Teknologi Dalam Pendidikan Khas

download Teknologi Dalam Pendidikan Khas

of 8

Transcript of Teknologi Dalam Pendidikan Khas

  • 8/14/2019 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

    1/8

    Teknologi Dalam Pendidikan Khas

    1.0 PENGENALAN

    Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha

    membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. MSC( Multimedia

    Super Corridor ) ialah suatu projek teknologi maklumat yang sangat penting

    ke arah meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat,

    peningkatan sains dan teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa

    dan pentadbiran yang lebih bersistematik.

    Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ) telah dapat

    dikenal pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di

    dalam kelas untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman merekadalam mata pelajaran yang diikuti. Pihak Kementerian sedang berusaha

    menyediakan bahan PPBK yang secukupnya bagi 4 mata pelajaran iaitu

    Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan

    oleh pelajar-pelajar. Peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuan

    sebagai fasilitator di kalangan pelajar.

    Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja pada zaman

    kini.Teknologi maklumat ini dapat mempermudahkan tugas serta

    meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja

    pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. E-Ekonomi merupakan

    isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya

    pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru

    dalam membentuk generasi yang akan datang.

    Bagi mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya,

    pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah

    perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat,

    menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.

    Pendekatan pengajaran secara tradisional secara pembelian nota-nota

    seharusnya dikikis dari pemikiran guru sebaliknya guru-guru perlu

  • 8/14/2019 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

    2/8

    dibekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat

    melalui komputer.

    Pengajaran dan penggunaan komputer ( PPBK ) ini adalah aturcara

    komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk

    membantu seseorang belajar.Mikrokomputer digunakan untuk

    menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program

    yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program

    komputer atau perisian melalau terminal.

    Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer

    memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tertentu.

    Pendekatan ini perlu digunakan untuk memastikan pelajar dengan kebolehan

    dan minat yang berbeza dapat menggunakan teknologi komputer sebagai

    alat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka

    Selain itu, pendekatan ini juga perlu bagi memastikan pelajar-pelajar yang

    keluar daripada sistem pendidikan negara dapat memainkan peranan

    mereka secara berkesan untuk memajukan masa depan negara yang

    berteraskan teknologi dan mengharungi zaman teknologi maklumat ini.

    2.0 MATLAMAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN

    KOMPUTER2.1 Menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan

    pembelajaran mengenai perkakasan komputer yang mudah serta dapat

    mengoptimumkan masa guru dan pelajar.

    2.2 Memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka

    ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasaan

    komputer berdasarkan kadar keupayaan masing-masing.

    2.3 Memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan asas, konsep, prinsip

    dan fakta mengenai komponen perkakasan komputer berdasarkan

    kandungan bahan yang disediakan.

    2.4 Membolehkan pelajar agar berdikari dalam mencari maklumat dan

    penemuan untuk memenuhi sebarang tugasan.

  • 8/14/2019 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

    3/8

    2.5 Mencetuskan satu perbincangan yang menarik di kalangan pelajar dan

    guru.

    3.0 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN

    KOMPUTER

    3.1 Dapat memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai kepentingan dan

    komponen sistem komputer dalam teknologi maklumat.

    3.2 Dapat menjana kefahaman mengenai jenis dan fungsi komponen

    komputer dan yang berkaitan dengannya dalam menjayakan matlamat

    pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teknologi maklumat.

    3.3 Dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang

    kepentingan menjaga dan membaikpulih sistem komputer masing-masing.

    4.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMPUTER

    Prinsip pembelajaran berasakan komputer berlaku apabila pembelajaran

    dilaksanakan melalui penggunaan komputer. Komputer digunakan di dalam

    bilik darjah untuk membantu kaedah pengajaran tradisional. Alat elektronik

    ini boleh menyimpan arahan dan data dalam memorinya dan melaksanakan

    arahan dalam susunan yang logik. Terdapat pelbagai jenis PPBK yang

    mempunyai kelebihan dan kesesuaian masing-masing dalam penggunaan

    matapelajaran di peringkat rendah, menengah dan tinggi.

    4.1 Latihtubi

    Latihtubi adalah suatu latihan yang diberikan oleh komputer untuk

    meningkatkan pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan

    soalan dan merakamkan semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya

    komputer akan memberikan maklum balas kepada pelajar. Ini akan

    membolehkan pelajar yang kurang berpengalaman dapat mengikuti

    perjalanan pelajaran mengikut tahapnya sendiri dan dapat memaparkan

    kemajuannya pada bila-bila masa sahaja. Sebagai contoh, apabila membuat

    latihan Matematik, para pelajar tidak akan merasa tegang jika terdapat

    kesalahan dalam latihan yang mereka buat. Mereka akan memperbaiki

    kesalahan itu dan akan cuba menjawabnya sekali lagi.

    4.2 Tutorial

  • 8/14/2019 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

    4/8

    Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran

    yang disampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-

    soalan. Kemudiannya, komputer akan menyemak jawapan dan memberikan

    maklum balas. Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan

    baru, mengulangkaji dan pemulihan kepada pelajar yang berpencapaian

    rendah dalam peperiksaan. Sebagai contoh, apabila para pelajar

    menggunakan disket sebagai bahan pembelajarannya, dia tidak akan berasa

    bosan jika dia tidak memahami sebarang soalan yang terdapat di

    dalamnya.Pelajar akan lebih bersemangat untuk membuat soalan di

    dalamnya apabila kesalahan yang dilakukan diberi komen oleh suara latar

    belakang dan muzik sampingan yang terdapat di dalam disket tersebut.

    4.3 Simulasi

    Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan

    memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau

    peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer

    berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan,

    menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang

    tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep

    yang kompleks terutamanya dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lainyang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya

    atau mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, penggunaan komputer

    dengan disket-disket tertentu seperti disket yang mengandungi kejadian

    alam iaitu kejadian gempa bumi, proses pertumbuhan manusia, proses

    fotosintesis dan kejadian hujan akan menyebabkan para pelajar berasa

    tertarik untuk mempelajari sesuatu mata pelajaran dengan lebih mendalam

    walaupun pada mulanya mereka tidak berminat terhadap mata pelajaran

    tersebut.

    4.4 Permainan

    Permainan merupakan jenis PPBK yang melibatkan aktiviti berbentuk

    pertandingan di mana pelajar akan membuat keputusan, mengikut arahan

    dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan bersama-

  • 8/14/2019 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

    5/8

    sama semasa pelajar mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya

    akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, kematangan berfikir,

    menambah pengetahuan dan juga secara tidak langsung sifat kesabaran

    akan wujud dalam diri para pelajar. Sebagai contoh, dalam permainan catur

    bersama dengan komputer, akan menyebabkan seseorang pelajar

    menggunakan tahap pemikiran yang lebih tinggi untuk memenangi

    permainan tersebut. Ini kerana komputer mempunyai banyak taktik dan akan

    menyebabkan para pelajar bermain dengan agresif dan kritis.

    4.5 Penyelesaian masalah

    Penyelesaian masalah adalah sesuatu perkara yang dianggap sangat rumit

    oleh para pelajar. Mereka menghadapi kesukaran dalam membuat keputusan

    yang tepat dan baik. Mereka akan ragu-ragu dan keliru dalam membuat

    sebarang keputusan. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Matematik,

    terdapat banyak soalan yang merumitkan.Apabila pelajar menggunakan

    bantuan daripada komputer yang mempunyai daya tarikan animasi,

    pergerakan dan bunyi, mereka akan membuat latihan penyelesaian masalah

    tersebut dengan lebih yakin bahawa keputusan yang mereka ambil itu

    adalah yang paling tepat.

    5.0 KOMUNIKASI BERPERANTARAAN KOMPUTER DALAM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan

    satu aplikasi teknologi komputer dalam pendidikan dan latihan . Selain

    daripada itu,komputer juga boleh mengendalikan seluruh proses pengajaran

    tanpa bantuan guru.

    5.1 Komputer sebagai pakar rujuk iaitu Guru komputeru

    Komputer boleh berperanan seperti seorang manusia yang berupaya

    mengawal banyak peranti atau perkakasan melalui perintah yang telah

    diprogramkan. Dalam hal ini membolehkan pelajar dan komputer berdialog

  • 8/14/2019 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

    6/8

    mengenai topik khusus. Dalam hal ini komputeru adalah pakar (guru)

    rujuknya yang mempunyai pelbagai pengetahuan mengenai sesuatu subjek.

    5.2 Komputer sebagai pembimbing iaitu Tutor

    Keadaan ini biasanya dapat dilihat dalam bilik darjah pada hari ini,

    seseorang bertanggungjawab terhadap ramai pelajar.Dengan adanya

    kemudahan komputer, maka setiap komputeru boleh ditugaskan untuk

    mengajar hanya seorang pelajar sahaja. Dengan cara ini proses pengajaran

    dapat dilakukan secara individu. Satu komunikasi yang baik akan wujud di

    antara guru dan pelajar kerana komputer yang berperanan sebagai guru itu

    akan hanya melayan kerenah seorang pelajar.

    5.3 Komputer sebagai penyimpan Rekod Akademik

    Komputer merupakan sebuah mesin pemprosesan data bereletronik yang

    boleh menerima dan menyimpan data di samping melakukan pelbagai jenis

    operasi dan kemudianya mengeluarkan keputusan atau maklumat yang

    disimpanya. Dengan ini komputer berupaya menerima dan menyimpan

    maklumat yang banyak dalam satu masa. Data yang banyak dan boleh

    dicapai dengan cepat serta mudah sudah pasti dapat mengurangkan beban

    guru tersebut. Guru tidak perlu lagi bersusah payah membawa buku-buku

    nota para pelajar yang banyak ke kelas kerana segala nota sudah terdapat didalam komputer yang telah disediakan.

    5.4 Komputer sebagai Penyelia dan penyemak peperiksaan

    Komputer boleh diprogramkan untuk menganalisa setiap soalan

    berdasarkan pencapaian pelajar. Ini membolehkan guru memikirkan kembali

    objektif setiap soalan tersebut dan mereka bentuk teknik-teknik pengujianya

    kepada para pelajar melalui komputer.

    5.5 Pengajaran berbantukan komputer

    Pengajaran berbantukan komputer (PBK) adalah satu strategi atau bentuk

    pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer untuk

    menyampaikan seluruh atau sebahagian dari isi kandungan mata pelajaran.

    Ia biasanya dipersembahkan dalam satu perisian yang diadakan bagi

    menjadikan aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.Dalam

  • 8/14/2019 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

    7/8

    PBK, pelajar akan berinteraksi terus dengan komputer. Seseorang pelajar

    boleh belajar secara bersendirian dalam pelajaran yang telah direka bentuk

    dan diprogramkan ke dalam komputer serta boleh mengawal urutan

    pembelajaran. Guru hanya memilih dan mengatur bahan pembelajaran yang

    sesuai.

    5.6 Pengajaran diurusakan komputer

    Pengajaran diuruskan komputer ialah penggunaan sistem komputer untuk

    menguruskan maklumat tentang prestasi pelajar serta pemilihan sumber-

    sumber pembelajaran bagi mengawal pembelajaran individu. Sistem ini

    dapat menjimatkan masa interaksi antara guru dengan para pelajar dan

    secara tidak langsung ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pengajar.

    Dalam sistem ini komputer dapat membantu menyelasaikan masalah

    pengurusan pengajaran dengan cara ujian, menyediakan markah,

    menentukan langkah-langkah pembelajaran, seterusnya merekod

    pencapaian pelajar serta menyimpan rekod pelajar, guru dan kekitangan di

    sekolah.

    5.7 Multimedia berasaskan komputer

    Multimedia berasaskan komputer merupakan satu cara pembelajaran yang

    interaktif. Ia dikawal dan dikendalikan oleh komputer sepenuhnya.Multimedia ini menggabungkan teks, grafik serta lain-lain atribut media

    seperti bunyi ,animasi dan visual. Ia turut menggunakan struktur rangkaian

    node dan link rangkaian.

    5.8 Surat elektronik @ E-mail

    Surat elektronik atau e-mel merupakan sejenis alat komunikasi. Melalui e-

    mel, kita tidak perlu membuang masa untuk ke pejabat pos bagi tujuan

    menghantar surat. Selain itu, dengan menggunakan e-mel, kita boleh

    menghantar pelbagai jenis maklumat seperti artikel, gambar dan mesej. Di

    antara perkhidmatan e-mel yang boleh digunakan ialah Hotmail.com dan

    Yahoo.com. Sebagai contoh jika seseorang guru itu perlu menghantar bahan

    nota, guru hanya perlu menghantar bahan-bahan tersebut kepada para

    pelajar melalui alamat e-mel mereka.

  • 8/14/2019 Teknologi Dalam Pendidikan Khas

    8/8

    5.9 Perbualan maya atau chating

    Walaupun terdapat pelbagai pendapat yang mengatakan bahawa chating

    merupakan bahan yang tidak baik tetapi ia juga boleh digunakan sebagai

    bahan komunikasi. Melalui chating konsep pembelajaran dan pengajaran

    akan menjadi lebih muda, satu ruang pendidikan boleh dicipta. Melalui ini

    mereka boleh mencari guru dan menanyakan sebarang kemusykilan

    mengenai pelajaran dan soalan mereka akan terjawab ketika itu juga.

    Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa para pelajar dapat menjimatkan

    masa dan dapat menjawab soalan tersebut dalam suasana yang tenang.

    Perkara sebegini boleh dijalankan pada waktu persekolahan atau di luar

    waktu persekolahan melalui makmal komputer. Pertukaran pendapat yang

    senyap dan tenteram boleh berlangsung di antara guru dan pelajar.

    5.10 Laman web atau website

    Melalui laman web, satu komunikasi yang menarik dapat dijalankan diantara

    guru dan pelajar, contoh laman web yang boleh digunakan bagi tujuan

    pendidikan ialah Laman Web Portal Pendidikan Utusan. Laman web ini

    mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar, ibu bapa

    dan para guru. Perkara ini terjadi kerana persembahan yang menarik dengan

    adanya animasi, grafik, muzik dan suara latar yang menarik menyebabkanpara pelajar akan melayari laman web tersebut, malahan kita tidak

    dikenakan bayaran semasa melayari laman web tersebut.