepada

    tarannum Kurdi atau `Iraqi.

    (b) Kelemahan pada persembahan, maka ianya boleh diwaslahkan kepada

    tarannum `Ajam atau Rast.

    Tinjauan dari sudut bahasa menunjukkan bahawa perkataan `Ajam adalahberasal dari bahasa Arab yang bermaksud diam, senyap atau individu yang

    bukan dari kelompok bahasa sesuatu bangsa, kaum atau puak. Ia juga merujuk

    kepada dua pengertian utama dalam bahasa Arab iaitu mereka yang terdiri

    daripada bukan bangsa Arab dan bangsa Parsi.

    Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, Ajam atau Ajami

    bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang

  • 8/12/2019 Tarannum Nahawand

    2/2

    dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah) dengan sedikit

    pengubahsuaian mengikut suasana budayanya. Kini, tarannum ini dipopularkan

    oleh kebanyakan Qurra dari Mesir. Namun identiti asalnya (`Ajam iaitu suatu

    tempat yang terletak di Parsi) masih lagi dikekalkan.

    Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq juga mempunyai angin yang hampir samadengan bacaan Nahawand.

    Sifat-sifat alunan tarannum nahawand:

    1. Mempunyai pergerakan yang lambat dan berkesan.

    2. Mempunyai penyesuaian dengan thobaqah yang tinggi.

    3. Mempunyai unsur-unsur yang kehangatan yang menyemarakan.

    4. Mempunyai unsur-unsur ketegasan yang menyakinkan.

    Peranan Nahawand:

    1. Menghangatkan persembahan bacaan.

    2. menyemarakan jiwa pembaca dan pendengar.

    3. Menegaskan mesej ayat yang dibaca.

    4. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran