Teks Dan Gambar
-
Upload
nurulain-hasan -
Category
Documents
-
view
485 -
download
6
Transcript of Teks Dan Gambar
SEL DAN TISU
Pelbagai Jenis Sel
Beberapa jenis tisu epitelium
PERINGKAT KIMIA, SELULAR DAN TISU ORGANISMA
JENIS DAN FUNGSI TISU UTAMA
EKG (ELECTROCARDIOGRAPH)
12 Lead ECG of a 26-year-old male.
Schematic representation of normal ECG
DARAH ( KOMPOSISI DAN KIRAAN NADI
2. Komposisi darah manusia
Struktur sel darah merah
Sel Darah Putih
PIRAMID MAKANAN
Pengenalan
Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak
kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya
berfungsi dengan baik.
Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan
makanan sihat.
Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?
Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan
oleh Piramid Makanan Malaysia.
Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti
fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam
sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang
kurang aktif.
Berapakah kalori yang diperlukan?
Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan
dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.
Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya
masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.
Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda
ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.
Bagaimana dengan makanan snek?
Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada
kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai
makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada
menu utama tersebut.
Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh
diambil oleh kita.
Adakah makanan segera itu baik?
Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian
anda.
Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :
Kalori.
Lemak.
Kolesterol.
Natrium.
Protein.
Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.
Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta
makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.
SISTEM INTEGUMENTARI
CARA MENGIRA KADAR NADI
Ada beberapa cara untuk menguji sama ada anda melakukan senaman pada kadar yang termampu oleh badan anda.
• Ujian cakap: Cuba bercakap dengan orang lain atau diri anda sendiri ketika melakukan senaman. Jika anda dapat melakukannya dengan baik tanpa semput atau tercungap-cungap anda telah mencapai tahap yang sederhana intensitinya. Ujian ini tidak berkenaan jika anda menghidap penyakit paru-paru atau jantung.
• Usaha yang ternampak: Dengan menggunakan skala gerakerja 0-10. Paras yang dianggap baik ialah antara 3-6 pada skala tersebut. Pada tahap berkenaan anda merasa lebih panas, bernafas agak cepat dan jantung anda berdenyut lebih pantas, tetapi anda tidak merasa apa-apa kesakitan. Ini menandakan anda telah berada di tahap yang baik. Sebarang kesakitan yang wujud adalah amaran untuk anda berhenti.
• Kadar nadi: Intensiti yang sederhana akan meningkatkan kadar nadi anda kepada 60-80% dari kadar nadi maksima (menurun mengikut umur). Jika julat kadar nadi melebihi dari had teratasnya, jangan panik. Perlahankan aktiviti anda. Jika kurang, tingkatkan lagi aktiviti anda.
Bagaimana Mengira Julat Kadar Nadi
• Tolak umur anda daripada 220. Sebagai contoh anda berumur 40 tahun. 220-40 = 180
• Julat Kadar Nadi Had Terbawah
Darabkan 180 dengan 0.6 iaitu 180x0.6 = 108
Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu jari kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga.
i. Carotid Artery
ii. Radial Artery
Kadar Nadi Rehat (KNR)
Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit.
Contoh:-
12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.
Kadar Nadi Maksimum (KNM)
Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220 telah ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senam sebagai satu angkatap formula.
Contoh:-
Umur subjek ialah 33 tahun.
KNM = 220 – 33
= 187 dsm.
Kadar Nadi Latihan (KNL)
Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)
Contoh :-
KNM = 220 – 33(umur)
= 187 dsm
KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6
= 72 dsm.
KNL = KNM – KNR
= 187 – 72
= 115 dsm.
Kadar Nadi Sasaran (KNS)
Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 60% ialah dengan menggunakan formula ini.
Contoh :-
(KNM – KNR) x 0.6 + KNR
= (187 - 72) x 0.6 + 72
= (115) x 0.6 + 72
= 69 +72
= 141 dsm