Tare Zammen Par Essay

3
PISMP PEMULIHAN SEM 3 Ciri-ciri Ishaan yang mengalami disleksia Cerita "Taare Zameen Par" ini sebenarnya mengisahkan seorang kanak- kanak yang berusia 8 tahun yang mempunyai masalah disleksia. Disleksia bukanlah sejenis penyakit, tetapi merupakan salah satu bentuk gangguan pembelajaran yang lazimnya dihadapi oleh kanak-kanak lelaki. Budak yang bernama Ishaan selalu mengalami kesulitan dalam berbagai mata pelajaran. Selain itu, Ihsan selalu gagal dalam ujian sekolahnya. Dengan kelemahan yang dimilikinya, dia menjadi anak yang selalu diejek oleh teman teman sekelasnya, bahkan juga gurunya. Antara ciri-ciri yang ditunjukkan oleh budak yang bernama Ishaan dalam filem ini adalah dia lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. Ketika membaca, dia sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. Dia juga sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'. Dalam kelas, perhatiannya mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.Dia juga cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Dan Ishaan juga turut menunjukkan sikap seperti, sering mengelamun, tidak mudah merasa sakit, cepat menangis, suka meniru perbuatan orang lain, manja, tidak dengar bila orang memanggilnya dan sebagainya. Selepas pulang dari sekolah, dia tidak akan menukar baju dan suka mengambil makanan tanpa mencuci tangan. Bilik dia selalu berselerak dengan lukisannya. Selain daripada itu, dia suka berada dalam duninya sendiri sewaktu berada dalam kelas. Dia tidak menumpukan perhatian sewaktu guru mengajar dalam kelas dan selalu pergi ke tandas. Dia juga ponteng kelas kerana tidak membuat kerja rumah

description

disleksia

Transcript of Tare Zammen Par Essay

PISMP PEMULIHAN SEM 3

Ciri-ciri Ishaan yang mengalami disleksiaCerita "Taare Zameen Par"ini sebenarnya mengisahkan seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang mempunyai masalahdisleksia. Disleksia bukanlah sejenis penyakit, tetapi merupakan salah satu bentuk gangguan pembelajaran yang lazimnya dihadapi oleh kanak-kanak lelaki. Budak yang bernama Ishaan selalu mengalami kesulitan dalam berbagai mata pelajaran. Selain itu, Ihsan selalu gagal dalam ujian sekolahnya. Dengan kelemahan yang dimilikinya, dia menjadi anak yang selalu diejek oleh teman teman sekelasnya, bahkan juga gurunya. Antara ciri-ciri yang ditunjukkan oleh budak yang bernama Ishaan dalam filem ini adalah dia lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. Ketika membaca, dia sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. Dia juga sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'. Dalam kelas, perhatiannya mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.Dia juga cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.Dan Ishaan juga turut menunjukkan sikap seperti, sering mengelamun, tidak mudah merasa sakit, cepat menangis, suka meniru perbuatan orang lain, manja, tidak dengar bila orang memanggilnya dan sebagainya. Selepas pulang dari sekolah, dia tidak akan menukar baju dan suka mengambil makanan tanpa mencuci tangan. Bilik dia selalu berselerak dengan lukisannya. Selain daripada itu, dia suka berada dalam duninya sendiri sewaktu berada dalam kelas. Dia tidak menumpukan perhatian sewaktu guru mengajar dalam kelas dan selalu pergi ke tandas. Dia juga ponteng kelas kerana tidak membuat kerja rumah matematik yang diber oleh guru. Dia pandai menipu dan berlakon dengan guru.Ishaan juga mengalami kesulitan memahami perintah yang kompleks. Contohnya dia tidak dapat memahami arahan guru yang menyuruh buka halaman 9 paragraf 4 baris ke 5. Ishaan mempunyai kemampuan menggambar dan melukis (painting) di atas rata-rata. Goresan kuasnya sangat tegas dan perpaduan warnanya sangat unik. Dia juga memvisualisasikan apa yang dia pelajari melalui imajinasinya yang sangat kreatif. Ikan, anjing, burung, sangat disukai oleh Ishaan. Dia sayang sekali pada binatang dan memelihara ikan di akuariumnya. Dia sering memperhatikan tingkah laku binatang dan takjub akannya. Ishaan adalah seorang perenung dan pemikir. Ini dapat dilihat Ketika dia melihat gerakpolah ikan, dan melihat induk burung yang sedang memberi makan anak-anaknya semasa berada dalam kelas. Cara mengatasi masalah disleksia oleh guru Guru seni yang baru, Iaitu Ram Shankar Nikumb ini mencari tahu tentang kesulitan yang dialami oleh Ishaan dan akhirnya mengetahui bahwa Ishaan mengalami disleksia. Dari sini, Guru tersebut mencuba untuk memahami Ishaan dan masalahnya. Guru tersebut menunjukkan semua buku tulisan dan hasil kerja Ishaan kepad ibu bapanya. Guru itu juga berusaha memahamkan kedua ibu bapa Ishaan bahwa Ishaan bukan anak yang bodoh, tapi anak yang berbakat yang memang mengalami kesulitan dalam belajar yang disebut disleksia. Guru mampu melahirkan rasa percaya pada diri anak yang mengalami disleksia itu. Guru tersebut menunjuk dan menceritakan tentang gambar beberapa tokoh yang pernah mengalami disleksia kepada Ishaan. Guru mampu melihat sisi bakat Ishaan, dan memunculkan kembali bakatyang tersembunyi dalam dirinya. Guru tersebut mengamalkanModifikasi pembelajaran yang tidak hanya di dalam kelas saja, tapi diluar kelas,sehingga Ishaan mampu berimajinasi danmembuat karya sesuai keinginannya. Guru tersebut mengadakan pelajaran tambahan diluar jam pelajaran untuk meningkatkankemampuan membaca dan menulis budak disleksia tersebut. Guru menggunakan berbagai caradan media pembelajaran yangmenarik untuk mengajar membaca, menulis, dan berhitung seperti bermain clay, menulis di atas pasir, bermain lompat-lompat, dengan tape recorder dan lain lain lagi.Guru mengajar Ishaan huruf dengan bunyinya. Selain daripada itu, Guru tersebut juga menyuruh Ishaan menulis huruf di atas pasir dan juga tangan sambit menyebut huruf itu. Selain itu, Ishaan juga dilatih untuk menulis huruf dengan menggunakan warna yang berbeza. Guru melatih Ishaan untuk menulis nombor lapan dalam garisan petak. Guru tersebut juga mengajar matematik iaitu tambah dan tolak dengan melukis nombor di atas tangga. Ishaan belajar konsep tambah dan tolak dengan menurun dan menaik tangga. Teknik mengajar yang sesuai yang digunakan oleh guru tersebut dapat membantu Ishaan yang mengalami masalah disleksia untuk menjayakan dirinya. Dan akhirnya dia dapat menulis dengan huruf dengan betul dan kemas. Dia juga pandai membaca perkataan atau ayat dengan betul.