Teknik Ulasan Jurnal

5
CONTOH TEKNIK ULASAN JURNAL – HAZIQ AZREE (2013) 1.0 PENGENALAN Kajian ini adalah berfokuskan kepada pemilihan remaja dalam usia akhir kanak-kanak dan awal usia remaja lingkungan usia 11 hingga 14 tahun dalam faktor mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Faktor tekanan rakan sebaya akan dinilai sebagai faktor berisiko utama dalam mempengaruhi remaja menerima atau menolak ajakan mereka. Kajian juga akan melihat sejauh mana pengaruh rakan sebaya berlakunya apabila usia telah meningkat. Dalam pengulasan jurnal ini juga akan melihat skop utama kajian meliputi penerimaan, penolakan dan pengaruh kumpulan rakan sebaya. Seterusnya, melihat kaedah kajian yang digunakan dalam usaha memberikan dapatan yang terbaik. Kemudian, akan diulas dapatan kajian yang diperoleh dan dibandingkan dengan beberapa maklumat daripada kajian yang lain khususnya pengkaji tempatan dan disokong dengan beberapa fakta yang terdapat dalam penulisan ilmiah berkaitan dengan bidang drug-abuse. Akhir sekali, beberapa cadangan akan diusulkan bagi menambah baik kajian ini pada masa akan datang. Semoga bahan ini dapat memberikan maklumat berguna buat pembaca.

description

Education

Transcript of Teknik Ulasan Jurnal

CONTOH TEKNIK ULASAN JURNAL HAZIQ AZREE (2013)1.0 PENGENALANKajian ini adalah berfokuskan kepada pemilihan remaja dalam usia akhir kanak-kanak dan awal usia remaja lingkungan usia 11 hingga 14 tahun dalam faktor mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Faktor tekanan rakan sebaya akan dinilai sebagai faktor berisiko utama dalam mempengaruhi remaja menerima atau menolak ajakan mereka. Kajian juga akan melihat sejauh mana pengaruh rakan sebaya berlakunya apabila usia telah meningkat. Dalam pengulasan jurnal ini juga akan melihat skop utama kajian meliputi penerimaan, penolakan dan pengaruh kumpulan rakan sebaya. Seterusnya, melihat kaedah kajian yang digunakan dalam usaha memberikan dapatan yang terbaik. Kemudian, akan diulas dapatan kajian yang diperoleh dan dibandingkan dengan beberapa maklumat daripada kajian yang lain khususnya pengkaji tempatan dan disokong dengan beberapa fakta yang terdapat dalam penulisan ilmiah berkaitan dengan bidang drug-abuse. Akhir sekali, beberapa cadangan akan diusulkan bagi menambah baik kajian ini pada masa akan datang. Semoga bahan ini dapat memberikan maklumat berguna buat pembaca.2.0 SKOP KAJIANDalam kajian mengenai pengaruh rakan sebaya terhadap ajakan pengambilan dadah, ia dilihat dari dua isu utama sama ada remaja tersebut menerima atau menolak. Satu lagi isu yang dibincangkan ialah soal tekanan yang wujud dalam sesuatu kumpulan rakan sebaya.i. Remaja yang menerima ajakan menggunakan dadahBagi remaja yang menerima ajakan menggunakan dadah biasanya ia melibatkan dadah jenis kanabis. Dapatan menunjukkan dalam temu bual pertama 31 orang remaja pernah mengambil dadah sekurang-kurangnya sekali. Mereka menyatakan bahawa keterlibatan mereka dengan dadah adalah disebabkan oleh tekanan dan pengaruh rakan sebaya. Berdasarkan kajian ini separuh daripada mereka menggambarkan bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca awal mereka terlibat dadah. Sementara, satu pertiga daripadanya adalah percubaan memujuk dengan kaedah yang tidak disenangi seperti mencabar, suka mendesak dan terdapat ada juga yang mengugut. Selebihnya pula memujuk dengan cara menggalakkan dan cara yang baik.Selain itu, sebab utama remaja menggunakan dadah adalah disebabkan perasaan ingin tahu, rasa bosan, ingin mencuba sesuatu yang baru dan ingin berseronok. Walau bagaimanapun, dalam usia meningkat dewasa pengaruh rakan sebaya dilihat semakin berkurangan. Hal ini dibuktikan berdasarkan hasil temu bual kali kedua dan ketiga yang mendapati pengaruh luar hanya 5 peratus berbanding rasa ingin tahu 82 peratus. Hanya 14 peratus menyatakan mereka digalakkan untuk mengambil dadah. Dapatan kajian ini ada juga benarnya kerana merujuk kajian yang dijalankan oleh Sabitha Marican, Mahmood Nazar dan Rosnah Ismail (2007), antara faktor utama mendorong kepada penggunaan dadah dalam kalangan wanita negeri Sabah adalah didominasi perasaan ingin tahu sebanyak 61 orang atau 79.2 peratus. Walau bagaimanapun, pengaruh rakan sebaya turut menjadi penyumbang utama ke arah penagihan dadah iaitu seramai 51 orang atau 66.2 peratus. (SOKONGAN DARI BUKU LAIN)ii. Remaja yang menolak ajakan menggunakan dadahBagi remaja yang menolak tawaran pula bilangannya juga cukup besar. Pengaruh rakan sebaya dalam memujuk menggunakan dadah dilihat kurang mendatangkan impak ketika usia mereka telah meningkat. Suatu yang positif ialah majoriti remaja yang tidak menggunakan dadah dilaporkan enggan menerima ajakan menagih meskipun ada dalam kalangan mereka menerima lebih sekali ajakan malahan ada yang sering diajak mengambil dadah. Ajakan ini dilihat dua per tiga datang dari rakan sebaya dan selebihnya daripada remaja yang lebih tua. Kajian ini juga mendapati ajakan biasanya menggunakan kanabis. Walau bagaimanapun, terdapat juga yang menerima ajakan untuk mengambil ecstasy seramai 7 orang dan amphetamines. Dilaporkan juga seorang daripada mereka dipelawa menggunakan heroin dan dua daripada mereka pula dipelawa menggunakan kokain. Remaja biasanya menjauhi mereka yang mengambil dadah jenis sintetik kerana menurut Narcanon International (2012) kesan penggunaan sintetik amat berbahaya kerana di Albuquerque ada penagih yang sanggup membunuh bapa sendiri dengan pisau selepas mengambil dadah sintetik jenis spice. Dalam temu bual yang dijalankan juga, pengkaji turut meminta remaja menjelaskan sekiranya mereka menerima ugutan atau menerima ajakan atau didorong untuk mengambil dadah. Dalam temu bual yang pertama mendapati satu per tiga daripada ajakan dadah datangnya daripada pemujukan. Walau bagaimanapun bilangannya didapati menurun dalam temu bual ke dua dan ketiga dengan hanya nisbah 1: 8 remaja yang pernah terlibat dilaporkan menerima ajakan mengambil dadah atau dipujuk untuk mengambilnya. Dalam temu bual kedua dan ketiga pula majoriti tenang menerima atau menolaknya. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya percubaan untuk mempengaruhi remaja gagal meskipun dengan cara mempengaruhi, mencabar, memujuk, mengajak baik-baik secara berulang dan cuba memberi galakkan. Hanya dua remaja menyatakan bahawa mereka rasa ingin mencuba apabila dicabar oleh rakan sebaya. Ada sebilangan kecil disyaratkan perlu mengambil dadah untuk mengikuti kumpulan mereka namun remaja tersebut menolaknya. Tindakan mungkin atas kesedaran betapa rakan sebaya mampu menjadi penyebab utama ke arah penagihan dadah. Hal ini dibuktikan dalam statistik AADK (2012) menunjukkan seramai 973 orang atau 44.76 peratus penagih bersetuju bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama penagihan dadah. (SOKONGAN DARI BUKU LAIN)