teks big

4
BIL . PERKARA CATATAN 1. Ketibaan & pendaftaran peserta. 2. Kata-kata Aluan Pengacara Majlis. Tatang puan tatang cerana, Tatang duduk seri rama, Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama. 1. Yang Berusaha, __________________________________, Penceramah Jemputan, Program Bina Insan Guru Fasa ke - 3, 2015 2. **Yang Berusaha, Ustaz Haji Muhammad Kamil bin Jaafar, Pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pindidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Sultan Mizan, merangkap mentor pelajar 3pismp Bahasa Arab. 3. ** seterusnya para peserta Program Bina Insan Guru Fasa ke -3 3. Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. Selamat Datang diucapkan kepada para peserta Bina Insan Guru Fasa 3 2015.

description

Pengacaraan Majlis

Transcript of teks big

Page 1: teks big

BIL. PERKARA CATATAN

1. Ketibaan & pendaftaran peserta.

2. Kata-kata Aluan Pengacara Majlis.

Tatang puan tatang cerana,

Tatang duduk seri rama,

Datang tuan datanglah nyawa,

Datang duduk bersama-sama.

1. Yang Berusaha, __________________________________,

Penceramah Jemputan, Program Bina Insan Guru Fasa ke -3, 2015

2. **Yang Berusaha, Ustaz Haji Muhammad Kamil bin Jaafar,

Pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pindidikan Islam dan Moral, IPG Kampus

Sultan Mizan, merangkap mentor pelajar 3pismp Bahasa Arab.

3. ** seterusnya para peserta Program Bina Insan Guru Fasa ke -3

3. Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. Selamat Datang diucapkan

kepada para peserta Bina Insan Guru Fasa 3 2015.

Alhamdulillah, Allah juga yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan

limpah dan izinNya, membolehkan kita berkumpul pada petang yang hening

ini.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan,

kehadiran hadirin ke “Bengkel Etiket Sosial” bersempena dengan program

Bina Insan Guru Fasa 3, 3pismp Bahasa Arab.

4. Bacaan Doa.

Sebelum meneruskan agenda program, majlis dengan segala hormatnya

Page 2: teks big

mempersilakan saudara Mohd Amirul Hafiz bin Zulfakar untuk mengetuai

bacaan doa. Dipersilakan.

*** Bacaan doa***

Amin, Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd

Amirul Hafiz bin Zulfakar atas bacaan doa sebentar tadi.

5. Hadirin-hadirat sekalian,

Kata pujangga, tak kenal maka tak cinta. Justeru, molek kiranya kita kenali

terlebih dahulu empunya gerangan penceramah jemputan kita pada hari ini.

** Biodata penceramah jemputan **

Seterusnya, tanpa melengahkan masa, saya menyerahkan slot pertama

program Etiket Sosial ini kepada penceramah jemputan kita,

___________________________________. Majlis dengan ini

mempersilakan.

** Slot 1 (Teori) **

5. Tamat sesi slot 1.

Baiklah, slot pertama kita telahpun tamat. Semua peserta dibenarkan untuk

berehat dan slot kita yang seterusnya akan bermula pada jam 3.45 petang.

Sekian, terima kasih.

** rehat **

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan kepada slot yang kedua.

Dipersilakan penceramah jemputan untuk meneruskan slot ceramah beliau.

6. Penyampaian Cenderamata

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderamata sebagai

penghargaan kepada penceramah jemputan kita. Dengan itu, majlis

mempersilakan yang berusaha mentor bagi unit 3pismp Bahasa arab, ustaz

Page 3: teks big

mohd kamil bin jaafar untuk meyempurnakan acara penyempaian

cenderamata.

Begitulah tadi berakhirnya sesi bagi program Bengkel Pengucapan Awam

Dan Kesantunan Bahasa kita pada hari ini. Semoga segala ilmu yang

diperoleh, bukan sahaja dapat diamalkan dalam kehidupan seharian bahkan,

dikongsi bersama rakan-rakan lain dalam menuju kegemilangan peradaban

insan dalam bidang Pengucapan khususnya. Sabda Rasulullah S.A.W yang

bermaksud: Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.

Bertiup bayu di pantai indah,

Burung kedidi terbang melayang,

Mana yang kurang silap dan salah,

Jangan menjadi bekalan pulang.

Akhir kalam, saya mewakili jawatankuasa pelaksana program ini memohon

ampun andai ada tersilap cara terkhilaf bicara sepanjang berlangsungnya

program ini samada yang disedari mahupun sebaliknya. Kita tangguhkan

majlis dengan bacaan Surah Al-‘Asr danTasbih Kaffarah.

** Bacaan Tasbih Kaffarah & Surah Al-‘Asr **

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum W.B.T.

~ TAMAT ~