TEKS EMCEE MAJLIS MENANDATANGANI MOU
-
Upload
ramlah-idris -
Category
Documents
-
view
270.363 -
download
64
description
Transcript of TEKS EMCEE MAJLIS MENANDATANGANI MOU
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU)
ANTARA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DENGAN UNIVERSITI PUTERA MALAYSIA
PADA 13 JULAI, 2008
MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI
3.00 Ptg Ketibaan Tetamu Khas
Mengumumkan Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu diiringi Y.B. Tuan Haji Ashaari bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri.
Ramlah
Tetamu Khas Duduk
Selesai Tetamu Khas Duduk
Sirih Berlipat Sirih PinangSirih Dari Pulau MutiaraPemanis Kata Selamat Datang Awal Bismillah Pembuka Bicara
Bismillahirahmanirahim.
Assalamu'alaikum wbt.
Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
Y.B. Tuan Haji Ashaari bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Program Yayasan Pembangunan Keluarga Terenganu
Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik Mustapha bin R. AbdullahNaib Canselor, Universiti Putra Malaysia
Pensyarah-Pensyarah Universiti Putra Malaysia
Ramlah
Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 1
Yang Berusaha Encik Mohd Shafaruddin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
Ketua-Ketua Jabatan, Pihak Media, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati dan dirahmati Allah sekalian.
Dimajlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Yayasan Pembangunan Keluarga Terenganu dengan Universiti Putra Malaysia.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. Bismilallahirahmanirahim...........
Selesai Bacaan Fatihah
Amin. Ya Rabbilalamin. Ramlah
Ucapan Y.Bhg Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,Majlis pada petang ini diteruskan dengan mempersilakan Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik Mustapha bin R. Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.
Ramlah
Selesai ucapan Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia
Demikian tadi, ucapan oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Ramlah
Ucapan BalasYAB Menteri Besar
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganuuntuk menyampaikan ucapan. Denganhormatnya dipersilakan.
Ramlah
Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 2
Selesai Ucapan YAB Menteri Besar
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik Mustapha bin R. Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia di atas ucapan itu tadi.
Ramlah
Majlis menandatangani MOU antara YPKT dengan UPM
Bandaraya Kuala Terengganu baru dilancarkanMenjadi kebanggaan rakyat TerengganuTibalah masa yang dinanti-nantikanBersama saksikan acara tandatangan MOU
Majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan YBhg. Encik Mohd Shafarudin bin Mustaffa, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terenganu dan Yang Berbahagia Prof. Datuk Nik Mustapha bin R. Abdullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia untuk menandatangani Buku MOU.
Majlis Menandatangani MOU ini akan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu dan YB Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dipersilakan.
Ramlah
Selesai Majlis Menandatangani MOU
Dipersilakan Tuan Pengarah dan Y.Bhg Prof. Datuk untuk bertukar Buku MOU.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’, Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Y.Bhg Prof. Datuk dan Tuan Pengarah diatas sempurnanya majlis menandatangani MOU sebentar tadi.
Ramlah
Majlis Penyampaian Cenderamata
Majlis dengan sukacitanya menjemput YAB Menteri Besar untuk Menyampaikan Cenderahati kepada YBhg. Prof. Datuk Naib Canselor. Dipersilakan.Dijemput YBhg. Prof. Untuk menyampaikan cenderahati kepada YAB Dato’. Dipersilakan.
Ramlah
Selesai Majlis Penyampaian Cenderamata
Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Ramlah
Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 3
Sidang Akhbar
Jamuan Ringan dan Bersurai
Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) diantara Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dengan Universiti Putra Malaysia.
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pihak Media, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang hadir menjayakan majlis yang penuh bermakna pada petang ini.
Gunung Pantai tinggi mengawanNampak dari Padang TemuSampai di sini tuan dan puan,Ada hayat kita bertemu
Sebelum berpisah, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tuan Pengarah Yayayasan Pembangunan Keluarga Terengganu untuk menjemput dan mengiringi Yang Amat Berhormat, Y.Bhg Datuk dan Yang Berhormat ke Sessi Sidang Akhbar.
Dijemput para tetamu untuk menikmati jamuan ringan di Bilik sebelah.
Sekian, selamat sejahtera dan Assalamu'alaikum wbt.
Ramlah
Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 4
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU)
ANTARA YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA DENGAN UNIVERSITI PUTERA MALAYSIA
13 JULAI, 2008 (Ahad)
3.00 Petang
Tingkat 18, Wisma Darul ImanKuala Terengganu
Ramlah binti IdrisPengacara Majlis
Ramlah Idris (Pengacara Majlis) MOU: YPKT dgn UPM 13 Julai 5