Tatabahasa

6
Thursday, July 12, 2012 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ~ Cakap ajuk dan cakap pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya. Cakap Ajuk ~ Cakap ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagimana asalnya dituturkan. ~Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan. ~Cakap ajuk dimulakan dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata. (".....") Cakap Pindah ~ Cakap pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan. ~ Terdapat perbezaan struktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat. ~ Walau bagaimanapun, maksud atau susunan perkataan adalah sama. Contoh Cakap Ajuk 1. " Datanglah ke rumah saya malam esok, Kumar," kata Amar. 2. " Cuci pakaian kamu," kata kakak kepada Aminah. 3. Cikgu Adli berkata, " Mengapa awak tidak datang semalam, Asrol?" Cakap Pindah 1. Amar mempersilakan Kumar ke rumahnya pada malam esok. 2. Kakak menyuruh Aminah mencuci pakaiannya. 3. Cikgu Adli bertanya kepada Asrol sebab dia tidak datang semalam. * Apabila cakap pindah ditukarkan daripada cakap ajuk, beberapa perkara di bawah perlu diubah. Cakap Ajuk ...... Cakap Pindah 1. aku, saya, hamba ....... ia, dia, -nya, beliau 2. beta ..... baginda 3. kita, kami ..... mereka 4. mereka ..... mereka 5. beliau ...... beliau 6. dia ..... dia 7. awak, kamu, engkau, anda ..... saya, dia, -nya 8. itu .... itu 9. ini ..... itu 10. sini .... situ, sana, tempat itu 11. sekarang .... ketika itu, masa itu 12. hari ini ... hari itu IMBUHAN PINJAMAN : Awalan tri- ~ Awalan tri- membawa maksud tiga. ~ Contoh 1. triatom ~ molekul yang terdiri daripada tiga atom 2. tribahasa ~ mempunyai tiga bahasa 3. tribrata ~ mempunyai tiga kewajipan 4. tribulan ~ tiga bulan 5. trigonometri ~ ilmu tentang sudut dan sempadan segi tiga 6. trikaki ~ penopang kamera yang berkaki tiga 7. trilogi ~ muzik atau novel yang terdiri daripada tiga bahagian 8. trimatra ~ tiga demensi 9. trio ~ kumpulan yang terdiri daripada tiga orang 10.triwangsa ~ tiga kasta 11.triwarsa ~ tiga tahun

Transcript of Tatabahasa

Page 1: Tatabahasa

Thursday, July 12, 2012

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

~ Cakap ajuk dan cakap pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.

Cakap Ajuk~ Cakap ajuk ialah percakapan yang dilaporkan semula sebagimana asalnya dituturkan.~Tidak ada sebarang pindaan yang dilakukan.~Cakap ajuk dimulakan dengan tanda pembuka kata dan diakhiri dengan tanda penutup kata. (".....")

Cakap Pindah~ Cakap pindah ialah perkataan atau percakapan yang dilaporkan semula tetapi tidak sebagaimana yang dituturkan.~ Terdapat perbezaan struktur atau susunan perkataan-perkataan dalam ayat.~ Walau bagaimanapun, maksud atau susunan perkataan adalah sama.

ContohCakap Ajuk1. " Datanglah ke rumah saya malam esok, Kumar," kata Amar.2. " Cuci pakaian kamu," kata kakak kepada Aminah.3.   Cikgu Adli berkata, " Mengapa awak tidak datang semalam, Asrol?"

Cakap Pindah1. Amar mempersilakan Kumar ke rumahnya pada malam esok.2. Kakak menyuruh Aminah mencuci pakaiannya.3. Cikgu Adli bertanya kepada Asrol sebab dia tidak datang semalam.

* Apabila cakap pindah ditukarkan daripada cakap ajuk, beberapa perkara di bawah perlu diubah.

Cakap Ajuk ...... Cakap Pindah1. aku, saya, hamba ....... ia, dia, -nya, beliau2. beta ..... baginda3. kita, kami ..... mereka4. mereka ..... mereka5. beliau ...... beliau6. dia ..... dia7. awak, kamu, engkau, anda ..... saya, dia, -nya8. itu .... itu9. ini ..... itu10. sini .... situ, sana, tempat itu11. sekarang .... ketika itu, masa itu12. hari ini ... hari itu

IMBUHAN PINJAMAN : Awalan tri-~ Awalan tri- membawa maksud tiga.~ Contoh1. triatom ~ molekul yang terdiri daripada tiga atom2. tribahasa ~ mempunyai tiga bahasa3. tribrata ~ mempunyai tiga kewajipan4. tribulan ~ tiga bulan5. trigonometri ~ ilmu tentang sudut dan sempadan segi tiga6. trikaki ~ penopang kamera yang berkaki tiga7. trilogi ~ muzik atau novel yang terdiri daripada tiga bahagian8. trimatra ~ tiga demensi9. trio ~ kumpulan yang terdiri daripada tiga orang10.triwangsa ~ tiga kasta11.triwarsa ~ tiga tahun

IMBUHAN PINJAMAN : Awalan dwi-~ Awalan dwi- membawa maksud dua.~ Contoh ;1. dwibahasa ~ dua bahasa2. dwibahasawan ~ orang yang bertutur dalam dua bahasa3. dwibulan ~ dua bulan sekali4. dwi cekung ~ cekung pada kedua-dua permukaan5. dwifungsi ~ menjalankan dua fungsi6. dwiguna ~ mempunyai dua guna7. dwihuruf ~ dua huruf yang melambangkan satu bunyi ( sy,ny,ng)8. dwimatra ~ puisi yang terdiri daripada dua kaki matra9. dwiminggu ~ dua minggu sekali10.dwimusim ~ berlaku sesuatu dalam masa dua tahun11.dwipihak ~ antara dua pihak12.dwipurwa ~ pengulangan suku kakat pertama ( kuda - kekuda)

Page 2: Tatabahasa

13.dwitunggal ~ dua tetapi seakan-akan satu14.dwiwarganegara ~ orang yang mempunyai dua kerakyatan

Kata Sendi : Kesalahan Lazim dilakukan...1.  Kata sendi hanya boleh disertai frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.Contoh :Oleh kerana tidak mendapat kebenaran lawatan, perkhemahan itu dibatalkan. (salah)Oleh sebab tidak mendapat kebenaran, perkhemahan itu dibatalkan. (betul)

2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dan frasa adjektif dan frasa kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan.Contoh :Adik saya suka aiskrim. (salah)Adik saya suka akan aiskrim. (betul)

3. Kata sendi untuk dan demi tidak boleh digunakan secara berturut-turut.Contoh :Ayah sanggup berkorban demi untuk anaknya. (salah)Ayah sanggup berkorban untuk anaknya. (betul)   

4. Kata sendi dengan tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- Contoh :Ali amat terpesona dengan keindahan alam di kawasan itu. (salah)Ali amat terpesona oleh keindahan alam di kawasan itu. (betul) 

Anda mungkin juga meminati:

Kata Penegas

IMBUHAN PINJAMAN : Awalan tri-

IMBUHAN PINJAMAN : Awalan dwi-

KATA PEMERI : 'ialah' dan 'adalah'Linkwithin

Posted by Cikgu Nik at 8:24 AM No comments: Labels: SISTEM BAHASA, Tatabahasa

Thursday, April 26, 2012

Kata Penegas

1. Kata penegas atau partikel ialah perkataan yang digunakan sebagai

penegas/pengasas dalam sesuatu pernyataan. Kata penegas atau partikel ialah perkataan

kecil yang tidak membawa makna penuh atau lengkap kecuali hanya untuk menentu-kan

makna ayat. Kata penegas terbahagi kepada dua jenis.

2. Kata penegas - yang hanya menegaskan frasa predikat (cerita). 

CONTOH BENTUK PARTIKEL Kata penegas -kah , -lah , dan -tah ditulis bercantum

pada akhir perkataan. -kah -lah -tah pun

3. Partikel -kah digunakan untuk menegas-kan sesuatu pernyataan atau memberi

penekanan kepada sesuatu ayat tanya dan ayat seruan . 

CONTOH : 1) Apa kah yang kamu bawa di dalam beg plastik itu? 

                 2) Oh, alang kah bertuahnya kamu kerana mempunyai keluarga yang

bahagia! 

4. Partikel -lah digunakan untuk menegas-kan sesuatu suruhan , permintaan , doa

atau pernyataan. 

CONTOH : 1) Pemuda itu lah yang telah menghantar saya ke hospital semalam. 

                 2) Buat lah seperti yang telah dirancang-kan jika kamu ingin berjaya. 

5. Partikel -tah digunakan untuk menegas-kan sesuatu pernyataan , keadaan

harian dan situasi tidak sabar . 

CONTOH : 1) Siapa tah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini. 

                 2) Bila tah agaknya dia akan melangsaikan hutang-hutangnya itu. 

Page 3: Tatabahasa

6. Partikel pun digunakan untuk menegas-kan atau memberi penekanan kepada

ayat penyata . 

CONTOH : 1) Guru besar pun terlibat dalam gotong-royong semalam. 

                 2) Mazlan pun menutup televisyen setelah disuruh oleh ayahnya.

Sunday, August 14, 2011

KATA SERU1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.

2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. Contoh ; Kata Seru Penggunaannya Contoh 

aduh

untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum

1. Aduh, sakitnya kakiku!

2. Aduh, besarnya rumahmu!

aduhai untuk menyatakan perasaan sedih

Aduhai, malang sungguh nasibku!

ah

untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu

1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!

2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!

amboi/wah

untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum

1. Amboi, mahal betul kereta itu!

2. Wah, berani betul budak itu!

cis/cih

untuk menyatakan perasaan marah dan benci

1. Cis, berani dia menentangku!

2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !eh

untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut

1. Eh, kamu sudah sampai!

2. Eh, tadi dia ada di sini!

hai

untuk menegur seseorang atau menarik perhatian

1. Hai, diamlah sikit!

2. Hai, sudah lama kita tidak bertemu!

Contoh lain kata seru dan ayatKata Seru maksud Contoh ayat

wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu

Wahai adik ku sayang !

amboi menunjukkan perasaan kagum

Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !

hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !

nah Nah, terimalah habuanmu !

aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !

wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !

ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !

bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !

cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !

oh terkejut hairan, gembira atau mengharap

Oh, itu rupanya rumah kamu !

Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !

eh hairan Eh, bila ia terjadi !

syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah

Syabas, awak berjaya juga akhirnya !

alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !

alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !

ha hairan Ha, budak itu yang menang !

Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !

Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

Page 4: Tatabahasa

Linkwithin

KATA ADJEKTIF~ Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang,dan sebagainya.~ Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.A) Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:

(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar; (d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; (f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal; (g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira; (h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat; (i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.

B. Pangkat-pangkat Adjektif1. Pangkat biasa~ dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.Contoh ;Kasut dia cantik.Buah manggis itu manis.

2. Pangkat perbandingan~ merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.Contoh ;Tenaganya sekuat Badang.Buah rambutan itu semanis gula.

3. Pangkat menyangat~ menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya.Contoh ;Cuaca hari ini sangat mendung.Buah jambu ini terlalu masak.

4. Pangkat penghabisan~ menerangkan adjektif paling atau penghabisan.Contoh ;Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.Anda mungkin juga meminati:

KATA PENGUAT

KATA PEMERI : 'ialah' dan 'adalah'

KATA SERU

Kata Sendi : Kesalahan Lazim dilakukan...Linkwithin

Posted by Cikgu Nik at 1:36 AM No comments: Labels: Tatabahasa

Thursday, August 4, 2011

KATA PENGUAT~ Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.~ Kata Penguat terbahagi kepada tiga jenis iaitu :KATA PENGUAT HADAPAN:- paling(P)- agak (A)- terlalu (T)KATA PENGUAT BEBAS:- sungguh (S)- amat (A)- sangat (S)KATA PENGUAT BELAKANG:- benar (B)- sekali (S)- nian (N)

PERINGATAN:1. kata penguat hadapan dan belakang tidak boleh digunakan serentak dalam satu ayat.contoh:a. terlalu baik sekali (salah)b. paling cantik sekali (salah)c. paling besar nian (salah)2. Ter + Adjektif tidak boleh ditambah Kata Penguatcontoh:

Page 5: Tatabahasa

a. terpandaib. tertinggic. terbaikd. tercantik3. Ter + amat/sangat + kata adjektifcontoh:a. teramat rajinb. tersangat rajin4. Sungguh/amat/sangat + Kata Adjektif + sekalicontoh:a. Zafran amat ramah sekali. (betul)b. Sungguh besar sekali rumah Pak Hasan. (betul)c. Athirah sangat rajin sekali mengulangkaji pelajaran. (betul)

5. Kata Penguat Bebas boleh berurutan sebelum kata adjektifContoh:

a. Suara Saloma sungguh amat merdU

09

IMBUHAN PINJAMAN : Pra-Imbuhan pinjaman ialah imbuhan yang dipinjamkan daripada bahasa lain.Contoh imbuhan pinjaman awalan adalah maha-, pra-, tata-, panca, swa-, tuna, eka-, dwi-, tri, bi-, anti-, dan pro-.

Awalan pra- membawa maksud sebelum atau syarat kepada sesuatu.Contoh ; perkataan berimbuhan awalan pra- dan maksunya ;

praakhir ~ sebelum akhirprakata ~ kata pendahuluanpramatang ~ belum cukup masak atau belum cukup tempohpramoden ~ sebelum mencapai zaman modenprasangka ~ sangkaan buruk terhadap sesuatu sebelum mengetahui hal yang sebenarprasarana ~ suruktur asas sesuatu sistem, infrastrukturprasejarah ~ sebelum sejarahprasekolah ~ tadikaprasiswazah ~ orang yang belum lulus sebagai siswazahprasyarat ~ syarat awalpratonton ~ tayangan sebelum tayangan rasmiprauniversiti ~ sebelum masuk universiti, pengajian sebelum memasuki universitiprawacana ~ mukadimah, kata pendahuluanAnda mungkin juga meminati:

KATA PENGUAT

Kata Sendi : Kesalahan Lazim dilakukan...

KATA ADJEKTIF

KATA SERULinkwithin

Posted by Cikgu Nik at 1:09 PM No comments: Labels: Tatabahasa

Sunday, July 5, 2009

KATA PEMERI : 'ialah' dan 'adalah'Kebanyakan pelajar masih keliru perbezaan antara kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'. Secara ringkasnya.....

Kata pemeri 'ialah' menerangkan persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama.Contoh :1) (a) Pemuda yang berbaju merah itu adalah anggota polis. (x)(b) Pemuda yang berbaju merah itu ialah anggota polis. (/)**ayat (a) salah kerana kata pemeri adalah tidak boleh hadir dihadapan frasa nama iaitu anggota polis.

Kata pemeri 'adalah' menerangkan huraian atau kualitatif yang hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Contoh :1) (a) Program itu diadakan ialah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan. ( x )(b) Program itu diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnyamenjaga kebersihan. ( / )** ayat (a) salah kerana kata pemeri ialah tidak boleh hadir sebelum kata sendi (untuk)

Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.Contoh :1) (a) Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai. ( x )(b) Arahan itu bukan untuk semua pegawai. ( / 

Page 6: Tatabahasa