Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

10
TATACARA PENYELESAIAN MASALAH (KITARAN PDCA) Ramlan Bin Kamrin Sektor Jaminan Kualiti

Transcript of Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

Page 1: Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

TATACARA PENYELESAIAN

MASALAH (KITARAN PDCA)

Ramlan Bin KamrinSektor Jaminan Kualiti

Page 2: Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

KITARAN PDCA

- Mengenalpasti Masalah- Memilih Masalah (tema projek)- Definisikan Masalah- Menganalisis Masalah- Cadangan Penyelesaian

- Perlaksanaan Cadangan (percubaan)

- Mengukur Kejayaan

- Pemerhatian- Standardisasi- Tindakan Susulan

Page 3: Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

1. PLAN (Rancang) Mengenalpasti Masalah

1.Dengan mengunakan teknik percambahan fikiran, senaraikan masalah yang dihadapi sebanyak mungkin.

2.Dengan mengunakan teknik “Force Ranking”, senaraipendekkan masalah kepada beberapa masalah penting.

Memilih Masalah (Tema Projek)1.Dengan mengunakan teknik matrik, pilih satu

masalah.2.Dalam pemilihan masalah, faktor-faktor berikut

mesti diambilkira seperti kemampuan kumpulan, atas kepentingan jabatan atau syarikat, kos yang terlibat dan tempoh masa penyelesaian.

Page 4: Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

1. PLAN (Rancang)

Mendefinisikan Masalah1.Fahami latarbelakang dan kedudukan masalah

dengan mengumpul data-data awalan.2.Dengan menggunakan teknik 5W + 1H, buat

tafsiran terhadap masalah yang dihadapi.3.Kaji kesan dan akibat daripada masalah itu.4.Tetapkan sasaran atau matlamat kumpulan.5.Dengan menggunakan Carta Perbatuan,

rancangan aktiviti dan rancangan tindakan penyelesaian.

Page 5: Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

1. PLAN (Rancangan)

Menganalisis Masalah1.Dengan menggunakan Analisis Sebab Akibat,

cari punca-punca yang boleh menimbulkan masalah sebanyak mungkin. Cari punca-punca masalah yang paling mungkin (the most probable causes)

2.Setelah mendapat punca-punca masalah yang paling mungkin, buat verifikasi. Kumpulkan data-data kekerapan. Kira data kekerapan terkumpul dan peratus terkumpul.

3.Dengan menggunakan Gambarajah Pareto, beri perhatian kepada punca-punca utama yang penting (Vital few, useful many)

Page 6: Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

1. PLAN (Rancangan)

Cadangan Penyelesaian1.Cara yang paling berkesan untuk menyelesaikan

satu-satu masalah ialah dengan menghapuskan punca-punca utama yang menyebabkan masalah.

2.Dengan menggunakan teknik percambahan fikiran, senaraikan cadangan-cadangan penyelesaian.

3.Cari cadangan penyelesaian yang paling mungkin. Nyatakan orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dan bila akan dilaksanakan.

4.Hantar cadangan kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan.

Page 7: Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

2. DO (Laksana)

Perlaksanaan Cadangan (Percubaan)1.Setelah mendapat kelulusan dan

peruntukan, laksanakan cadangan seperti yang dirancang.

2.Latih mereka yang terlibat tentang kaedah-kaedah baru.

3.Minta bantuan daripada pihak lain (jika perlu) sekiranya penghadapi masalah.

Page 8: Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

3. CHECK (Periksa)

Mengukur Kejayaan1.Kumpul data-data untuk menilai

keberkesanan perlaksanaan cadangan penyelesaian.

2.Dengan menggunakan alat-alat QC, ukur kejayaan dengan membandingkan kedudukan masalah sebelum dan selepas perlaksanaan cadangan penyelesaian.

3.Kejayaan juga dapat diukur melalui penjimatan kos.

Page 9: Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

4. ACTION (Tindakan)

Standardisasi dan Tindakan Susulan1.Buat pemerhatian untuk memastikan

masalah tidak berulang.2.Hantar cadangan kepada pihak

pengurusan supaya kaedah lama dipinda dan diterima pakai kepada semua mesin atau jabatan.

3.Standardisasi kaedah baru kepada lain-lain mesin, jabatan dan cawangan-cawangan.

4.Ambil tindakan susulan bagi memastikan kaedah baru dilaksanakan dengan berkesan dan memberi hasil yang memuaskan.

Page 10: Tatacara Penyelesaian Masalah – Kitaran PDCA

SEKIAN TERIMA KASIH