TARIKH : 26 JUN 2019 RUJUKAN : KPLB.UKK.600-11(49) · dan muntah, dipercayai akibat pencemaran...

10
TARIKH : 26 JUN 2019 RUJUKAN : KPLB.UKK.600-11(49)

Transcript of TARIKH : 26 JUN 2019 RUJUKAN : KPLB.UKK.600-11(49) · dan muntah, dipercayai akibat pencemaran...

TARIKH : 26 JUN 2019 RUJUKAN : KPLB.UKK.600-11(49)

26 JUN 2019

UTUSAN ONLINE

X

26 JUN 2019

KOSMO ONLINE

X

26 JUN 2019

KOSMO ONLINE

X

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengesahkan semua 2,600 murid dan pelajar di bawah agensi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Johor Bahru tidak terjejas berikutan insiden pencemaran udara yang berlaku di kawasan terbabit setakat ini. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya bagaimanapun mengambil langkah awal dengan menutup semua institusi pendidikannya di sekitar kawasan tersebut sejak dua hari lalu. "Sebanyak 13 kelas Taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) dan satu kelas Taman asuhan kanak-kanak (Taska) Kemas yang melibatkan 580 orang anak murid di Pasir Gudang telah diarahkan tutup. "Manakala di Tebrau, sebanyak 14 kelas Tabika dan sebuah Taska Kemas yang melibatkan 537 anak murid juga telah ditutup," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Hari Pendidik Mara 2019 di sini hari ini. Mengulas lanjut Rina memberitahu, beberapa institusi pengajian tinggi di bawah Mara iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Johor Bahru, dan Pusat Latihan Giat Mara di kawasan terjejas juga ditutup sejak dua hari lalu. "Manakala sebanyak 561 pelajar Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), Masai yang sedang menduduki peperiksaan ditempatkan sementara di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengelak mereka terdedah kepada udara tercemar tersebut. Terdahulu, pada 20 Jun lalu, seramai 14 pelajar dan dua dewasa dari Sekolah Agama Taman Mawar (SATM), manakala 13 lagi murid Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang (4), mengalami sesak nafas, loya dan muntah, dipercayai akibat pencemaran udara. Kejadian itu menyusul hanya kira-kira tiga bulan selepas kawasan sepanjang 1.5 kilometer di Sungai Kim Kim tercemar akibat pembuangan sisa toksik yang menjejaskan hampir 6,000 penduduk. "Penutupan tersebut berkuat kuasa sehingga terdapat pengumuman rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. "Murid dan pelajar yang direhatkan telah diarah untuk pulang ke rumah masing-masing dengan dibekalkan topeng muka," tambahnya. - K! ONLINE

26 JUN 2019

BH ONLINE

X

26 JUN 2019

BH ONLINE

X

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM56 juta tahun ini bagi tujuan latihan dan pembangunan kompetensi warga kerjanya termasuk pendidik, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun. “Dengan peruntukan yang ditetapkan ini, saya mahu melihat usaha ini bukan sekadar mahu meningkatkan kemahiran dan profesionalisme semata-mata tetapi juga memberi fokus dalam membentuk sahsiah, keperibadian dan jiwa pendidik dalam kalangan warga pendidik MARA,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan merasmikan sambutan Hari Pendidik MARA 2019 di sini, hari ini. Rina berkata 51 peratus atau kira-kira 10,000 orang daripada jumlah keseluruhan warga kerja MARA yang berjumlah 19,706 adalah terdiri daripada pendidik. Katanya, ketika ini lebih 400 warga pendidik MARA sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD, sarjana, ijazah dan profesional serta kursus peningkatan kompetensi di dalam dan luar negara. Rina seterusnya berkata peningkatan kompetensi dalam kalangan pendidik MARA diharap dapat melahirkan anak-anak MARA yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi bukan sahaja dari segi pelajaran tetapi juga sahsiah diri yang murni. Seramai 25 warga pendidik MARA menerima Anugerah Pendidik Mara 2019 pada majlis itu. Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA yang pernah berkhidmat selama 36 tahun sebagai guru MARA, Datuk Azmi Mohamad menerima Anugerah Tokoh Pendidikan MARA 2019. – BERNAMA

26 JUN 2019

ASTRO AWANI

26 JUN 2019

ASTRO AWANI

26 JUN 2019

13

X

26 JUN 2019

8

X