Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat-bilik Sumber Fkj (2)

5
Rujukan : xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Tarikh : xxxxxxxxxxxxxxxx SEMUA STAF FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BIL.01 TAHUN 2014 - Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber di Fakulti Kejuruteraan 1. Tujuan Tujuan Surat Pekeliling Am ini ialah untuk memaklumkan tatacara penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber di Fakulti Kejuruteraan. Tujuan utama mewujudkan tatacara ini adalah sebagai garis panduan penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber kepada semua staf. 2. Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Yang Berkaitan (a) Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Kejuruteraan (tingkat 8); (b) Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (tingkat 7); (c) Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Awam (tingkat 8); (d) Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (tingkat 8). 3. Am Semua aspek-aspek lain adalah disebutkan dalam Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber turut terpakai kepada pengguna selain daripada staf Fakulti Kejuruteraan. 4. Tarikh Berkuatkuasa Surat Pekeliling Arahan ini perlulah dilaksanakan mulai dari tarikh Surat Pekeliling ini dikeluarkan.

description

TATACARA PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT

Transcript of Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat-bilik Sumber Fkj (2)

Page 1: Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat-bilik Sumber Fkj (2)

Rujukan : xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxTarikh : xxxxxxxxxxxxxxxx

SEMUA STAF FAKULTI KEJURUTERAANUNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SURAT PEKELILING AM BIL.01 TAHUN 2014- Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber di Fakulti Kejuruteraan

1. TujuanTujuan Surat Pekeliling Am ini ialah untuk memaklumkan tatacara penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber di Fakulti Kejuruteraan. Tujuan utama mewujudkan tatacara ini adalah sebagai garis panduan penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber kepada semua staf.

2. Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Yang Berkaitan(a) Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Kejuruteraan (tingkat 8);(b) Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (tingkat 7);(c) Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Awam (tingkat 8);(d) Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (tingkat 8).

3. AmSemua aspek-aspek lain adalah disebutkan dalam Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber turut terpakai kepada pengguna selain daripada staf Fakulti Kejuruteraan.

4. Tarikh Berkuatkuasa Surat PekelilingArahan ini perlulah dilaksanakan mulai dari tarikh Surat Pekeliling ini dikeluarkan.

MARUAH, KEWAJIPAN, INTEGRITI

()Dekan Fakulti Kejuruteraans.k. Pendaftar

Page 2: Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat-bilik Sumber Fkj (2)

TATACARA PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT/BILIK SUMBER FAKULTI KEJURUTERAAN

1. PENDAHULUAN Tujuan tatacara penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber ini dikeluarkan untuk memberikan panduan kepada Penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Fakulti Kejuruteraan.

2. SYARAT-SYARAT PENGGUNAANa) Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber boleh digunakan setiap hari Isnin-Jumaat sahaja

mulai jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dan terhad mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Sebarang tambahan atau lanjutan masa boleh dipertimbangkan dengan tertakluk kepada kekosongan dan kelulusan Dekan. Walau bagaimanapun, lanjutan tempoh penggunaan hanya dibenarkan sehingga jam 12 malam sahaja.

b) Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Fakulti Kejuruteraan tidak boleh digunakan bagi tujuan pengajaran bersama pelajar.

c) Pengguna tidak boleh menggunakan mana-mana bahagian Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber yang tidak ditempah tanpa kebenaran.

d) Pengguna hendaklah memastikan segala peralatan dan kemudahan digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku kerosakan, kemusnahan atau kehilangan terhadap peralatan akibat kecuaian pengguna, Fakulti berhak menuntut gantirugi berdasarkan kos pembaikan atau nilai gentian peralatan tersebut.

e) Pengguna tidak dibenarkan menambah atau mengurangkan sebarang peralatan teknikal sedia ada dalam Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber yang digunakan tanpa kebenaran Fakulti.

f) Fakulti tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan, kehilangan atau kerosakan harta benda milik pengguna yang diletakkan dalam Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber.

g) Fakulti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam tempoh penggunaan.

Page 3: Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat-bilik Sumber Fkj (2)

h) Pengguna adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber yang digunakan.

i) Pengguna tidak dibenarkan menampal/melekat bahan-bahan hebahan seperti poster, iklan atau gambar di mana-mana bahagian dinding atau cermin bangunan melainkan setelah mendapat kebenaran Fakulti.

j) Pengguna hendaklah mengeluarkan semua harta benda milik penyewa daripada Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Fakulti Kejuruteraan selepas tamat masa penggunaan.

k) Fakulti berhak untuk mengambil tindakan atau membatalkan tempahan jika didapati pengguna gagal mematuhi garis panduan atau melanggar peraturan yang disediakan dan tidak akan membayar.

3. ETIKA PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT/BILIK SUMBER FAKULTI KEJURUTERAAN

a) Dilarang berada dalam Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber tanpa kebenaran.

b) Sila pastikan telefon bimbit ditutup atau berada dalam mod senyap ketika mesyuarat diadakan.

c) Sila pastikan peralatan dan dokumen tidak ditinggalkan selepas perbincangan.

d) Sila pastikan papan putih bersih setelah digunakan.

e) Sila pastikan kerusi dan meja keadaan tersusun selepas digunakan.

f) Buang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan dan pastikan bilik bersih setelah digunakan.

g) Pastikan suis ditutup selepas penggunaan bilik.

Page 4: Tatacara Penggunaan Bilik Mesyuarat-bilik Sumber Fkj (2)

4. PROSES PERMOHONAN PENGGUNAAN BILIK MESYUARAT/BILIK SUMBER FAKULTI KEJURUTERAAN

a) Permohonan perlu dikemukakan tiga (3) hari sebelum penggunaan.

b) Permohonan perlu dimajukan kepada Pegawai yang telah diberi tanggungjawab menjaga tempahan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Fakulti Kejuruteraan, seperti dijadual.

Bil Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber Pegawai Bertanggungjawab

1. Bilik Mesyuarat Utama Fakulti KejuruteraanPembantu Tadbir Pejabat Am Fakulti Kejuruteraan

2. Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan MekanikalPembantu Tadbir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

3. Bilik Sumber Jabatan Kejuruteraan AwamPembantu Tadbir Jabatan Kejuruteraan Awam

4. Bilik Sumber Jabatan Elektrik dan ElektronikPembantu Tadbir Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

5. PENUTUP

Dengan adanya tatacara penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber dapat memberi panduan penggunaan dan penggunaan Bilik Mesyuarat/Bilik Sumber dapat dimaksimakan mengikut peraturan sedia ada.