Teks Forum 1

8

Click here to load reader

description

bahasa melayu

Transcript of Teks Forum 1

Kecelaruan dan Krisis Identiti Remaja Melemahkan Bangsa

TEKS FORUM 2012

Pengerusi:

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Cetusan barakah buat hadirin hadirat yang saya hormati sekalian. Bertemu kembali dalam Arena Forum Remaja buat sekian kalinya bagi mendiskusikan satu tajuk yang kian hangat diperkatakan.

Hadirin sekalian, tidak molek rasanya jika saya tidakmemperkenalkan tiga orang ahli panelkita yang berdedikasi, bijaksana lagi berkarisma serta mempunyai lontaran idea yang bernas dan bakal merungkai segala persoalan dan persepsi dalaman mengenai tajuk yang bakal kita diskusikan bersama. Tanpa membuang masa, saya akan memperkenalkan ahli-ahli panel kita.

Di sebelah kanan saya, beliau kelihatan jelita dan tenang selalu. Itulah Syahirahahli panel pertama. Di sebelah kiri saya pula, beliau kelihatan manis dan pemalu. Oleh sebab itulah beliau digelar Si Manis Pemalu. Itulah dia Siti Noor Najihah ahli panel kedua kami. Dan yang berada di hujung sana, beliau kelihatan kacak dan tenang menempuh segala pancaroba. Itulah Mohamad Syazwan ahli panel ketiga.

Aiman kata Aiman tak kisah. Mawi kata aduh Saliha. Kami membawa modul bicara yang berbunyi,Kecelaruan dan Krisis Identiti Remaja Melemahkan Bangsabikisan wacara yang akal kita diskusikan bersama.

Menurut laman sesawang Wikipedia, kecelaruan bermaksud kekusutan fikiran untuk membuat keputusan dalam kehidupan. Fikiran akan bertambah kusut jika seseorang itu berada dalam persekitaran yang tidak tenteram dan bising. Dalam diam-diam, mereka yang dilanda kecelaruan akan mencari jalan pintas untuk mengatasinya dengan mengambil minuman keras, berhibur dan mendengar muzik-muzik yang berunsurkan keganasan. Kesannya, akan berlakunya krisis identiti terutamanya dalam kalangan remaja. Segala persoalan akan kita rungkai dan kita kupas dalam Arena Forum Remaja 2012.

Baiklah, saya ingin mengajukantunjang persoalan mengenai permasalahan ini daripada aspek pegangan agama.Silakan wahai saudari.

Panel Pertama :

Terima kasih saudara pengerusi majlis.Assalamualaikum dansalam sejahtera. Saudara, seperti yang kita sedia maklum, setiap agama memandu penganutnya kearah kebaikan. Namun begitu, agama dan fahaman merupakan dua perkara yang berbeza.Walaupunajaran agama secara jelas mengandungi nilai kemanusiaan yang tinggi selaras dengan fitrah manusia akan tetapi,sesuatu fahaman boleh mengeksploitasikan nilai agama dan memesongkan manusia.Fahamanmodenisasitelah menyebabkan berlakunya krisis identiti dalam kalangan manusia tanpa mengira apa-apa agama sekalipun.Oleh hal yang demikian, wujudlahsekularisme dan dualismeyang mengasingkan ajaran agama dengan cara serta gaya hidup manusia. Sebagai contoh, mana-mana agama di dunia ini tidak pernah menghalalkan perkahwinan sesama jenis. Namun begitu, atas fahaman modenisasi, sekularisme dan liberalisme, masyarakat dunia kini memperjuangkan hak golongan yang mahukan kebebasan berkahwin sesama gender.

Professor Doktor Syed Naquib Al-Attas pada tahun 1998 lagi telah meramalkan krisis identiti menjadi masalah besar dalam kehidupan manusia. Kata beliau, ketidakfahaman manusia terhadap agama yang dianutinya menyebabkan manusia hilang identiti tanpa mengira peringkat umur. Tegasnya, remaja tercabut akar jati diri serta kabur hala tuju kehidupan sekali gus menjadikan imej mereka semakin suram.

Selain itu saudara, banyak pendapat yang dikemukakan oleh ahli fikir dan ahli agama tentang keruntuhan akhlak yang disebabkan hilang identitiagama. Secara global, para remaja yang diasah dengan nilai murni sekalipun akan mudah terpengaruh dengan gaya hidup yang dibawa oleh fahamanhedonisme. Rentetan itu, kita dapat saksikan remaja walaupun di negara China yang begitu kuat dengan tradisi, hancur oleh globalisasi. Cara pemakaian mereka tiada bezanya dengan pemuda di Las Vegas, London, Paris mahupun Tokyo.Jelaslah bahawa kepincangan krisis identiti ini disebabkan oleh kelonggaran pegangan agama dalam setiap masyarakat.

Pengerusi:

Ulasan pendapat yang begitu bernas sekali saudari.Memang benar seperti apa yang saudari katakan sebentar tadi, pegangan agama penting agar remaja tidak terpesong ke arah kejahatan.

Rasullullah s.a.w. telah bersabda dalam khutbah terakhir baginda yang berbunyi, Aku telah meninggalkan dua perkara kepada kamu. Jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya.

Dua perkara tersebut merupakan kitab suci al-Quran dan sunnah baginda.

Saya ingin bertanya kepada saudari Siti Noor Najihah pula.Bagaimanakah institusi kekeluargaan turut menjadi penyebab remaja mengalami kecelaruan dan krisis identiti.Silakan wahai saudari.

Panel Kedua :

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelonggaran pegangan agama merupakan faktor prima berlakunya kecelaruan dan krisis identiti dalam kalangan remaja .Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelonggaran pegangan agama merupakan faktor prima berlakunya kecelaruan dan krisis identiti dalam kalangan remaja .Sebelum saya membicarakan aspek ini , cuba kita fikirkan sejenak tentang fenomena yang kian menular pada era serba moden ini.

Hadirin sekalian , marilah kita sama-sama renungkan sejenak akansebatang pohon yang kering hidup di tanah yang gersang di bawah terikan mentari yang membakar diri serta ketiadaan sumber air dan tidak dibajai untuk membantu pohon tersebut terus hidup di atas muka bumi ini .Analogi ini dapat dikaitkan dengan kehidupan seorang remaja yang keseorangan dek kehilangan kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa mereka.

Remaja digantung tidak bertali sehingga terpaksa membawa haluan sendiriibarat layang-layang terputus talinya. Hal ini demikian kerana,institusi keluarga yang rapuh merupakan faktor utama remaja mengalami kecelaruan dan krisis identiti seterusnya terjerumus dalam kancah gejala kuning.Sebagai contoh, pergaulan bebas, mencuri, membuli golongan yang lemah serta aktiviti vandalisme yang sering dilakukan oleh golongan remaja sehingga masyarakat memandang merekasebagai ayam tak patuk, itik tak suduyang membawa maksud, remaja dipandang hina oleh masyarakat akibat tempias daripada kesibukan ibu bapa yang mengejar kerjaya masing-masing.

Anak yang menuntut pengisian, belaian kasih sayang , perhatian dan bimbingan tidak merasakan limpahan rasa keibuan dan kebapaan. Situasi seperti ini wujud kerana , ibu bapa kini rakus mengejar harta duniawi sehingga menyebabkan ramai anak mengalami kecelaruan dan krisis identiti semenjak awal umur lagi. Hal ini disebabkan, anak-anaktidak dapat berfikir secara matangdan rasional tentang perkara yang ingin dilakukan keranatiada bimbingan serta dorongandaripada ibu bapa. Sesungguhnya, kerapuhan institusi kekeluargaan turut menyumbang kepada kecelaruan dan krisis identiti remaja.

Sekian sahaja daripada saya. Saya serahkan kembali kepada saudara pengerusi.Pengerusi:

Wah, begitu bersemangat sekali saudari melontarkan pandangan saudari sebentar tadi. Kesimpulannya, ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu dan keterampilan keibubapaan perlulah berusaha untuk mencarinya. Hal ini demikian kerana, jika mereka tidak berbuat demikian, akan wujudnya lompang dalam hati dan minda anak-anak. Seterusnya, anak-anak akan membentuk minda, hati dan tinggkah-laku berasaskan persekitaran yang ada. Justeru, akan berlakunya kecelaruan dan krisis identiti terutamanya dalam kalangan remaja.

Seterusnya, apakah pendapat saudara tentang kecelaruan dan krisis identiti remaja ini.Adakah perkara ini juga berpunca daripada individu itu sendiri.

Panel Ketiga :

Terima kasih saudara pengerusi yang molek pekertinya membawa rasional persoalan. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian. Selepas saya mendengar persoalan yang saudara ajukan, saya teringat akan sabda Rasullullah s.a.w. yang berbunyi,

Jagalah dirimu baik-baik dan usahakanlah kemudiannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab.

Pada pendapat saya,remaja merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah negara maju.Dengan ini, remaja wajar memahami akantanggungjawabyang perlu dipikul agar dapat melaksanakan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Sebaliknya, dalam keadaan remaja yang mengalami kecelaruan dan krisis identiti, sudah pastisukaruntuk mereka memikulnya. Hal ini demikian kerana, remajaibarat ayam baru belajar berkokokkerana masih belum dapat membezakan yang mana satu intan, yang mana satu kaca dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan sedemikian dapat dilihat melalui remaja yang telah dicabar egonya untuk melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Tamsilnya, ramai remaja yangmati katakakibat daripadamerempitdi atas jalan raya. Selain itu, remaja yang mengalami kecelaruan dan krisis identiti telah hanyut dalamkancah negatifkerana buntu untuk menentukan sesuatu keputusan malahan merekatidak berinovasi, tidak mempunyai daya saing serta hanya berfikir cenderung ke arah hiburan semata-mata. Remaja ini ibarat kata,di dalam malam yang kelam, dipukul ombak derita, kapal pecah sepuluh dan mereka lemas menggapai-gapaidan kerana malam itu hatta tangan sendiri pun tidak terlihat. Tegasnya, carapemikiran iniadalah antara faktor yang menyebabkan masa depan remaja menjadi kelam seterusnya menyebabkan masalah kecelaruan dan krisis identiti berlaku. Sekian sahaja saudara pengerusi.

Pengerusi:

Terima kasih saudara. Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara sebentar tadi. Selain menjadi tonggak yang prima dalam pembentukan sesebuah negara, remaja juga turut diibaratkan sebagai tulang belakang pembangunan negara. Hal ini demikian kerana, remajalah yang akan meneruskan kejayaan negara yang telah berjaya kita kecapi.

Hadirin sekalian,tiga persoalan telah Berjaya dirungkaioleh ahli-ahli panel kita.Masih berbaki dua persoalanuntuk dibincangkan. Saya tujukan persoalan ini kepada semua ahli panel.

Benarkah pengaruh rakan sebaya turut mempengaruhi remaja sehingga mereka dibelenggu kecelaruan dan krisis identiti.

Panel Kedua :

Saudara pengerusi, izinkan saya memberi buah fikiran tentang persoalan yang ditujukan sebentar tadi.Terima kasih saudara pengerusi.Hadirin sekalian, seperti yang kita semua ketahui bahawagolongan remaja merupakan rantai zaman yang amat pentingdalam meneruskan kesinambungan tamadun manusia untuk terus membangunkan negara yang berwawasan . Malahan , jika kita lihat dari sudut lain khususnya darsawarsa ini , rata-rata remaja mengalami kecelaruan dan krisis identiti . Wahai hadirin sekalian,mengapakah isu sedemikian boleh terjadi?Jawapannya, akhlak remaja kini kian luntur akibatpengaruh daripada rakan sebaya. Keadaan sedemikian disebabkan, rakan sebaya boleh memberikanimpak yang besardalam diri remaja kerana rakan merupakan insan yang paling rapat dengan diri remaja lebih-lebih lagi bagi golongan remaja yang tinggal di asrama. Malangnya,remaja ibarat dahan sekah, belatuk tumpang matiyang membawa maksud, mendapat susah apabila hilang tempat bergantung. Remaja kini mudah terpengaruh apabila kurangnya perhatian serta pengawasan daripada ibu bapa . Jadi , tidak hairanlah remaja kinilebih meluangkan masabersama-sama rakan sebaya. Remaja gemar menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yangtidak berfaedahseperti melepak di tempat hiburan seperti kafe siber dan pusat beli-belah.Dari tinta kaca yang sama , remaja kinipantang dicabaroleh rakan sebaya walaupun perkara tersebut salah di sisi undang-undang dan membahayakan diri mereka. Sebagai contoh yang paling ketara, kebanyakan remaja gemar menghisap rokok serta terlibat dalam aktivitipontengsekolah. Maka sudah pasti individu ini akan mengalami keciciran dalam pemelajaran akibat daripada aktiviti yang dilakukan . Hal ini sekali gus menyebabkan kita kehilangan modal insan kelas pertama yang akan menerajui kecemerlangan negara Malaysia di persada global.Sekian sahaja ulasan daripada saya. Terima kasih saudara pengerusi.

Panel Pertama :

Maafkan saya wahai saudara pengerusi, sebelum saudara membincangkan perkara ini dengan lenih lanjut, izinkan saya menambahkan sedikit informasi.

Pengerusi:

Silakan wahai saudari. Saya amat mengalu-alukannya.Panel Pertama :

Terima kasih saudara.Memang benar kata-kata saudari Najihah sebentar tadi.Selepas saya meniti pandangan saudari kita sebentar tadi, saya teringat akansebuahartikelyang saya baru baca iaitu akhbar Berita Harian yang bertarikh 18 April 2012 bersamaan dengan hari Rabu yangmengisahkan seorang ibu yang merupakan seorang tukang masak merayu agar anaknya pulang setelah seminggu menghilangkan diri.Anak perempuannya yang bernamaFatemah Atikah binti Mohd Nizam berusia 15 tahunpergi meninggalkan rumah pada awal pagi tanpa memakai pakaian seragam sekolah meninggalkan sekeping nota yang disertakan dengan harapan bahawa dia akan pulang apabila tiba masanya.Situasi seperti ini dapat dilihat melalui keadaan Fatemah yang mangalami kecelaruan dan krisis identiti.Perkara ini jelas membuktikan bahawa rakan sebaya member kesan yang amat besar dalam diri remaja.

Pengerusi:

Terima kasih wahai saudari berdua. Apa yang dapat saya simpulkan adalah pengaruh rakan sebaya dapat memberi impak yang besar kepada remaja. Jika remaja bijak memilih rakan sebaya, ia akan mendorong mereka ke arah kebaikan begitu juga sebaliknya.

Saya lihat saudara Mohamad Syazwan sudah tidak sabar untuk berkongsi sesuatu bersama kami. Apakah perkara yang ingin saudara kongsikan bersama?Panel Ketiga :

Nampaknya begitulah wahai saudara. Izinkan saya menambah pandangan saya tentangkecelaruan dan krisis identiti daripada aspek media massa.

Pengerusi:

Silakan wahai saudara.

Panel Ketiga :

Terima kasih saudara pengerusi. Hadirin sekalian,menurutEric Ericssonyang merupakan pakar psikologi yang mencipta teori tentang kecelaruan dan krisis identiti lazimnya dilalui individu pada zaman remaja. Beliau telah membahaskan beberapa aspek berdasarkan masalah kecelaruan dan krisis identiti antaranyakonflik peranan seseorang terhadap penerimaan masyarakat tentang dirinya.Remaja yang umum kita ketahui berperwartakan rapuh serta mudah terikut-ikut. Justeru,media massamerupakan pengaruh yang kuat terhadap permasalahan ini dalam kalangan remaja. Remaja mahumenonjolkan dirinya hebatserta mahuditerimaoleh pihak lain sama ada rakan sebaya, keluarga mahupun masyarakat. Media yang sering memaparkan gaya hidup hedonism meruntun jiwa remaja yanginginkan kebebasansupaya meniru idola dunia hiburan seperti penyanyi, watak dalam filem dan kumpulan-kumpulan rock. Dengan itu, kita dapat lihat remaja kitaberpakaian seperti kumpulanheavy metal,kumpulan emo,trash, rapdanhiphopyang semuanya dipelopori budaya negatifmalahan belakangan ini gayak-poppula menjadi ikutan remaja kita semuanya ini ternyata akibat pengaruh media massa.

Pengerusi:

Pandangan yang begitu padat sekali saudara. Tuntasnya, media massa adalah antara penyumbang utama berlakunya gejala sosial, mendatangkan keburukan dan membawa negatif kepada remaja pada hari ini. Jika perkara ini masih berterusan dan tiada langkah yang drastik untuk menanganinya, sudah tentu pada masa akan datang gejala-gejala buruk menjadi budaya golongan muda. Sebagai hasilnya, lahirlahgenerasi yang umpama robotdan hanya diperalatkan untuk kepentingan individu tertentu.

Intihanya, masalah kecelaruan dan krisis identiti remaja terdapat banyak penyebabnya dan kesannya amatlah buruk. Oleh itu, di sini saya ingin menyeru agar semua lapisan masyarakat bekerjasama dan berganding bahu dalam mencegah perkara ini sebelum nasi sudah menjadi bubur. Hal ini demikian kerana,mencegah lebih baik daripada mengubati.Cegahlah sebelum terlambat agar modal insan kelas pertama yang berkualiti dapat dilahirkan.Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Nampaknya masa tidak mencemburui kita kerana kita sempat membincangkan kesemua lima persoalan yang sering menjadi pertikaian pada hari ini.

Hadirin sekalian, Arena Forum Remaja tamat di sini. Bukan untuk selamanya tetapi hanya buat seketika. Segala perhatiam yang telah hadirin curahkan kepada kami amatlah kami hargai. Saya sudahi dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.