Tasawwuf Pada Abad Ketiga Dan Keempat Hijriyyah

6
Tasawwuf Pada Abad Ketiga dan Keempat Hijriyyah m/s 109-122 Nama tasawuf muncul dan tersebar pada abad ke-3 hijrah. Sebelum itu ianya dinamakan denan !"uhud#. $hli "uhud pada abad ini tidak dinamakan lai denan ahli "uhud bahkan denan elaran ahli tasawwuf. $rjun %19&'( $sal "uhud ini adalah mereka yan tekun beribadat dan tidak putus beribadat kepada $llah serta mereka ini jauh dari perhiasan dunia. )an "uhud padanya menhalan mereka dari kela"atan dunia* harta serta pankat* maka itu masin-masin sibuk berkhalwah serta beribadah kepada $llah. +ereka telah membicarakan tentan beberapa k,nsep ker,hanian yan tidak pernah diperkatakan sebelum in seperti akhlak* jiwa* tari at dan jua tinkat maqamat . )ari situ bermulalah penyusunan dan pembukuan bidan tasawwuf. amka %19 0(* ilmu tasawuf pada waktu itu telah menunjukkan isinya yan dapat dibahaikan kepada tia bahaian iaitu ilmu jiwa* ilmu akhlak dan ilmu tentan perkara yan haib %meta "ik(. ika kita lihat* pada awalnya tasawwuf b,leh dikatakan beredar dalam k,nteks tatacara dan tinkahlaku. etapi jika kita pelajari ilmu akhlak dari sei biasa* iaitu baik buruk dalam dalam pandanan diri sendiri dan masyarakat ianya tidak tepat bai ilmu tasawuf. leh itu* ilmu tasawwuf rankumannya lebih uni4ersal samada dalam hubunan denan diri sendiri* masyarakat serta hubunan denan $llah* maka sebab itulah ilmu tasawwuf 5slam dipenuhi dan dinamakan denan ilmu jiwa* akhlak serta meta "ik. 6embukuan pertama tentan tasawwuf dilakukan ,leh al-+uhasibi meninal %273 (* $l-8harra" %2'' (* akim al- irmi"i %2 ( dan al- unaid %29 (. 6ada kedua-dua abad ini tasawwuf 5slam sudah matan dan sempurna denan ciri-cirinya. 5ni termasuklah dalam peninkatan akhlak* fana: dalam hakikat yan mutlak* ma:rifat terus menerus merasa r,hani* ketenanan atau kebahaiaan* dan yan terakhir simb,lik dalam ta:bir %lihat

description

tasawwuf

Transcript of Tasawwuf Pada Abad Ketiga Dan Keempat Hijriyyah

Tasawwuf Pada Abad Ketiga dan Keempat Hijriyyahm/s 109-122Nama tasawuf muncul dan tersebar pada abad ke-3 hijrah. Sebelum itu ianya dinamakan dengan zuhud. Ahli zuhud pada abad ini tidak dinamakan lagi dengan ahli zuhud bahkan dengan gelaran ahli tasawwuf. Arjun (1967) Asal zuhud ini adalah mereka yang tekun beribadat dan tidak putus beribadat kepada Allah serta mereka ini jauh dari perhiasan dunia. Dan zuhud padanya menghalang mereka dari kelazatan dunia, harta serta pangkat, maka itu masing-masing sibuk berkhalwah serta beribadah kepada Allah. Mereka telah membicarakan tentang beberapa konsep kerohanian yang tidak pernah diperkatakan sebelum in seperti akhlak, jiwa, tariqat dan juga tingkat maqamat. Dari situ bermulalah penyusunan dan pembukuan bidang tasawwuf.Hamka (1980), ilmu tasawuf pada waktu itu telah menunjukkan isinya yang dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu ilmu jiwa, ilmu akhlak dan ilmu tentang perkara yang ghaib (metafizik). Jika kita lihat, pada awalnya tasawwuf boleh dikatakan beredar dalam konteks tatacara dan tingkahlaku. Tetapi jika kita pelajari ilmu akhlak dari segi biasa, iaitu baik buruk dalam dalam pandangan diri sendiri dan masyarakat ianya tidak tepat bagi ilmu tasawuf. Oleh itu, ilmu tasawwuf rangkumannya lebih universal samada dalam hubungan dengan diri sendiri, masyarakat serta hubungan dengan Allah, maka sebab itulah ilmu tasawwuf Islam dipenuhi dan dinamakan dengan ilmu jiwa, akhlak serta metafizik.Pembukuan pertama tentang tasawwuf dilakukan oleh al-Muhasibi meninggal (243H), Al-Kharraz (277H), Hakim al-Tirmizi (285H) dan al-Junaid (298H). Pada kedua-dua abad ini tasawwuf Islam sudah matang dan sempurna dengan ciri-cirinya. Ini termasuklah dalam peningkatan akhlak, fana dalam hakikat yang mutlak, marifat terus menerus merasa rohani, ketenangan atau kebahagiaan, dan yang terakhir simbolik dalam tabir (lihat pada m/s4-5). Abu al-Ala Afifi berkata bahawa tasawwuf abad ini telah memasuki era baru iaitu era yang membicarakan tentang mawajid kasyaf dan rasaan rohani.Perbezaan antara Tasawuf dan fiqh dari sudut ManhajIlmu-ilmu Syariah telah mendahului bidang tasawwuf dari sudut pembukuan dan penulisan. M. Zain Abdullah (1995), ibnu Khaldun dalam Muqaddimah Tarikhnya yang terkenal menyatakan tasawwuf ialah salah satu diantara ilmu-ilmu syariat yang baru tumbuh dalam agama Islam. Asal mulanya ialah daripada amal perbuatan Salafussalihin dari sahabat-sahabat Nabi dan Tabiin dan orang-orang sesudah mereka itu. Maksudnya ialah menuruti jalan kebenaran (hak) dan petunjuk Allah (hidayah). Jadi tumbuhnya ilmu Tasawwuf adalah disebabkan orang sentiasa kekal tekun mengerjakan amal ibadat, mendekatkan hati pada Allah dan berpaling dari kemegahan didunia.Ibn Khaldun membahagikan Ilmu syariah terbahagi kepada dua bahagian, yang pertama khusus bagi ulama fiqh iaitu berhubung dengan hukum ibadah dan adat muamalat dan bahagian kedua kuhusus kepada golongan ahli tasawwuf yang membicarakan tentang mujahadah, menilai diri, rasaan rohani, keadaan rohani, maqamat serta pelbagai pengertian yang berkisar dalam displin ilmu tersebut.Al-Tusi menamakan ilmu Tasawwuf dengan ilmu dirayah atau ilmu batin kerana ingin membezakan antara ilmu teori berkaitan hukum (fiqh) dan ilmu cara mencapai rasaan rohani dan suluk(tasawwuf). Oleh itu, Tasawwuf dikenali dikalangan mereka sebagai haq al-yakin, yakin inilah yang merupakan ciri istimewa ilmu mereka yang hanya boleh dicapai menerusi kasyaf rohani, penyaksian yang nyata oleh seseorang itu bila menjalani manhaj mereka.Dua Aliran Dalam Tasawwufi) Ahli Tasawwuf sederhana : mereka mengaitkan tasawwuf mereka dengan ajaran al-Quran dan Sunnah atau dengan kata lain mereka menilai tasawwuf dengan syariah.ii) Ahli Tasawwuf yang dikuasai oleh fana dan ahwal : mereka bercakap dengan bahasa yang ganjil yang dikenali dengan syatahat dan menganut fahaman ittihad, hulul, tasawwuf mereka tidak terlepas daripada sebahagian pengertian metafizik dalam bentuk yang mudah.MarifatHamka (1980), pada abad ini juga mula diperjelaskan mengenai ilmu Batin dan ilmu itu dibahagikan kepada empat kategori yang terkenal iaitu Syariat, Tarekat, Hakikat dan Marifat.1. Syariat : Undang-undang atau garis-garis yang telah ditentukan. Termasuklah didalamnya hukum halal dan haram, sunat dan makruh serta harus. Termasuk juga didalamnya berkaitan amalan seperti solat, puasa, haji serta lain-lain.2. Tarekat : Syariat yang dikerjakan itu mestilah diatas jalan yang benar sehingga tidak terpesong dan sesat dari tujuan yang sebenar. Maka disinilah mulai memasuki ilmu Batin itu tadi dan disinilah diaturkan beberapa syarat tarekat yang harus diikuti.3. Hakikat : Hakikat ialah kebenaran sejati dan mutlak. Ianya adalah hujung segala perjalanan dimana apabila tarekat itu telah dijalani dengan segenap kesungguhan akhirnya tentu bertemu dengan hakikat. Pada itu mulalah merasai kasyaf, terbuka hijab, dan sesetengahnya timbul pendirian hulul.4. Marifat : Ianya bererti hujung perjalanan dari ilmu pengetahuan. Orang yang telah arif tentang pengetahuannya terhadap syariat, dengan kesediaannya menempuh jalan(tarekat) dan mencapainya akan hakikat, jadi itulah semuanya marifat. Ianya juga kumpulan kesemua ilmu pengetahuan, perasaan, pengalaman, amal serta ibadat.Al-Naisabury (1997) Zu al-Nun al-Misri ; Beliau telah menghubungkan diantara syariat dengan marifat dengan berkata Alamat orang arif ada tiga; i) Cahaya marifatnya tidak memadam cahaya waranya. Seorang arif setiap hari bertambah khusyu kerana setiap masa dia bertambah hampir kepada Allah. ii) Dia tidak beritikad ilmu batin boleh menafikan hukum-hukum zahir. iii) Nikmat Allah yang banyak kepadanya tidak boleh merobohkan batas-batas larangan Allah.Mahmud Saedon Awang Othman (1987), Zu al-Nun juga telah menegaskan tentang hubungan antara hakikat dan marifat iaitu kesudahan dari perjalanan sufi ialah untuk sampai kepada hakikat dan kemuncak dari hakikat ini pula ialah marifat, untuk sampai kepada marifat inilah yang menjadi matlamat kehidupan golongan sufi. Orang yang sampai kepada marifat terbahagi kepada dua;1. Golongan yang kuat, iaitu golongan yang sampai kepada marifat Allah terlebih dahulu, hasil daripada marifat ini mereka mengenal kejadian-kejadian yang lain seperti mengenal alam adalah hasil dari marifat Allah.2. Golongan yang lemah, iaitu golongan yang sampai kepada marifat Allah berdasarkan pengenalan mereka kepada kejadian dan perbuatan yang menjadikannya kemudian ianya meningkat sehingga mereka sampai kepada tahap mengenal dan marifat Allah yang menjadikan kejadian dan perbuatan tadi.Zu al-Nun membahagikan marifat kepada tiga bahagian;i) Marifat Tauhid iaitu bagi semua orang awam mukmin.ii) Marifat Hujjah dan dalil, iaitu bagi ulama dan hukama.iii) Marifat sifat-sifat keesaan dan keunggulan Allah. Ini khusus bagi para wali dan hamba pilihan-Nya.Akhlak dan Tahap Perjalanan kepada AllahSaiful Nizar al-Khuri , Dengan datangnya abad ketiga Hijriyah ini, para sufi mulai menaruh perhatiannya terhadap hal-hal yang berkenaan dengan jiwa dan tingkah laku. Perkembangan faham dan akhlak sufi ditandai dengan upaya menegakkan akhlakdi tengah terjadinya keruntuhan moral yang sedang berkembang di masa itu, sehingga di tangan para sufi tasawwuf pun berkembang menjadi ilmu akhlak. Pemberian contoh dalam kehidupan sehari-hari para sufi, akhirnya dapat mendorong kemajuan perubahan pada tingkah masyarakat dari yang lebih cenderung mengejar keduniaan yang membuat masyarakat di masa itu lupa pada Allah berubah menjadi masyarakat berakhlak al-Karimah.Ahli tasawwuf di peringkat awal memasukkan ilmu jiwa dibawah akhlak dan tasawwuf atau dengan perkataan lain ilmu jiwa menurut mereka matlamatnya menuju kepada kemuncak akhlak iaitu membentuk jiwa dengan menghiaskannya dengan sifat-sifat yang mulia. Orang pertama yang memperkatakan perihal ini dengan lebih mendalam ialah al-Muhasibi, meninggal (243H). Al-Muhasibi (2002) salah satu karya ciri tasawuf yang dibawa oleh al-Muhasibi adalah menggabungkan sikap kehati-hatian agar tidak jatuh kedalam dosa atau kemaksiatan dan pelaksanaan pelbagai kewajipan agama yang bersifat ritual mahupun sosial. Al-Muhasibi berpandangan bahawa terdapat tiga golongan manusia;1. Orang yang mengetahui akhirat tetapi sangat jarang dan sedikit jumlahnya2. Orang yang bodoh memiliki ilmu tetapi mengejar kehormatan dan status sosial3. Orang yang berlagak soleh dan ahli ibadah tetapi tidak sedemikianMuhasibi melihat akal mengetahui hikmat yang terdapat dalam perintah dan tegahan, tetapi menurut beliau Akal itu mesti baik disertakan dengan akhlak. Sesungguhnya pendapat beliau dalam pelbagai pengertian tasawwuf mempunyai kesan dan pengaruh yang kuat kepada ahli sufi selepasnya dan mensyarahkan kitab-kitabnya.

RujukanMahmud Saedon Awang Othman, 1987. Tasawuf Sejarah Perkembangan dan Persoalan. Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.Hamka, 1980. Tasauf Perkembangan dan Pemurniannya. Jakarta : Yayasan Nurul Islam.Al-Naisabury, Abul Qasim al-Qusyairy, 1997. Risalatul Qusyairiyah Induk Ilmu Tasawuf. Terj: Maruf Zariqdan Ali Abdul Hamid Balthajy. Surabaya : Risalah Gusti.M. Zain Abdullah, 1995. Tasawuf dan Zikir. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa. Arjun, Muhammad al-Sadiq, 1967. Al-Tasawuf Fi Al-Islam Munabaan Wa At-Warah. Azhar : Maktabah al-Kulliyyah al-Azhariyyah.