Teknik Pembuatan Wau Tradisional

12
cgazmi.blogspot.com Teknik Pembuatan Wau Tradisional Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam  pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut. Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh 1.Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.

Transcript of Teknik Pembuatan Wau Tradisional

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 1/12

cgazmi.blogspot.com

Teknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan

untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan,gam daripada pokok kayu dan lain-lain

keperluan yang bersesuaian untuk 

menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu,

kepakaran dan kemahiran juga merupakan

aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau

yang bermutu seperti kepakaran dalam

 pemilihan bahan mentah, kemahiran

kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang

aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan

dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah

seperti buluh terutamanya perlu dipilih denganlebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua

serta pantang-larang yang terlibat semasa

ingin menebang dan menyimpan buluh

tersebut.

Petua dan Pantang Larang PemilihanBuluh Mencari dan Menebang Buluh 

1.Rumpun buluh mestilah di kawasan yang

tinggi dan lapang, bukan di dalam semak 

atau dusun.

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 2/12

cgazmi.blogspot.com

2.Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-

eloknya di tengah rumpun.

3.Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut

mempunyai banyak kanji dan mudah

diserang serangga perosak.

4.Buluh yang condong ke arah matahari naik 

adalah lebih baik kerana mempunyai

semangat yang kuat menurut kepercayaan

orang tua-tua.

5.Keadaan cuaca kering dan panas adalah

sangat sesuai untuk menebang buluh

seperti di waktu tengahari.

6.Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

7.Sebelum menebang buluh, digalakkan

membaca doa dan selawat terlebih dahulu

8.Adalah lebih baik buluh yang sudah

ditebang dipotong di situ juga.9.Petua orang tua-tua di Kelantan pula

semasa membawa balik buluh yang sudah

ditebang, akan meninggalkan pesan

kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang

Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu,

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 3/12

cgazmi.blogspot.com

hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok 

sah ikut akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpandahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum

diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat

 penyimpanan mestilah tinggi untuk 

mengelakkan buluh daripada dilangkah

manusia. Antara petua-petua yang digunapakaiuntuk memastikan buluh tersebut tahan dan

kuat ialah :-

1.Buluh disimpan di dalam paya atau

direndam di dalam selut.

2.Buluh ditanam di dalam pasir dandinyalakan unggun api di atasnya selama

satu jam.

3.Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk 

membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu

tujuannya adalah untuk memberi

keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian

sayap wau. Pisau khas digunakan untuk 

meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 4/12

cgazmi.blogspot.com

memastikan kerja-kerja tersebut dapat

dijalankan dengan mudah dan mengelakkan

daripada kesilapan. Antara bahagian buluhyang perlu diraut adalah seperti :-

1.Bahagian tulang belakang diraut sehingga

1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan

sederhana keras.

2.Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter 

dan semakin halus di hujung bilah tersebut

iaitu sebesar lidi kelapa.

3.Bahagian ekor yang mempunyai dua

 bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5

sentimeter.

4.Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian

 pinggang dan bulatan berbentuk bulan.

Rautan di bahagian tersebut adalah lebih

nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter 

untuk memudahkan ia dibentuk.5.Selepas semua buluh diraut, proses

seterusnya ialah semua bilah tersebut akan

digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai Bingkai wau terdiri

daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 5/12

cgazmi.blogspot.com

 belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap

dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut

akan dipotong mengikut ukuran wau yangdikehendaki iaitu dua keping buluh untuk 

sayap, satu keping untuk tulang belakang dan

dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan

 buluh yang hendak dibuat sayap perlulah

diseimbangkan dengan menandakan di tengah-

tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau 

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3

 bahagian dan kemudiannya ditanda 3

 bahagian tersebut.2.Bahagian sayap wau akan diikat terlebih

dahulu

3.Sayap yang sudah diikat akan diikat pula

 pada tulang belakang

4.Ikat di bahagian atas dan bawah ekor padatulang belakang. Pastikan bahagian

tersebut seimbang di kedua-kedua belah.

5.Cantumkan hujung bahagian ekor 

kemudian tautkan pada hujung bahagian

sayap

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 6/12

cgazmi.blogspot.com

6.Untuk bahagian pinggang terutamanya

 jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut

membentuk separa bulatan pada bahagiansayap dan ekor wau. Seterunya kepingan

 buluh yang diraut lebih nipis dibentuk 

menjadi bulatan untuk diikat di tengah

 pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan

mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan

keluasan kepala wau.

7.Proses terakhir ialah membuat kepala wau

iaitu dengan mengikat separuh daripada

kepala wau dengan sayap dengan jarak 2

inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau 

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas

yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada

wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan

lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebihkenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan

melibatkan beberapa langkah :-

1.Ukur kertas dengan saiz bingkai.

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 7/12

cgazmi.blogspot.com

2.Kemudian kertas ditanda dengan pensil

dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari

rangka bingkai.3.Potong kertas wau tersebut dan lebihan

tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4.Lekatkan kertas pada bingkai dengan

menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak  

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara

elemen utama yang menjadikan wau tersebut

unik dan istimewa. Antara langkah-langkah

yang terlibat :

1.Lipat empat kertas warna untuk bahagian

sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.

2.Mulakan melukis dari bahagian dada

sehingga ke hujung sayap dengan

mengosongkan satu ruang kosong untuk 

ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor  pula, corak yang hendak dilukis mestilah

sama dengan corak di bahagian sayap.

3.Corak perlu dipotong menggunakan pisau

tajam khas dan corak ini menjadi corak 

asas bagi wau.

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 8/12

cgazmi.blogspot.com

4.Corak akan ditampal pada kertas warna

lain, biasanya warna emas dengan

menyapu gam di belakang kertas corak.Gam perlu dicampur dengan air terlebih

dahulu untuk elakkan daripada berkedut.

Kertas bercorak akan diletakkan di atas

kain lembap. Kertas berwarna diletakkan

 perlahan-lahan ke atas kertas corak dan

kemudiannya diratakan dengan

menggunakan seterika panas di atas kain

lembap tadi.

5.Potong semula corak yang hendak disobek 

dan tampal sekali lagi dengan kertas

 berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.6.Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau

dengan hanya menyapu gam kanji pada

 bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan

menyapu gam menggunakan berus lukisan.Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan

di belakang wau untuk menutup kecacatan

iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap

wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak 

diterbangkan mestilah menggunakan kertas

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 9/12

cgazmi.blogspot.com

yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang

wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan

ukiran sobek hanya mempunyai tiga atauempat lapis sahaja berbanding dengan wau

hiasan yang mempunyai sehingga lapan

warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul

atau Rambu 

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan

 pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat

daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan

gunting secara memanjang untuk membentuk 

rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai 

Menggunakan bahan yang sama dengan

 jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau

tradisional mempunyai keunikannya yangtersendiri. Warisan tradisional ini haruslah

dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya

 bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini

 permainan wau mulai popular di kalangan

masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar 

 bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 10/12

cgazmi.blogspot.com

wau ini juga telah dimodenkan dan mula

memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau,

layang-layang juga amat diminati sebagaisalah satu aktiviti pada waktu terluang.

Cara bermain wau. Kawasan yang sesuai. 

Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang

lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah

 padi atau di padang kawasan tepi pantai

merupakan kawasan yang paling sesuai untuk 

menerbangkan wau. kawasan yang tidak 

sesuai bermain wau ialah dikawasan yang

tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang

elektrik atau tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau 

Tekanan angin Apabila tekanan angin di

 permukaan wau semakin kuat, maka

kemampuan untuk naik tinggi semakin

meningkat.

Daya tarikan graviti 

Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau

ke bawah.

Daya seretan. 

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 11/12

cgazmi.blogspot.com

Wau akan mengundur ke belakang apabila

 permukaan wau mendapat tekanan yang

tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan.Permainan wau tradisional Melayu adalah

dimainkan menggunakan satu tali sahaja.

Penggunaan satu tali membolehkan wau ini

mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat

dua cara melancarkan atau menaikkan wau

iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran

 jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali

tangsi.

Teknik menaikkan wau jarak dekat. 

Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecildan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan

untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri

membelakangkan angin. Sebelah tangan

 pemain akan memegang badan wau dan

dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tanganmemegang gelung tali. wau dilepaskan

 perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke

udara.

Mengawal penerbangan 

8/14/2019 Teknik Pembuatan Wau Tradisional

http://slidepdf.com/reader/full/teknik-pembuatan-wau-tradisional 12/12

cgazmi.blogspot.com

Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan

 pemain perlu mengawal penerbangan wau.

Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau

mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua

kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup

lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin

 bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali

wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

Teknik menurunkan wau. 

Menurunkan wau memerlukan dua pemain,

iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi

 penggulung tali. Penarik tali ialah orang yangmenarik talu wau manakala penggulung tali

ialah orang yang menggulung tali wau yang

telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau

laga merupakan perlawanan memutuskan tali

wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan,tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian

tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus