Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

18
Davey : Hadirin sekalian dipersilakan berdiri untuk sama-sama menghormati serta menyanyikan lagu ‘ Negaraku ‘ ‘Ibu Pertiwiku’ dan lagu sekolah. Davey : Hadirin sekalian dipersilakan duduk. Di atas batang hinggap terkukur, Burung ketitir bersiul merdu, Selamat datang tangan dihulur, Senyum diukir menyambut tetamu. Rosita :` Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia keredhaannya, kita sama- sama dapat berkumpul di sini pada pagi yang gemilang ini dalam Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Sekolah Kebangsaan Beliau Isa. Rosita : Pada setiap tahun, majlis seumpama ini akan diadakan di setiap institusi pendidikan di negara kita sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah, maktab perguruan atau di institusi pengajian tinggi. Ia diadakan untuk menghargai usaha-usaha yang telah digembleng oleh para pelajar dalam meningkatkan kejayaan diri dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum. Usaha murni yang telah membuahkan hasil ini seterusnya diberikan ganjaran yang

description

teks mc 2009

Transcript of Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

Page 1: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

Davey : Hadirin sekalian dipersilakan berdiri untuk sama-sama

menghormati serta menyanyikan lagu ‘ Negaraku ‘ ‘Ibu

Pertiwiku’ dan lagu sekolah.

Davey : Hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Di atas batang hinggap terkukur,Burung ketitir bersiul merdu,Selamat datang tangan dihulur,Senyum diukir menyambut tetamu.

Rosita :` Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T

kerana dengan limpah kurnia keredhaannya, kita sama-

sama dapat berkumpul di sini pada pagi yang gemilang ini

dalam Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Sekolah Kebangsaan Beliau Isa.

Rosita : Pada setiap tahun, majlis seumpama ini akan diadakan di

setiap institusi pendidikan di negara kita sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah, maktab

perguruan atau di institusi pengajian tinggi. Ia diadakan untuk menghargai usaha-usaha yang telah digembleng

oleh para pelajar dalam meningkatkan kejayaan diri dalam

bidang akademik dan juga ko-kurikulum. Usaha murni yang telah

membuahkan hasil ini seterusnya diberikan ganjaran yang

setimpal oleh pihak sekolah.

Davey : Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada pagi

ini, majlis dengan hormatnya menjemput Ustaz Ahmad

Rafhan Bin Zaid untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Page 2: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

Davey : Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Hafiz B

Abdullah Hadi atas pimpinan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita ini diberkati oleh Allah S.W.T. Amin.

Davey : Seterusnya, majlis menjemput Adik Nuramira Bt Lalih,

Ketua pelajar SK Beliau Isa untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Rosita : Terima kasih majlis ucapkan kepada adik Nuramira Bt

Lalih atas ucapan beliau sebentar tadi. Begitulah adatnya pelajar-pelajar di sekolah, datang

dan pergi bersilih ganti dalam pencarian ilmu. Semoga

kata-kata semangat ketua pelajar tadi menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar untuk terus maju menimba

ilmu serta melibatkan diri secara aktif dalam bidang ko-kurikulum agar dapat berdiri sama tinggi, duduk

sama rendah dengan rakan-rakan di bandar.

Rosita : Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan

menjemput Encik Taip Bin Bakar Yang Dipertua PIBG SK

Beliau Isa untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan hormatnya dipersilakan.

Davey : Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan Encik Taip

Bin Bakar Yang Dipertua PIBG SK Beliau Isa sebentar tadi.

Davey : Seterusnya, majlis dengan hormatnya menjemput En

Pendek B Nayan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Beliau Isa untuk menyampaikan kata-kata amanatnya. Dengan hormatnya dipersilakan.

Page 3: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

Rosita : Terima kasih majlis ucapkan kepada En Pendek B Nayan,

Guru Besar atas amanat yang diberikan. Demikianlah tadi

amanat berguna daripada Pemangku Guru Besar Kita

kepada ibu bapa pelajar khasnya. Semoga kata-kata perangsang itu tadi dapat dijadikan landasan

kepada kita semua dalam usaha untuk merealisasi matlamat menjadi seorang pelajar itu ‘Khairul Ummah. Sesungguhnya ucapan yang beliau tadi amat bermakna untuk semua guru,ibu bapa dan juga pelajar-pelajar. Semoga kata-kata

amanat itu tadi dapat menjadi perangsang kepada guru-guru

untuk lebih bersungguh-sungguh dalam melaksanakan

tugasan mereka.

Rosita : Kayuh sampan menuju hulu,Sarat perahu penuh muatan,Kata ucapan sudah berlalu,Irama lagu kami sajikan.

Persembahan kita pada pagi yang gemilang ini dimulakan

dengan menjemput gabungan pelajar-pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 untuk mempersembahkan sebuah tarian. Dipersilakan.

Terima kasih Diucapkan kepada pelajar-pelajar Tahun 5

dan Tahun 6 dengan persembahan mereka tadi. ( ……)

Davey : Seterusnya, majlis menjemputpelajar-pelajar Tahun 4

untuk mempersembahkan sebuah sajak dan lakonan .

yang bertajuk ‘ Terima Kasih Cikgu ‘ . Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan persembahan yang mengasyikkan

oleh mereka tadi.

Page 4: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

Mawar merah harum setaman,kembang mekar dipandang mata,Sijil dan hadiah kita sampaikan,untuk pelajar beroleh jaya.

Hadirin sekalian, kini tibalah masanya yang dinanti-nantikan oleh pelajar-pelajar kita khasnya dan semua

ibu bapa yang hadir pada hari ini. Inilah masanya

pelajar-pelajar meraih ganjaran berkat semangat dan usaha mereka dalam menunaikan kewajipan sebagai

seorang pelajar.

Davey : Penyampaian sijil dan hadiah kita pada pagi ini majlis yang

gemilang ini dimulakan dengan penyampaian sijil-sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang telah mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti kurikulum

dan kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak jabatan

sepanjang tahun 2004 ini. Ini diikuti seterusnya dengan penyampaian sijil kepada pengawas sekolah sesi

2004.

Rosita : Bagi menyempurnakan penyampaian sijil-sijil penyertaan

dan hadiah kedudukan di dalam kelas serta mata pelajaran

terbaik kepada pelajar-pelajar, majlis dengan hormatnya

menjemput Encik Hamdan b. Taha , Ketua Kampung,kampong Pejuang, Kelulit untuk menyampaikan Sijil tersebut.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Rosita : Penyampaian sijil penyertaan yang pertama didahului

dengan penyampaian sijil penyertaan kepada Adik Permadi

Bin Rosdi yang telah mewakili sekolah dalam

Page 5: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Sibuti kategori hafazan, Kuiz sains tahap 2 peringkat

daerah subis yang mewakili tahun 5. Dipersilakan Adik

Permadi b. Rosdi.

Davey : Seterusnya, Adik Mohd. Syafik b. Usin yang mana telah

Mewakili sekolah dalam pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Sibuti kategori bercerita kisah Nabi, Kuiz sains tahap 2 peringkat daerah subis yang mewakili tahun 5, MSSR ( acara sepak takraw) mewakili zon sibuti dan pemilihan pemain bagi mengikuti pertandingan piala yayasan Sarawak, peringkat zon sibuti. Dipersilakan Adik Mohd. Syafiq b.Usin.

Rosita : Penyampaian sijil penyertaan yang seterusnya kepada

Adik Nuramira bt. Lalih yang Mewakili Pertandingan Tadarus Al-Quran peringkat zon sibuti bagi kategoriTilawah Al-Quran, Pertandingan bercerita peringkat

zon Sibuti dalam bahasa melayu, MSSR bagi acara

olahragaYang mewakili zon sibuti dan mewakili sekolah dalam

acara Sukan jemputan. Dipersilakan adik Nuramira bt.

Lalih.

Davey : Penyampaian sijil penyertaan yang seterusnya kepada

Adik Nurkhairunnisa bt. Mahmud yang Mewakili Kuiz sains tahap 2 peringkat daerah subis, MSSR bagi acara olahraga yang mewakili zon sibuti dan mewakili sekolah dalam acara Sukan jemputan. Dipersilakan adik Nurkhairunnisa bt. Mahmud.

Davey : Penyampaian sijil penyertaan yang seterusnya kepada

Adik Mohd Termizi b. Junit yang Mewakili MSSR bagi acara sepak takraw Yang mewakili zon sibuti dan mewakili sekolah dalam acara Sukan

Page 6: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

jemputan dan pemilihan pemain bagi pertandingan piala yayasan Sarawak (PPYS) peringkat zon sibuti. Dipersilakan adik Termizi b. Junit.

Rosita : Penyampaian sijil penyertaan yang seterusnya kepada

Adik Zul Adzrie Haqemee yang Mengikuti Kuiz Sains Tahap 2 Peringkat daerah subis mewakili tahun 4. Dipersilakan adik Zul Adzrie Haqemee.

Rosita : Penyampaian sijil penyertaan yang seterusnya kepada

Adik Dyg. Ida Riani bt. Abg. Awalluddin yang Mengikuti

Pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris Peringkat zon sibuti. Dipersilakan adik Dyg. Ida Riani.

Rosita : Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil

Sukan Jemputan kepada atlit-atlit yang telah mewakili

Sekolah. Dengan itu dijemput adik Zulkamal b. Osman

Yang mewakili semua atlit sekolah. Dipersilakan.

Davey : Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian sijil

kepada para pengawas sekolah sesi 2004. Ini diikuti seterusnya dengan penyampaian sijil kepada

pengawas sekolah yang telah banyak membantu guru-guru dalam mengawasi disiplin murid . Selain itu , pengawas juga telah banyak membantu sekolah dalam aspek pengurusan aktiviti harian murid. Dengan ini dijemput adik Nuramira

Bt Lalih ……..( Rujuk Lampiran )

Davey : Terima kasih kepada ketua kampung, kampung pejuang,

Kelulit kerana sudi menyampaikan sijil kepada para pelajar

Yang telah mewakili sekolah ini.

Davey : Kita beralih seterusnya Kepada Penyampaian Hadiah untuk

Page 7: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

pelajar-pelajar yang telah mencapai keputusan terbaik

dalam beberapa mata pelajaran utama. Dengan itu majlis menjemput ketua kampung, kampung padang, En. Osman b. Hamid untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Untuk Tahun 1,Penerima Hadiah mata pelajaran terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan

Bahasa Inggeris ialah Adik Rina Syahmina bt. Abd. Rahim.

Mata pelajaran terbaik Pendidikan Agama Islam ialah Adik Yusinie bt. Rajak.

Untuk Tahun 2,Terbaik Bahasa Melayu, matematik dan Sains ialah Adik mohd. Rozainie b. Mohd. Annuar.

Manakala terbaik Bahasa Inggeris ialah Adik Afarina Azraie b. Ismandi.

Terbaik didalam Pendidikan Agama Islam ialah AdikAdik Norliha bt. Nasar.

Untuk Tahun 3,Terbaik bahasa melayu dan matematik ialah adik

NorliaBt. Sahar

Manakala terbaik agama islam ialah adik Nurfatin Syafiqah.

Untuk Tahun 4,Terbaik bahasa melayu dan agama islam ialah adik Nurkhairunnisa bt. Mahmud.

Manakala terbaik dalam matapelajaran sains dan bahasa inggeris ialah adik Zul Adzrie Haqemee.

Untuk tahun 5,Terbaik dalam matapelajaran bahasa melayu, sains dan bahasa inggeris ialah adik mohd. Syafiq b. Usin.

Page 8: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

Manakala terbaik dalm matapelajaran matematik ialah adik Norhasni bt. Hasrin.

Davey : Majlis mengucapkan terima kasih kepada ketua kampung, kampung padang en. Osman b. Hamid kerana sudi

menyampaikan hadiah kepada para pelajar.

Rosita : Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah

untuk kedudukan di dalam kelas sepanjang tahun 2004 ini.

Penilaian ini dikira berdasarkan jumlah markah pencapaian

pelajar pada semester pertama dan kedua. Dijemput Guru Besar sk. Beliau Isa en. Pendek b. Nayan untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Dipersilakan.

Untuk Tahun 1:

Tempat Pertama, Adik Rina Syahmina bt. Abd. RahimTempat Kedua, Adik Miryatie bt. Amir danTempat Ketiga, Adik Yusinie bt. Rajak.

Rosita : Seterusnya, Tahun 2:

Tempat Pertama, Adik Mohd. Rozainie b. Mohd. Annuar

Tempat Kedua, Adik Afarina Azraie b. Ismandi danTempat Ketiga, Adik Norliha bt. Nasar.

Davey : Untuk Tahun 3:

Tempat Pertama, Adik Norlia bt. SaharTempat Kedua, Adik Nur fatin Syafiqah DanTempat Ketiga, Adik Normaya bt. Razali

Rosita : Seterusnya, Tahun 4:

Tempat Pertama, Adik Zul Adzrie HaqemeeTempat Kedua, Adik Nur Khairunnisa bt. Mahmud

DanTempat Ketiga, Adik Noraezline bt. Reduan.

Page 9: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

Untuk Tahun 5:

Tempat Pertama, Adik Mohd. Syafiq b. UsinTempat Kedua, Adik Norhasni bt. Hasrin DanTempat Ketiga Adik permadi b. Rosdi.

Rosita : Terima kasih kepada Guru Besar Sk. Beliau Isa En. Pendek b. Nayan kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para

Pelajar yang telah berjaya.

Davey : Penyampaian hadiah kita diteruskan lagi dengan

penyampaian sijil dan hadiah untuk pelajar-pelajar yang

menunjukkan peningkatan prestasi pada tahun ini, Kehadiran terbaik ke sekolah sepanjang tahun iaitu pelajar-pelajar yang telah mencatatkan kehadiran

100 % , penyampaian Kelas Ceria serta bersih sepanjang

Tahun 2004.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput

______________________________________________________________________________ Dipersilakan dengan hormatnya.

Rosita : Berdasarkan penilaian dan tapisan yang telah dibuat,

didapati hanya seorang pelajar telah menunjukkan peningkatan prestasi yang begitu membanggakan dalam bidang akademik. Pelajar dimaksudkan ialah dari kelas Tahun 6 iaitu adik Dyg Ida Riani bt. Abg. Awalludin.

Davey : Penerima hadiah kehadiran 100 % ke sekolah sepanjang

tahun ini ialah seramai 4 orang pelajar iaitu 3 orang di

kalangan Tahun 4 manakala seorang pelajar dari Tahun 5.Pelajar-pelajar tersebut ialah :Adik Mohd. Qudus b. Johny - Tahun 4Adik Nur Khairunnisa bt. Mahmud - Tahun 4

Page 10: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

Adik Mimi Suhaila bt. Ismail - Tahun 4Adik Mohd Termizi Bin Junit - Tahun 5

Rosita : Kelas paling ceria serta bersih bagi Tahun 2004 dinilai

berdasarkan kebersihan kelas iaitu merangkumi kebersihan lantai, koridor, papan tulis, tingkap,

perhisan di dalam kelas, serta sudut pembelajaran iaitu bahan bantu belajar. Ini dinilai pada setiap hujung bula n sepanjang tahun. Hadiah ini dimenangi oleh Kelas

Tahun 6, dijemput Adik Maslih b. Bakti untuk menerima

hadiah bagi mewakili rakan-rakan yang lain.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _______________________________________________________________________________________________ kerana telah sudi meyampaikan hadiah tersebut.

Davey : Hadirin sekalian,Inilah masanya yang dinanti-nantikan oleh para

graduan kita sejak tadi. Majlis gemilang kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan pemberian sijil dan hadiah

kepada pelajar-pelajar Tahun 6. Enam orang pelajar ini telah dengan jayanya menyempurnakan Pendidikan wajib

di sekolah rendah.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput

Encik Taip b. Bakar, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Beliau Isa untuk menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar Tahun Enam seterusnya menyampaikan anugerah Khas kita pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Rosita : Dijemput Adik Nur Amira bt. Lalih. Beliau merupakan Ketua Pengawas Sekolah bagi sesi 2004. Beliau terlibat secara aktif dalam bidang kurikulum

dan ko-kurikulum di sekolah. Mewakili sekolah dalam

Page 11: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

pemilihan untuk acara olahraga peringkat Zon Sibuti, pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat zon Sibuti, menyertai Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Melayu Tahap II,. Beliau Juga menunjukkan pencapaian tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris, dan Pendidikan Islam serta mendapat tempat Pertama di dalam kelas. Beliau

juga mencatat kehadiran 100 % ke sekolah sepanjang

tahun ini.

Davey : Seterusnya, Adik Dyg. Ida Riani bt. Abg. Awaluddin.

Beliau merupakan Pengawas sekolah dan terlibat secara aktif dalam bidang kurikulum dan k o-kurikulum. Mewakili sekolah dalam Pertandingan Bercerita dalm bahasa inggeris Peringkat zon sibuti, Beliau mempunyai peningkatan prestasi dalam kurikulum dan mendapat tempat kedua di dalam kelas. Beliau juga menunjukkan pencapaian terbaik dalam matapelajaran matematik dan sains.

Rosita : Adik Aziani bt. Yusof. Beliau merupakan seorang pengawas

Yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab.Beliau Juga menunjukkan Peningkatan Prestasi serta mendapat tempat ketiga di dalam kelas.

Davey : Seterusnya, Adik Maslih b. Bakti. Beliau merupakan Ketua Kelas tahun 6 . Beliau juga telah banyak mewakili sekolah ini bagi sukan jemputan acara olahraga. Beliau Juga mencatat kehadiran 100 % ke sekolah dan menunjukkan Peningkatan Prestasi dalam bidang kurikulum.

Rosita : Adik Zulkamal b. Osman. Beliau merupakan Penolong ketua Kelas tahun 6 dan terlibat secara aktif dalam bidang Ko-kurikulum di sekolah. Mewakili sekolah dalam sukan jemputan bagi acara olahraga. Beliau juga menunjukkan peningkatan prestasi dalam bidang kurikulum.

Davey : Seterusnya, Adik Julia bt. Nasar. Beliau pernah

Page 12: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

Mengharumkan nama sekolah dengan mewakili sukan jemputan bagi acara olahraga. Beliau amat berminat dengan acara yang melibatkan sukan.

Davey : Hadirin sekalian, kini tibalah masanya diumumkan

penerima-penerima anugerah Khas telah disediakan iaitu

Pelajar Terbaik Kurikulum, Pelajar Terbaik Ko-kurikulum

Pelajar harapan 2004, dan pelajar contoh 2004. Anugerah Khas Pertama yang akan disampaikan

ialah Anugerah Khas Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum 2004. Setiap Penerima akan menerima Sjil Penghargaan,

Sebuah Piala dan hadiah daripada pihak sekolah.

Rosita : Anugerah Khas Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum pada tahun

Ini ialah_________________( RUJUK LAMPIRAN )

Davey : Anugerah Khas Pelajar Terbaik Kurikulum 2004(RUJUK LAMPIRAN )

Rosita : Ini diikuti dengan Anugerah Khas Pelajar Harapan 2004

(RUJUK LAMPIRAN )

Davey : Seterusnya, diumumkan Anugerah Khas Pelajar contoh

2004 ( RUJUK LAMPIRAN )

Davey : Burung merbah terbang rendah,Hinggap di tanah berkawan-kawan,Sijil dan hadiah di sampai sudah,Syabas dan tahniah kami kalungkan.

Rosita : Air mengalir indah dipandang,Batang rotan tidak berduri,Demikian berakhir majlis gemilangTahun hadapan bertemu lagi.

Page 13: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09

Rosita : Hadirin sekalian, demikianlah tadi berakhir majlis

penyampaian Sijil dan Hadiah SK Beliau Isa bagi tahun

2003 ini. Kepada yang berjaya, tahniah dan syabas kami

ucapkan manakala yang kurang berjaya tingkatkanlah

usaha serta iltizam agar berjaya pada masa akan datang.

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput ke semua pelajar

Tahun Enam naik semula ke atas pentas untuk bergambar

kenangan dengan tetamu jemputan kita sebagai tanda

terima kasih kepada pihak sekolah & jabatan.kesemua

pelajar ini akan menamatkan persekolahan mereka diperingkat rendah dan meneruskan persekolahan di sekolah menengah pada tahun hadapan.Untuk itu, kami pihak sekolah ingin mengucapkan

selamat menunaikan ibadah puasa. Sekian, Assalamualaikum warahmatullah

hiwabarakatuh.

Page 14: Tek Mc Majlis Penyampaian Hadiah 09