TC AR2014_Malay.indd

29
RENUNGAN 2009 -2014

Transcript of TC AR2014_Malay.indd

Page 1: TC AR2014_Malay.indd

Temasek Cares CLG LimitedCo Regn No. 200909154Z

60B Orchard Road #06-18 Tower 2

The Atrium@Orchard

Singapore 238891

Tel: (65) 6828 8752

Fax: (65) 6828 8652

www.temasekcares.org.sg

RENUNGAN2009 -2014

Page 2: TC AR2014_Malay.indd

KISAH TAPAK SULAIMAN:

Seorang lelaki tua berjalan sepanjang pantai dipenuhi dengan

beribu-ribu tapak sulaiman, terdampar di pantai dan kekeringan

selepas ribut. Seorang kanak-kanak lelaki mengambil tapak

sulaiman itu sebelum melontarnya balik ke laut. “Mengapa

anda bersusah payah?” lelaki tua itu mengejek. “Anda tidak

akan selamatkan begitu ramai bagi membawa perbezaan.”

Belia itu kemudian mengambil satu lagi tapak sulaiman, yang

dilemparkan kembali ke air dan berkata,

KANDUNGAN

Mesej Pengerusi 02 / Lembaga Pengarah 06

Kanak-Kanak 08 / Belia 16 / Keluarga 24 / Warga Tua 32

Laporan Tahunan FY2013-2014 40

Temasek Cares telah dilancarkan pada 25 Jun

2009 untuk memperingati ulang tahun ke-35

Temasek Holdings. Disokong oleh empat

endowmen dari Temasek Holdings, matlamat

Temasek Cares ialah untuk membaiki kehidupan

individu yang kurang bernasib baik, keluarga dan

masyarakat di Singapura.

Dengan bekerjasama dengan pelbagai badan

amal yang ditubuhkan, badan kebajikan sukarela,

pertubuhan yang bukan meraih keuntungan,

agensi-agensi pemerintah, kementerian dan

institusi lain, kami berharap dapat menyokong

program-program yang menyumbang kepada

kesejahteraan, kemuliaan, dan kehidupan

penerima manfaat kami.

Temasek Cares terus mengesahkan dan

melanjutkan komitmennya kepada masyarakat

lebih luas di Singapura dan tumpukan sumber-

sumber kami ke atas empat peringkat kehidupan

– kanak-kanak; belia; warga tua dan keluarga.

SELEPAS 5 TAHUN

11

Page 3: TC AR2014_Malay.indd

Temasek Cares berusia lima tahun

Temasek Cares berusia lima tahun pada Jun 2014. Sebagai

sebuah pertubuhan dermawan, ia meluahkan hasrat dan

komitmen berterusan untuk membawa perubahan besar

kepada kehidupan rakyat dan memberi tumpuan ke arah

hasil sosial dalam bidang-bidang yang diperlukan.

Sejak lima tahun: 67 program telah dimanfaatkan

secara langsung hampir 17,600 warga Singapura

Endowmen awal $100 juta dari Temasek Holdings

telah dinaikkan kepada $229 juta dengan penubuhan

tiga endowmen – Ee Peng Liang Endowment – untuk

membina keupayaan keperluan khas yang berdaya

tahan untuk tempoh sekarang dan masa depan; Balaji

Sadasivan Endowment – untuk membina keupayaan

keperluan penjagaan kesihatan untuk tempoh

sekarang dan masa depan; dan Temasek Emergency

Preparedness Fund – untuk membina masyarakat

berdaya tahan menghadapi kecemasan.

Temasek Cares dalam lima tahun kewangan yang lalu

(dari Jun 2009 hingga Mac 2014), melahirkan komitmen

$22 juta untuk 67 program. Hampir 17,600 warga

Singapura menjadi benefi siari secara langsung.

Mesej Pengerusi

Program menyentuh kehidupan warga Singapura di

pelbagai peringkat kehidupan, memenuhi keperluan

yang begitu luas.

Warga Singapura merupakan satu-satunya fokus program

ini. Mereka terdiri dari pelbagai peringkat kehidupan

dari peringkat pranatal hingga penjagaan hospis paliatif.

Program-program ini telah membawa perbezaan yang

bermakna kepada kehidupan 6,500 bayi dan kanak-

kanak, 5,400 warga muda Singapura, 3,700 orang dewasa

dan keluarga mereka, dan 2,000 warga tua. Bidang

keperluan termasuk:

• ibu bapa tunggal

• jagaan institusi bagi wanita dan kanak-kanak yang

didera

• autisme dan keperluan khas lain

• demensia dan keadaan kesihatan mental lain

• keluarga berisiko

• pendidikan berterusan bagi bekas pesalah

• dermasiswa pendidikan bagi kanak-kanak dari keluarga

berpendapatan rendah

• mobiliti sosial

Kami mendengar, setakat yang mampu dilaksanakan,

rintihan keluarga dan orang-orang yang memerlukan.

Kami mendapati ini berguna kerana mereka mempunyai

kebijaksanaan mendalam tentang bagaimana dan apa

jenis bantuan yang diperlukan. Kami juga semakin

sedar tentang nuansa budaya dan agama dalam

melaksanakan program-program kami. Kami berunding

secara meluas dengan sekolah, pemimpin masyarakat,

Pertubuhan Kebajikan Sukarela (VWO), syarikat, entiti

awam, dan penggubal perubahan sosial. Kami kemudian

bekerjasama dengan VWO sesuai, kumpulan bantu

diri, dan organisasi lain dengan program-program khas

yang unik. Kami memanfaatkan kekuatan dan rangkaian

mereka untuk memaksimumkan hubungan kemanusian

untuk melaksanakan hasil sosial yang positif. Melalui

penglibatan sivik, kita mampu menjadi lebih proaktif

dan menggalak perubahan sosial, kadang-kala melalui

ujian model inovatif penjagaan, selain memanfaatkan

teknologi moden.

Ini merupakan model baru penjagaan yang telah ditiru

dan diperluaskan bagi masyarakat lebih luas:

IMPACTT (Melibatkan dan Motivasi Ibu Bapa dan

Penjaga Menerusi Latihan) melatih ibu bapa untuk

membina tingkah laku yang lebih baik dalam kanak-

kanak keperluan khas. Program ini memperkenalkan

satu program latihan berasaskan bukti yang dikenali

sebagai latihan Signposts kepada masyarakat Singapura

melalui pendekatan latihan pelatih. Latihan Signposts

kini ditawarkan oleh 14 pertubuhan bukan meraih

keuntungan dan melatih 2,637 ibu bapa dan penjaga

mereka.

2 3

Page 4: TC AR2014_Malay.indd

SPICE (Program Penjagaan Bersepadu Warga Tua

Singapura) membolehkan warga tua lemah meniti

usia senja dengan orang-orang tersayang. Model baru

penjagaan yang diusahakan di pusat pemulihan harian

membolehkan keluarga dengan orang dewasa yang

bekerja untuk menjaga warga tua di rumah pada sebelah

petang dan pada hujung minggu. Sejak itu ia diterima

oleh Kementerian Kesihatan dan diperluaskan kepada

lima lagi pusat-pusat merata pulau. Program-program

perintis lain yang menawarkan model baru penjagaan

termasuk EQUAL (Pembelajaran Bantuan Ekuin) yang

membina kemahiran komunikasi dan sosial di kalangan

remaja melalui terapi kuda, dan TOPPS (Program

Terapi bagi Kanak-kanak prasekolah) yang menyokong

kanak-kanak dengan keperluan pembangunan dalam

persekitaran prasekolah.

Tempoh lima tahun: Temasek Cares peruntukan $60

juta bagi program impak tinggi kepada masyarakat

Singapura

Kedermawanan Temasek Cares kini berkembang untuk

menjadi model yang mempunyai impak tinggi. Ia

cuba menyediakan penyelesaian yang praktikal dalam

bidang-bidang yang diperlukan menerusi penyertaan

dan integrasi penyedia perkhidmatan. Ini membantu

membina kecekapan masyarakat kita. Di mana relevan,

program adalah bersifat transformasi.

Berikut ialah inisiatif baru kami:

KIDS 0-3 (Khidmat Pembangunan Bersepadu Kanak-Kanak

– pranatal hingga 3 tahun) menyokong pembangunan

bayi dan kanak-kanak sehingga umur tiga tahun bagi

keluarga berisiko. Program pelbagai pihak ini, yang

dipimpin oleh Temasek Cares dan KK Women’s and

Children’s Hospital, membawa bersama agensi-agensi

pemerintah, pertubuhan kebajikan sukarela, rakan-rakan

masyarakat dan pertubuhan swasta untuk menyokong

keperluan pendidikan, sosial, kognitif dan kesihatan kanak-

kanak, selain keperluan ibunya. Sebuah pusat KIDS yang

pertama seumpamanya akan juga ditubuhkan di Ang Mo

Kio. Program ini menjanjikan perubahan asas dan merubah

cara bayi dan ibu dari keluarga berisiko disokong.

KITS (Kanak-Kanak dalam Situasi Sukar) menyediakan

terapi bagi kanak-kanak trauma. Walaupun Singapura

adalah bandar selamat, kejadian tidak diingini boleh

berlaku. Dalam kecemasan atau krisis, kanak-kanak sering

menjadi mangsa. Program perintis ini bertujuan melatih

60 ahli terapi dan kaunselor dari pertubuhan masyarakat

dan sekolah dalam Terapi Tumpuan Trauma Kelakuan

Kognitif. Ini kemudian akan membangunkan keupayaan

dan kapasiti masyarakat untuk menyokong kanak-kanak

yang hadapi trauma.

Inisiatif baru yang lain termasuk program ‘Stay

Prepared’ Starter Kits untuk bangunkan daya tahan

masyarakat hadapi kecemasan dan Project Dignity yang

menyediakan penjagaan paliatif di rumah bagi warga tua

yang hadapi demensia peringkat lanjut.

Sedang kita merancang untuk lima tahun akan datang,

kita peruntukkan lebih $ 60 juta untuk menyokong

program-program sosial baru, penjagaan kesihatan dan

persediaan kecemasan bagi lebih ramai rakyat Singapura

dan masyarakat Singapura. Kita akan hadapi lebih banyak

cabaran, tetapi saya yakin kita dapat mencapai matlamat

kita dengan sokongan rakan-rakan dan masyarakat. Kita

mempunyai Anggota Lembaga yang komited untuk

menyediakan bimbingan dan sokongan bagi program-

program ini. Pasukan pengurusan dan kakitangan

mempunyai hubungan yang kukuh dengan rakan-rakan

dan pelbagai badan-badan yang mengambil bahagian.

Rakan-rakan kami benar-benar terserlah. Temasek

Holdings terus bersemangat bagi rakyat Singapura. Kita

juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua

benefi siari yang menerima kami sebagai sebahagian

kehidupan mereka.

Yang Ikhlas,

Richard Magnus

Pengerusi

Warga Singapura merupakan

satu-satunya fokus program

ini. Mereka terdiri dari pelbagai

peringkat kehidupan dari peringkat

pranatal hingga penjagaan hospis

paliatif. Program-program ini

telah membawa perbezaan yang

bermakna kepada kehidupan 6,500

bayi dan kanak-kanak, 5,400 warga

muda Singapura, 3,700 orang

dewasa dan keluarga mereka, dan

2,000 warga tua.

4 5

Page 5: TC AR2014_Malay.indd

Lembaga Pengarah

Berbiri (Dari kiri ke kanan)

Goh Yong Siang

Pengarah

Zainul Abidin Rasheed

Pengarah

Mohd Salleh Marican

Bendahari

Cheo Hock Kuan

Pengarah

Benedict Cheong

Pengarah

Berduduk (Dari kiri ke kanan)

Pang Cheng Lian

Pengarah

Richard Magnus

Pengerusi

Vemala K Rajamanickam

Pengarah

6 7

Page 6: TC AR2014_Malay.indd

kanak-kanakANAK-ANAK, MASA DEPAN KITA

16program*

$6.6juta geran program

6,500 benefi siari

* Mencerminkan bilangan perjanjian geran antara Temasek Cares dan rakan-rakan untuk pembiayaan program Foto: Rainbow Centre

Tahun-tahun awal adalah penting dalam membina asas

yang kukuh untuk masa depan kanak-kanak.

Jika terdapat kelewatan perkembangan, intervensi awal membantu meningkatkan

hasil jangka panjang dalam pembelajaran, tingkah laku dan kesihatan. Temasek

Cares bekerjasama dengan rakan-rakan untuk membina keupayaan masyarakat

untuk menyokong kanak-kanak dengan keperluan pembangunan dan pembelajaran,

mengukuhkan rangkaian sokongan untuk kanak-kanak dengan autisme, dan

menyediakan lebih banyak peluang untuk kanak-kanak daripada keluarga yang

kurang bernasib baik.

8 9

Page 7: TC AR2014_Malay.indd

Pada 2009, Temasek Cares melihat keperluan melebihi hanya khidmat berasaskan pusat untuk membina keupayaan masyarakat untuk menyokong kanak-kanak istimewa dalam persekitaran semula jadi mereka. Program Therapy Outreach Programme for Pre-Schoolers (TOPPS) telah dimulakan untuk menyediakan intervensi awal dalam suasana prasekolah. Selepas itu, ibu bapa dilibatkan untuk menyokong anak-anak mereka dengan keperluan khas di rumah melalui program Involving and

Motivating Parents And Caregivers Through Training (IMPACTT) yang dilaksanakan pada 2010. Apabila ramai kanak-kanak istimewa memasuki sekolah rendah arus perdana, program Academic Programme for Learning needs and

Underprivileged Students (A-PLUS) telah dimulakan pada 2012 untuk memberikan sokongan akademik dan intervensi pembelajaran di pusat-pusat jagaan pelajar berasaskan sekolah.

Kendrick, lapan tahun mempunyai kesulitan pertuturan dan bahasa

apabila beliau pertama kali menghadiri prasekolah. Di bawah program

TOPPS, beliau telah disokong oleh pakar-pakar pembelajaran yang

memerhatikannya dalam suasana prasekolah dan membangunkan

strategi intervensi yang sesuai di samping kegiatan prasekolah. Hari ini,

beliau berkomunikasi dengan lebih yakin dan berkesan, dan hadapi

dengan lebih baik pendidikan di sekolah rendah arus perdana.

Puan Shaikh adalah ibu kepada Manoah yang berusia lima tahun, yang

disahkan menghidap autisme. Beliau mendapati begitu mencabar untuk

menguruskan tingkah lakunya dan berasa kurang kemampuan menjaganya.

Selepas mengikuti latihan Signposts di bawah program IMPACTT, Puan

Shaikh mempelajari strategi untuk membaiki tingkah laku Manoah dan

hasilnya, menjadi ibu bapa yang lebih yakin.

TOPPS ialah program yang

dibangunkan oleh Society for

the Physically Disabled untuk

menyokong kanak-kanak dengan

keperluan pembelajaran dan pembangunan yang menghadiri prasekolah

atau diletakkan di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak. Intervensi disediakan

di dalam persekitaran semula jadi kanak-kanak oleh pakar pembelajaran,

termasuk ahli terapi dan pakar psikologi. Program perintis telah dimulakan

pada tahun 2009 dan diselesaikan pada tahun 2012 Ia membantu 300 kanak-

kanak yang hadapi kelewatan pembelajaran dan pembangunan untuk

diintegrasikan ke dalam pendidikan arus perdana. Model program ini telah

ditiru dalam program seluruh negara yang disokong oleh pemerintah.

Temasek Cares berganding bahu dengan KK Women’s and Children’s Hospital bagi

program IMPACTT yang dilancarkan pada 2010, untuk melatih ibu bapa kanak-kanak

keperluan khas. Dalam tempoh tiga tahun projek perintis itu, ibu bapa dan penjaga

hampir 2,600 kanak-kanak menghadiri latihan Signposts, kursus yang melengkapi

mereka dengan pengetahuan untuk memahami tingkah laku dan kemahiran anak-

anak dan kemahiran untuk membina tingkah laku yang lebih baik. Kursus berasaskan

bukti dari luar negara telah disesuaikan dalam konteks Singapura dan diperkenalkan

kepada masyarakat melalui pendekatan melatih pelatih.

Penyelidikan yang dijalankan semasa projek perintis memutuskan bahawa program

ini berkesan dan diterima oleh ibu bapa dan penjaga mereka. Hari ini Signposts

ditawarkan di 14 pertubuhan bukan meraih keuntungan dan menerima sokongan

pembiayaan daripada pemerintah.

Temasek Cares bekerjasama dengan Mendaki SENSE dan Blangah

Rise Primary School untuk membangunkan program A-PLUS

pada 2012 untuk membina keupayaan dua pusat jagaan pelajar

berasaskan sekolah untuk menyokong kanak-kanak dengan

cabaran pembelajaran. Program perintis yang masih dijalankan

ini membolehkan pusat-pusat menawarkan khidmat melebihi

penjagaan penjagaan pastoral dan penyeliaan kerja-kerja sekolah

untuk menyediakan sokongan akademik dan intervensi keperluan

pembelajaran. Pusat-pusat, satu daripadanya terletak di Sekolah

Rendah Telok Blangah Rise, dilengkapi sumber guru-guru dan pakar

pembelajaran untuk membantu pelajar sekolah rendah meningkatkan

kemahiran celik huruf, celik angka dan IT. Program 3 tahun dijangka

memberi manfaat kepada 240 pelajar.

Membina Keupayaan Menyokong Kanak-kanak Dengan Keperluan Khas

TO

di

th

m

ke

ata

di

te

pa

ka

dii

dit

Alat dan strategi yang dikongsi memberi saya gambaran yang

lebih mendalam tentang dunia Manoah. Suami dan saya

kini lebih mampu untuk berinteraksi dengan Manoah dan

menunjukkan kepadanya bahawa kami begitu menyayanginya.

~ Puan Shaikh, benefi siari IMPACTT

ak

an

n

m

kanak-kanak10 11

Page 8: TC AR2014_Malay.indd

Memperkukuh Rangkaian Sokongan Autisme

Apabila kanak-kanak ini mula-mula didiagnosis dengan gangguan

spektrum autisme, ibu bapa sering berminat memulakan

intervensi seawal yang mungkin. Sementara menunggu

pendaftaran di pusat EIPIC, Support Autism through Family

Empowerment (SAFE) membantu keluarga untuk membina

persekitaran rumah yang selamat dan kondusif kepada keperluan

pembangunan kanak-kanak. Pasukan pakar berbilang disiplin dari

KKH, rakan program ini, akan melawat keluarga di rumah untuk

membantu ibu bapa memahami keperluan anak mereka dan

melengkapkan mereka dengan kemahiran untuk menguruskan

tingkah laku mereka. Bermula pada 2013, SAFE ialah program

perintis 3-tahun yang bercadang membantu 360 kanak-kanak dan

keluarga mereka.

The Autism Support Programme@ITE, yang dimulakan Autism Resource Centre menyediakan sokongan berstruktur bagi pelajar dengan autisme yang mengikuti pengajian di Institute of Technical Education (ITE). Bermula pada 2013, ia bertujuan membantu 25 pelajar setiap tahun dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran, jalin hubungan sosial dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan rakan-rakan dan guru-guru. Program ini juga melibatkan guru-guru dan rakan-rakan pelajar supaya mereka memahami, menerima, dan menyokong pelajar dengan autisme.

Pusat EIPIC menyediakan terapi dan perkhidmatan sokongan pendidikan awal untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah yang didiagnosis sebagai berisiko mempunyai keadaan cacat atau yang mempunyai keperluan khas. Kanak-kanak ini menanggung kos pengangkutan yang lebih tinggi jika mereka mendapati sukar mengambil pengangkutan awam dan memerlukan aturan pengangkutan khas. Program 2-tahun, Dermasiswa EIPIC yang ditadbir oleh NCSS, mahu membantu 315 keluarga dengan mengurangkan kos menghadiri EIPIC setiap tahun.

Integration Support Programme for Preschoolers with

Autism (ISPPA) yang dicipta dengan rakan-rakan Rainbow

Centre Singapore, Asian Women’s Welfare Association dan

KKH, membantu kanak-kanak dengan ASD sederhana untuk

mengintegrasikan ke dalam pendidikan arus perdana. Pasukan

pakar dari pusat-pusat1 EIPIC (Early Intervention Programme for

Infants and Children) di sekitar prasekolah bekerjasama dengan

guru untuk membantu kanak-kanak yang mengambil bahagian

secara bermakna dalam pembelajaran dan kegiatan sosial.

Apabila kanak-kanak sudah bersedia memasuki sekolah rendah,

pasukan bekerjasama dengan ibu bapa dan guru-guru untuk

memastikan peralihan yang lancar. Program 3 tahun yang

masih diteruskan ini ditadbir oleh National Council of Social

Service (NCSS) dan dijangka memanfaatkan 180 kanak-kanak.

Nasrul Lasmati, dua tahun, yang mendaftar di kelas EIPIC di Pusat Rainbow, sering ponteng kelas. Ini kerana keluarganya tidak mampu membayar yuran sekolah dan kos pengangkutan Nasrul. Dengan Temasek Cares – Dermasiswa Pendidikan bagi Kanak-Kanak di EIPIC, ibu bapa Nasrul tidak lagi perlu bimbang menghantarnya ke sekolah. Nasrul kini menghadiri kelas secara kerap.

Bilangan kanak-kanak dengan gangguan spektrum autisme (ASD) di Singapura sedang berkembang.

Satu dari empat kes gangguan perkembangan yang didiagnosis di KK Women’s and Children’s

Hospital (KKH) dan National University Hospital adalah kes ASD. Sebagai respons kepada trend yang

semakin bertambah, Temasek Cares menganjurkan perbincangan meja bulat pada tahun 2012

untuk membantu sektor mengenal pasti keperluan, mengukuhkan struktur sokongan semasa, dan

membina keupayaan baru. Melalui perbincangan dengan pihak-

pihak berkepentingan, empat program perintis yang memberi

tumpuan kepada kanak-kanak dengan autisme telah dimulakan

dengan pembiayaan awal daripada endowmen Ee Peng Liang.

1 Pusat EIPIC diuruskan oleh Asian Women’s Welfare Association, Autism Association Singapore, Autism Resource Centre, Canossian School, Cerebral Palsy Alliance Singapore, Fei Yue Community Services, Metta Welfare Association, Rainbow Centre, Society for the Physically Disabled dan Thye Hua Kwan Moral Charities.

Paskmadk

kanak-kanak12 13

Page 9: TC AR2014_Malay.indd

Temasek Cares melabur dalam masa

depan anak-anak. Program ini direka untuk

menyediakan kanak-kanak dengan permulaan

yang betul, membantunya mengatasi

cabaran, dan menyediakan peluang untuk

kejayaan masa depan. Sejak 2009, Temasek

Cares telah menyediakan pelbagai program

biasiswa dan anugerah kajian untuk

menyokong kanak-kanak daripada keluarga

berpendapatan rendah dengan keperluan

pendidikan dan membangunkan keupayaan

sektor pendidikan awal. Menyedari keperluan

untuk membina daya tahan lebih besar,

program Kids In Tough Situations (KITS)

telah dimulakan pada 2014 untuk menyokong

kanak-kanak yang hadapi trauma.

Melabur Bagi Masa Depan

Berganding bahu dengan Eurasian

Association of Singapore, program

Dermasiswa Pendidikan dimulakan bagi

menyokong pelajar Serani sekolah rendah

daripada keluarga berpendapatan rendah.

Program berterusan ini telah membantu

57 pelajar dengan perbelanjaan berkaitan

pendidikan dan bertujuan membantu lagi

56 keluarga dalam tempoh dua tahun akan

datang. Inisiatif ini diusahakan selepas

beberapa siri rundingan Temasek Cares

adakan dengan kumpulan bantu diri

untuk mengenalpasti keperluan setiap

masyarakat.

Benjamin Brian Oliveiro (kanan), pelajar Darjah 6 Sekolah di

Sekolah Rendah Teck Ghee, menerima dermasiswa di bawah

program Dermasiswa Pendidikan bagi Pelajar Serani. Dermasiswa

itu membantu ibu Benjamin, pencari nafkah tunggal keluarganya,

menampung kos pendidikan, termasuk makanan semasa waktu rehat

dan pengangkutan ke dan dari sekolah.

Ee Peng Liang – Special Needs Building Capability Project

membantu sektor keperluan khas menarik lebih ramai bakat-

bakat terlatih. Sejak 2011, projek ini telah mengagihkan

29 anugerah kajian kepada pelajar-pelajar yang bersiap

untuk menjadi ahli terapi dan guru intervensi awal. Program

berterusan ini dibuka kepada pelajar Ngee Ann Polytechnic,

Nanyang Polytechnic, Temasek Polytechnic dan National

University of Singapore. Program anugerah kajian ini dibiayai

Ee Peng Liang Endowment yang diuruskan Temasek Cares

dan ditadbir oleh National Council of Social Service.

KITS menyediakan terapi berasaskan komuniti untuk kanak-

kanak yang mempunyai masalah emosi dan psikologi yang

berpunca daripada trauma. Program perintis ini diusahakan

KK Women’s and Children’s Hospital, sekolah dan pusat

khidmat keluarga dan telah dilaksanakan pada awal tahun

2014 untuk bina ketahanan masyarakat yang lebih tinggi

dalam hadapi kecemasan. Walaupun Singapura merupakan

sebuah bandar yang selamat, peristiwa yang tidak diduga

boleh berlaku dan dalam krisis, kanak-kanak sering yang

paling terdedah. KITS bercadang melatih 60 ahli terapi dan

kaunselor daripada pertubuhan masyarakat dan kaunselor

dari pertubuhan masyarakat dan sekolah dalam Trauma-

Focused Cognitive Behavioural Therapy. Lebih daripada

1,900 kanak-kanak dan ibu bapa dijangka akan dibantu

dalam tempoh 3 tahun.

Anugerah kajian Ee Peng Liang membolehkan

saya melakukan apa yang saya inginkan:

mengajar kanak-kanak istimewa.

~ Vanessa Ang (paling kiri), mengikuti pengajian

Diploma dalam Pengajian Awal Kanak-Kanak

kanak-kanak14 15

Page 10: TC AR2014_Malay.indd

Perkembangan positif belia

membina keupayaan

bagi kejayaan masa depan dalam kehidupan. Temasek Cares

bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk membangunkan

program bagi membantu belia memulakan perjalanan bagi

penemuan diri, membina keupayaan dan memimpin mereka

supaya maju dan menjadi dewasa yang berjaya.

MEMUPUK BELIA, MEMBANGUNKAN KEUPAYAAN

24 program*

5,400 benefi siari

$5jutageran program

b libelia

* Mencerminkan bilangan perjanjian geran antara Temasek Cares dan rakan-rakan untuk pembiayaan program

Foto: Institute of Technical Education

16 17

Page 11: TC AR2014_Malay.indd

Temasek Cares menghulurkan bantuan kepada belia kurang bernasib baik dan kurang diberi

tumpuan dengan membimbing mereka, mewujudkan identiti individu, menyemarakkan

semangat mereka, dan membantu mengejar minat mereka. Program kami memberi mereka

pengupayaan dan sekitaran selamat untuk meningkatkan kemahiran diri dan membina

keyakinan diri. Kami bermula dengan menyokong pelajar Northlight School dan Assumption

Pathway School. Ia diperluaskan kepada dua buah sekolah baru – Crest Secondary dan

Spectra Secondary. Kami juga mendekati belia penyakit mental untuk membantu mereka

kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

Menemui Dan Membangunkan

Harga Diri

Pada tahun 2010, Temasek Cares bekerjasama dengan

Northlight School bagi menyokong pembangunan

akademik, sosial dan emosi pelajar di sekolah. Sekolah

memenuhi keperluan pelajar yang tidak meraih PSLE yang

baik hingga menyebabkan mereka hadapi isu-isu keyakinan.

Ramai juga perlukan bantuan membangun keyakinan diri,

meningkatkan motivasi dan minat untuk belajar. Sekolah

juga mendapati sekitar 20 peratus pelajar mempunyai

keperluan pembelajaran atau pembangunan.

Bagi menangani jurang ini, Temasek Cares bekerjasama

dengan Northlight School untuk memulakan program

perintis bagi pelajar yang mempunyai keperluan

pendidikan. Program memberi sumber ke sekolah untuk

mengambil pakar-pakar pembelajaran seperti pelatih celik

YouthReach menyediakan sokongan berasaskan

masyarakat kepada belia dengan cabaran mental dan

keluarga mereka. Program yang dibangunkan Singapore

Association of Mental Health membantu belia

membangunkan kecekapan untuk kembali ke pangkuan

masyarakat. Pada 2010, Temasek Cares menyediakan

pembiayaan bagi membantu program ini membina

keupayaan dan kapasiti baru selama tiga tahun.

Menangani pelajar keperluan khas

memerlukan pendekatan yang seimbang

dan holistik. Dengan sokongan Temasek

Cares, sekolah kini dapat menyediakan

platform yang sesuai dan khusus untuk membantu

pelajar yang hadapi jurang pembelajaran besar

mengejar pelajar-pelajar lain dan menangani defi sit dari

segi kemahiran celik huruf dan celik angka. Program

ini juga membantu pelajar membaiki kemahiran

perhubungan dan membina keyakinan diri.

~ Aaron Chan, Pegawai Sokongan Pembelajaran,

Crest Secondary School

huruf dan pelatih celik angka. Pelajar yang mempunyai

kesukaran pembelajaran lebih teruk dirujuk kepada ahli

psikologi pendidikan. Guru-guru dilatih mengenalpasti

dan menyokong pelajar dengan keperluan khas di dalam

kelas. Program berterusan ini dijangka memanfaat hampir

600 pelajar dan guru. Tidak lama selepas itu, program yang

serupa dimulakan pada tahun 2011 bagi Assumption

Pathway School untuk dimanfaatkan lebih 480

benefi siari.

Mengambil iktibar dari program ini, Temasek Cares kemudian

meluaskan sokongannya kepada dua sekolah baru pada

2013 – Crest Secondary School dan Spectra Secondary

School, yang mempunyai program serupa bagi membantu

pelajar lebih lemah.

belia18 19

Page 12: TC AR2014_Malay.indd

Model-model positif boleh mempengaruhi belia memupuk tabiat minda yang

baik dan membangunkan kemahiran hidup yang berguna. Temasek Cares telah

menyokong pelbagai program mentor dengan Yayasan MENDAKI dan 4PM (Persatuan

Persuratan Pemuda Pemudi Melayu) bagi pelajar ITE. Selain program mentor, Temasek

Cares memulakan program terapi ekuin perintis

dengan Equestrian Federation of Singapore (EFS)

untuk mendekati belia berisiko. Program tersebut

menggunakan potensi terapeutik dan pemulihan

kuda bagi membantu belia membina keyakinan,

meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi.

Membina Hubungan Yang Sihat Dengan Rakan Sebaya Dan Dewasa

Temasek Cares bekerjasama dengan Yayasan MENDAKI

pada 2010 bagi program mentor untuk pelajar Melayu/

Islam di kolej ITE. Program Education Trust Fund/

Temasek Cares – Academic and Life Skills Coaching

menyediakan mentor terlatih untuk membantu

pelajar dengan keperluan akademik dan bertindak

sebagai model contoh selain menjadi rakan. Ia

dilaksanakan selepas MENDAKI mendapati, menerusi

tinjauan kumpulan fokus, bahawa pelajar perlu lebih

banyak sokongan sosial untuk berjaya di sekolah

dan menamatkan pendidikan ITE. Program perintis

cukup berjaya dan dimanfaatkan 210 pelajar. Hari ini,

MENDAKI terus menawarkan program ini sebagai salah

satu teras inisiatif bagi pelajar Melayu/Islam di ITE.

Interaksi dengan kuda mempunyai kedua-dua

potensi pemulihan dan terapeutik, terutamanya

bagi remaja yang mengalami masalah

menyesuaikan diri dalam masyarakat. Temasek

Cares, bersama-sama dengan rakan-rakan penaja

Trailblazer Foundation dan T-Touch, menyediakan

pembiayaan awal kepada EFS untuk mewujudkan

satu program terapi kuda berstruktur untuk belia.

Program perintis 3 tahun, yang dikenali sebagai

Equine-Assisted Learning (EQUAL) berakhir

awal tahun 2014 dan dimanfaatkan lebih 500

pelajar dari Northlight School dan Assumption

Pathway School. Sekolah-sekolah ini melaporkan

bahawa pelajar menganggap kuda sebagai rakan

mereka dan memikul tanggungjawab untuk

mengemaskan, menunggang dan bercakap dengan

mereka. Prestasi sekolah mereka bertambah baik –

pergaulan mereka dengan guru dan pelajar menjadi

lebih baik, mampu menunjukkan empati, dan lebih

kerap ke sekolah.

t

n

/

Pada 2013, Temasek Cares menyokong satu program

oleh 4PM bagi pelajar berisiko di ITE. Dikenali sebagai

FRENZ, program ini menggabungkan program

mentor dengan kerja sosial sekolah. Kerja sosial

sekolah melengkapkan aktiviti mentor melalui kerja

kes dan kaunseling, intervensi keluarga dan sesi kerja

kumpulan. FRENZ bercadang membantu 480 belia

membina daya tahan, keperibadian dan menamatkan

pendidikan ITE mereka.

Saya berterima kasih atas sokongan dan

bantuan mentor yang saya terima dari

FRENZ yang membantu saya mengenali

potensi dan minat saya sebagai

pemimpin pelajar. Saya kini lebih bermotivasi untuk

cemerlang dalam pengajian dan saya juga galakan

rakan-rakan untuk sama-sama cemerlang.

~ Adi Suff yan (paling kiri), menerima sijilnya

di majlis tamat pengajian FRENZ

belia20 21

Page 13: TC AR2014_Malay.indd

Peralihan dari kanak-kanak kepada orang dewasa yang berdikari

adalah mencabar terutama yang tidak cenderung dalam bidang

akademik atau mempunyai keperluan khas. Temasek Cares

membantu menyediakan belia ini untuk menerima perubahan

dengan lebih optimistik dan keyakinan supaya peralihan

selanjutnya dalam hidup mereka adalah lancar.

Program Peralihan Kerja yang dilaksanakan Bizlink Centre bertujuan

membantu belia yang kurang bernasib baik mendapat pekerjaan

dan berjaya di tempat kerja. Para pelajar dari Northlight School dan

Assumption Pathway School seperti Qi Hao (kiri) dibantu dengan

pekerjaan yang sesuai dan mendapatkan pekerjaan. Mereka juga

berpandukan menyesuaikan diri kepada sekitaran kerja yang baru, dan

menangani isu-isu pekerjaan, sosial dan keluarga supaya mereka dapat

mengekalkan pekerjaan mereka.

Mengembangkan Keupayaan Dan Kapasiti Untuk Kejayaan

Metta Welfare Association memulakan program perintis, Employment

Support Services for Graduates of Metta School (ESSM) untuk

membantu 130 pelajar dengan kecacatan intelektual sederhana atau

gangguan spektrum autisme mencari pekerjaan yang sesuai. Pusat ini

menyediakan lulusan dengan kemahiran keras supaya mereka dapat

dipadankan dalam pekerjaan dan kemahiran lembut untuk kekal efektik di

tempat kerja.

Apabila bapanya pertama kali mendapatkan bantuan ESSM,

beliau agak tegang, jarang bercakap dan hanya menjawab

kepada pertanyaan selepas banyak dorongan. Bukan sahaja ESSM

menyediakan pekerjaan, mereka juga memberinya kaunseling

mengenai maklum balas yang diterima penyelia beliau. Dengan

bantuan ESSM, Di Lun kini lebih selesa di tempat kerja dan

berupaya mengekalkan dalam pekerjaannya.

Program Equine-Assisted Training

and Employment (EQUATE) yang

dibangunkan oleh Equestrian

Federation of Singapore bertujuan

melatih dan menempatkan 30 orang

yang mempunyai keperluan khas

dalam pekerjaan berkaitan kuda seperti

pegawal stabil, pengemas, penjaga

dan krew penyelenggaraan. Sebagai

program perintis, pedagogi latihan bagi

kerjaya berkaitan kuda bagi mereka

yang mempunyai keperluan khas

dibangunkan bersama Association for

Persons with Special Needs.

Pendidikan anak-anak mungkin terhad oleh keadaan

kewangan keluarga. Temasek Cares tawarkan anugerah

dermasiswa kepada pelajar-pelajar ITE dan juga

pelajar-pelajar dari Spectra Secondary School dan

Assumption Pathway School. Anugerah ini berperanan

dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk

melengkapkan pengajian mereka dengan menampung

perbelanjaan persekolahan mereka.

Saya ghairah memulakan persekolahan di Spectra.

Saya belajar banyak kemahiran baru seperti memasak

dan membuat kek. Impian saya ialah membuka kedai

bakeri sendiri. Saya ingin cipta resipi sendiri dan

membuat roti enak untuk dinikmati semua.

~ Raihanah Maisarah bte M R (kanan),

penerima dari Spectra Secondary School

Mett

Sup

mem

gang

men

dipa

tem

Program Sokongan bagi Alumni bertujuan

membantu graduan Northlight School berjaya

dalam kehidupan dan kerjaya menerusi sokongan

berterusan untuk membantu mereka mencari

pekerjaan, atau menyesuaikan program sekolah atau

sekitaran kerja. Temasek Cares menyokong program

lanjutan ini untuk membantu lebih 660 alumni

dalam tempoh tiga tahun.

belia22 23

Page 14: TC AR2014_Malay.indd

Keluarga yang kuat membentuk asas masyarakat yang berkembang,

menyumbang kepada kestabilan sosial dan perpaduan

negara. Keluarga menyediakan sauh sokongan, motivasi dan kepuasan dalam hidup

kita. Temasek Cares bekerjasama dengan rakan-rakan dalam sektor perkhidmatan sosial

untuk membina ikatan yang lebih kukuh dalam keluarga dan masyarakat, menyokong

mereka yang memerlukan kesihatan mental yang positif, dan membantu bekas pesalah

kembali ke pangkuan masyarakat.

IKATAN KUAT, KELUARGA RAPAT

keluarga

14program*

3,700 benefi siari

$3.6 juta geran program

* Mencerminkan bilangan perjanjian geran antara Temasek Cares dan rakan-rakan untuk pembiayaan program

Foto: Yayasan MENDAKI

24 25

Page 15: TC AR2014_Malay.indd

Mewujudkan asas keluarga yang kukuh menjadi asas program Temasek Cares untuk

keluarga. Untuk membolehkan sekitaran rumah yang sesuai dan memberi sokongan

kepada pelajar dan keluarga mereka, program Melibatkan Ibu Bapa di Northlight

School dan Crest Secondary School membantu membina sekitaran rumah yang stabil

untuk pelajar. Satu Pekerja Sosial Keluarga berdedikasi juga diambil Assumption

Pathway School (APS) bagi membantu pelajar daripada keluarga yang bermasalah.

Dalam program Melibatkan Ibu Bapa di Northlight School

dan Crest Secondary School, satu penyelaras sepenuh

masa bertemu secara kerap dengan ibu bapa untuk

membincangkan kemajuan akademik dan pilihan kerjaya

selain jalankan kegiatan-kegiatan yang menggalakkan

ikatan antara ibu bapa dan anak-anak.

Dalam program perintis pada 2011, Temasek Cares menyokong

APS dengan menyediakan Pekerja Sosial Keluarga (FSW)

sepenuh masa yang ditempatkan di sekolah. Salah satu faktor

yang menyumbang kepada kelakonan buruk kanak-kanak di

sekolah ialah sekitaran rumah yang mencabar.

FSW akan menilai secara keseluruhan keperluan keluarga dan

menyediakan kaunseling dan sumber yang wajar. FSW akan juga

menghubungkan keluarga kepada pelbagai skim dan program

dan akan ambil tindakan susulan bagi kemajuan pelajar.

Secara umumnya, FSW akan bertindak sebagai pekerja kes

untuk mencapai hasil yang baik dalam menyediakan sekitaran

keluarga yang selamat, kondusif bagi pelajar.

Bina Keluarga Berdaya Tahan

Azian ialah pekerja sosial keluarga dengan APS

yang berperanan menyediakan sokongan kepada

pelajar dengan latar belakang keluarga yang

rumit. Semasa bercakap dengan seorang pelajar,

Lavitraa, Azian merasakan bahawa terdapat dimensi

keluarga yang menyumbang kepada kesukaran

pembelajaran Lavitraa. Setelah bekerjasama

dengan ibu bapa Lavitraa dan guru, mereka dapat

menyediakan Lavitraa dengan bimbingan dan

penjagaan yang diperlukan untuk menguruskan

keperluannya dengan lebih baik. Ibu bapa Lavitraa

juga diberi petua keibubapaan tentang bagaimana

untuk menguruskan lebih baik sikap Lavitraa.

a

Kebanyakan ibu bapa kita berasal dari keluarga

yang bekerja, mereka tidak mempunyai banyak

masa, tenaga atau kewangan untuk mempunyai

kegiatan sosial yang tertumpu kepada keluarga. Oleh

itu, program-program yang disediakan oleh pihak sekolah akan

menyediakan platform bagi keluarga ini untuk menyambung dan

membina ikatan dalam sekitaran selain dari sekitaran rumah.

~ Celest Ling, Kaunselor Sekolah, Crest Secondary School

keluarga26 27

Page 16: TC AR2014_Malay.indd

Melibatkan Masyarakat Bagi Perkembangan

Kami percaya dalam mewujudkan peluang sama rata untuk semua. Program Projek SPARK

(Successful Parents and Resilient Kids) menghulur bantuan kepada ibu tunggal yang sering

berhadapan dengan cabaran hebat membina semula kehidupan mereka. Crisis Shelter Services

for Abused Women and Children menyediakan tempat yang selamat bagi mangsa penderaan

keluarga manakala pencari nafkah tunggal dari keluarga berpendapatan rendah menerima

bantuan mentor untuk mobiliti sosial di bawah program Career Rising.

Projek SPARK dilancarkan pada 2010 dengan kerjasama empat kumpulan bantu

diri, Yayasan MENDAKI, Chinese Development Assistance Council, Singapore

Indian Development Association dan Eurasian Association bagi menyediakan

sokongan bagi ibu bapa tunggal dan anak-anak mereka di dalam masyarakat.

Program ini menyediakan bantuan pekerjaan, latihan kemahiran, sokongan

kewangan dan pilihan penjagaan kanak-kanak bagi tanggungan dengan tujuan

mengalak ibu bapa tunggal, terutama ibu-ibu, menyertai semula alam pekerjaan

supaya mereka dapat berusaha untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.

Menjelang 2014, program ini telah membantu 1,500 keluarga.

Casa Raudha Women Home adalah tempat perlindungan

krisis yang menyediakan tempat yang selamat untuk wanita

yang didera dan anak-anak mereka. Di bawah program

Crisis Shelter Services for Abused Women and Children,

wanita-wanita yang dianiaya dan anak-anak mereka diberikan

kaunseling, nasihat dan bantuan kewangan untuk membina

semula kehidupan mereka.

Career Rising ialah program mentor dengan Mendaki

SENSE untuk membantu pekerja Melayu Islam dari keluarga

berpendapatan rendah membaiki kedudukan sosial melalui

peningkatan kerjaya. Di bawah program ini, mentor terkemuka

dari kalangan masyarakat memberi bimbingan kepada pekerja

ini untuk maju memperolehi pekerjaan profesional, pengurusan

dan eksekutif yang menawarkan gaji lebih tinggi.

Selama 17 tahun, Puan Salbiah adalah seorang suri rumah yang

memberi semua tumpuannya untuk menjaga ketiga-tiga anaknya

dan bergantung kepada suaminya untuk pendapatan keluarga.

Selepas bercerai pada usia 44 tahun, dia berjaya mencari satu kerja

peringkat rendah. Namun gaji yang rendah bermakna dia terpaksa

bekerja lebih masa untuk meraih pendapatan yang cukup untuk

menyokong keluarganya, hingga menyebabkan anak-anaknya

terabai tanpa jagaan di rumah.

Projek SPARK membantu Puan Salbiah

meningkatkan kemahiran dan membaiki

pilihan kerjaya beliau. Beliau berjaya

mendapat pekerjaan yang membayar

gaji lebih baik dan dapat meluangkan

lebih banyak masa bersama keluarganya.

Projek SPARK telah mendorong beliau

untuk teruskan perjalanan beliau ke arah

pembelajaran sepanjang hayat dan beliau

kini sedang berusaha meningkatkan lagi

prospek kerjayanya.

Puan Tan Lie Pin, ibu dua anak

lelaki, merupakan benefi siari

Projek SPARK.

keluarga28 29

Page 17: TC AR2014_Malay.indd

Memperkasa Peluang-Peluang Kehidupan

Program ESS oleh Singapore Anglican

Community Services, telah ditubuhkan untuk

mencari pekerjaan yang bermakna bagi mereka

yang baru pulih dari penyakit mental. Disokong

oleh Temasek Cares sejak 2009, ESS telah

membantu memadankan klien dengan 159

tapak kerja dalam pelbagai industri.

Yellow Ribbon Fund – Temasek Cares STAR Award

membawa bekas pesalah lebih dekat ke arah membina

semula kehidupan mereka melalui dermasiswa yang

diberikan kepada bekas pesalah yang memerlukan untuk

membantu mereka dengan kos kemahiran dan latihan

vokasional. Sejak dilancarkan pada tahun 2010, program

ini telah memberi 27 bekas pesalah satu lagi peluang

untuk membuat sumbangan positif kepada masyarakat.

Ditadbirkan oleh Agency for Integrated Care, program

Club HEAL yang ditubuhkan pada 2013, menyediakan

sokongan masyarakat bagi pelanggan Melayu/Islam

dengan keadaan kesihatan mental dan penjaga mereka.

Pelanggan disediakan dengan pemulihan psikiatri yang

sensitif budaya manakala penjaga meraih manfaat

daripada kegiatan-kegiatan latihan, pendidikan dan

kegiatan kumpulan sokongan untuk menguruskan

dengan lebih baik keadaan tanggungan-tanggungan

mereka.

Pada usia 24 tahun, Encik Hasbi adalah lima

tahun lebih tua daripada rakan-rakan beliau

yang belajar Kejuruteraan Marin di Singapore

Polytechnic. Ketika beliau berusia lebih

muda, beliau sedang meringkuk di penjara

kerana mengedar dadah. Dia mengambil

semula peperiksaan peringkat ‘O’ semasa dalam penjara dan berjaya diterima masuk

Singapore Polytechnic. Datang dari keluarga berpendapatan rendah, keluarga Encik Hasbi

tidak mampu membantunya dalam perbelanjaan sekolah dan beliau hadapi kesukaran

imbangi kerja separuh masa dengan kerja-kerja sekolah. Hasil bantuan Yellow Ribbon

Fund – Temasek Cares STAR award, perbelanjaan sekolah Encik Hasbi terjaga, lantas

membolehkannya memberi tumpuan kepada pelajaran dan meraih gred lebih baik.

Temasek Cares memberi pengupayaan kepada orang-orang yang mengalami

cabaran mental dengan keyakinan dan harapan untuk mendapatkan peluang

pekerjaan melalui program Khidmat Sokongan Pekerjaan (ESS) sementara

program Club HEAL meluaskan sokongan bagi orang-orang dengan isu-isu

kesihatan mental dan penjaga mereka.

Bekas pesalah juga diberi peluang kedua

untuk kembali ke pangkuan masyarakat

melalui Yellow Ribbon Fund – Temasek

Cares STAR Award.

ESS telah banyak membantu

saya. Mereka mengesyorkan

saya pekerjaan sebagai pelatih

pentadbiran. Saya suka belajar kemahiran

hidup seperti pengurusan tekanan dan menetapkan

matlamat. Sekarang, frasa kegemaran yang saya gunakan

untuk memberi motivasi kepada diri saya apabila saya

menghadapi cabaran adalah “Menjadi bahagia adalah

pilihan, bukan secara kebetulan ”.

~ Eunice2, pelatih pentadbiran dan benefi siari ESS

2 Nama telah ditukar untuk melindungi identiti benefi siari.

keluarga30 31

Page 18: TC AR2014_Malay.indd

Menjelang 2030, 1 dalam setiap 5 penduduk Singapura

akan berumur 65 tahun ke atas. Selaras

dengan pertumbuhan penduduk yang semakin tua, cabaran-cabaran baru

yang dihadapi warga tua akan muncul. Temasek Cares membiayai program

perintis yang direka untuk membantu warga tua menjalani kehidupan

tua secara terhormat dan bermaruah. Sama penting ialah memastikan

bahawa terdapat satu sistem sokongan yang mencukupi untuk penjaga dan

karyawan penjagaan kesihatan terlatih.

warga tua

PENUAAN TERHORMAT, HIDUP BERMARUAH

13programs*

2,000 benefi siari

$4.2jutageran program

* Mencerminkan bilangan perjanjian geran antara Temasek Cares dan rakan-rakan untuk pembiayaan program

Foto: HCA Hospice Care

32 33

Page 19: TC AR2014_Malay.indd

Pada tahun 2010, Temasek Cares bekerjasama dengan St Hilda’s Community Services Centre untuk

membangunkan Ageing in Place @ Tanjong Rhu – program berasaskan kejiranan bagi warga tua. Singapore

Programme for Integrated Care for the Elderly (SPICE) juga ditubuhkan pada tahun 2010 untuk memenuhi

keperluan warga tua dengan keperluan lebih tinggi bagi penjagaan perubatan dan kejururawatan. Program

perintis Caring Assistance from Neighbours (CAN) pula membantu warga tua rentan menguruskan kesihatan

mereka dengan bantuan jiran-jiran mereka. Pada tahun yang sama, program Integrated Promoters of Active

Living (iPAL) ditubuhkan untuk menyediakan kegiatan rangsangan di rumah bagi warga tua dengan demensia

dan rawat rehat bagi pengasuh mereka.

Bantu Penuaan Dengan Terhormat

Puan Lim, yang terpaksa melalui proses pembedahan

amputasi kaki akibat penyakit kencing manis, menerimakan

terapi di DRC, Ageing in Place@Tanjong Rhu.

Ageing in Place @Tanjong Rhu menyediakan lawatan rumah dan khidmat pemulihan bagi warga tua lemah yang menetap di estet Tanjong Rhu. Program ini menawarkan perkhidmatan pemulihan harian bagi 240 warga tua dan penjaga mereka yang tinggal di estet itu. Pusat pemulihan harian telah dilengkapi dengan pusat singgah, pusat jagaan sosial harian dan pusat jagaan demensia bagi menyediakan khidmat kepada 480 pelanggan.

Di bawah program perintis SPICE oleh Salvation Army Bedok Multi-Service Centre, pusat pemulihan harian sedia ada telah diubahsuai dan dipertingkatkan bagi memberi rawatan perubatan dan kejururawatan untuk warga tua lemah yang hadapi kecacatan fungsi dan morbiditi perubatan. Di bawah program ini, satu pasukan pelbagai disiplin yang merangkumi jururawat, ahli terapi, pengurus kes dan pekerja kesihatan menjaga keperluan warga tua. Pusat ini juga beroperasi pada waktu yang dilanjutkan supaya penjaga dapat terus bekerja atau dapatkan masa rehat dari terus menjaga warga tua di siang hari. Kejayaan program perintis ini mendorong Kementerian Kesihatan untuk merancang pembinaan pusat-pusat pemulihan sembilan hari yang menggabungkan model SPICE. Sehingga kini enam pusat telah ditubuhkan. Program perintis SPICE ditadbir oleh Agency for Integrated Care (AIC).

Program iPAL menyediakan khidmat asuhan bagi warga tua

yang berpenyakit demensia dan khidmat rehat bagi penjaga

mereka. Di bawah program ini, relawan masyarakat menghadiri

kursus tersusun, dan menerima latihan di tempat kerja oleh Khoo

Teck Puat Hospital. Program perintis ini, yang dilaksanakan oleh

NTUC Eldercare dan Thye Hua Kwan Moral Charities, bertujuan

membantu 350 warga tua dan penjaga mereka menjelang 2015.

Program ini dibiayai Balaji Sadasivan Endowment, yang diuruskan

oleh Temasek Cares dan ditadbir oleh AIC.

Program perintis CAN oleh Temasek Cares dan AIC, bertujuan

membantu warga tua rentan menguruskan keadaan

kesihatan mereka dengan lebih baik. Di bawah program

yang telah dilaksanakan oleh NTUC Eldercare dan Thye Hua

Kwan Moral Charities, penjaga masyarakat terlatih akan

melawat warga tua di rumah selain memantau kesihatan

mereka dan memberikan bantuan secara tetap. Pendekatan

dalam pengurusan penyakit kronik memperkukuhkan sistem

sokongan kejiranan dan membolehkan lebih ramai warga

tua menjalani sisa-sisa hidup mereka.

Jean menyertai CAN selepas satu lawatan pintu ke pintu.

Apabila dia mendengar tentang jirannya, Puan Leong, yang

berkerusi roda, dia segera menyertai CAN sebagai penjaga.

Beliau kerap melawat Puan Leong dan beri peringatan

supaya wanita itu mengambil ubat setiap hari. Dia juga

menghabiskan masa berbual-bual dengan jirannya itu dan

membantu menyediakan masakan di rumah dan membeli

barangan keperluan.

warga tua34 35

Page 20: TC AR2014_Malay.indd

Membangun Keupayaan Baru Bagi Penjagaan Jangka Panjang

Program TRiC menyediakan tapak ujian

bagi teknologi-teknologi baru yang

dibangunkan oleh Agency for Integrated

Care dan Singapore Polytechnic bagi

membaiki pemulihan mereka yang cedera

dan golongan tua selain meningkatkan

kecekapan pusat-pusat yang dikendalikan

St. Andrew’s Community Hospital and Asian

Women’s Welfare Association (AWWA).

Temasek Cares menyediakan pembiayaan

awal bagi empat projek melalui Balaji

Sadasivan Endowment.

Young Caregivers Programme bertujuan untuk memupuk

pelajar menjadi penjaga masa depan dengan menyemai

dalam diri mereka rasa empati dan berkhidmat bagi

penjagaan warga tua. Program ini juga menggalakkan

pelajar-pelajar melawat hospis dan pusat-pusat lain

bagi warga tua bagi penglibatan aktif. Temasek Cares

menyokong program dengan HCA Hospice Care ini

dalam tempoh 2 tahun, membantu lebih 18,000 pelajar.

Menjelang 2013, program ini telah membantu lebih 70,000

dari 180 sekolah di Singapura.

Sebagai persediaan untuk masa depan di mana terdapat banyak lagi warga

tua yang memerlukan sokongan penjagaan kesihatan, anugerah kajian dari

Balaji Sadasivan – Healthcare Building Capability Project ditawarkan

untuk meningkatkan bilangan karyawan dalam sektor penjagaan jangka

pertengahan dan jangka panjang (ILTC). Ditadbir oleh Agency for Integrated

Care, anugerah kajian ini membantu membiayai yuran pengajian, kos

buku-buku teks dan lain-lain yang diperlukan untuk pengajian berkaitan

ILTC seperti kejururawatan, fi sioterapi, terapi pekerjaan dan pentadbiran

penjagaan kesihatan. Anugerah ini dibiayai oleh Balaji Sadasivan Endowment,

dan diuruskan oleh Temasek Cares. Ia terbuka kepada pelajar-pelajar dari

Ngee Ann Polytechnic, Nanyang Polytechnic, Republic Polytechnic dan

Institute of Technical Education.

Goh Pei Qi (paling kiri) bercita-cita untuk menjadi ahli terapi

pekerjaan. Beliau merupakan salah seorang pelajar yang meraih

manfaat dari Anugerah Pengajian Balaji Sadasivan.

Puan Lim menerima rawatan

pemulihan di pusat AWWA READYCARE

sejak pembedahan tulang belakang

menyebabkan beliau berkerusi roda

dan tidak berupaya memasak bagi

dirinya sendiri. Selepas menjalani terapi

menggunakan latihan kognitif berasaskan komputer, Puan Lim

capai kemajuan dan mula dapat memasak semula.

Temasek Cares sedang membangunkan keupayaan dalam sektor Penjagaan Jangka Panjang melalui tiga

program. Program Technology-assisted Rehabilitation in the Community (TRiC) melihat cara-cara

untuk membangunkan keupayaan baru di pusat pemulihan sehari di Singapura. Balaji Sadasivan –

Healthcare Building Capability Project bertujuan menarik lebih ramai karyawan penjagaan kesihatan

sementara Young Caregivers Programme pula melihat cara-cara memupuk penjaga masa hadapan.

warga tua36 37

Page 21: TC AR2014_Malay.indd

iCommunity@North, ialah rangkaian kesihatan mental serantau yang

pertama di Singapura, telah dilancarkan pada tahun 2012. Perkongsian

ini menawarkan penjagaan kesihatan mental yang holistik dan

bersepadu bagi pesakit demensia di bahagian utara Singapura menerusi

pasukan khusus yang terlatih dalam penjagaan demensia. Mereka

menyediakan warga tua dan penjaga mereka khidmat sosial, masyarakat

dan penjagaan kesihatan yang cepat, dan mudah diperolehi, selain dekat

dengan rumah jika mampu, bagi membolehkan mereka dapat meniti

usia senja. Dalam tempoh dua tahun, rangkaian ini telah membantu

lebih 11,000 penduduk di Yishun dan Sembawang dan secara langsung

membantu 420 orang yang menanggung demensia dan penjaga mereka.

Terdapat dua pasukan khusus di bawah iCommunity@North.

Community Resources, Engagement and Support Team (CREST)

yang dirintis oleh Thye Hua Kwan Moral Charities beri

tumpuan kepada mendekati

masyarakat dan pendidikan

dalam mengenalpasti

demensia dan keadaan

kesihatan mental di kalangan

warga tua dan padankan

mereka dengan perkhidmatan

yang sesuai untuk diagnosis

dan rawatan.

Demensia merupakan satu bidang baru yang diperlukan. Kadar kelaziman

semasa bagi demensia adalah 6% di kalangan warga emas dalam masyarakat.

Bersama-sama dengan nisbah penduduk yang semakin tua dan sokongan

yang semakin mengecut, ini bermakna bahawa akan ada permintaan yang

semakin meningkat bagi struktur sokongan untuk

membolehkan warga tua meniti usia senja.

Community Intervention Team (COMIT) yang dirintis

oleh O’Joy Care Services pada dasarnya menyediakan terapi

kaunseling dan penyelarasan perkhidmatan penjagaan

kepada warga tua yang menanggung demensia dan

penjaga mereka. Pelan-pelan intervensi termasuk strategi

mengatasi dan pendidikan dalam pengurusan demensia

dan isu-isu yang berkaitan. Dengan pembiayaan awal dari

Temasek Cares, Agency for Integrated Care (AIC) telah

menubuhkan rangkaian ini merangkumi rakan-rakan sosial

dan penjagaan kesihatan untuk menyediakan penjagaan

tertumpu kepada masyarakat, warga tua dan penjaga

mereka. Pemerhatian dan iktibar daripada pelaksanaan

rangkaian perintis ini amat penting dalam perancangan

dan pembangunan rangkaian penjagaan demensia dan

kesihatan mental serantau. Program ini ditadbir oleh AIC

dan disokong oleh Khoo Teck Puat Hospital dan rakan-

rakan masyarakat.

Membangunkan Rangkaian Mental Kesihatan Serantau

pi

l

3 Nama telah ditukar untuk melindungi identiti benefi siari.

an Moral Charities beri

Puan Tan3 mempunyai demensia. Beliau juga sering hadapi jangkitan yang sering

memerlukan rawatan hospital. Anak perempuannya, penjaga utama, tidak dapat menangani

keadaan yang semakin teruk itu. Dengan sokongan iCommunity@North dan rakan-rakannya,

Puan Tan menerima penjagaan perubatan serta merta. Anak perempuannya juga menerima

latihan penjagaan demensia dan mempelajari strategi menangani demensia. Bersama

pembantu rumah, beliau dapat terus menjaga Puan Tan di rumah.

warga tua38 39

Page 22: TC AR2014_Malay.indd

LAPORAN TAHUNANFY2013-2014

Memperbaiki kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan

Page 23: TC AR2014_Malay.indd

42 43

KIDS 0-3 (Khidmat Pembangunan Bersepadu Kanak-Kanak – pranatal hingga 3 tahun)

Khidmat perubatan, sosial dan pendidikan bersepadu

bagi kanak-kanak berisiko yang berumur 0-3 tahun,

dan ibu mereka

Rakan-rakan: KK Women’s and Children’s Hospital, Ang Mo Kio Family Service Centre

KIDS 0-3 adalah program berasaskan masyarakat yang

mengoptimumkan potensi pembangunan kanak-kanak

daripada keluarga berisiko yang berumur 0-3 tahun. Kajian

menunjukkan bahawa apabila sekitaran kanak-kanak muda

terabai, atau yang dipenuhi dengan kata-kata kesat, tekanan

buruk ini boleh meningkatkan risiko sepanjang hayat hingga

membawa kerosakan dalam pembelajaran, tingkah laku,

dan kesihatan. Anak kecil memerlukan hubungan positif dan

mesra, peluang pembelajaran yang baik dan sekitaran yang

selamat untuk berkembang maju selain memaksimumkan

potensi mereka.

Program ini, perkongsian antara Temasek Cares, KK Women’s

and Children’s Hospital (KKH) dan Ang Mo Kio Family Service

Centre (AMK FSC) menyepadukan khidmat perubatan,

sosial dan pendidikan yang penting dalam perkembangan

kanak-kanak yang berumur 0-3 tahun. Perkhidmatan yang

berasaskan pusat, lawatan ke rumah hingga perkongsian

masyarakat dapat memastikan kanak-kanak menerima

pemakanan yang baik, penjagaan perubatan, rangsangan

awal dan kesejahteraan emosi semasa di peringkat awal

kanak-kanak supaya mereka dapat memperolehi permulaan

yang baik bagi persediaan persekolahan. Ibu juga akan diberi

bantuan. Beliau menerima rawatan sebelum dan selepas

bersalin selain sokongan bagi kesejahteraan sosial dan

mental.

Pusat KIDS di Ang Mo Kio adalah ciri utama program

perintis ini. Pusat ini, yang disokong pakar pediatrik dan

pegawai kesihatan bersekutu, menyediakan kelas-kelas

pendidikan ibu bapa, penilaian kanak-kanak, intervensi

awal bagi kanak-kanak, bengkel dan perkhidmatan lain. Ia

dilengkapi perkhidmatan seperti lawatan ke rumah oleh

jururawat, pegawai kesihatan masyarakat atau pekerja sosial

- yang bekerjasama dengan ibu dan ahli keluarga untuk

mewujudkan satu pelan penjagaan dan intervensi awal bagi

kesihatan fi zikal, mental dan emosi kanak-kanak.

Dari Januari hingga Jun 2014, KKH, AMK FSC dan Temasek

Cares menubuhkan kecaraan rekaan, praksis, proses

penglibatan dan pelaksanaan, hasil yang dikehendaki dan

rangka kerja penyelidikan bagi program ini. Program ini

dijangka dapat dimanfaatkan sekitar 600 kanak-kanak dan

ibu mereka dalam tempoh tiga tahun.

KITS (Kanak-Kanak dalam Situasi

Sukar)

Terapi berfokuskan trauma dan berasaskan masyarakat

bagi kanak-kanak

Rakan-rakan: KK Women’s and Children’s Hospital, sekolah dan pusat khidmat keluarga

Program KITS menyediakan terapi berfokuskan trauma dan

berasaskan masyarakat dan intervensi bagi kanak-kanak yang

mempunyai masalah emosi dan psikologi yang berpunca

daripada trauma. Kanak-kanak sering terdedah kepada

peristiwa traumatik seperti kehilangan orang yang disayangi,

dibuli, keganasan rumah tangga, penyakit teruk, kemalangan,

dan lain-lain. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang

terdedah kepada trauma mempunyai risiko dua kali ganda

hadapi gangguan psikiatri.

KITS, program perkongsian antara Temasek Cares dan KK

Women’s and Children’s Hospital melatih 60 kaunselor

sekolah, pekerja sosial dan pakar terapi untuk menyediakan

terapi berfokuskan trauma dan kognitif (TF-CBT) di

dalam masyarakat. Program 3 tahun ini dijangka dapat

dimanfaatkan lebih 1,900 kanak-kanak dan ibu bapa, dan

boleh dicapai lebih 7,000 pelajar, guru, ibu bapa dan orang

ramai.

Dalam jangka panjang, KITS berazam untuk membangunkan

terapi trauma berasaskan masyarakat untuk kanak-kanak,

disesuaikan untuk Singapura. Program ini merupakan

sebahagian inisiatif “Sentiasa Bersedia” demi membangunkan

daya tahan masyarakat menghadapi kecemasan dan

disokong oleh Temasek Emergency Preparedness Fund.

SAFE (Sokongan Autisme melalui Pengupayaan Keluarga)

Bangunkan keupayaan di rumah kanak-kanak dengan

autisme

Rakan: KK Women’s and Children’s Hospital

Bilangan kanak-kanak didiagnosis dengan Gangguan

Spektrum Austisme (ASD) semakin meningkat. Pemahaman

yang lebih baik dan kesedaran tentang isu-isu perkembangan

kanak-kanak di kalangan ibu bapa dan pendidik awal kanak-

kanak antara sebab bagi trend ini dalam tempoh lima tahun

yang lalu. Ramai juga kanak-kanak dikesan pada usia yang

lebih muda.

Apabila kanak-kanak ini mula didiagnosis, ibu bapa perlu

maklumat dan sokongan bagi memahami dan mengurus

tingkah laku mereka. Ibu bapa sering berminat memulakan

intervensi untuk anak mereka seawal yang mungkin,

sementara menunggu pendaftaran dalam pusat Early

Intervention Programme for Infants and Children (EIPIC) .

SAFE ialah program perintis 3 tahun oleh Jabatan

Pembangunan Kanak-Kanak di KKH (KKH DCD) untuk

membangunkan keupayaan di rumah 360 kanak-kanak

dengan ASD yang berumur 2 hingga 4 tahun. Disokong oleh

pasukan pelbagai disiplin dari KKH DCD yang merangkumi

pakar pediatrik, jurupulih pekerjaan, pekerja sosial dan pekerja

kes, ia membantu keluarga menyediakan sekitaran rumah

yang selamat dan kondusif untuk menyokong perkembangan

kanak-kanak. Seorang anggota pasukan berkhidmat sebagai

Pemudah Cara Sokongan Keluarga dan membuat lawatan

tetap ke rumah untuk bekerjasama dengan ibu bapa.

Program ini melengkapi ibu bapa dengan pengetahuan dan

kemahiran untuk menguruskan rutin rumah seharian bagi

kanak-kanak, seperti makan, mandi, tidur, bersiap sedia untuk

sekolah, dan lain-lain. Ibu bapa merancang pelan individu

dengan matlamat tertentu untuk kanak-kanak dengan ASD.

Program perintis SAFE bertujuan membangunkan model

berasaskan bukti bagi sokongan awal untuk anak-anak

dengan ASD yang berkesan bagi masyarakat Singapura.

Page 24: TC AR2014_Malay.indd

44 45

ISSPA (Program Sokongan Integrasi kanak-kanak prasekolah dengan Autisme)

Membantu kanak-kanak prasekolah yang hadapi autisme

sederhana beralih mengikuti pendidikan aliran utama

Rakan-rakan: Rainbow Centre Singapore, Asian Women’s Welfare Association dan National Council of Social Service

ISPPA menyediakan sokongan integrasi dan peralihan bagi

kanak-kanak prasekolah yang hadapi Gangguan Spektrum

Austisme (ASD) yang sederhana. Kanak-kanak ini didaftar

di pusat Early Intervention Programme for Infants and

Children (EIPIC) dan berupaya mengikuti pendidikan aliran

utama. Dengan intervensi dan sokongan yang sewajarnya,

mereka dapat menyertai sepenuhnya dan secara bermakna

pembelajaran dan kegiatan sosial di dalam prasekolah dan

membuat peralihan ke sekolah aliran utama.

Program perintis ini dilaksanakan oleh Rainbow Centre (RC)

dan Asian Women’s Welfare Association (AWWA), dan ditadbir

oleh National Council of Social Service. Tumpuan adalah

bagi pasukan pakar dari RC dan AWAA untuk melengkapi

guru-guru dan kakitangan prasekolah dengan strategi

bagi menyokong pembelajaran anak dan integrasi kepada

prasekolah aliran utama, dan akhirnya beralih ke sekolah-

sekolah rendah aliran utama.

Sewaktu fasa permulaan, pasukan pakar menyiapkan

prasekolah bagi kedatangan kanak-kanak. Ini termasuk

mengadakan mesyuarat pengambilan kes dan latihan untuk

guru-guru prasekolah. Apabila kanak-kanak itu menghadiri

prasekolah, pasukan membuat lawatan untuk memerhatikan

kanak-kanak itu dalam persekitaran semulajadi mereka.

Pasukan itu kemudian menyokong sekolah dan penjaga dalam

membentuk strategi-strategi intervensi untuk menguruskan

tingkah laku dan membina komunikasi dan kemahiran sosial.

Sekolah juga diajar cara-cara untuk menyesuaikan rutin bilik

darjah bagi menampung kanak-kanak. Apabila kanak-kanak

bersedia memasuki sekolah rendah, pasukan menyemak

semula kes itu dengan prasekolah dan penjaga untuk melakar

matlamat bagi kanak-kanak itu, dan bertemu dengan sekolah

rendah bagi memastikan peralihan yang lancar.

Program 2 tahun itu dijangka memanfaatkan 180 kanak-

kanak. Satu kajian proses dan hasil penilaian akan dilakukan

untuk memperbaiki model perkhidmatan dan memperhalusi

penerimaan dalam masyarakat yang lebih luas.

Dermasiswa EIPIC

Membantu kanak-kanak dari keluarga berpendapatan

rendah laluan ke program intervensi awal

Rakan-rakan: National Council of Social Service dan pusat-pusat EIPIC

Program Dermasiswa EIPIC membantu kanak-kanak dengan

keperluan khas dari keluarga berpendapatan rendah

untuk menyertai intervensi awal di pusat Early Intervention

Programme for Infants and Children (EIPIC). Pusat EIPIC

menyediakan terapi dan khidmat sokongan pendidikan awal

bagi kanak-kanak enam tahun ke bawah, didiagnosis sebagai

berisiko mempunyai keperluan khas atau keadaan cacat.

Pada masa ini, terdapat 17 pusat sedemikian yang diuruskan

Badan Kebajikan Sukarela (VWO) yang kini mengendalikan

sekitar 1,500 kanak-kanak.

Keluarga berpendapatan rendah dengan kanak-kanak

ini mungkin hadapi cabaran kewangan yang meningkat.

Kanak-kanak ini mungkin menanggung kos pengangkutan

yang lebih tinggi sekiranya mereka sukar mengambil

pengangkutan awam dan perlu aturan pengangkutan khusus

yang lebih mahal. Dermasiswa EIPIC membantu keluarga-

keluarga ini secara kewangan dan membolehkan kanak-

kanak terus menyertai program ini. Program 2-tahun ini

menyokong 315 kanak-kanak setiap tahun dan ditadbir oleh

National Council of Social Service.

Ee Peng Liang – Projek Membangun Keupayaan Keperluan Khas

Membangun keupayaan sektor keperluan khas

Rakan-rakan: National Council of Social Service, Nanyang Polytechnic, Ngee Ann Polyechnic, Temasek Polytechnic, National University of Singapore

Projek Membangun Keupayaan Keperluan Khas Ee Peng

Liang menawarkan anugerah kajian bagi membantu sektor

keperluan khas mengambil dan melatih lebih ramai tenaga

kerja mahir. Penerima anugerah mesti mempunyai minat

mendalam bagi sektor ini, dan bersetuju untuk berkhidmat

dalam Badan Kebajikan Sukarela yang diluluskan bagi suatu

tempoh selepas tamat pengajian. Sejak 2011, projek ini telah

dianugerahkan kepada 29 pelajar yang menjalani latihan

untuk menjadi ahli fi sioterapi, ahli terapi pekerjaan, terapi

pertuturan dan guru-guru intervensi awal.

Projek ini ditadbir oleh National Council of Social Service dan

dibiayai dana Ee Peng Liang Endowment yang diuruskan oleh

Temasek Cares.

Penerima Anugerah bagi tahun 2013

Kimberly Cheong Kar Kee

Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ngee Ann

Polytechnic

Vanessa Ang Yu Ai

Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ngee Ann

Polytechnic

Rachelle Tan Yidan

Diploma dalam Kajian Awal Kanak-Kanak, Temasek Polytechnic

Nur Haslina Koh Binte Johari

Diploma dalam Fisioterapi, Nanyang Polytechnic

Chia Peiyun Christine

Diploma dalam Terapi Pekerjaan, Nanyang Polytechnic

Tan Jia Hui Elaine

Diploma dalam Terapi Pekerjaan, Nanyang Polytechnic

Lee Mee Huan Gracie

Diploma dalam Terapi Pekerjaan, Nanyang Polytechnic

Jawatankuasa Pemilihan

Wakil-Wakil dari Temasek Cares, National Council of Social

Service, Ngee Ann Polytechnic, Temasek Polytechnic, dan

pengamal industri.

Program Dermasiswa Pendidikan bagi Pelajar Serani

Membantu pelajar Serani sekolah rendah dari keluarga

berpendapatan rendah untuk berjaya di sekolah

Rakan: Eurasian Association

Program Dermasiswa Pendidikan bagi pelajar Serani

membantu pelajar sekolah rendah dari keluarga pendapatan

rendah membiayai perbelanjaan sekolah. Program ini

membantu keluarga Serani yang hadapi masalah kewangan

tetapi mungkin tidak layak menerima skim bantuan kewangan

sedia ada yang ditawarkan Persatuan Serani atau pemerintah.

Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2011 dan 57

pelajar telah menerima bantuan bagi membiayai kos yuran

sekolah, buku, pengangkutan untuk pergi dan balik ke

sekolah, dan makan semasa waktu rehat. Ibu bapa penerima

berkata dermasiswa ini membantu mengurangkan beban

kewangan, memberi mereka ketenangan fi kiran bahawa

pendidikan anak-anak mereka, yang menjadi keutamaan,

telah dijaga. Beberapa penerima juga berkongsi bahawa

biasiswa itu memberi dorongan untuk belajar lebih tekun,

membaiki gred mereka, membuat ibu bapa mereka bangga,

dan kepuasan untuk mencapai matlamat mereka.

Program biasiswa ini, yang dilanjutkan untuk dua tahun lagi,

dijangka dapat dimanfaatkan 56 keluarga lagi.

Page 25: TC AR2014_Malay.indd

46 47

Dermasiswa ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar

yang mungkin tidak meraih pencapaian akademik tertinggi

tetapi telah mempamerkan keazaman untuk membaiki dan

cemerlang dalam segala usaha. Ia juga bagi mengalak lebih

ramai pelajar untuk mengambil kursus Sijil Kemahiran ITE

(ISC) berkaitan kejuruteraan.

Program 3 tahun ini dijangka dimanfaatkan 48 pelajar.

Program Melibatkan Ibu Bapa

Membantu bina ikatan kekeluargaan lebih kukuh

Program ini melibatkan ibu bapa dalam pembangunan anak-

anak dan membantu membina hubungan kekeluargaan

yang lebih kukuh. Sekolah menganjurkan pelbagai kegiatan

setiap penggal sekolah yang melibatkan pelajar dan keluarga

mereka. Kegiatan termasuk ceramah mengenai kemahiran

keibubapaan dan kesedaran kerjaya, acara menyeronokkan

seperti pertandingan memasak dan menonton fi lem,

dan kegiatan gaya hidup sihat seperti acara sukan dan

pemeriksaan kesihatan.

Program bagi Spectra Secondary School

Program Sokongan Akademi bagi Pelajar dengan keperluan pembelajaran

Bantu pelajar lemah untuk mempertingkatkan diri secara

akademik

Program ini menyokong pelajar yang lemah dalam bidang

akademik atau yang mempunyai keperluan pembelajaran,

FRENZ

Membantu belia di ITE membina daya tahan dan

perwatakan

Rakan-rakan: 4PM (Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu), Institute

of Technical Education

FRENZ adalah program mentor dan program sosial kerja

sekolah bagi pelajar Institute of Technical Education (ITE).

Program ini telah diusahakan 4PM (Persatuan Persuratan

Pemuda Pemudi Melayu) untuk membantu belia membina

daya tahan, membangun perwatakan dan menerima

pendidikan pos-menengah.

Pelbagai kolej ITE akan mencalonkan kelas-kelas bagi

penyertaan dalam FRENZ. Kaunselor terlatih dari 4PM akan

menghadiri pelajaran dengan belia di dalam kelas-kelas ini.

Dengan menghadiri kelas bersama pelajar, kaunselor lebih

memahami cabaran-cabaran yang dihadapi pelajar dan

menyediakan sokongan yang tepat pada masanya. Kerja

kes disediakan bagi pelajar yang mempunyai keperluan

lebih rumit yang memerlukan sokongan jangka panjang.

Melalui pendekatan kelas yang menyeluruh ini, pelajar lebih

berupaya mengaitkan dan mengenal pasti kaunselor yang

melayari perjalanan ini dengan mereka.

Di luar bilik darjah, mentor relawan dari 4PM melibatkan diri

dan bermesra dengan pelajar menerusi pelbagai kegiatan

seperti temasya, acara kemasyarakatan, dan kerja-kerja amal.

Mentor dan belia menyertai acara-acara yang bermakna

seperti Ramadan-On-Wheels, yang mengagihkan makanan

kepada golongan kurang bernasib baik sewaktu Ramadan,

selain melawat warga tua. Belia meraih manfaat dari interaksi

secara peribadi dan positif dengan mentor mereka, yang

merupakan karyawan berpengalaman atau pemimpin

masyarakat. Jika perlu, mentor membantu menghubungkan

pelajar dengan keluarga dan kaunselor sekolah.

Temasek Cares membantu Frenz membina keupayaan dan

kapasiti baru, termasuk merekrut lebih ramai pemimpin,

meningkatkan kemahiran mentor, mewujudkan satu program

rakan bagi warga tua dan menganjurkan khemah tahunan.

Program 2 tahun itu dijangka memanfaatkan 480 belia.

Program bagi Crest Secondary School

Program Sokongan Akademik bagi Pelajar dengan keperluan pembelajaran

Bantu pelajar lemah untuk mempertingkatkan diri secara

akademik

Program ini menyokong pelajar yang lemah atau yang

mempunyai keperluan pembelajaran bantuan dalam

kurikulum sekolah. Pegawai sokongan pembelajaran (LSO)

yang diambil Crest Secondary School mengenal pasti

pelajar-pelajar ini dan membangunkan pelan intervensi

pembelajaran bagi mereka. Intervensi merangkumi

sokongan di bilik darjah atau sokongan pembelajaran di luar.

Pakar psikologi pendidikan yang diambil pihak sekolah akan

menilai dan bekerjasama dengan pelajar yang mempunyai

keperluan pembelajaran yang lebih rumit.

Program ini, yang disokong Temasek Cares, serupa dengan

yang dilaksanakan di Spectra Secondary School, Northlight

School dan Assumption Pathway School. Program 3-tahun ini

dijangka memanfaatkan lebih 150 pelajar.

Program Biasiswa Pendidikan

Mengiktiraf pelajar bagi pencapaian akademik dan peribadi

Program dermasiswa pendidikan mengiktiraf pelajar yang

telah mengatasi cabaran peribadi dan cemerlang di sekolah.

supaya mereka terima bantuan dalam kurikulum sekolah. Di

bawah program ini, Spectra Secondary School mengambil

pelatih celik huruf dan celik angka selain mendapatkan

khidmat ahli psikologi pendidikan. Pelatih celik huruf dan

celik angka bekerja rapat dengan guru-guru dan pendidik

bersekutu bagi mengenal pasti pelajar dan membangunkan

pelan intervensi khusus bagi mereka. Intervensi merangkumi

sokongan di bilik darjah atau sokongan pembelajaran di luar.

Pakar psikologi kemudian menilai dan menyokong pelajar

yang hadapi cabaran pembelajaran lebih teruk dan rumit.

Program ini, yang disokong Temasek Cares, serupa dengan

yang dilaksanakan di Crest Secondary School, Northlight

School dan Assumption Pathway School. Program 3-tahun ini

dijangka memanfaatkan lebih 150 pelajar.

Program Biasiswa Pendidikan

Menyokong pelajar dari keluarga berpendapatan rendah

dengan perbelanjaan berkaitan pendidikan

Program dermasiswa pendidikan menyediakan bantuan

kewangan kepada pelajar daripada keluarga yang

memerlukan dan membantu membiayai perbelanjaan

berkaitan sekolah. Sekolah anggarkan hampir 50% pelajar

memerlukan bantuan dengan kos buku teks, pakaian

seragam, makanan, pengangkutan ke dan dari sekolah, dan

bahan-bahan kursus. Dermasiswa ini diberi dalam bentuk

baucar, tokokan kad, bahan yang dibeli oleh pihak sekolah

atau sebagai pembayaran ganti terhadap penerimaan

barang-barang yang diluluskan. Program ini melengkapi skim

bantuan kewangan yang lain oleh pemerintah, pertubuhan-

pertubuhan akar umbi dan badan kebajikan sukarela.

Program 3 tahun ini dijangka memanfaatkan 300 pelajar.

Page 26: TC AR2014_Malay.indd

48 49

Program Sokongan Autisme@ITE

Menyokong pelajar dengan autisme di institut

posmenengah

Rakan-rakan: Autism Resource Centre (Singapore), Institute of Technical Education

Program Sokongan Autisme, bermula pada Jun 2013 dengan

kerjasama Autism Resource Centre (ARC), menyediakan

sokongan berstruktur bagi pelajar Institute of Technical

Education (ITE).

Pelajar yang menghadapi autisme menghadapi cabaran di

sekolah seperti menyesuaikan diri dengan kelajuan pelajaran,

bersosial, dan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-

guru. Program perintis ini membantu pelajar membangunkan

keupayaan sosial, pendidikan dan kesejahteraan yang

lebih baik di ITE supaya mereka memahami kurikulum dan

menamatkan pendidikan ITE mereka.

Program ini juga memberi latihan dan sokongan kepada

kakitangan ITE dan rakan-rakan pelajar autisme supaya

mereka lebih sedar dan memahami keadaan itu. Pengasuh

pula menerima panduan mengenai cara-cara menjalin

kerjasama dengan sekolah bagi menyokong pelajar.

Bekas pelajar Pathlight School, Young Yi Wei, telah meraih

manfaat yang besar dari program ini. “Latihan itu membantu

saya membaiki cara saya berinteraksi dengan orang ramai dan

mengetahui apa yang diperlukan mereka untuk memahami

saya. Pelatih dari ARC membantu saya mencari jalan yang

lebih baik untuk menangani keadaan tertekan, misalnya” kata

Yi Wei, pelajar kursus Teknologi Aeroangkasa di ITE.

Ibu bapanya amat menyokong usahanya dalam pengajian.

Ibunya, Cik Young, berkata: “Sebagai ibu, saya amat berterima

kasih dengan program ini kerana ia melengkapi anak saya

dengan kemahiran berinteraksi dengan orang lain dan

membaiki kesejahteraan mental. ITE adalah persekitaran yang

baru bagi anak saya. Program ini membantu beliau beralih

kepada persekitaran ITE yang lebih baik. Mengetahui bahawa

anak saya menerima sokongan dari ITE dan kaunselor ARC

mengurangkan kebimbangan saya”.

Program 3-tahun itu dijangka dimanfaatkan 73 pelajar dan

lebih 600 pengasuh, kakitangan ITE dan rakan-rakan.

Sokongan bagi Pelajar dari Keluarga Pincang

Sokongan kerja sosial bagi pelajar yang hadapi isu-isu

keluarga

Rakan: Assumption Pathway School

Assumption Pathway School bekerjasama dengan Temasek

Cares untuk memulakan program sokongan kerja sosial bagi

pelajar dari keluarga pincang pada 2011. Di bawah program

ini, pekerja sosial keluarga dari sekolah melawat pelajar di

rumah mereka untuk membantu mereka menangani cabaran

yang menjejas kesejahteraan emosi dan kehadiran di sekolah.

Program yang dipertingkatkan ini menyediakan sokongan

khusus bagi pelajar dari keluarga tunggal atau yang

menghadapi trauma akibat keganasan keluarga. Sekolah

bekerja dengan HELP Family Service Centre untuk

menyediakan intervensi bagi keluarga tunggal, dan dengan

PAVe (Promoting Alternatives to Violence) untuk mendekati

pelajar yang menjadi mangsa keganasan keluarga. PAVe

juga melatih guru-guru dari sekolah untuk mengenal pasti

mangsa trauma keluarga, yang mungkin tidak bersedia untuk

tampil, dan cara terbaik untuk menyokong mereka di dalam

bilik darjah dan rumah.

Program 2-tahun ini akan memanfaatkan 120 pelajar dan

anggota keluarga mereka.

Club HEAL – Program Kesihatan

Mental

Khidmat sokongan masyarakat bagi individu dengan

keadaan kesihatan mental dan pengasuh mereka

Rakan-rakan: Club HEAL, Agency for Integrated Care

Program kesihatan mental oleh Club HEAL membantu

lebih ramai individu dengan cabaran kesihatan mental

memahami keadaan mereka dan tampil ke hadapan bagi

pemulihan psikiatri. Walaupun program ini dibuka kepada

orang ramai, Club HEAL menyediakan perkhidmatan

tambahan yang mengambil kira keperluan masyarakat

Melayu-Islam, seperti bahasa dan pemilihan budaya.

Program ini menggabungkan campur tangan sosial,

pendidikan, pekerjaan, tingkah laku dan kognitif dalam

pendekatannya bagi pemulihan psikiatri. Secara bersama,

perkhidmatan ini membantu pelanggan meneruskan

proses pemulihan apabila dilepaskan dari penjagaan

psikiatri akut, dan untuk mencapai pemulihan jangka

panjang dan kembali ke pangkuan masyarakat. Pengasuh

menerima latihan dan pendidikan, dan mengambil

bahagian dalam aktiviti-aktiviti kumpulan sokongan.

Club HEAL anjurkan seminar pendidikan awam dan

kegiatan mendekati masyarakat untuk meningkatkan

kesedaran mengenai kesihatan mental di dalam

masyarakat. Ia mempunyai pasukan relawan, yang dikenali

sebagai “HEALing Friends” yang menyokong kakitangan

dalam menyediakan khidmat berasaskan rumah dan

masyarakat bagi klien dan pengasuh mereka.

Program 2-tahun dijangka dapat memanfaatkan 200

individu dan pengasuh mereka.

Career Rising

Membantu pekerja Melayu/Islam dari keluarga

berpendapatan rendah dengan kemajuan kerjaya

Rakan: Mendaki SENSE

Career Rising adalah perkongsian antara Temasek

Cares, Mendaki SENSE, pemimpin masyarakat dan rakan

perniagaan. Program ini membantu meningkatkan

mobiliti sosial bagi isi rumah berpendapatan rendah.

Keluarga meraih manfaat apabila anggota keluarga

berupaya mendapat pekerjaan dengan gaji lebih tinggi

dan memperluaskan potensi kerjaya.

Di bawah program Career Rising, Mendaki SENSE membantu

pekerja Melayu/Islam dari keluarga berpendapatan rendah

berjaya dalam pekerjaan profesional, pengurus dan eksekutif

(PME). Pekerja ini datang dari keluarga yang mempunyai

pendapatan kapita $850 dan lebih rendah, mempunyai

potensi mengambil kedudukan PME dan baru dinaikkan

pangkat. Mereka menerima latihan dalam kepimpinan

dan kemahiran pengurusan seperti menjalin rangkaian,

pengurusan sumber manusia dan pengurusan konfl ik. Ini

melengkapi kursus latihan kemahiran fungsi yang disediakan

Mendaki SENSE. Mereka juga diberi bimbingan oleh mentor

dari masyarakat yang merupakan karyawan berpengalaman

atau individu yang memegang jawatan pengurusan kanan

dalam industri yang berkaitan.

Program 2 tahun ini dijangka dapat memanfaatkan 275

pekerja dan keluarga mereka.

Page 27: TC AR2014_Malay.indd

Dalam FY 2013 (1 April 2013 - 31 Mac 2014), Temasek Cares

menggunakan $7,526,644 dari dana endowmennya untuk

memenuhi mandat membaiki kehidupan warga Singapura

yang memerlukan. $6,770,000 diberikan sebagai geran

untuk menyokong 18 program yang dijangka memberi

bantuan kepada lebih 4,750 benefi siari apabila dilaksanakan

sepenuhnya. Nisbah perbelanjaan bagi tahun itu ialah 11%4.

Geran program telah bertambah dari tahun ke tahun. Nisbah

perbelanjaan kekal antara 11 - 12%, di bawah tanda aras kami

sebanyak 15%.

Carta-carta disebelah kanan berikut menunjukkan kemajuan

sejak lima tahun kewangan. (Carta 1: Jumlah Belanjawan

(program + perbelanjaan); Carta 2: Bilangan program dan

benefi siari).

Bagi FY 2014, Temasek Cares akan menguruskan endowmen

baru yang dikenali sebagai Dana Persediaan Kecemasan

Temasek. Endowmen ini ditubuhkan Temasek Holdings untuk

membina daya tahan masyarakat hadapi kecemasan dan

krisis. Dengan endowmen baru ini, jumlah semua endowmen

yang ditadbir oleh Temasek Cares sebanyak $229 juta.

Temasek Cares akan menyediakan struktur sokongan

yang diperlukan bagi memenuhi mandat yang semakin

berkembang dan komitmen bertambah kepada masyarakat

Singapura.

Pasukan Pengurusan Temasek Cares

Woon Saet Nyoon Pengurus Besar

Kee Kirk Chuen Timbalan Pengurus Besar

Tahun Jumlah Geran

Belanjawan Program

Tahun 1 2009-2010 $1,901,656 $1,677,529

Tahun 2 2010-2011 $3,481,673 $3,072,080

Tahun 3 2011-2012 $3,782,552 $3,330,000

Tahun 4 2012-2013 $5,086,007 $4,550,000

Tahun 5 2013-2014 $7,526,644 $6,770,000

Jumlah $21,778,532 $19,399,609

Tahun Jumlah Jumlah

Benefi siari Program

Tahun 1 2009-2010 1,200 5

Tahun 2 2010-2011 3,200 15

Tahun 3 2011-2012 3,750 15

Tahun 4 2012-2013 4,700 14

Tahun 5 2013-2014 4,750 18

Jumlah 17,600 67

Nota Pengurusan

4 Nisbah Perbelanjaan dihitung sebagai nisbah perbelanjaan operasi dan modal dengan jumlah perbelanjaan bagi tahun kewangan. Bagi FY2013, Nisbah Perbelanjaan = 11% ($756,644/$$7,526,644).

Carta 1: Jumlah Belanjawan

Carta 2: Bilangan program dan benefi siari

50 51

Balaji Sadasivan – Projek Bangun Keupayaan Penjagaan Kesihatan

Bangunkan keupayaan penjagaan jangka panjang dan

pertengahan

Rakan-rakan: Agency for Integrated Care, Nanyang Polytechnic, Ngee Ann Polytechnic, Republic Polytechnic, Institute of Technical Education

Projek Bangun Keupayaan Penjagaan Kesihatan Balaji

Sadasivan menawarkan anugerah pengajian untuk

membantu sektor Penjagaan Jangka Pertengahan dan Jangka

Panjang (ILTC) mengambil dan melatih lebih ramai tenaga

kerja mahir, sebagai respons kepada kekurangan meruncing

jururawat, karyawan kesihatan bersekutu dan pentadbir

dalam sektor ini. Setelah tamat pengajian, penerima anugerah

berkhidmat di institusi ILTC yang diluluskan yang menjadi

pilihan mereka bagi tempoh yang dipersetujui. Sejak 2011, 18

telah dianugerahkan mengikuti pengajian sebagai ahli terapi,

jururawat dan pentadbir kesihatan. Projek ini ditadbir oleh

Agency for Integrated Care dan dibiayai oleh Balaji Sadasivan

Endowment dan diuruskan oleh Temasek Cares.

Penerima Anugerah bagi 2013

Fatin Qistina Binte Amat Sahid

Diploma Kejururawatan, Nanyang Polytechnic

Dhachayini Balasubramaniam

Diploma Fisioterapi, Nanyang Polytechnic

Muhammad Norrisman Bin Mohamed Hassan

Diploma Fisioterapi, Nanyang Polytechnic

Valerie Ng Yu Jia

Diploma Fisioterapi, Nanyang Polytechnic

Hazwani Binte Ruthlan

Diploma Terapi Pekerjaan, Nanyang Polytechnic

Lim Hwee Hwee

Diploma Terapi Pekerjaan, Nanyang Polytechnic

Ng Shilin Cassandra

Diploma Terapi Pekerjaan, Nanyang Polytechnic

Candy Tan Jia Wen

Diploma Terapi Pekerjaan, Nanyang Polytechnic

Francis Foo Xiang Leng

Diploma Pentadbiran Penjagaan Kesihatan, Republic

Polytechnic

Lim Sui Ling Evelyn

Diploma Pentadbiran Penjagaan Kesihatan, Republic

Polytechnic

Muhammad Huzaiyed Bin Anwar

Diploma Pentadbiran Penjagaan Kesihatan, Republic

Polytechnic

Jawatankuasa Pemilihan (1 Mei 2012 - 31 Mac 2014)

Chern Siang Jye

Ketua Pegawai Korporat, Agency for Integrated Care

Philomena Liew

Penolong Pengarah Kejururawatan, Changi General Hospital

Vivian Lim

Naib Presiden, Singapore Physiotherapist Association

Florence Cheong

Presiden, Singapore Association of Occupational Therapist

Doris Chan

Pengurus (Klinikal), Nanyang Polytechnic

Aw Thong Lin

Pensyarah, Ngee Ann Polytechnic (sehingga Jun 2013)

Tay Wei Sern

Timbalan Pengarah, Pengurus Sains Kesihatan & Kursus,

Kesihatan Bersekutu, ITE College East

Mae Tang

Pengurus Kursus/ Ketua Seksyen, Jabatan Kejururawatan,

Sekolah Sains Kesihatan dan Aplikasi, ITE College East

Waki-wakil dari Temasek Cares Laporan Pengarah dan Kenyataan Kewangan bagi FY 2013-2014 boleh diperolehi di www.temasekcares.org.sg

Page 28: TC AR2014_Malay.indd

Temasek Cares ingin mengucapkan terima kasih kepada semua benefi siari kerana mengizinkan kami ke dalam kehidupan mereka; dan juga ucapan terima kasih khas kepada semua rakan-rakan dan sahabat yang telah bersama kami dalam perjalanan ini untuk membuat perbezaan dalam kehidupan warga Singapura.

52

Page 29: TC AR2014_Malay.indd

Temasek Cares CLG LimitedCo Regn No. 200909154Z

60B Orchard Road #06-18 Tower 2

The Atrium@Orchard

Singapore 238891

Tel: (65) 6828 8752

Fax: (65) 6828 8652

www.temasekcares.org.sg

RENUNGAN2009 -2014