Tatasusila Mendokong Keharmonian Dan Memangkin Pembangunan
Transcript of Tatasusila Mendokong Keharmonian Dan Memangkin Pembangunan
1
TATASUSILA MENDOKONG KEHARMONIAN DAN MEMANGKIN PEMBANGUNAN
1.1 Pengenalan
Tatasusila adalah adat sopan santun dan budi pekerti yang baik1 dan merupakan salah
satu daripada aspek kehidupan terpenting yang menjadi penunjuk kepada �level�
ketamadunan sesuatu bangsa. Dalam memperkenalkan adat sopan dan budi pekerti
ini, setiap bangsa memiliki cara tersendiri yang mampu mengangkat martabat mereka
sebagai bangsa yang dipandang mulia dan dihormati. Hal ini termasuklah bangsa
Melayu Brunei yang melihat adat sopan santun dan berbudi pekerti mulia itu sebagai
suatu keperluan untuk dimiliki, sebagai teman di dalam pergaulan. Tatasusila
sudahpun diamalkan sejak dahulu lagi dan telah menjadikan masyarakat Melayu
Brunei sebagai bangsa yang saling hormat menghormati, �awar-mengawari� dan
�galat mengalati� di dalam apa juga perilaku2 terutama dalam sesuatu majlis,
khususnya majlis beradat istiadat yang menuntut semua orang yang berada di
dalamnya menunjukkan sifat penuh hormat terhadap adat yang disulami dengan sopan
santun.3 Adanya tatasusila telah mewujudkan keharmonian yang menjamin
kemakmuran seluruh rakyat dan sekali gus mencerminkan kedaulatan raja.
1 Lihat Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka., Kementerian Pendidikan Malaysia., Kuala Lumpur., 1996., hlm. 1384. 2 Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri., �Identiti dan Kebudayaan Brunei: Satu Penganalisaan�., Intisari Kebudayaan Brunei., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1988., hlm. 14. 3 Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohammad Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim., �Adat Istiadat Brunei�., Intisari Kebudayaan Brunei., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1988., hlm. 29.
2
Tatasusila itu dapat diperhatikan menerusi tiga (3) lingkungan iaitu Tatasusila
Bernegara, Tatasusila Bermasyarakat dan Tatasusila Berkeluarga.
1.2 Tatasusila dalam Bernegara
Bernegara bagi bangsa Melayu Brunei tidak diistilahkan sebagai hidup dalam sebuah
negara yang dipimpin oleh ketua negara yang kekuasaannya ditentukan oleh orang
ramai. Brunei adalah sebuah negara yang dipimpin oleh raja yang diakui dan
dihormati. Rakyat telah dengan rela berharap dan bernaung di bawah pimpinan dan
pemerintahan Sultan dan keturunan baginda.4 Bukti bagi kesungguhan terhadap
kesediaan rakyat bernaung di bawah pimpinan raja itu ada termaktub di dalam
perlembagaan negeri Brunei 1959 yang menyatakan bahawa Sultan akan hanya secara
terus menerus digantikan oleh pewaris-pewaris baginda.5 Beraja adalah sistem tradisi
kerajaan Melayu yang sudah lama wujud dan diterima oleh rakyat Brunei dengan
kerelaan hati dan sekaligus menjadi faktor yang dapat menjamin kehidupan yang
mereka nikmati sekarang.6
Setiap negara di dunia ini adalah berusaha untuk mendapatkan ketenteraman
dan kemajuan bagi menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup seluruh
rakyatnya. Hal ini boleh dicapai melalui hubungan yang baik di antara pemimpin dan
4 Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama (Dr.) Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin., Melayu Islam Beraja.- Suatu Pendekatan., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1988., hlm. 3. 5 Lihat �Sultan dan Ganti-gantinya� dalam bahagian II (Pemashhoran Mengangkat Raja dan Melantek Pemangku Raja, 1959). 6 Prof. Madya Dr. Haji Hashim Bin Haji Abd. Hamid., Islam Di Brunei Darussalam � Satu Analisis Sosio-Budaya., Jabatan Kesusasteraan Melayu., Universiti Brunei Darussalam., 2003., hlm. 39.
3
orang yang dipimpin. Namun, sesuatu hubungan yang baik hanya terjalin melalui
aturan interaksi yang sama-sama disenangi dan disukai oleh masyarakat yang
melingkunginya. Aturan interaksi itu semestinyalah yang kemas dan sempurna yang
menjadikannya dikenali sebagai satu tatasusila. Bagi masyarakat bangsa Melayu
Brunei, kehidupan bertatasusila adalah satu landasan terpenting yang bukan sahaja
bertujuan bagi mewujudkan hubungan baik di antara pemimpin dan yang dipimpin
tetapi juga untuk menanamkan perasaan patuh kepada undang-undang negara dan
hormat kepada golongan yang menjadi pemimpin. Dengan demikian perkara-perkara
utama menjadi perhatian di dalam kehidupan bernegara itu adalah; pertama,
Mematuhi Undang-Undang dan kedua, Menghormati Pemimpin.
1.2.1 Mematuhi Undang-undang
Undang-undang adalah aturan yang telah dimaktubkan dengan persetujuan dan
pengesahan pemimpin sesebuah Negara. Kewujudan undang-undang bagi sesebuah
negara adalah untuk menjamin hal setiap individu yang berada di dalam negara
berkenaan. Oleh itu antara ciri yang boleh menjadikan seseorang itu mempunyai
tatasusila adalah melalui kesediaannya mematuhi sebarang peraturan yang telah
dijadikan undang-undang. Sebelum berlakunya campur tangan British di dalam
pentadbiran pada tahun 1906, Brunei adalah ditadbir secara pemerintahan tradisi di
mana undang-undang dan peraturannya antara lain adalah bersendikan kepada
�kanun� dan �syarak�.7 Menurut adat, pemerintahan negara ini adalah terdiri daripada
7 Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama (Dr.) Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin., Melayu Islam Beraja � Suatu Pendekatan., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1998., hlm. 235.
4
empat bahagian iaitu; Kanun, Syara, Resam dan Adat Istiadat.8 Sungguhpun sistem
pemerintahan yang bersendikan �kanun�, �syarak�, �resam� dan �Adat Istiadat� seakan
diketepikan, namun setelah negara ini mengambil-alih semula tanggungjawabnya
sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka penuh dan berdaulat,
kerajaan telah mengorak langkah untuk kembali kepada �jati diri� orang-orang
Brunei, berpandu kepada hukum kanun dan syarak sebagaimana sebelum datangnya
pengaruh barat tersebut.9 Di antara undang-undang yang dimaksudkan adalah:
pertama, mematuhi perintah raja; kedua, menghormati raja dan keluarganya; ketiga,
dilarang menderhaka kepada raja; keempat, menghormati kedudukan seseorang;
kelima, adil memutuskan hukuman; keenam, dilarang menumpahkan darah, dan
ketujuh, menghormati budaya dan adat istiadat.
Mematuhi Perintah Raja
Mematuhi perintah raja ertinya melaksanakan setiap permintaan atau arahan yang
dititahkan oleh Sultan demi kepentingan yang berkaitan dengan negara.
Memandangkan raja itu adalah seorang ketua negara yang dihormati oleh sekalian
rakyat, mengabaikan perintah raja itu bererti tidak menghormati kehendak negara.
Oleh itu mematuhi perintah raja itu adalah salah satu daripada undang-undang dan
peraturan yang menjadi tatasusila di dalam kehidupan bernegara.
8 Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohammad Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim., �Adat Istiadat Brunei�., Intisari Kebudayaan Brunei., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1988., hlm. 24. 9 Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama (Dr.) Ustaz Haji Md. Zain bin Haji Serudin, Op. cit.
5
Menghormati Raja dan Keluarganya
Hormat ertinya tidak melakukan tindakan yang menjatuhkan kedudukan atau harga
diri seseorang. Dalam hubungan dengan raja dan keluarga baginda pengertian hormat
itu juga bermaksud sedia merendah diri apabila melaksanakan interaksi laku atau tutur
dengan mereka. Dari kedua pengertian tersebut, raja dan keluarga baginda perlu
diberikan layanan dan perhatian dengan penuh ketertiban dan kesopanan. Sebaliknya
pula bagi masyarakat Melayu Brunei, memberikan penghormatan itu adalah menjadi
suatu undang-undang dan peraturan sebagai tatasusila di dalam kehidupan bernegara.
Menghormati Budaya dan Adat Istiadat
Ertinya tidak melakukan perbuatan yang bertentangan dengan budaya dan adat
istiadat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Brunei. Menghormati Budaya dan
Adat Istiadat adalah juga sebahagian daripada peraturan dan undang-undang sebagai
suatu tatasusila di dalam bernegara. Dalam karya sastera Melayu Brunei perihal
menghormati budaya dan adat istiadat ini ada digambarkan di dalam novel Pahlawan
Pengiran Sakam.
Dalam novel tersebut digambarkan bagaimana watak suami isteri iaitu
Awangku Aminuddin dan Dayangku Banunsura akhirnya menyerahkan diri mereka
untuk dihukum atas kesalahan tidak menghormati budaya dan adat istiadat yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu Brunei. Awangku Aminuddin mengaku telah
melakukan kesalahan kerana melarikan bakal isteri orang manakala Dayangku
Banunsura pula mengaku melakukan kesalahan kerana menentang kehendak ayahnya
6
Pengiran Ratna untuk menjodohkannya dengan Awangku Rendah iaitu anak Pengiran
Lela. Gambarannya adalah seperti berikut:
�Kami berdua telah mengaku melakukan kesalahan. Jika kiranya kesalahan kami itu dianggap mencemarkan, maka kami bersedia untuk dihukum,� tekan Awangku Aminuddin� . �, �Jangan tanya kenapa kami berdua sanggup melakukannya. Ini soal jiwa. Kasih sayang. Kasih sayang tidak dapat dipaksa-paksa. Ya kami bersedia untuk menerima hukuman jika kesalahan yang kami lakukan masih jadi beban fikiran.� Kemudian Dayangku Sura tunduk, tidak berani memandang Pengiran Sakam.10
Menghormati Kedudukan Seseorang
Kedudukan ertinya darjat atau pangkat yang menjadikan seseorang itu dihormati.
Dalam konteks negara ini, orang yang dihormati itu juga disebut sebagai orang yang
boleh dituakan. Menghormati kedudukan itu adalah merupakan satu peraturan dan
undang-undang sebagai tatasusila di dalam kehidupan bernegara. Penilaian dalam
menentukan kedudukan seseorang itu adalah dipandang dari sudut-sudut tertentu. Ada
orang dihormati kerana latar belakang keturunannya. Ada yang dihormati kerana
ketinggian ilmunya dan ada pula yang dihormati kerana peranan yang dimainkannya
dalam masyarakat.
10 Ibid., hlm. 276-277.
7
1.2.2 Menghormati Pemimpin
Menghormati pemimpin bermaksud setiap rakyat menjunjung titah dan mengikut
aturan adat yang telah berjalan sejak dahulu, mematuhi undang-undang tradisi yang
terlaksana melalui ketatasusilaan di dalam bernegara yang dimiliki oleh masyarakat
bangsa Melayu Brunei serta rakyat taat setia dan tidak menderhaka kepada Sultan.
Menghormati pemimpin di kalangan bangsa Melayu Brunei wujud kerana adanya
tatasusila yang menyedari bahawa orang-orang yang dilantik selaku ketua atau
pemimpin itu adalah mereka yang dipilih oleh Sultan bagi memegang amanah untuk
melaksanakan urusan dan pentadbiran negara. Ini bererti keengganan memberi hormat
kepada mereka yang disebutkan samalah juga dengan keengganan menghormati raja.
Justeru itu menghormati pemimpin adalah salah satu daripada tradisi dan adat yang
terus dipertahankan.
Bangsa Melayu Brunei adalah sebahagian daripada orang-orang Melayu yang
menyedari tentang kepentingan mempertahankan tradisi atau adat kerana melalui
tradisi atau adat itu dapat melambangkan identiti masyarakat dan budaya Melayu,
sebagai pengekalan yang dapat diwarisi generasi kemudian.11 Bagaimana
terlaksananya tatasusila menghormati pemimpin dapat dilihat melalui adab hormat
dengan pembesar Negara.
11 Wan Abdul Kadir Yusoff., �Tradisi Budaya Melayu Menghadapi Proses Kemodenan�., Kebudayaan Melayu di Ambang Baru: Satu Himpunan Makalah., Jabatan Persuratan Melayu., Universiti Kebangsaan Malaysia., 1995., hlm. 8.
8
1.2.2.1 Adab Hormat dengan Pembesar Negara
Dalam konteks negara ini, Pembesar Negara itu terbahagi kepada dua (2) bahagian
yang disebut sebagai: pertama Pembesar Diraja yang terdiri daripada: orang-orang
yang dikurniai gelaran menjadi: (1) Wazir, (2) Cheteria, (3) Pehin-Pehin Manteri, dan
(4) Manteri-Manteri hulubalang dan Pedalaman dan kedua Pembesar Kerajaan iaitu
mereka yang terdiri daripada: (1) Menteri-Menteri Kabinet, (2) Duta-Duta,
(3)Setiausaha-Setiausaha Tetap, (4) Ketua-Ketua Jabatan, dan (5) Pegawai-Pegawai
Kanan Kerajaan.
Dahulunya urusan mentadbir negara adalah dijalankan oleh orang-orang yang
dikurniai gelaran selaku pembesar negara yang dikepalai oleh Sultan. Pembesar
tersebut mentadbir negara dengan berdasarkan kepada pentadbiran secara tradisi.
Pembesar Kerajaan wujud setelah tanggungjawab mentadbir negara diambil-alih oleh
kumpulan pegawai dan kakitangan yang dikepalai oleh British Resident iaitu setelah
adanya campurtangan British di dalam pentabiran pada tahun 1906. Dari tarikh
tersebut pembesar negara yang terdiri daripada orang-orang yang dikurnai gelaran
tidak lagi terlibat secara langung di dalam pentadbiran dan mereka ini kemudian
dikenali sebagai Pembesar Diraja. Sejak itu mereka hanya banyak terlibat di dalam
hal ehwal yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat.
Dengan termaktubnya perlembagaan negeri Brunei pada tahun 1959
kehadiran British di negara ini adalah diterima sebagai penasihat sahaja kerana hal
ehwal pentadbiran negara telah dikepalai oleh anak tempatan yang dipanggil Menteri
Besar. British Resident telah ditiadakan dan digantikan dengan Pesuruhjaya Tinggi
9
British di Brunei.12 Begitulah seterusnya apabila negara ini mengambil-alih semula
tanggungjawab sepenuhnya tugas-tugas pentadbiran negara sebagai sebuah negara
yang merdeka lagi berdaulat pada tahun 1984. Negara ini tetap ditadbir oleh Pembesar
Kerajaan yang kebanyakan mereka adalah juga menjadi Pembesar Diraja. Hal ini
boleh dilihat dalam keseluruhan Menteri Kabinet yang dilantik pada masa ini iaitu
terdiri daripada orang-orang yang bergelar. Selaku pembesar negara, pembesar
kerajaan dan pembesar diraja adalah mendapat penghormatan daripada orang ramai.
Penghormatan tersebut adalah kerana mereka dipandang sebagai mata dan telinga dan
sekali gus menjadi pembantu Sultan di dalam melaksanakan pentadbiran negara.
Tatasusila dengan Pembesar Diraja
Beradab sopan dan berpekerti mulia terhadap orang yang digelar oleh Sultan, juga
dikenali sebagai pembesar diraja sudah menjadi budaya yang dipatuhi. Bagi
masyarakat Melayu Brunei, menggugat kedudukan orang-orang yang dikurniai
gelaran samalah juga seperti mencabar titah Sultan. Bagaimanapun sebarang buruk
laku yang dilakukan oleh orang-orang bergelar adalah menjadi tanggungjawab semua
orang bergelar untuk menyembahkannya kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan baginda adalah berkuasa untuk
melucutkan sebarang gelaran jika perlu.
Bagaimana tatasusila ketika berinteraksi dengan pembesar diraja adalah
tertakluk kepada kumpulan Pembesar Diraja yang dimaksudkan. Bagi pembesar diraja
12 B.A. Hussainmiya., The Brunei Constitution Of 1959: An Inside History., Brunei Press Sdn Bhd., Bandar Seri Begawan., 2000., hlm. 55.
10
keturunan raja adalah berbeza caranya dengan orang-orang bergelar daripada
kalangan orang kebanyakan. Contohnya dalam novel Pahlawan Pengiran Sakam
diperlihatkan bagaimana watak Awang Muluk tetap menggunakan Tuan Peramba
(ganti diri orang kedua �bahasa dalam�) untuk merujukkan Pengiran Sakam.
Sementara dalam menjaga perilaku sebelum memulakan percakapan Awang Muluk
juga terlebih dahulu meminta keizinan dengan menggunakan perkataan-perkataan
Jika tidak menjadi kemurkaan dan munkan ampun13.
�Jika tidak menjadi kemurkaan14 tuan peramba��15 kata Awang Muluk sambil menundukkan kepala tanda hormat, dan menyambung, �antara tuan peramba dan peramba16 ini sudah lama bergaul, sudah lama berkawan malah penghuni kampung pun sudah cukup mengenali persahabatan kita berdua ini tetapi�� �Tetapi apa Liau Muluk�hah�ya kita sudah lama bersahabat. Macam adik-beradik pula tetapi anehnya Liau Muluk masih juga menggunakan panggilan tuan peramba kepada saya padahal sudah saya nasihatkan pada Liau Muluk supaya memanggil saya dengan nama saya saja.�17
Sementara itu bagaimana tatasusila dalam berinteraksi secara pergerakan juga
terdapat gambarannya di dalam novel yang sama. Hal ini juga dapat dilihat melalui
watak Awang Muluk yang menundukkan kepala apabila berdatang sembah18 kepada
Pengiran Sakam. Hal ini adalah satu simbol kesediaan untuk menerima apa juga
perintah mengenai sembah yang diajukan itu. Sikap bertatasusila masyarakat Melayu
Brunei yang dilakukan kepada pembesar-pembesar diraja sebenarnya tidaklah hanya
13 Bererti dipohonkan kemaafan. 14 Bererti jika tidak menjadi kemarahan. 15 Bererti Tuan atau awak atau saudara. 16 Bererti Saya. 17 Ibid., hlm. 4. 18 Istilah yang digunakan untuk menyatakan perilaku orang kebanyakan apabila menyampaikan sesuatu kepada keluarga diraja termasuk pembesar diraja dari kalangan kerabat diraja.
11
disebabkan oleh kerana peranan mereka kepada negara, tetapi yang penting adalah
juga sebagai menghargai keistimewaan yang dikurniakan oleh Sultan kepada mereka.
Tatasusila dengan Pembesar Kerajaan
Di samping pembesar diraja tatasusila juga diambil perhatian apabila berhadapan
dengan golongan masyarakat yang dikenali sebagai pembesar kerajaan. Pembesar
kerajaan adalah mereka yang berperanan secara langsung dalam pentadbiran negara.
Atas sumbangan dan peranan mereka di dalam mentadbir negara, masyarakat Melayu
Brunei sentiasa memberikan kerjasama dan penghormatan kepada mereka. Hal ini
tidak terkecuali dalam apa jua arahan dan perintah kerajaan yang mereka sampaikan.
Sebagaimana juga peranan pembesar diraja yang menjadi mata dan telinga kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, para pembesar kerajaan adalah juga mereka
yang telah diperkenankan oleh Sultan untuk menduduki sesuatu jawatan bagi
melaksanakan tugas dan peranan yang telah ditetapkan. Hal ini bererti keingkaran
untuk mengikuti sesuatu perintah yang telah dipertanggungjawabkan tidak ada
bezanya dengan menentang titah perintah Sultan.
1.3 Tatasusila Bermasyarakat
Tatasusila bermasyarakat ertinya tatacara melaksanakan adab sopan santun dan
berbudi perkerti di kalangan masyarakat Melayu Brunei. Pada keseluruhannya
Masyarakat Melayu Brunei itu dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan
pertama kerabat diraja serta keturunan diraja atau lebih dikenali sebagai Pengiran-
Pengiran, dan kedua orang kebanyakan yang terdiri daripada Awang-Awang dan
12
Orang Biasa. Adanya tatasusila dalam bermasyarakat ini adalah kerana: pertama,
kukuhnya budaya masyarakat Melayu Brunei yang sering memberikan perhatian
kepada sifat-sifat Mulia; kedua, menjaga adap pergaulan di kalangan keluarga dan
kerabat diraja; ketiga, menjaga adap pergaulan di kalangan orang kebanyakan;
keempat, menjaga adat pergaulan di dalam majlis; dan kelima, menjaga adap semasa
dalam suasana kedukaan.
1.3.1 Sifat Mulia
Sifat mulia adalah segala ciri kebaikan apabila dimiliki menyebabkan seseorang
mendapat pujian dan sanjungan daripada orang lain dan oleh yang demikian ianya
adalah di antara ciri utama yang menjadikan seseorang dipanggil sebagai orang yang
bertatasusila. Di antara sifat-sifat yang dipandang mulia dalam masyarakat Melayu
Brunei itu adalah seperti: (1) Berbudi Bahasa (2) Menghormat Hak Orang Lain (3)
Peramah (4) Tolong Menolong (5) Menegakkan Kebenaran (6) Tidak Pendendam (7)
Tidak Bangga Diri dan (8) Mengenang Jasa dan Mendengar Nasihat .
Berbudi Bahasa
Berbudi bahasa bermaksud orang yang tahu menghargai dan menhormati orang lain,
pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan, pandai melayan tetamu dan tahu
menggunakan tutur kata. Orang yang berbudi bahasa sering dipuji dan disanjung
tinggi dalam masyarakat. Hal ini adalah antara nilai-nilai tradisi yang dimiliki oleh
bangsa Melayu Brunei yang pada umumnya diwarisi oleh seluruh bangsa Melayu
seperti kata Ismail Hamid;
13
Dalam masyarakat Melayu nilai berbudi dan berbahasa dianggap suatu nilai yang disanjung tinggi. Sifat berbudi dan berbahasa dianggap ukuran ketinggian peribadi. Berbudi dan berbahasa adalah sifat yang dimiliki oleh seseorang yang pandai mengguna tutur katanya dengan sempurna dan melayan tetamu dengan baik.19
Wujudnya tatasusila seumpama itu dalam masyarakat menjadikan orang-orang
Melayu Brunei hidup dalam keadaan penuh kemesraan, menjaga perasaan sesama
sendiri dan yang paling utama mempamerkan kehidupan yang saling bersefahman dan
bersatu padu. Dengan berbudi bahasa mereka sekali gus memiliki adab dalam
pergaulan dan ini menjadikan mereka yakin untuk berhadapan serta berinteraksi
dengan semua peringkat masyarakat, sama ada keluarga dan kerabat diraja ataupun
orang-orang kebanyakan.
Menghormati Hak Orang Lain
Menghormati hak orang erti tidak mengambil, tidak mengganggu atau tidak
mencabuli sesuatu yang dipunyai oleh orang lain. Menghormati hak orang lain ini
adalah sifat mulia yang sangat dipuji kerana dengan wujud sifat seumpama itu dalam
diri setiap individu masyarakat Melayu Brunei, tidak ada orang yang merasakan diri
mereka terancam atau diganggu. Hal ini bukan sahaja mendatangkan kebaikan
kepada setiap diri ahli masyarakat tetapi juga menjadi satu jaminan kepada wujudnya
ketentaraman dan keamanan yang dinikmati setiap penduduk di negara ini.
19 Ismail Hamid., Masyarakat dan Budaya Melayu., Dewan Bahasa dan Pustaka., Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur., Cetakan Kedua 1991., hlm., 79.
14
Peramah
Peramah adalah sifat seseorang yang cepat mesra dan senang berbual dengan siapa
sahaja. Orang yang memiliki sifat peramah akan mudah bergaul dan berkenalan
walaupun dengan orang yang baru ditemui. Hal ini menjadikan dia mudah dikenali
dan disukai oleh banyak orang. Dengan demikian persahabatan akan sentiasa terjalin
dan ini tidak kurang memberikan sumbangan kepada keadaan hidup yang
bersafahaman dan bersatu padu. Peramah adalah antara sifat mulia yang merupakan
tatasusila dalam kehidupan masyarakat Melayu Brunei.
Tolong Menolong
Tolong menolong adalah berkerjasama untuk menyelasaikan atau meringankan
sesuatu perkerjaan yang dilakukan oleh orang lain. Tolong menolong adalah juga sifat
mulia yang dipandang penting dalam kehidupan bertatasusila masyarakat Melayu
Brunei. Tolong menolong ini tidak hanya dilakukan dalam bentuk benda dan wang
ringgit tetapi yang paling utama adalah dalam bentuk tenaga dan buah fikiran. Bagi
yang ditolong mereka sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas bantuan yang
dihulurkan. Adanya tanda penghargaan daripada mereka yang memerlukan bantuan
dan sumbangan tenaga tidak kurang telah menjadikan masyarakat Melayu Brunei satu
masyarakat yang sering berlumba-lumba dalam menyumbangkan pertolongan sesama
mereka.
15
Menegakkan Kebenaran
Kebenaran adalah sesuatu yang ditegakkan tanpa tolak ansur. Hal ini adalah amalan
dan pendirian yang sentiasa menjadi pegangan masyarakat Melayu Brunei, kerana
ianya bukan sahaja sebagai sebahagian daripada budaya tetapi juga menjadi tuntutan
dalam ajaran ugama. Di dalam Syair Perlembagaan Negeri Brunei, digambarkan
kepentingan kebenaran seperti yang terkandung dalam nasihat Muda Omar �Ali
Saifuddien terhadap putera-puteranya supaya sentiasa memperjuangkan kebenaran
dengan apa cara sekalipun. Katanya kebenaran itu mesti dipertahankan sebagaimana
mempertahankan hak kita sendiri daripada diambil atau dirampas oleh orang lain
sepertimana katanya:
Anakanda pakulun ratna tempawan Jangan sekali berhati sawan Jalan yang salah mesti dilawan Hendaknya jangan mahu ditawan Jangan hendaknya mengaku tewas Kebenaran kita mesti diawas Di jalan benar kita berkeras Umpama benda jangan dilimpas20 Tidak Pendendam Sungguhpun masyarakat Melayu Brunei itu tidak mudah menyerah dalam
menegakkan sesuatu kebenaran tetapi jika berlaku perselisihan yang berpunca
20 Muda Omar �Ali Saifuddien., Syair Perlembagaan Negeri Brunei., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., hlm., 19-20.
16
daripada kejahatan seseorang, pihak yang berada dalam kebenaran mudah sahaja
memberi maaf dan tidak menyimpan dendam kepada orang yang pernah melakukan
kejahatan. Hal ini adalah juga merupakan sifat mulia yang menjadi sebahagian
daripada tatasusila masyarakat Melayu Brunei. Dalam novel Darah Kedayan
tatasusila tersebut digambarkan melalui watak Lamit apabila kekasihnya diambil oleh
Bahak. Sungguhpun Bahak pernah menyakiti Lamit tetapi Lamit tidak menyimpan
dendam kepada Bahak malah merasa simpati terhadap Bahak yang akhirnya hidup
melarat.
Tidak Bangga Diri
Selain daripada tidak pendendam, tidak sombong dan tidak bangga diri juga
merupakan sifat mulia yang dimiliki oleh kebanyakan bangsa Melayu Brunei.
Dengan memiliki sifat tidak sombong dan tidak bangga diri ini mereka tidak bercakap
meninggikan diri dan tidak menonjolkan kelebihan yang ada pada diri mereka. Dalam
karya sastera Melayu Brunei misalnya sifat tidak sombong dan tidak bangga diri ini
ada tergambar dalam Syair Perlembagaan Negeri Brunei.
Dalam syair tersebut penulisnya Muda Omar �Ali Saifuddien menjelaskan
bagaimana sifat sombong itu bukan hanya perlu disisihkan oleh masyarakat Melayu
Brunei kebanyakan tetapi juga oleh golongan diraja. Muda Omar �Ali Saifuddien
mengingatkan anakanda-anakanda baginda agar jangan bersifat sombong kerana
menurutnya dengan tidak bersifat sombong hubungan yang mesra dan bersefahaman
di antara sesama masyarakat akan sentiasa terjalin dan berkekalan seperti gambaran
berikut:-
17
Hati kiranya pengampun penyayang Hasad dengki tiada mengimbang Tiada sombong berhati tenang Teguhlah muhibah tiada melayang21
Mengenang Jasa dan Mendengar Nasihat
Satu lagi sifat mulia dan terpuji yang dimiliki oleh orang-orang Melayu Brunei adalah
Mengenang Jasa atau Budi dan Mendengar Nasihat. Kedua-dua sifat ini sangat berkait
rapat dengan sifat merendah diri (tidak sombong dan membangga diri). Orang yang
bersifat merendah diri akan mudah mengenang segala kebaikan yang dihulurkan oleh
orang lain dan menghormati setiap kelebihan yang dimiliki oleh setiap orang.
Pentingnya kedua perkara tersebut sehingga disentuh oleh penulisnya Muda Omar
�Ali Saifuddien dalam Syair Perlembagaan Negeri Brunei, berbunyi;
Jasa yang nyata telah terbukti Jangan dilupakan ayuhai gusti Benamkan ia di dalam hati Jasa kebajikan harus tak mati22
Baginda juga menasihatkan anakanda-anakanda baginda supaya mendengar
nasihat dengan bersungguh-sungguh dan tidak melakukannya dengan sambil lewa
sahaja. Menurut Muda Omar �Ali Saifuddien, hanya dengan mendengar nasihat akan
terjaminlah perpaduan dikalangan semua orang.
Wahai anaknda muda timangan Menasihat kebajikan jangan walanan 21 Muda Omar �Ali Saifuddien., Syair Perlembagaan Negeri Brunei., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1998., hlm. 10. 22 Ibid., hlm. 15.
18
Mendengarkan nasihat jangan panglingan Bulatlah air dalam alungan.23
1.3.2 Adab Pergaulan di Kalangan Kerabat Diraja dan Keturunan Raja
Bagi kebanyakan orang Melayu Brunei, kemesraan berinteraksi dengan golongan
kerabat diraja dan keturunan raja menerusi tingkah laku dan bahasa yang lazim
digunakan adalah merupakan satu kelebihan yang menjadi kebanggaan kepada
mereka24.
Bagaimana kukuhnya pegangan orang Melayu Brunei dalam mengekalkan
tatasusila apabila berhadapan dengan kerabat diraja dan keturunan raja dapat dilihat
melalui gambaran yang diberian oleh novel-novel Sumbangsih Seni, Pahlawan
Pengiran Sakam dan Mahkota Berdarah. Dalam novel Sumbangsih Seni, diceritakan
Matarsad adalah saudara sepupu kepada Pengiran Haji Damit. Sebagai dua orang
yang bersaudara, kemesraan di antara mereka tidak ada bezanya seperti adik dan
abang. Namun demikian memandangkan Pengiran Haji Damit itu berketurunan raja,
Matarsad tetap menghormatinya sebagai seorang keturunan raja dengan mengekalkan
panggilan �ngian�, iaitu singkatan bagi panggilan Pengiran ketika menyebut nama
Pengiran Haji Damit. Begitu juga terhadap anak Pengiran Haji Damit yang
merupakan anak saudara kepada Matarsad. Matarsad juga menghormatinya dengan
menggunakan panggilan Dayangku kepada Dayangku Aisah, seperti yang dapat
dilihat dalam petikan berikut:
23 Ibid., hlm., 42. 24 Dato Paduka Haji Eusop Agaki bin Haji Ismail., Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri., 2000.
19
�Apa Ngian aji sudah lupa, dulu kita bersetuju mau menjodohkan Hamzah dengan Dayangku Aisah,� kata Matarsad. Matarsad memandang Masjid Omar Ali Saifuddien yang kubahnya berwarna kuning keemasan itu sambil menghisap paipnya. Asap berkepul-kepul keluar dari lubang paip, hidung dan mulutnya. �O, yang itu,� kata Pengiran Haji Damit sambil memegang dahinya. Pengiran Haji Damit tertawa seolah-olah mentertawakan dirinya sendiri yang terlalu pelupa. Sebenarnya ingatan Pengiran Haji Damit sudah kurang. Mungkin juga kerana ketuaannya. Umurnya lebih tua dari Matarsad beberapa tahun.25
Selain menggunakan panggilan Pengiran atau �ngian� bagi merujuk kerabat diraja
atau keturunan raja selaku lawan bicara, penutur atau orang pertama boleh juga
menggunakan perkataan �peramba� dan �tuan peramba� untuk menyebut kerabat
diraja dan keturunan raja yang sedang berbicara atau berbual-bual dengannya
(penutur). Bentuk tatasusila seumpama ini dilakukan di antara orang kebanyakan dan
kerabat diraja dan di antara kerabat diraja dengan keturunan raja.
1.3.3 Adab Pergaulan di Kalangan Orang Kebanyakan
Di kalangan �orang kebanyakan� adab sopan santun dan budi pekerti yang baik lebih
mengambil kira kepada keutamaan kedudukan dalam masyarakat dan juga usia
seseorang. Seseorang yang berperanan dalam kerja-kerja sukarela seperti keugamaan
dan kebajikan sentiasa dihormati kerana khidmat serta bimbingan dan tunjuk ajar
yang mereka berikan, manakala yang berusia pula dihormati kerana pengalaman
hidup yang mereka salurkan melalui tingkah laku, tutur kata dan nasihat yang menjadi
panduan dan teladan bagi orang-orang yang lebih muda. Orang kebanyakan yang
25 Ampuan Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah., Sumbangsih Seni., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1997., hlm. 33.
20
dimaksudkan adalah seperti Penghulu, Ketua Kampung, Imam, Pemimpin-Pemimpin
Belia dan Persatuan, Para Pesara dan juga mereka yang mendapat kurnia
penghormatan berupa Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan
Negara Brunei Darussalam daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terutama yang
bergelar Dato dan Datin.
Gambaran adab pergaulan di kalangan orang kebanyakan dapat dilihat dalam
Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Rampaian Laila Syair dan Syair Nasihat. Dalam
Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Muda Omar �Ali Saifuddien telah menekankan
kepada putera-putera baginda akan kepentingan menjaga tutur kata dan tingkah laku
dalam pergaulan iaitu pergaulan dengan orang ramai atau rakan taulan.
Wahai emasku muda handalan Hendaknya waspada mengorak jalan Bertutur bermadah kepada kenalan Jangan bertutur cakap kebabalan
Bercakap berbual di perjumpaan sosial Jagalah kelakuan gaya dan fiil Dengan segala bangsa yang tampil Baharulah tak dapat fikir terkail26
Dalam Rampaian Laila Syair pula, ditekankan sifat keikhlasan, adil (tak pilih
kasih), bersungguh-sungguh dan berhati-hati dalam membuat pekerjaan dan kebajikan
kepada orang ramai. Pada pandangan Al-Marhum, keikhlasan, kesungguhan, keadilan
26 Muda Omar �Ali Saifuddien., Syair Perlembagaan Negeri Brunei., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1994., hlm. 91.
21
dan ketelitian di dalam melaksanakan sesuatu sumbangan, tugas dan tanggungjawab
akan menjadikan seseorang itu dikenang dan dihormati.
Wahai anakanda muda belia Membuat kebajikan dengan setia Untuk faedah ia dan dia Itulah rancangan laila kaya Buatlah rancangan bersungguh hati Hubungkan kebaikan dengan seperti Menjalankan tanggungan laila bertiti Kebersihan hati tunjukkan bukti Buktikan kebersihan laila hati
Nama yang baik janganlah leti Buatlah amal dengan seperti Menjalankan tugas adil dan teliti27
Sifat adil dan teliti itu adalah suatu tatasusila yang dilakukan demi menjaga nama
baik. Sebagai orang Melayu Brunei, sekalipun berkedudukan sebagai seorang raja,
baginda tetap berkeyakinan hanya dengan menjaga tatasusila sahaja seseorang dapat
merasakan kehormatan yang diberikan oleh orang lain kepadanya.
Dalam Syair Nasihat, ditekankan sifat tidak meninggi diri iaitu melalui nasihat
Muda Omar �Ali Saifuddien kepada anakanda baginda. Dalam syair tersebut
ditekankan adat pergaulan di kalangan orang kebanyakan melalui sifat merendah diri,
lemah lembut dalam tutur kata dan berlaku sopan. Sifat-sifat ini selari dengan ajaran
Islam yang setentunya orang yang bersifat rendah diri tidak akan mendapat kerugian
baik di dunia mahupun di akhirat. Di dunia dia akan terjauh daripada mendapat
kehinaan, malah namanya akan sentiasa disebut dan disanjung.
27 Muda Omar �Ali Saifuddien., �Syair Laila Hasrat�., Rampaian Laila Syair., Dewan Bahasa dan Pustaka., Kementerian Kebudayaan Belia dan Suktan., 1994., hlm. 7 & 8.
22
Muda berbangsa cahayanya ayah Berlemah gemalai menghamburkan madah Semakin berbangsa semakin merendah Buatkan amalan jangan bersudah
Dunia akhirat tiada rugi
Jauh daripada nama yang keji Dengan izin Allah Rabbi Menambahkan pangkat darjat yang tinggi28 Pentingnya menjaga tutur kata adalah kerana kata-kata hikmah, bijaksana, benar dan
jujur itu merupakan satu tatasusila yang dipandang mulia dalam pergaulan
bermasyarakat. Perkara itu amat dititikberatkan kerana bangsa Melayu Brunei adalah
sebuah masyarakat yang mengamalkan budaya berkumpul atau bermajlis. Di dalam
�Syair Laila Hasrat�, Muda Omar �Ali Saifuddien menasihatkan agar putera baginda
jangan mengeluarkan perkataan yang tidak berguna atau berkata bohong.
Hendaknya bijak paduka anakanda Pada mengeluarkan kata dan sabda Jangan dibanyakkan kata bersida29 Itulah pesan paduka ayahanda
Apabila membentangkan rancangan peta Huraian penerangan hendaklah nyata Di dalam majlis perbincangan kata Hendaknya teliti wahai juita Demikianlah pesan dalang yang hina Kepada anakanda seri mengerna Carilah ilmu dengannya baina Penambah fikiran yang bijaksana30
28 Muda Omar �Ali Saifuddien., �Syair Laila Hasrat�., Rampaian Laila Syair., Dewan Bahasa dan Pustaka., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1994., hlm 7 & 8. 29 Bersida ertinya berbohong 30 Muda Omar �Ali Saifuddien., �Syair Laila Hasrat�., Rampaian Laila Syair., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan., 1994., hlm. 8.
23
1.3.4 Adab Pergaulan Di Dalam Majlis
Adab sopan dan berbudi bahasa sangat dititikberatkan terutama semasa berada dalam
sesuatu majlis baik selaku tuan rumah atau selaku orang yang dijemput. Sepertimana
yang dikatakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji
Mohammad Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim:
bahawa �sudah teradat dalam majlis istiadat yang diamalkan dan dihormati, kehadiran seseorang di dalam majlis menurut pada kelaziman adat yang diwarisi dan diikuti tetap menggambarkan bahawa rakyat Brunei sesungguhnya penuh hormat akan adat yang disulami dengan sopan santun�.31
Seseorang itu bukan hanya perlu menjaga tutur kata semasa berbicara tetapi juga tata
cara dan tingkah laku masuk dan duduk dalam majlis, dan cara berpakaian yang perlu
disesuaikan dengan majlis yang dihadiri. Penekanan terhadap cara berpakaian yang
bersesuaian dalam sesuatu majlis bukan sahaja dapat memperlihatkan suatu
ketrampilan tetapi juga menunjukkan penghormatan kepada orang yang mengadakan
majlis. Sesuatu majlis akan nampak ada kekurangan dan kecacatannya jika terdapat
segelintir orang yang dijemput tidak memakai pakaian yang sepatutnya.
31 Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohammad Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim., �Adat Istiadat Brunei�., Intisari Kebudayaan Brunei., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1988., hlm. 29.
24
Cara Duduk di dalam Majlis
Sebelum masuk ke dalam sesuatu majlis seseorang mestilah mengetahui siapa yang
sudah berada di dalam majlis dengan tujuan untuk mempastikan di mana dia
seharusnya duduk, kerana orang yang tinggi darjat32 atau kedudukannya adalah
diberikan keutamaan untuk duduk di bahagian atas.33 Adalah menjadi suatu kecacatan
bagi sesuatu majlis jika para jemputan tidak duduk mengikut taraf atau darjat masing-
masing. Kecacatan itu bukan hanya menimbulkan perasaan serba salah kepada para
jemputan, tetapi juga menjadi satu keaiban kepada orang yang mengadakan majlis.
Selain susunan mengikut darjat dan kedudukan seseorang, cara duduk di
dalam majlis itu juga mempunyai tertibnya yang tersendiri. Seseorang yang paling
tinggi darjat dan kedudukannya akan duduk di bahagian yang paling atas dan juga
disifatkan orang itu sebagai kepala majlis34. Pada adatnya, dalam sesuatu majlis para
jemputan akan duduk secara tertib dan menghadap kepala majlis. Mereka yang
duduk sebaris dengan kepala majlis akan duduk secara �menyerimban.�35 Tata cara
duduk seumpama itu malah tidak hanya dilakukan ketika berada di majlis beradat
istiadat sahaja malah juga di rumah-rumah. Dalam novel Pahlawan Pengiran Sakam
diceritakan setiba di rumah Pengiran Sakam, watak Awang Pandin, Awang Aliakhbar
dan Awangku Aminuddin dipelawa naik oleh Pengiran Sakam dan juga Awang
32 Taraf seseorang sama ada kerana keturunan misalnya keluarga atau kerabat diraja, ataupun kerana gelaran yang disandang. 33 Bahagian pisuk yang paling jauh dari pintu masuk. 34 Orang yang dianggap sebagai orang tua atau ketua. Jika membuat suatu usul atau cadangan hendaklah ditujukan kepadanya. Demikian juga jika hendak keluar sebentar dari majlis hendaklah juga memohon keizinannya. 35 Duduk berkerusi atau bersila tetapi badan dan muka menghala kepada kepala majlis.
25
Muluk yang kebetulan sudah berada di rumah Pengiran Sakam. Mereka bertiga
dipelawa duduk di ruang tengah yang terletak di indung rumah.
� �Silakan duduk,� kata Awang Muluk yang memang sering bertandang ke rumah Pengiran Sakam. Malah bagi Awang Muluk, Pengiran Sakam itu dianggap sebagai abangnya sendiri, dan rumah itu sebagai rumahnya. �Terima kasih,� kata Awangku Aminuddin sambil duduk bersila berdekatan dengan Awang Pandin yang sudah pun duduk. Manakala Awang Aliakbar dan Awang Pandin duduk bersila berdekatan dengan menghadap ke arah Pengiran Sakam. Mereka duduk secara tertib. Di sebelah kiri Pengiran Sakam ada sejenis acuan kayu yang berukir air mulih. Depan permukaan acuan kayu itu diukir air mulih. Depan permukaan acuan kayu itu diukir air mulih yang berlorek-lorek. Acuan kayu itu adalah cepu yang menyimpan sirih dan pinang. Beberapa helai daun sirih diletakkan di tepian acuan kayu itu. Manakala pinang yang sudah dikupas dan dibelah disimpan dalam anak cepu daripada buluh kecil. �Silakan makan sirih dan pinang,� pelawa Pengiran Sakam sambil menghulurkan cepu acuan kayu itu ke tengah.36
Awang Pandin , Awang Aliakbar dan Awangku Aminuddin duduk dengan tertib.
Awang Pandin dan Awang Aliakbar yang berada di bahagian bawah bersedia untuk
duduk berhadapan dengan Pengiran Sakam. Walaupun Awangku Aminuddin duduk
berdekatan dengan Awang Pandin, tetapi sebenarnya Awangku Aminuddin adalah
juga duduk berdekatan dengan Pengiran Sakam. Hal ini berlaku kerana sebagai
keturunan raja, Awangku Aminuddin berkedudukan lebih tinggi pada darjat dan
keturunannya daripada Awang Muluk, Awang Pandin dan Awang Aliakbar. Oleh
36 Mohd. Salleh Abdul Latiff., Pahlawan Pengiran Sakam., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1993., hlm. 90.
26
kerana dekat duduknya dengan Pengiran Sakam, Awangku Aminddin tidak dapat
menghadap Pengiran Sakam tetapi hanya duduk secara �menyarimban�.
Tingkah Laku dan Tutur Kata
Selain daripada memakai pakaian yang sesuai, adab sopan dalam bertingkah laku dan
bertutur kata merupakan tatasusila yang paling penting kerana kedua-duanya turut
memberikan gambaran bagi menyatakan �asal usul� seseorang. Dalam Syair
Perlembagaan Negeri Brunei digambarkan bagaimana Al-Marhum Sultan Haji Omar
�Ali Saifuddien mengingatkan putera-putera baginda agar sentiasa berhati-hati dalam
bertutur dan bergaul dalam sesuatu majlis sama ada majlis perbincangan atau majlis
keramaian;
Wahai anakanda muda handalan Berjaga-jagalah mengorak jalan Di dalam percampuran majlis bualan Di tempat keramaian majlis pergaulan
Dalam pergaulan kita masuki Dapat memperhati budi pekerti Gerak dan geri dapat dipisti Siapa dia saudara sejati Di pergaulan taulan dan handai Membawa diri hendaknya pandai Kata dan tutur biar permai Musuh kenalan mudahan damai37
Al-Marhum mengingatkan putera-putera baginda supaya sentiasa memelihara
percakapan dalam apa juga perhimpunan yang mereka sertai, kerana menurut baginda
37 Muda Omar �Ali Saifuddien., Syair Perlembagaan Negeri Brunei., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.,1994., hlm.,18.
27
percakapan atau tuturkata adalah saluran atau alat untuk memupuk persefahaman dan
kebaikan bersama.
Luput cambul di dalam cambul Dalamnya berisi intan mutiara Segenap tempat kita berkumpul Tutur bahasa hendaklah dipelihara
Beringatlah tatkala menghamburkan madah Menyusun ayat biarlah petah Supaya jangan menimbulkan bantah Merosakkan hati tersangat mudah Santan kelapa si beras pulut Hidangan kabuli di perjamuan Baik dan buruk kerana mulut Mudahan terhindar dari kemaluan38
Ketika hendak masuk ke sesuatu majlis dan ketika berada dalam majlis tersebut
terdapat beberapa perkara tertentu yang sering menjadi perhatian bangsa Melayu
Brunei. Pertama, Sebelum masuk ke dalam majlis, para jemputan terlebih dahulu
berziarah dengan tuan rumah; dalam adab berziarah ini, orang yang muda atau yang
rendah kedudukannya merendahkan kepala daripada yang tua, dan bagi seorang anak,
akan mencium tangan ibu dan bapanya. Selain daripada anak mencium tangan ibu dan
bapa, seseorang juga akan berbuat demikian jika ia menziarahi atau diziarah oleh ahli-
ahli keluarga diraja, pangkat saudara yang lebih tua, petuan39 dan nenek. Begitu juga
ketika menikmati hidangan makanan, minuman atau sebagainya, para jemputan tidak
akan �makan�, �minum� atau sebagainya sebelum dipelawa oleh tuan rumah.
38 Ibid., hlm. 157. 39 Bapa saudara atau ibu saudara. Yang dimaksudkan adalah adik beradik bapa dan ibu atau saudara sepupu, dua pupu, tiga pupu dan seterusnya kepada mereka.
28
Tingkah Laku Selaku Tuan Rumah
Tuan rumah adalah dituntut supaya melayan tetamu dengan baik dan bersopan santun.
Perkara itu bukan hanya menjadi budaya masyarakat Melayu Brunei turun temurun
tetapi adalah juga diwajibkan dalam Islam. Di antara perkara yang seharusnya
dilakukan oleh tuan rumah apabila menerima tetamu atau jemputan adalah seperti:
pertama, mempelawa masuk dan seterusnya duduk ditempat yang sesuai; dan kedua
menyajikan hidangan atau juadah.
Para jemputan atau tetamu akan dihidangi dengan juadah menurut
kemampuan. Sebagai salah suatu budaya, memberi jamuan kepada tetamu ini adalah
juga bertujuan untuk menghilangkan keletihan dan dahaga setelah lama berjalan.
Antara yang dihidangkan adalah sajian yang berupa kuih muih. Tuan rumah akan
merasa keciwa jika tidak dapat memberikan sajian kepada tetamu atau jemputan.
Dalam novel Pahlawan Pengiran Sakam bagaimana kekeciwaan kerana
kegagalan menyajikan hidangan juga digambarkan melalui watak Awang Apong.
Awang Apong dari Lupak Luas datang dan berkhemah di pinggir Sungai Brunei
dengan tujuan untuk meraikan majlis Perkahwinan anak Pengiran Lela dan anak
Pengiran Ratna. Ketika dikunjungi oleh Pengiran Sakam dan Awang Muluk, Awang
Apong kesal tidak dapat menyajikan hidangan kepada mereka seperti gambaran
berikut:-
Kemesraan dan keramah-tamahan Awang Apong yang tidak merasa malu dan canggung itu menarik minat Pengiran Sakam, begitu juga Awang Muluk.
29
�Munkan ampun, peramba meminta maaf kerana tidak memberi hidangan apa-apa, maklumlah pebinian tidak datang bersama. Anak-anak peramba tadi pagi berburu ke pinggir hutan sini, kata mereka, menjerat pelanduk atau kijang kerana abis peramba telah dimaklumi bahawa orang-orang yang datang dari pelosok wilayah Brunei ke pinggir Sungai Brunei ini dibolehkan memburu, mencari umbut, mengail dan sebagainya, bukankah begitu tuan peramba,� kata Awang Apong.40
Tingkah Laku Tetamu Ketika Menikmati Sajian
Para jemputan tidak akan menjamah hidangan yang sudah teratur sebelum
dijunjung41 atau dipersilakan oleh tuan rumah. Gambaran bagaimana tatasusila
masyarakat bangsa Melayu Brunei tatkala menghadapi sesuatu hidangan dalam
sesuatu majlis juga dapat diamati melalui novel Pahlawan Pengiran Sakam, iaitu
menerusi watak-watak Awang Pandin dan Awangku Aminuddin. Sungguhpun cepu
yang berisi sirih pinang sudah tersedia, namun Awang Pandin, Awang Muluk,
Awangku Aminuddin dan Awang Aliakbar hanya mengambilnya setelah dipelawa
oleh Pengiran Sakam:
�Silakan makan sirih dan pinang,� pelawa Pengiran Sakam sambil menghulurkan cepu acuan kayu itu ke tengah. Awang Pandin mengambil selembar sirih. � Manakala Awang Muluk pula hanya mengambil hirisan pinang dan memapaknya dalam mulut. Awangku Aminuddin mengambil dua lembar daun sirih yang muda dan hijau itu, � . Selepas sirih itu habis dikunyahnya baru Awangku Aminuddin mengambil beberapa hiris pinang dan memakannya dengan penuh nikmat. Awang Aliakbar juga memakan daun sirih,� .42
40 Ibid., hlm. 95. 41 Perkataan yang digunakan bagi mempersilakan keluarga dan kerabat diraja. 42 Mohd. Salleh Abdul Latiff., Pahlawan Pengiran Sakam., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1993., hlm. 90.
30
1.3.5 Adab dalam Menghadapi Kematian
Apabila berlaku kematian sama ada keluarga terdekat, jiran atau sahabat, setiap
individu berkenaan tanpa dijemput akan mengunjungi keluarga yang berada dalam
kedukaan tersebut bagi mengucapkan takziah, menyatakan rasa simpati dan sama-
sama merasakan kehilangan yang dialami. Adat berziarah ini selari dengan tuntutan
ugama Islam. Antara sumbangan bakti yang dihulurkan kepada orang yang telah
meninggal dunia adalah mengkebumikan jenazah, mengadakan kenduri arwah atau
makan arwah dan bersedekah dalam bentuk wang dan harta benda.
Memberikan Derma atau Sedekah
Memberikan derma atau sedekah kepada pihak keluarga orang yang meninggal dunia
telah menjadi amalan masyarakat Melayu Brunei sejak dahulu lagi. Hal ini adalah
salah satu kemuliaan budi bangsa Melayu Brunei yang mencerminkan tatasusila yang
mereka miliki. Bagi yang kurang berdaya untuk berbuat demikian mereka
menggunakan tenaga mengikut kemampuan dan kebolehan yang ada pada mereka.
Begitulah penjelasan mengenai kemurahan hati masyarakat dalam menghulurkan
derma dan sumbangan untuk melaksanakan kerja-kerja penyempurnan jenazah.
1.4 Tatasusila dalam Lingkungan Keluarga
Keluarga atau dangan sanak, menurut pengertian orang-orang Melayu Brunei, adalah
kelompok individu yang �sedarah� dan individu yang menjadi ahli dalam satu
keluarga kerana hubungan perkahwinan. Jadi berkeluarga atau �Berdangan Sanak�
31
adalah persaudaraan yang diikat oleh darah keturunan dan juga ikatan perkahwinan.43
Sedarah adalah merujuk kepada kelompok mereka yang disatukan oleh pertalian
sama ada seayah, seibu, senenek, sedatu atau semoyang. Manakala mereka yang
menjadi isteri atau suami kepada mereka dalam kelompok sedarah itu merupakan ahli
keluarga yang dihubungkan oleh perkahwinan. Hubungan keluarga yang dekat
mewujudkan perasaan tanggungjawab dan kasih sayang sehingga melahirkan
keistimewaan-keistimewaan tertentu seperti �senang berinteraksi� yang
mememudahkan berbincang mencari kesepakatan, �bertolak ansur� yang
memudahkan segala hajat dan urusan; dan �maaf memaafi� yang mengelakkan
pertelingkahan dan salah faham berpanjangan. Walau bagaimanapun, hubungan
keluarga yang rapat itu bukanlah menjadi satu alasan untuk tidak menghormati antara
satu sama lain.
Dalam keluarga masyarakat bangsa Melayu Brunei, konsep memberi hormat
itu adalah sama ertinya dengan �memberi keutamaan atau kemuliaan�, dan kerana itu
ahli keluraga yang dihormati itu memiliki �kata sapaan� dan �kata-kata bual� yang
khusus apabila merujuk atau berbicara dengan mereka. Cara dan bentuk interaksi
hormat dalam lingkungan keluarga itu pula bergantung kepada hubungan
kekeluargaan di antara mereka yang terlibat di dalam sesuatu perbualan, rundingan
atau sebagainya; misalnya, interaksi antara seorang anak dengan nenek setentunya
berbeza dengan interaksi antara seorang anak dengan adik atau abangnya. Dalam
keluarga, tatasusila hormat itu lebih disandarkan kepada tiris44 keluarga dan juga usia
43 Prof. Madya Dr. Haji Hashim Bin Haji Abd. Hamid., Islam Di Brunei Darussalam: Satu Analisis Sosio-Budaya., Jabatan Kesusasteraan Melayu., Universiti Brunei Darussalam., 2003., hlm. 54. 44 Pangkat atau susunan dalam keluarga. Misalnya Si A anak kepada Si B dan Si B bersaudara dengan Si C. Jadi dalam susunan keluarga Si A adalah pangkat anak saudara kepada Si C.
32
seseorang. Hal ini berbeza dengan konsep hormat dalam bermasyarakat yang lebih
menitikberatkan kepada ketuaan seseorang; misalnya, jika Si A adalah anak saudara
kepada Si B (umurnya lebih muda), Si A perlu menghormati Si B walaupun dia lebih
tua daripada Si B. Jika Si A dan Si B tadi adalah bersaudara sepupu, berpupu dua kali
atau berpupu tiga kali maka ertinya mereka adalah sama tiris. Dalam hal ini
baharulah dilihat kepada usia. Mereka yang lebih muda hendaklah memberi hormat
kepada yang lebih tua sekalipun perbezaan usia mereka tidak begitu besar. Jadi, dalam
lingkungan keluarga, tatasusila memberi hormat itu tidaklah bergantung kepada status
pendidikan, kedudukan dalam jabatan, kedudukan dalam masyarakat dan kekayaan.
Dalam kehidupan berkeluarga, ketua keluarga adalah orang yang dihormati
dan digalati dan mengawal adab sopan dan pekerti mulia di kalangan ahli dalam
keluarga berkenaan. Pendeknya, ketua keluarga berperanan dalam mengawal
tatasusila dan sekaligus mengawasi kebajikan keluarga. Melalui peranan mereka
setiap ahli keluarga khususnya anak-anak akan memiliki peribadi mulia, iaitu
bersopan santun dan berbudi pekerti mulia. Dengan demikian, mereka adalah
bertanggungjawab mengangkat kehormatan keluarga.
Hubungan Kekeluargaan
Masyarakat Melayu Brunei adalah masyarakat yang mengambil perhatian dalam
hubungan kekeluargaan. Setiap individu sebagai ahli sebuah keluarga menyedari
tanggungjawab mereka dalam menjaga, mengawal dan memerhatikan kesejehteraan
dan kepentingan ahli-ahli keluarga. Sifat bertanggungjawab tersebut dapat
33
menanamkan rasa kasih sayang sesama ahli keluarga dan menjaga nama baik dan
meruah keluarga.
Dalam novelnya Darah Kedayan digambarkan peranan yang dimainkan oleh
ketua keluarga bangsa Melayu Brunei dalam menjaga kehormatan dan kebajikan
keluarga melalui watak Panglima Lakim. Panglima Lakim adalah satu-satunya watak
yang bersaudara dengan Beliau Kudin. Beliau Kudin hidup dalam kemiskinan.
Panglima Lakim pula merupakan seorang kaya. Ketika beliau Kudin sihat dia tidak
begitu mendapat perhatian daripada abangnya Panglima Lakim. Setelah lama sakit
dan dibebani tekanan perasaan memikirkan masalah menantunya Baharuddin, Beliau
Kudin akhirnya meninggal dunia. Sebagai ahli keluarga dan saudara tua kepada
Beliau Kudin, Panglima Lakim menyedari tanggungjawabnya untuk menyediakan dan
menguruskan pengkebumian jenazah adiknya dan membiayai perbelanjaan kenduri
makan doa arwah hingga hari yang ke seratus.
�Beliau Panglima Lakim yang kedekut telah sedar bahawa lokeknya itu tidak berfaedah. Dia telah berbelanja menyelamatkan adiknya Beliau Kudin yang bernasib malang itu. Nampak benar dukacita Penglima Lakim kerana kehilangan adiknya. Panglima Lakim malah telah berbelanja kenduri membaca doa arwah untuk adiknya sampai seratus harinya.45
Kesediaan Panglima Lakim terhadap tanggungjawabnya juga menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu Brunei tetap mempertahankan nama dan maruah keluarga dan
tidak tergamak membiarkan keluarga mereka berada dalam penderitaan atau
kesusahan.
45 Harun Aminurrashid., Darah Kedayan., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., 1981., hlm. 70.
34
Hubungan Anak dengan Ibu Bapa
Bagi orang tua masyarakat Melayu Brunei mencurahkan kasih sayang adalah
merupakan tatasusila yang dipandang mulia. Mentaati dan menghormati orang tua
adalah sikap yang memberikan atau membolehkan seseorang anak memperolehi
nasihat dan didikan berlandaskan adat istiadat dan budaya masyarakat Melayu Brunei.
Orang tua pula dengan kasih sayang dan ikhlas akan memberikan didikan yang
sempurna demi membentuk peribadi anak-anak menjadi insan yang bertatasusila.
Wujudnya perasaan hormat di kalangan anak-anak Melayu Brunei kepada
orang tua mereka adalah kerana didikan agama, dan didikan orang tua. Ibu bapa
dalam masyarakat Melayu Brunei sentiasa mendidik anak-anak supaya sentiasa
menghargai kasih sayang orang tua, mengenang atau mengingat kesusahan dan
kesengsaraan yang terpaksa dihadapi untuk membesarkan mereka. Menurut informan,
dengan adanya didikan seperti itu anak-anak masyarakat Melayu Brunei dapat melihat
dan membayangkan bagaimana pengorbanan ibu bapa dalam membentuk mereka
untuk menjadi insan yang sempurna.46
Dalam Syair Perlembagaan Negeri Brunei digambarkan kasih seorang ibu
kepada seorang anak melalui nasihat Muda Omar �Ali Saifuddien kepada putera-
putera baginda supaya sentiasa mengenang kasih sayang ibu mereka.
Kasihnya indung kepada anakanda Bersungguh bukan mengada-ngada
46 Temubual penulis dengan Patih Dato Paduka Awang Haji Masri bin Ismail di Jabatan Adat Istiadat Negara pada 21 Mei, 2003.
35
Kasih ibumu bukan bersida Kasihnya terbenam di dalam dada Kasih terbenam di dalam hati Sayangkan awangku mahkota gusti Kasih bondamu sudahlah pasti Hendaknya diingat kasihnya sebati47
Sebagai salah satu tatasusila anak-anak Melayu Brunei, mengenang jasa ibu
bapa itu bukan hanya dipamerkan melalui tingkah laku mematuhi apa juga arahan dan
suruhan ibu bapa mereka tetapi juga dibuktikan melalui pengorbanan mereka dengan
mengenapikan kepentingan diri sendiri demi kesejaheraan orang tua mereka. Dalam
novel Darah Kedayan sikap seumpama ini digambarkan melalui watak Lamit. Lamit
yang merantau hingga sampai ke negeri Sabah sentiasa memikirkan ibunya yang
ditinggalkan. Lamit merantau mencari wang demi masa depannya dan telah berkorban
dengan mengenapikan keinginan untuk beristeri. Perhatiannya lebih tertumpu kepada
memikirkan keadaan ibunya.
Lamit memang mengetahui mandor itu ada anak dara besar dan rupanya memang elok. Oleh sebab itu ia tidak lupa menjaga keselamatan dirinya masa merantau itu. Lamit tidak tergerak hatinya hendak berkahwin di negeri orang. Apa lagi setiap masa ia tidak melupakan emaknya yang telah tua di kampong dengan tiada siapa-siapa lain yang membantunya selain daripada dirinya. Dia sendiri pula telah meninggalkan kampong lebih daripada setahun dan tidak memberi apa-apa perkhabaran ke kampong.
47 Muda Omar �Ali Saifuddien., Syair Perlembagaan Negeri Brunei., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan., 1998., hlm. 87 & 88.
36
Hubungan Suami Isteri
Berkata dengan lembut dan penuh hikmah berserta dengan sikap dan tingkah laku
yang penuh kasih sayang merupakan suatu tatasusila yang menjadi amalan seorang
suami kepada isterinya. Bagi seorang isteri pula tatasusila itu adalah ditunjukkan
melalui rasa hormat, melayan suami dan tidak membantah atau melawan kata-kata
suami. Dalam masyarakat Melayu Brunei seorang isteri adalah dituntut supaya
sentiasa mentaati suami dan hal inilah juga yang menjadi prinsip atau pegangan
sebagai sebahagian daripada pra syarat dalam menentukan calon isteri. Mentaati
suami dipercayai akan menjadikan hubungan suami isteri lebih erat.
Dalam novel Darah Kedayan diperlihatkan tentang kepentingan atau
keperluan seorang isteri mentaati suami melalui watak Beliau Budin dan isterinya.
Beliau Budin dan isterinya menerima pilihan Bahak untuk memperisterikan Lamah
yang datang daripada keluarga miskin dengan anggapan orang yang datang daripada
keluarga miskin selalunya tidak akan membantah atau melawan suami.
�Aku suka Si Lamah dengan tujuan supaya senang kita berunding. Bapanya Beliau Kudin itu susah, tentulah apabila bapa membuka mulut kepadanya ia tidak menolak dan Si Lamah pun tentu sedarkan dirinya yang ia anak orang susah, jadi senanglah kelak ia diam di rumah menolong emak.� Emaknya pula membenarkan fikiran anaknya dengan berkata, �Benar juga fikiran Si Bahak itu. Kalau kita bermenantukan anak orang senang banyak olah dan cerewetnya; tidak dapat di ketengah dan diketepikan sesuka hati. Aku setuju dengan pilihannya itu. Si Lamah pun aku nampak budaknya rajin dan rupanya pun boleh tahan.�48
48 Harun Aminurrashid., Darah Kedayan., Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei., Negara Brunei Darussalam., 1981., hlm.37.
37
Hubungan dengan Saudara Mara
Memiliki keluarga yang besar adalah satu keistimewaan yang dimiliki oleh
masyarakat Melayu Brunei. Hubungan antara ahli keluarga dalam sebuah keluarga
yang besar adalah didasari budaya saling memahami, bertolak ansur, hormat
menghormati dan kasih mengasihi sesama ahli keluarga. Kewujudan budaya
sedemikan adalah merupakan ciri-ciri tatasusila yang ada dalam masyarakat Melayu
Brunei yang menjamin kukuhnya ikatan tali persaudaraan dalam keluarga yang besar.
1.4.1 Hirarki Penghormatan
Hirarki penghormatan adalah bermaksud keistimewaan mengikut susunan dalam
keluarga yang diberikan kepada seseorang untuk memikul tanggungjawab terhadap
kebajikan ahli keluarga yang lain. Dalam novel Darah Kedayan digambarkan hirarki
penghormatan ahli keluarga melalui watak Panglima Lakim. Panglima Lakim sebagai
seorang abang dan ketua keluarga bertanggungjawab terhadap kebajikan adiknya.
Status Panglima Lakim sebagai seorang abang telah mendapat penghormatan daripada
kalangan ahli keluarga dalam melaksanakan kebajikan dan mengapalai keluarga. Jadi
penghormatan dalam sesebuah keluarga itu adalah berasaskan kepada kedudukan dan
hubungan antara individu dengan individu yang lain dalam keluarga. Hirarki atau
keutamaan susunan hormat dalam masyarakat Melayu Brunei yang dilaksanakan
dalam keluarga itu adalah berasaskan kepada susunan nasab lelaki yang berhak
38
menjadi wali pernikahan,49 dan dalam masa yang sama memberikan kehormatan
kepada pihak keluarga perempuan yang seimbang dengannya.
Sungguhpun tatasusila memberi hormat itu adalah berasaskan kepada susunan
hak keluarga yang menjadi wali, namun oleh kerana budaya bangsa Melayu Brunei
sangat menghormati indung bapa,50 maka pada praktiknya ianya mengambil kira tiris
seseorang dalam keluarga. Perkiraan umur hanya dilakukan apabila kedua pihak
keluarga yang terlibat adalah berada dalam lingkungan tiris yang sama.
Bagaimanapun, susunan mereka yang berhak menjadi wali tersebut adalah selaras
dengan keutamaan orang yang berhak melaksanakan tanggungjawab untuk
menyumbangkan khidmat dalam keluarga. Demikianlah hirarki penghormatan dan
susunan keutamaan dalam menyumbangkan tanggungjawab khidmat kekeluargaan
yang berlaku dalam kehidupan masyarakat bangsa Melayu Brunei.
1.4.2 Interaksi dalam Keluarga
Dalam pergaulan atau perhimpunan keluarga, tingkah laku dan tutur kata adalah
interaksi yang amat dipentingkan dan menjadi satu kepuasan di kalangan keluarga
yang mampu melaksanakannya. Kejayaan dalam memperagakan tingkah laku dan
tutur kata yang dimaksudkan itu bukan hanya menjadi bahan ristaan keluarga sahaja,
malah akan terus dicontohi oleh ahli keluarga yang lain. Mereka yang gagal
49 Mohd. Shafie bin Haji Muhammad Zain., Pelajaran Fiqeh Untuk Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan., Dewan Bahasa dan Pustaka., Kementerian Pelajaran Malaysia., Kuala Lumpur., 1976., hlm. 46 � 47. 50 Kalangan bapa atau ibu saudara.
39
mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang baik dikatakan tidak bertatasusila dan
tidak disukai oleh ahli keluarga. Pentingnya menjaga tingkah laku dan tutur kata
dalam berkeluarga mendorong setiap keluarga masyarakat bangsa Melayu Brunei
mendidik anak-anak mereka dari sejak kecil lagi dalam cara bertingkah laku dan
bercakap dengan ahli-ahli keluarga. Anak-anak dididik untuk mengenali saudara
mara disamping turut diajar menggunakan panggilan yang lazim digunakan dalam
keluarga.
1.4.3 Kata Sapaan
Kata sapaan ialah nama-nama ganti diri dalam keluarga yang juga dikenali sebagai
kata panggilan keluarga. Dalam keluarga, setiap individu memiliki nama-nama ganti
diri yang saling berubah mengikut kedudukan orang pertama yang menyapanya;
misalnya seorang ayah akan dipanggil bapa/pa oleh anaknya, seorang kakak akan
dipanggil kaka/ka oleh adiknya dan seorang bapa saudara yang termuda akan
dipanggil bungsu/su oleh anak saudaranya. Lazimnya kata �sapaan kekeluargaan�
hanya digunakan dalam lingkungan keluarga terdekat yang juga dikenali sebagai
dangan sanak iaitu mereka yang masih terkandung dalam hubungan sehingga pupu
tiga kali. Mereka ini juga diistilahkan sebagai keluarga beradik berkakak.
Dalam masyarakat Brunei, keluarga terdekat dikira sehingga keturunan pupu ketiga atau pupu tiga kali sama ada nasab bapa dan nasab ibu. Walau bagaimanapun, keturunan yang sudah jauh tetap juga dianggap keluarga, tetapi diistilahkan sebagai orang kitani atau orang kita atau belum jauh dari kita atau kitani, sementara keluarga terdekat sehingga pupu tiga kali itu diistilahkan dangan sanak atau keluarga beradik berkakak.51
51 Prof. Madya Dr. Haji Hashim Bin Haji Abd. Hamid., Islam Di Brunei Darussalam: Satu Analisis Sosio-Budaya., Jabatan Kesusasteraan Melayu., Universiti Brunei Darusalam., 2003., hlm. 57.
40
Oleh kerana indahnya kata sapaan itu, pemakaiannya selalu diterima sebagai satu
tatasusila yang sangat dihargai. Justeru itu kegagalan menggunakan kata sapaan
dengan baik adalah satu perkara yang memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga.
Ibu bapa akan dikatakan tidak tahu mengajar atau mendidik anak badangan sanak52
dan berindung babapa.53 Pemakaian kata sapaan dikalangan keluarga bangsa Melayu
Brunei tidak memilih ruang waktu dan tempat. Di mana-mana dan dalam apa juga
suasana, ahli keluarga atau mereka yang badangan sanak perlu menggunakan kata
sapaan apabila bertemu atau berkumpul sesama mereka. Adapun kata-kata sapaan
dalam lingkungan keluarga atau badangan sanak itu adalah seperti carta berikut:-
52 Cara bergaul dengan saudara mara. 53 Cara bergaul dengan bapa atau emak saudara.
41
Carta 1.1
Kata-Kata Sapaan Dalam Lingkungan Keluarga
Kedudukan Sapaan
Bapa Bapa/Pa Ibu/Emak Mama/Ma/Babu/Bu Saudara Tua Kaka/Ka Laki (lelaki), Ka Bini (perempuan),
#Ngian (lelaki & perempuan) ^Tuanya/Angahnya/Udanya /Acainya/Iringnya/
Bungsunya/Uncunya. Saudara (muda) Alai/Lai (lelaki &
perempuan), #Ngian/Awangku/Dayangku (lelaki & perempuan). ^Tuanya/Angahnya/Udanya /Acainya/Iringnya/ Bungsunya/Uncunya. Bapa Saudara *Tua/Angah/Uda/Acai/ Iring/Bungsu/Uncu Ibu Saudara *Tua/Angah/Uda/Acai/ Iring/Bungsu/Uncu
Nenek Ne/Nek/Ne Laki (lelaki)/ Ne Bini (perempuan).
Anak/Anak Saudara/ Nak/Dang/Wang/ Anak Menantu Awangku/Dayangku
Bapa Mertua/Ibu Mertua **Bapa/Mama/Babu
Suami Kita/Bapanya Isteri Kamu/Mamanya Nota:
* Urutan mengikut susunan siapa yang tua hingga kepada yang bungsu. ** Mengikut sebagaimana suami atau isteri memanggil ayah dan ibu mereka. # Jika ahli keluarga itu terdiri daripada kerabat diraja. ^ Bersandarkan kepada kata sapaan anak.
42
Penggunaan kata-kata sapaan bertujuan bagi menampakkan kelembutan dan
keintiman dalam berkomunikasi dan bagi mengelak daripada menggunakan nama
semasa memanggil ahli keluarga, kerana penggunaan nama kadangkala dianggap
sebagai salah satu unsur yang menampakkan hubungan kurang mesra. Jadi kata-kata
sapaan itu dapat membantu membina kemesraan yang menjadikan kedua pihak lebih
selesa dalam berinteraksi dan dapat menjadikan hubungan keluarga semakin rapat
serta lebih bertanggungjawab dalam menjaga nama baik keluarga. Dengan wujudnya
perasaan bertanggungjawab dalam menjaga nama baik keluarga masing-masing
mereka akan berusaha untuk tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan
dengan tatasusila yang boleh mencemarkan nama baik keluarga.
1.5 Kesimpulan
Tatasusila adalah adab sopan dan budi pekerti baik yang berlaku dalam kehidupan
bernegara, bermasyarakat dan berkeluarga. Tatasusila terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu tatasusila bernegara, tatasusila bermasyarakat dan tatasusila berkeluarga. Dalam
tatasusila bernegara diperlihatkan bagaimana invididu masyarakat Melayu Brunei
menghormati undang-undang dan mematuhi pemimpin. Dalam tatasusila
bermasyarakat diperlihatkan bagaimana individu masyarakat Melayu Brunei
menghormati hak sesama mereka disamping mematuhi adap dan tatacara pergaulan
sama ada dikalangan keluarga diraja atau orang ramai. Dalam berkeluarga pula kita
dapat melihat bagaimana sistem panggilan (kata sapaan) sebagai tatasusila
mempererat tali kekeluargaan dan memupuk rasa kasih sayang dan tanggungjawab di
kalangan ahli keluarga. Adanya tatasusila yang kemas, sempurna dan teratur yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu Brunei telah mewujudkan pergaulan yang baik di
43
kalangan orang-orang Melayu Brunei. Wujudnya pergaulan yang baik dan
bersefahaman seterusnya mendokong keharmonian yang mangkin pembangunan.
Dengan demikian adalah jelas tatasusila itu adalah merupakan faktor utama dalam
mendokong kedaulatan raja.
44
BIBLIOGRAFI
Buku Ampuan Haji Brahim Ampuan Haji Tengah (1977). Sumbangsih Seni. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. B.A Hussainmiya (2000). The Brunei Constitution of 1959: An Inside History. Bandar Seri Begawan: Brunei Press Sdn. Bhd. Harun Aminurrashid (1981). Darah Kedayan. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Ismail Hamid (1988). Masyarakat dan Budaya Melayu: Esei Kritikan. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Salleh Abdul Latiff (1993). Pahlawan Pengiran Sakam. Kementerian Kebudyaan Belia dan Sukan, Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Muda Omar �Ali Saifuddien (cetakan semula 1994). Syair Perlembagaan Negeri Brunei. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. ------------------------ . �Syair Laila Hasrat�. Rampaian Laila Syair. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Cetakan semula 1994. ------------------------ . �Syair Laila Cinta�. Rampaian Laila Syair. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Cetakan semula 1994. ------------------------ . (cetakan semula 1994). Syair Nasihat. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Muhammad Shafie Haji Mohd. Zain (1976). Pelajaran Fiqeh Untuk Tingkatan Enam. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. P.M Yusuf (1958). Adat Istiadat Diraja Brunei Darussalam. Brunei Darussalam: Jabatan Adat Istiadat Negara. Prof. Madya Dr. Haji Hashim bin Haji Abd. Hamid (2003). Islam Di Brunei Darussalam: Satu Analisis Sosio-Budaya. Universiti Brunei Darussalam: Jabatan Kesusasteraan Melayu.
45
Yura Halim (1987). Mahkota Berdarah. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Artikel Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohammad Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim. �Adat Istiadat Brunei�. Intisari Kebudayaan Brunei. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Brunei Darussalam: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. 1988. Wan Abdul Kadir Yusoff. �Tradisi Budaya Melayu Menghadapi Proses Kemodenan�. Kebudayaan Melayu Di Ambang Baru: Satu Himpunan Makalah. Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia: Jabatan Persuratan Melayu. 1995.