Teknik Menyediakan Turutan Aktiviti

download Teknik Menyediakan Turutan Aktiviti

of 13

Transcript of Teknik Menyediakan Turutan Aktiviti

Kaedah Laluan Kritikal juga disebut Kaedah Laluan Genting ataupun Kaedah Rangkaian Logik, merupakan satu teknik yang digunapakai dalam penyediaan perancangan, perlaksanaan dan pengawalan sesuatu projek binaan.

DEFINISI KAEDAH LALUAN KRITIKAL (DEFINITION OF CRITICAL PATH METHOD) Kaedah Laluan Kritikal (KLK) merupakan satu teknik analisa rangkaian projek yang digunakan untuk menjangka jumlah tempoh projek. Laluan kritikal untuk projek adalah siri aktiviti yang menentukan masa terawal projek boleh disiapkan

KLK banyak membantu dalam mengenalpasti laluan genting/kritikal yang mana laluan ini memerlukan pengawalan yang teliti dalam perlaksanaan projek. Sebarang kelewatan pada laluan ini akan menyebabkan gangguan dan kelewatan pada keseluruhan perlaksanaan projek.

Pada amnya, kaedah laluan kritikal ini merupakan asas kepada pihak pengurusan projek untuk : Membantu mengagihkan sumber-sumber binaan yang terhad bagi setiap aktiviti, Pengawasan dan pengawalan masa binaan, Perancangan dan pengawalan kos keseluruhan projek.

Kadangkala berlaku salah anggapan tentang kaedah laluan kritikal ini. Untuk menjelaskannya adalah bahawa : Laluan kritikal bukan laluan semua aktiviti yang kritikal

tetapi ia merupakan laluan yang melibatkan masa (tempoh) sesuatu aktiviti boleh disiapkan. Kemungkinan ada lebih dari satu laluan kritikal jika panjang dua atau lebih laluan adalah sama. Laluan kritikal boleh berubah serentak dengan kemajuan projek. Kerja kritikal boleh dipendekkan dengan menambah lebih sumber atau mengubah skop. Lalulan kritikal boleh berubah apabila tarikh awal dan akhir sebenar dimasukkan.

ANALISA DAN PENGIRAAN MASA (ANALYSE AND CALCULATION OF TIME) Jadual rangkaian logik sebenarnya adalah rajah yang menentukan laluan kritikal dan yang dilukis dengan menggunakan simbol-simbol tertentu. Laluan kritikal atau rangkaian logik ini boleh dianalisa dan dibuat pengiraan masa mula dan siap terawal dan terlewat, jika setiap aktiviti diketahui masa atau tempoh perlu diambil untuk menyiapkan aktiviti tersebut.

RAJAH 7.3

Rajah 7.3

Soalan : 1. Berapa laluan yang ada dalam rajah 7.3 di atas? 2. Berapa panjang setiap laluan? 3. Mana satu laluan kritikal? 4. Tentukan masa terawal setiap laluan? 5. Tentukan masa terakhir setiap laluan? Jawapan : Terdapat 4 laluan iaitu :

Laluan 1 = 12568 Laluan 2 = 13568 Laluan 3 = 1368 Laluan 4 = 14768

Panjang setiap laluan : Laluan 1 = 1 + 4 + 6 + 3 = 14 hari Laluan 2 = 2 + 5 + 6 + 3 = 16 hari Laluan 3 = 2 + 4 + 3 = 9 hari Laluan 4 = 3 + 6 + 2 + 3 = 14 hari

Laluan kritikal adalah : Laluan 2 kerana ia mempunyai bilangan

hari yang terbanyak dan merupakan laluan yang terpanjang diantara lain-lain laluan.

Kebaikan/Kelebihan KLK Kelebihan utama kaedah laluan kritikal ini ialah : Memerlukan jururancang berfikir secara logik. Amat sesuai untuk projek yang besar dan rumit. Kemampuannya menunjukkan hubungkait antara aktiviti-aktiviti

binaan. Membantu pengurus projek mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang kritikal (dalam laluan kritikal). Aktiviti yang bukan kritikal juga dikenal pasti dan memudahkan pelarasan sumber. Keperluan maklumat dan bahan yang bertindak sebagai halangan untuk memulakan beberapa aktiviti, dikenal pasti semasa proses perancangan.

Kelemahan/Keburukan KLK Kelemahan utama kaedah laluan kritikal ini ialah : Tidak sesuai untuk projek yang kecil. Sukar difahami kerana ia merupakan keterangan tempoh

kontrak dalam bentuk grafik. Untuk mengemaskini, rangkaian perlu didraf semula dari tarikh yang berkenaan. Rangkaian lebih sukar dan mahal untuk dikemaskini berbanding dengan carta bar. Maklumat kontrak dan lukisan seringkali dipinda selepas kerja dimulakan di tapak dan ini melibatkan pengubahsuaian rangkaian.