Tatabahasa

6
Buat anak-anak didikku, selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar. Semoga anda semua menjadi insan cemerlang. Mari kita mulakan pelajaran Bahasa Malaysia dengan Kata Tugas Kata Tugas ialah golongan perkataan selain Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kata tugas ialah sejenis kata yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu. Kata tugas bertugas sebagai penyempurna atau pelengkap sesuatu ayat. Tanpa kata tugas, sesuatu ayat akan janggal dan tidak gramatis. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama. Kata tugas tidak membawa makna apa-apa jika wujud atau hadir bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.

description

Dimuat naik untuk Pendidikan Bahasa Malaysia

Transcript of Tatabahasa

Page 1: Tatabahasa

Buat anak-anak didikku, selamat kembali ke sekolah dan

selamat belajar. Semoga anda semua menjadi insan

cemerlang.

Mari kita mulakan pelajaran Bahasa Malaysia dengan Kata

Tugas

Kata Tugas ialah golongan perkataan selain Kata Nama, Kata

Kerja dan Kata Sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu

dalam binaan ayat, klausa dan frasa.

Kata tugas ialah sejenis kata yang hadir dalam ayat, klausa atau

frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu.

Kata tugas bertugas sebagai penyempurna atau pelengkap

sesuatu ayat. Tanpa kata tugas, sesuatu ayat akan janggal dan

tidak gramatis.

Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti

dalam sebarang frasa utama.

Kata tugas tidak membawa makna apa-apa jika wujud atau hadir

bersendirian tanpa golongan kata lain seperti kata nama, kata

kerja dan kata adjektif.

Sebaliknya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada

sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan,

pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas

lain.

Page 2: Tatabahasa

Kata tugas dapat dibahagikan kepada 16 jenis berdasarkan tugas

dan peranan yang dibawanya.

Antaranya: 

Kata Hubung ( dan,kecuali,serta,kerana,supaya…)

 Kata Bilangan ( satu,setengah,kedua,bertiga-tiga…)

Kata Tanya ( siapa,apa,mengapa…)

Kata Sendi Nama ( dari,daripada, pada…)

Kata Perintah ( sila,jangan,usah…)

Kata Pangkal Ayat

Kata Seru ( amboi,cis,wah…)

Kata Bantu ( telah,sudah,sedang,pernah,mahu,hendak…)

 Kata Penguat (agak , paling, sangat, amat...)  Kata Penegas (-kah,-tah,-lah,juga,pun,lagi…)  Kata Pemeri ( ialah,adalah) Kata Pembenar ( ya,benar,betul)  Kata Nafi ( bukan,tidak)  Kata Arah ( atas,hadapan,bawah,tepi,luar…) Kata Penekan ( -nya-- Memberi penegasan bagi kata yang

digandingi) Kata Pembenda ( -nya-- Menjadikan kata bukan nama

sebagai kata nama)

Page 3: Tatabahasa

A. Kata Hubung

Kata Hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan

perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan

ayat.

Kata Hubung terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

(i)    Kata Hubung Gabungan,

(ii)    Kata Hubung Pancangan,

(iii)   Kata Hubung Berpasangan.

Dalam Bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk

gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat

dibahagikan kepada dua jenis iaitu Kata Hubung Gabungan dan Kata Hubung

Pancangan.

Contoh Kata Hubung :

Contoh Contoh

dan Lau dan Ah Lim berjiran.

kerana  Aminah menangis kerana terlalu sedih.

apabila Mukanya pucat apabila dikejut oleh adiknya.

lalu       Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

hingga Abang menonton televisyen hingga larut malam.

Jika Saya akan berpayung jika hujan.

agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia

Page 4: Tatabahasa

segera. Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina sebuah

rumah yatim.

kecuali Semua murid hadir pada hari ini kecuali Kalai.

manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

sambil   Zalifah bernyanyi sambil menari. 

sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan

masih sihat.

semenjak Saya berkawan dengan Ali semenjak kecil.

sungguhpu

n

Sungguhpun orang itu cacat, tetapi orang itu

mampu berdikari.

supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya mendapat

keputusan yang cemerlang.

walaupun Walaupun letih, kerja itu dapat diselesaikannya

juga.

tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Latihan Interaktif Kata Hubung

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/latihan_3.htm

B. Kata Sendi

Kata Sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam Bahasa Melayu.

Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama dan frasa nama.

Kata tugas lain tidak membentuk frasa. Kata Sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.

Kata Sendi Nama pula mempunyai pelbagai tugas.

Page 5: Tatabahasa

Antara kata Sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu seperti berikut:di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

Sendi Nama

Tugas/contoh Contoh Ayat:

diMenunjukkan tempat Menunjukan perbuatan 

Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.

keMenunjukkan tempat atau arah tujuan (Menunjukkan waktu  

Mereka akan ke Ipoh esok.

dari

Menunjukkan tempat atu arah datangMenunjukkan waktu atau masa

Ely datang dari Kelantan

kepada

Menunjukkan sasaran/ditujukanMenunjukkan bahagian sesuatuMenunjukkan perubahan keadaan

Kita mesti hormat  kepada ibu bapa.

daripada

Menunjukkan punca Menunjukkan sumber atau asal sesuatu Menunjukkan perbandingan 

Ukiran itu diperbuat daripada perak.

pada

Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu Menunjukkan keterangan waktu 

Pey Wan tiba pada pukul lapan malam

untuk

Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan 

 Hadiah ini untukmu

bagiMenunjukkan kegunaan sesuatu 

Derma bagi mangsa banjir sedang dipungut.

demi menunjukkan tujuan Demi anaknya, dia terpaksa keluar

Page 6: Tatabahasa

menunjukkan urutanUntuk menegaskan sesuatu

bekerja di luar negara.

tentang Menunjukkan rujukan Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara.

dengan

Menunjukkan turut sertaMenunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukanMenunjukkan benda yang digunakanMenunjukkan persamaan

Dana memotong kek itu dengan pisau yang tajam.

sejak, semenjak

Menjadi penanda waktu atau masa

Milah sentiasa gembira sejak / semenjak suaminya pulang dari perantauan.

terhadapMenunjukkan rujukan yang tentu

Kita mesti taat terhadap negara kita.

olehMenunjukkan pembuat dalam ayat pasifMenunjukkan sebab

Kuih ini dibuat oleh Nadiah

akanMenunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif

Diana amat sayang akan / kepada ayahnya.

hingga, sampai

Menunjukkan had masa atau peringkat

Abu   belajar hingga / sampai  peringkat   universiti.

seperti, bagai, umpama, laksana, bak

Menunjukkan perbandingan

Suaranya merdu  seperti/ umpama /  laksana / bagai  buluh perindu.

Latihan Interaktif Kata Sendi Nama

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/skbm28.HTM