Teks Bentuk Kata

2
Banyak hal yang perlu dibuatkan dan banyak khabar yang perlu disampaikan. Perkhabaran terputus kerana ibu bapa Sofea bercerai ketika mereka menetap di Sarawak. Sofea pula kembali menetap di Kuala Lumpur dan tinggal bersama datuknya. Oleh sebab hidupnya sering berpindah- randah dan tidak mempunyai rakan rapat, sofea bertekad untuk meneruskan pelajaran ke Eropah dan terus menetap di sana. Walaupun mendapat tentangan, Sofea berkeras juga untuk meneruskan cita-citanya itu. Sebaik habis belajar di London, Sofea berkahwin dengan seorang akauntan berbangsa Inggeris dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Walaupun kami berkahwin secara Islam dan suami memeluk agama Islam, tapi kami tidak menjalani hidup seperti kebiasaan pasangan Muslim.Budaya hidup yang bebas dan arak masih menjadi amalan kami.” Sofea berbicara dan Linda kelihatan tekun mendengarnya. “Mungkin Linda ingin tahu bagaimana Sofea mula bertudung dan menjalani hidup sebagai orang Islam. Sebenarnya bagi Sofea, semua itu adalah kehendak ALLAH SWT. Bukankah ALLAH SWT itu Maha merancang? Tetapi novel inilah yang mula-mula

description

bm

Transcript of Teks Bentuk Kata

Banyak hal yang perlu dibuatkan dan banyak khabar yang perlu disampaikan. Perkhabaran terputus kerana ibu bapa Sofea bercerai ketika mereka menetap di Sarawak. Sofea pula kembali menetap di Kuala Lumpur dan tinggal bersama datuknya. Oleh sebab hidupnya sering berpindah- randah dan tidak mempunyai rakan rapat, sofea bertekad untuk meneruskan pelajaran ke Eropah dan terus menetap di sana. Walaupun mendapat tentangan, Sofea berkeras juga untuk meneruskan cita-citanya itu. Sebaik habis belajar di London, Sofea berkahwin dengan seorang akauntan berbangsa Inggeris dan dikurniakan dua orang cahaya mata.Walaupun kami berkahwin secara Islam dan suami memeluk agama Islam, tapi kami tidak menjalani hidup seperti kebiasaan pasangan Muslim.Budaya hidup yang bebas dan arak masih menjadi amalan kami. Sofea berbicara dan Linda kelihatan tekun mendengarnya. Mungkin Linda ingin tahu bagaimana Sofea mula bertudung dan menjalani hidup sebagai orang Islam. Sebenarnya bagi Sofea, semua itu adalah kehendak ALLAH SWT. Bukankah ALLAH SWT itu Maha merancang? Tetapi novel inilah yang mula-mula menyedarkan Sofea. Ujarnya sambil menunjukkan sebuah novel kecil yang sudah sedikit kusam.Sofea terjumpa novel ini di sebuah kedai buku di London kira-kira lima tahun lepas. Apabila membacanya, Sofea dapat tahu penulisnya memang seorang yang ikhlas dan jujur dalam menulis. Banyak kebaikan dan lunas-lunas tentang Islam terpancar di dalamnya Oleh itu Sofea ingin sekali berjumpa sendiri dengan penulisnya.