Teknik Porpe Mar & Sumi

3
PUAN NORHAYATI IDRIS SITI MARDHIAH BINTI TARIP SUMIYATI BINTI MOHD. ARUN – Predict (Membuat andaian awal) – Organize (Mengurus idea penting/maklumat utama) – Rehearsel (Membuat raptai dengan melafazkan) – Practice (Menulis idea yang dikenal pasti) – Evaluate (Membuat penilaian)

Transcript of Teknik Porpe Mar & Sumi

KAEDAH PEMIKIRAN DAN KRITIKAN TEKNIK PENGURUSAN GRAFIK: TEKNIK PORPEFASILITATOR: PUAN NORHAYATI IDRIS DISEDIAKAN OLEH: SITI MARDHIAH BINTI TARIP SUMIYATI BINTI MOHD. ARUN TEKNIK PENGURUSAN GRAFIK: TEKNIK PORPE SAJAK FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPANP Predict (Membuat andaian awal) O Organize (Mengurus idea penting/maklumat utama) R Rehearsel (Membuat raptai dengan melafazkan) P Practice (Menulis idea yang dikenal pasti) E Evaluate (Membuat penilaian)

SAJAK FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN

Maka seorang pujangga pun berkata, adalah dadah itu musuh negara adalah dadah itu perosak jiwa adalah dadah itu pembunuh semata-mata. Hari ini, angkara dadah telah mati seorang negarawan angkara dadah telah mati seorang seniman angkara dadah telah mati seorang olahragawan angkara dadah telah mati seorang jutawan angkara dadah telah mati seorang sasterawan angkara dadah telah mati seorang ilmuan angkara dadah telah mati seorang wirawan. Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga kau racun dalam khayal yang tidak terduga seperti tercatat dalam sejarah jatuh kota melaka dan musnah kota merdeka oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara. Tuhan, bekalkan aku kudrat iman yang tulus untuk melewati lorong hidup yang penuh onak dan duri juga gelombang di laut masa depan dewasa mengejar cita-cita tegar memburu negara jaya. Sahabat segenerasiku, rimba di depan kita masih terbentang luas mari kita pilih jalan lurus ke syurga bukan lorong hitam ke neraka.

TEKNIK PORPE: SAJAK FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPANMembuat andaian awal maklumat teks yang akan dibaca berdasarkan tajuk Sajak ini berkisarkan tentang sebuah kehidupan. Sesuai dengan tajuk, penyajak menggambarkan sebuah kehidupan berkaitan dengan dadah yang membawa kemusnahan kepada pelbagai pihak.

Mengurus/menyusun atur maklumat mengikut keutamaan

Dadah merupakan musuh utama negara. Dadah membawa keburukan kepada banyak pihak. Dadah menghancurkan institusi keluarga. Sejarah telah membuktikan bahawa Empayar Melaka jatuh angkara dadah. Pennulis memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan iman. Penulis menasihati generasi muda agar bijak memilih.

Melafazkan catatan yang dibuat untuk memastikan maklumat betul dan mengikut turutan yang sesuai

Menulis dengan lengkap idea/maklumat yang dikenalpasti

Mengisahkan tentang dadah merupakan musuh utama negara yang merosakkan jiwa dan menyebabkan kematian. Dadah juga membawa kemusnahan kepada banyak pihak seperti negarawan, seniman, olahragawan, jutawan, sasterawan, bijak pandai, dan pejuang. Dadah telah menghancurkan institusi keluarga. Sejarah telah membuktikan bahawa Empayar Melaka jatuh angkara dadah dan bermakna dadah telah menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara. Penulis memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk mengharungi hidup yang penuh cabaran dan dugaan. Nasihat penulis ialah masih banyak cabaran yang menanti pada masa akan datang. Oleh itu, mereka perlulah bijak memilih jalan yang betul dan menghindari jalan yang salah.

Menyemak penulisan yang dibuat untuk menilai ketepatan maklumat dan membuat pembetulan