Forum Hubungan Etnik
-
Upload
mohamad-suhaidi-mohd-sujak -
Category
Documents
-
view
288 -
download
6
description
Transcript of Forum Hubungan Etnik
WAJ 3106 Hubungan Etnik
PERNYATAAN INTEGRITI AKADEMIK
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil usaha saya sendiri, tidak dihasilkan
oleh pihak ketiga dan juga tidak diplagiat dari sumber lain. Bahan-bahan dari pihak
ketiga yang dipetik telah dijelaskan sumbernya.
__________________________
(Mohamad Suhaidi B Mohd Sujak)
(920128-14-5367)
__________________________
(Sharil Bin Bolong)
(920510-12-6503)
__________________________
(Siti Salwani Aqma Bt Abd Jalil)
(921230-12-5244)
__________________________
(Nur Najmi Syamila Bt Mohd Sakari)
(910916-11-5426)
PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN (G 3.3)
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JANUARI 2012
1
WAJ 3106 Hubungan Etnik
Tajuk Forum: Peranan Media dan Filem serta Impaknya kepada Pembentukan
Hubungan Etnik.
Moderator
Pegawai Bahagian
Pengajian Teras
Akademik ASWARA
: En. Sharil al-Kunawi
Ahli Panel 1
Timbalan Ketua Pengarah
Bahagian Penyelidikan
dan Pengembangan, Arkib
Negara Malaysia
:Dato’ Mohamad Suhaidi bin Mohd
Sujak
Ahli Panel 2
Penulis dan Ketua Editor
Jabatan Pengarang,
Pertubuhan Berita
Nasional Malaysia
: Dr. Siti Salwani Aqma bt Abdul Jalil
Ahli Panel 3
Pengarah Filem dan
Pensyarah Fakulti
Teknologi Filem dan
Artistik UITM
: Professor madya dr. Nur Najmi
Syamila bt mohd Sakari
FORUM BICARA SEMASA
Tema: Media, Filem, dan Hubungan Etnik.
2
Moderator & Panel
WAJ 3106 Hubungan Etnik
Tajuk Forum: Peranan Media dan Filem serta Impaknya kepada Pembentukan
Hubungan Etnik.
Dalam sesebuah negara seperti Malaysia yang penduduknya terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum, kefahaman tentang hubungan etnik adalah amat
penting bagi memastikan perpaduan terus berkekalan. Hubungan kaum ini masih
lagi dilihat “terumbang ambing” meskipun keharmonian hubungan antara etnik satu
ketika dahulu terbukti apabila semua etnik turut sama berjuang untuk mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British. Keharmonian dan keeratan
antara kaum yang telah wujud bukan sahaja memerlukan toleransi semua kaum
tetapi juga menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.
PUSINGAN PERTAMA
Moderato
r
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam !Malaysia kepada
para penonton yang dikasihi sama ada yang menonton di auditorium
mahupun yang berada di hadapan kaca televisyen. Saya Sharil al-
Kunawi selaku moderator forum pada hari ini ingin mengalu-alukan
kehadiran sidang penonton ke program Forum Bicara Semasa anjuran
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ASWARA dengan
kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Pengembangan, Arkib Negara
Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia RTM. Tidak lupa juga kepada
penonton di rumah, pastikan anda terus setia bersama kami hingga ke
akhir rancangan. Baiklah, pada kali ini kita bersiaran secara langsung
dari Auditorium Laksamana Hang Tuah ASWARA khusus bagi
membincangkan dan mengupas sebuah isu yang saya kira sangat
menarik untuk dibicarakan bersama-sama barisan ahli panel kita
sebentar lagi iaitu “Peranan Media dan Filem serta Impaknya kepada
Pembentukan Hubungan Etnik”.
Jadi sebelum bahtera belayar jauh, sebelum kaki melangkah ke
hadapan, eloklah kiranya kita berkenalan dahulu dengan tajuk forum kita
3
WAJ 3106 Hubungan Etnik
pada hari ini iaitu tentang apakah yang dimaksudkan dengan media dan
apa pula yang dimaksudkan dengan hubungan etnik agar kita lebih jelas
serta mendapat gambaran awal berkenaan isu yang bakal dibincangkan
dalam forum kita sebentar lagi.
Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, media adalah alat atau
perantara komunikasi pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi,
alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya. Misalnya alat
cetak atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau
terbitan, alat elektronik atau saluran komunikasi yang berupa atau yang
menggunakan alat-alat elektron moden, dan massa pelbagai jenis alat
komunikasi yang dapat menyampaikan maklumat kepada orang ramai
dengan cepat. Begitulah maksud media menurut Kamus Dewan edisi
Keempat.
Manakala. menurut Kamus Dewan edisi Keempat hubungan pula
diertikan sebagai satu sambungan atau satu rangkaian, manakala etnik
pula boleh dimaknakan bukan satu bangsa manusia dan ia juga tidak
memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang
unsur sesuatu kaum. Masyarakat majmuk mempunyai kelompok yang
hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama. Jadi
hubungan etnik adalah hubungan sesuatu komuniti mengikut
kepercayaan masing-masing.
Barangkali, tuan-tuan dan puan-puan sudah faham atau mendapat
gambaran mengenai apa yang dimaksudkan dengan media dan
hubungan etnik. Untuk itu, pada hari ini kita akan mendengar
penjelasan yang lebih mendalam lagi berkenaan kaitan di antara kedua-
dua aspek ini melalui kupasan tiga orang ahli panel yang tidak kurang
hebatnya dalam bidang masing-masing.
Oleh itu tanpa melengahkan masa lagi saya memperkenalkan ahli
panel kita yang pertama di sebelah kanan saya iaitu Yang Berbahagia
4
WAJ 3106 Hubungan Etnik
Dato’ Mohamad Suhaidi bin Mohd Sujak, Timbalan Ketua Pengarah,
Bahagian Penyelidikan dan Pengembangan Arkib Negara Malaysia.
Manakala di sebelah kiri saya pula ialah panel kita yang kedua Dr. Siti
Salwani Aqma bt Abdul Jalil merupakan seorang Penulis dan Ketua
Editor di Jabatan Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
BERNAMA. Sementara di hujung sana pula ialah panel kita yang
ketiga, tidak asing lagi iaitu Profesor Madya Dr. Nur Najmi Syamila bt
Mohd Sakari Pengarah Filem dan Pensyarah Fakulti Teknologi Filem
dan Artistik, Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Apa khabar semua
dan selamat dating ke Forum Bicara Semasa dengan tajuk “Peranan
Media dan Filem serta Impaknya kepada Pembentukan Hubungan
Etnik”. Baiklah, sebelum kita pergi lebih jauh kita lihat dahulu montaj
yang telah disediakan oleh pihak penerbit. Silakan.
Itulah dia sedikit sebanyak montaj berkenaan hubungan etnik di
negara kita. Baiklah, jika semua sudah bersedia apa kata kita terus
sahaja dengan soalan untuk panel kita yang pertama iaitu Yang
Berbahagia Dato’ Suhaidi. Dato’, seperti yang kita sedia maklum
hubungan etnik ini telah wujud sejak zaman sebelum merdeka lagi dan
budaya mereka telah dipromosikan atau ditontonkan oleh media masa
ketika itu contohnya tarian tradisional melayu yang kekal sehingga ke
hari ini dan dapat diamalkan oleh anak muda pada masa kini. Jadi
persoalannya disini bagaimanakah Dato’ melihat pembentukan
hubungan etnik di Tanah Melayu semasa zaman penjajahan dengan
menggunakan media pada masa itu?
Jadi saya menjemput Dato’ Suhaidi untuk memberikan pencerahan
terhadap persoalan ini. Silakan Dato’.
Panel 1 Terima kasih saudara Sharil al-Kunawi selaku moderator, sahabat
5
WAJ 3106 Hubungan Etnik
saya selaku ahli panel bersama serta sidang penonton yang dikasihi
sekalian. Sebelum saya mulakan penjelasan saya terhadap persoalan
yang telah diajukan tadi, suka saya untuk ingatkan kepada penonton
semua bahawa negara kita mencapai kemerdekaan dengan cara
rundingan. Rundingan bersama pihak British ini tidak akan berjaya
tanpa ada kesatuan atau perpaduan dari rakyat Tanah Melayu pada
ketika itu. Jadi, bagaimanakah penduduk Tanah Melayu pada ketika itu
ingin menyatukan segenap etnik yang ada di Tanah Melayu bagi
menuntut kemerdekaan?
Seperti yang kita semua tahu, semasa zaman penjajahan,
pluralisme budaya dan etnik berlaku secara paksa yang bermaksud
imigran-imigran dari China dan India telah dibawa masuk untuk
kepentingan British. Kemudian mereka telah menggunakan dasar pecah
dan perintah bagi mengelakkan perpaduan.
Kita terus kepada ketika Tunku Abdul Rahman bersama Tun Tan
Cheng Lock, dan Tun Sambathan ke London untuk mengadakan
rundingannya dengan British. Apakah syarat yang diletakkan kepada
Tunku jika ingin merdeka? Jawapannya ialah perpaduan. British melihat
perpaduan sebagai suatu yang mustahil untuk dicapai Tanah Melayu
pada ketika itu dan sebaik sahaja penduduk Tanah Melayu bersatu
walaupun berlainan bangsa, kaum, dan etnik, ia telah menjadikan
penduduk Tanah Melayu sebagai sebuah komuniti yang kuat. Apa yang
saya ingin sampaikan di sini ialah, hubungan antara kaum merupakan
pemangkin kepada gerakan kemerdekaan.
Jadi, bagaimanakah pula cara Tunku menyatukan kaum? Di sinilah
peranan media dimainkan. Kesedaran terhadap perpaduan antara kaum
6
WAJ 3106 Hubungan Etnik
diterapkan sedikit demi sedikit. Bermula dengan unsur-unsur patriotisme
melalui penulisan iaitu novel seperti Putera Gunung Tahan nukilan Ishak
Haji Muhammad. Kemudian, isu perpaduan dan patriotisme disebarkan
selangkah lebih maju iaitu dengan cara edaran akhbar yang lebih
eksplisit. Contohnya akhbar Utusan Melayu, Majlis, dan Warta Negara.
Hal-hal inilah yang mencetuskan semangat patriotisme dan akhirnya
mewujudkan perpaduan kaum bagi memenuhi syarat British tadi.
Kesimpulan mudah yang dapat saya berikan ialah, tanpa peranan yang
dimainkan oleh media sebelum kita memperoleh kemerdekaan, mesej
untuk bersatu padu mungkin mustahil untuk disampaikan kepada semua
kaum.
Moderato
r
Terima kasih Dato’ Suhaidi atas penjelasan yang begitu jelas sekali.
Jika diteliti semula, benarlah dengan kata Dato’ tadi bahawa hubungan
etnik ini sememangnya sangat penting bagi kita yang berbilang bangsa.
Begitulah cara pembentukan hubungan etnik yang telah dijelaskan
oleh Dato’Suhaidi, dimana keunikan rakyat Malaysia ketika itu ialah
perpaduan kaum , dan perpaduan kaum ini jugalah yang menjadi salah
satu faktor negara kita mencapai kemerdekaan. Jadi tuan-tuan dan
puan-puan adakah kita yang ada pada masa kini mampu mengekalkan
perpaduan antara kaum yang telah dipegang kuat oleh datuk dan nenek
moyang kita suatu ketika dahulu?
Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada media pula. Jika dilihat
sejak zaman penjajahan Barat lagi, media cetak telah menjadi sebagai
perantara ataupun wadah penting dalam menyampaikan maklumat dan
melahirkan idea atau buah fikiran.
Oleh itu, saya terpanggil untuk bertanya kepada ahli panel kita yang
kedua iaitu Dr. Siti Salwani Aqma atau lebih mesra dipanggil Dr. Aqma
7
WAJ 3106 Hubungan Etnik
tentang bagaimanakah hasil penulisan melalui media cetak mampu
menerapkan elemen hubungan etnik? Dipersilakan Dr.
Panel 2
Terima kasih saudara moderator. Terlebih dahulu, adalah lebih
molek jika saya menyatakan dan menceritakan sedikit rentetan
kronologi media di Malaysia pada era dahulu sehingga kini dalam
membentuk hubungan etnik yang dihasratkan.
Hadirin sekalian,
Pada era sebelum merdeka, kemunculan media cetak pertama di
Tanah Melayu adalah novel kemudian diikuti dengan kewujudan akhbar.
Oleh itu, media seperti novel dan akhbar telah memainkan peranan
penting dalam sesebuah masyarakat sejak dahulu lagi.
Di Tanah Melayu, fungsi awal akhbar adalah hanya untuk
melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat.
Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar seperti akhbar
Melayu semakin pesat “bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan”.
Contohnya adalah kemunculan akhbar Utusan Melayu, Majlis dan Warta
Negara. Penerbit dan peneraju bagi akhbar-akhbar pada ketika itu
adalah dari kalangan etnik itu sendiri. Contoh, akhbar Melayu adalah
dari kalangan orang Melayu itu sendiri,akhbar India adalah dari
kalangan orang India dan akhbar Cina adalah dari kalangan orang Cina.
Isu-isu yang telah dibincangkan dan dibangkitkan di Media juga
semakin meluas serta meliputi semua peristiwa sama ada dari dalam
mahupun dari luar negara, isu-isu agama, golongan imigran, masalah
etnik, pendidikan dan politik. Hal ini telah menunjukkan peranan akhbar
pada masa tersebut semakin besar dan penting dalam membentuk
proses komunikasi yang lebih berkesan dan ia juga menjadi tonggak
utama untuk membentuk hubungan etnik dalam masyarakat itu sendiri.
Dengan ini, peranan media dalam membangunkan negara
sememangnya tidak dinafikan lagi. Pada era selepas merdeka,
8
WAJ 3106 Hubungan Etnik
kewujudan media massa seperti radio dan televisyen telah memainkan
peranan penting untuk membentuk etnik dalam pembangunan negara.
Ini sememangnya tidak boleh dinafikan. Ia juga boleh dilihat sejak era
sebelum merdeka, di mana semangat nasionalisme telah ditiup oleh
media cetak seperti akhbar kepada rakyat untuk membangkitkan
semangat mereka dalam menentang penjajah. Melalui media akhbar
juga, semua etnik berkumpul dan telah bersatu padu demi satu
matlamat dan hasrat yang sama dalam menentang penjajah di negara
sendiri.
Selain itu, pada ketika negara sedang rancak membangun, secara
tiba-tiba ia terhenti seketika apabila tercetusnya tragedi 13 Mei 1969
iaitu peristiwa rusuhan kaum. Peristiwa ini telah menyebabkan rakyat
hidup dalam keadaan tegang dan hubungan etnik pada ketika itu adalah
di tahap kritikal. Faktor utama yang menjadi rusuhan kaum adalah
pertelingkahan parti politik, perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi
negara. Peristiwa pahit 13 Mei 1969 ini bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan
yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak.
Oleh itu,peranan media amat diperlukan untuk memberi tafsiran
kepada rakyat selepas Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Abdul Razak
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB adalah bertujuan
untuk mengurangkan jurang antara kaum bagi mengelak berlakunya
ketegangan seperti tragedi berdarah pada 13 Mei 1969.
Kesimpulan yang boleh saya simpulkan, sejak daripada itu, peranan
media menjadi semakin penting dalam pembentukan etnik. Ia juga
9
WAJ 3106 Hubungan Etnik
bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan menyedarkan rakyat
supaya sentiasa bersatu-padu, bekerjasama dan mengamalkan
perpaduan walaupun mereka berlainan etnik, agama dan bangsa.
Melalui media juga, telah bangkitnya semangat kebangsaan untuk
mengangkat martabat bangsa. Jelaslah, bahawa media cetak adalah
merupakan wadah yang penting dalam penyampaian maklumat,
pelahiran idea dan buah fikiran terutamanya dalam menerapkan elemen
hubungan etnik.
Moderato
r
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Aqma atas penjelasan yang
begitu jelas sekali. Jika diteliti semula, benarlah dengan kata Dr. tadi
bahawa media ini sememangnya sangat penting bagi kita yang
berbilang bangsa untuk menyatupadukan kaum
Jadi begitulah yang cuba dijelaskan oleh Dr. Aqma tentang peranan
media cetak dalam menerapkan hubungan etnik di dalam diri seseorang
rakyat Malaysia.
Kita terus kepada panel kita yang ketiga iaitu seorang pengarah
filem yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Teknologi Filem dan
Artistik UITM Shah Alam tidak lain dan tidak bukan Profesor Madya Dr.
Nur Najmi Syamila binti Mohd Sakari. Baiklah Prof, apabila kita
perhatikan sendiri filem-filem yang diterbitkan banyak juga filem yang
cuba untuk menaikkan martabat hubungan etnik. Soalan saya kepada
Prof. Ialah pada hari ini industri perfileman tanah air semakin
berkembang dengan penghasilan pelbagai genre filem di pasaran.
Bagaimanakah Prof. melihat industri perfileman itu sendiri boleh
membantu mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara yang
sentiasa ingin mengekalkan hubungan etnik dalam kalangan
masyarakat? Dipersilakan Prof.
Panel 3 Terima kasih kepada tuan moderator yang bertanya. Seperti yang
10
WAJ 3106 Hubungan Etnik
kita ketahui, Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dimana
hampir 28 juta penduduk negara ini hidup dalam satu masyarakat
walaupun berbeza budaya dan warna kulit. Pelbagai usaha dilakukan
oleh semua pihak seperti kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta
agensi swasta khusus dalam usaha untuk memastikan keharmonian
dan kelangsungan hubungan pelbagai etnik di Malaysia.
Sidang penonton sekalian,
Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak adalah kesinambungan usaha kerajaan
untuk membentuk semangat keharmonian dan nasionalisme pelbagai
kaum dalam kalangan rakyat di negara ini. Dalam erti kata lain,
semangat itu harus bertunjangkan semangat kekitaan bersama di bumi
watan ini untuk saling toleransi dan hormat-menghormati sesama warga
negara mengikut hak dan kebersamaan rakyat seperti yang sudah
termaktub dalam Perlembagaan serta berganding bahu membangunkan
negara tercinta ini biarpun kita berbeza kaum, latar belakang, ideologi
politik dan status hidup.
Usaha yang sama juga turut dilakukan oleh penggiat seni tanah air
seperti penerbit dan pengarah filem. Hal ini kerana kami melihat filem itu
sendiri merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati oleh
semua lapisan masyarakat sama ada golongan dewasa mahupun
kanak-kanak. Kewujudan filem pada hari ini memberikan impak yang
sangat besar dalam dunia perfileman. Hal ini boleh dilihat apabila
banyak karyawan filem berusaha untuk menghasilkan filem yang
berkualiti bagi menarik minat banyak golongan penggemar filem. Hal ini
terbukti dengan karya yang telah dihasilkan dalam pelbagai bentuk filem
seperti filem seram, komedi, cinta, fantasi, kehidupan dan sebagainya.
Filem juga memainkan peranan penting terhadap masyarakat
terutamanya dalam memaparkan isu semasa serta realiti yang berlaku
11
WAJ 3106 Hubungan Etnik
dalam kehidupan seharian masyarakat dan menyampaikan mesej dan
nilai murni untuk dijadikan suri teladan kepada masyarakat daripada
segenap lapisan.
Sebagai penerbit dan pengarah filem, saya melihat industri
perfileman hari ini mampu menggambarkan Malaysia sebagai sebuah
negara yang sentiasa ingin mengekalkan perhubungan yang baik antara
masyarakat pelbagai etnik. Peranan utama filem itu sendiri adalah
sebagai medium hiburan yang diselitkan dengan pengajaran,
pengalaman, budaya masyarakat dan mesej tertentu seperti mesej
perpaduan, keagamaan dan mesej untuk memupuk semangat
nasionalisme dan patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Filem boleh membantu kerana visual boleh memberikan pengaruh
yang besar kepada penonton. Penonton boleh merasai atau
menghubungkannya kepada sesuatu situasi tertentu yang berlaku
dalam kehidupan. Menerusi penghasilan sesebuah filem, kita boleh
melihat bagaimana elemen hubungan etnik diselitkan dalam setiap
genre filem yang dihasilkan. Sebagai contoh, melalui filem yang
menjadikan unsur nasionalisme dan patriotisme sebagai tema berupaya
untuk memperlihatkan hubungan etnik yang wujud dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat nasionalisme dan
patriotisme perlu ada dalam diri setiap warganegara Malaysia tanpa
mengira bangsa dan budaya. Filem Embun (2002) dan Paloh (2003)
adalah antara filem yang menyaksikan kehidupan masyarakat pelbagai
kaum dalam usaha menentang penjajah British seterusnya menuntut
kemerdekaan Tanah Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa hubungan
etnik sudah lama wujud di Malaysia dan masih kekal hingga ke hari ini.
Selain itu, nilai patriotisme dalam filem juga boleh dilihat menerusi
penggunaan bahasa Melayu dalam sesebuah filem yang dihasilkan.
12
WAJ 3106 Hubungan Etnik
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Walaupun sesebuah
filem itu dibintangi oleh pelakon berbangsa Cina dan India, namun
penggunaan bahasa Melayu dalam setiap babak yang dilakonkan oleh
mereka sudah cukup untuk menggambarkan semangat patriotisme
mereka. Penggunaan bahasa kebangssan yang lancar oleh kaum lain
menunjukkan bahawa mereka mempunyai hubungan yang erat antara
satu sama lain. Nilai patriotisme bukan terhad kepada filem perang
semata-mata sebaliknya skopnya jauh lebih luas daripada itu.
Tambahan pula, terdapat banyak filem lain yang turut memaparkan
imej perpaduan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Konsep
perpaduan, muhibah dan keharmonian kaum dalam filem bukanlah
suatu perkara yang baru. Allahyarham Tan Sri P Ramlee sudah
melakukannya dalam filem Gerimis apabila seorang lelaki Melayu
berkahwin dengan wanita berketurunan India, manakala dalam filem
Sesudah Suboh pula mengisahkan kisah cinta antara pemuda Melayu
dengan gadis Cina. Begitu juga dengan filem Esok Masih Ada arahan
Tan Sri Jins Shamsudin yang menampilkan Christine Teoh sebagai
peneraju utama filem tersebut.
Begitu juga dengan filem Tsu Feh Sofiah garapan Datuk Rahim
Razali yang memaparkan cerita seorang doktor Cina, Tsu Feh memeluk
Islam dan menukar namanya kepada Sofiah. Filem yang mengangkat
perpaduan sebagai tema bukan sahaja diukur berdasarkan jalan cerita
yang digarap, malah turut melibatkan keseluruhan proses yang berlaku
sepanjang menyiapkan naskhah tersebut. sudah pasti akan wujud
interaksi antara masyarakat berbilang kaum sama ada semasa mencari
bahan mahupun semasa di lokasi penggambaran.
Akhir sekali, apa yang dapat saya nyatakan disini ialah, adat resam
dan budaya yang menjadi pegangan setiap suku kaum di Malaysia juga
13
WAJ 3106 Hubungan Etnik
boleh memberi idea kepada penerbit atau pengarah filem untuk
menghasilkan karya yang mengangkat nilai budaya dan adat resam
sesebuah etnik dalam filem mereka untuk diketengahkan kepada
masyarakat umum. Sebagai contoh, filem Estet arahan Mamat Khalid
merupakan sebuah judul komedi yang mengetengahkan kehidupan
masyarakat India di kawasan ladang getah di Perak. Filem seperti ini
berperanan untuk memperkenalkan kepada masyarakat umum tentang
nilai budaya dan cara hidup sesuatu kaum. Secara tidak langsung,
penonton yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dapat
memahami serta saling menghormati budaya masing-masing. Beliau
juga beranggapan bahawa sesebuah filem tidak boleh didakwa sebagai
filem Malaysia sekiranya tidak ada watak pelbagai kaum lain di dalam
filem tersebut. Selain itu, penggunaan loghat atau dialek sesuatu
kelompok masyarakat seperti loghat Kelantan, Negeri Sembilan, dialek
Iban dan sebagainya dalam sesebuah filem juga dapat memberi
peluang kepada penonton untuk mempelajari loghat dan dialek
masyarakat lain. Elemen seperti inilah yang dapat membuka ruang
kepada masyarakat untuk saling berhubung antara satu sama lain.
PUSINGAN KEDUA
Moderato
r
Terima kasih Dr. Najmi. Seterusnya kita teruskan arena forum kita
dipusingan yang kedua dengan perbincangan yang lebih menarik dan
pastinya memberi input kepada kita semua. Seperti yang telah
dijelaskan oleh Dato’ Suhaidi tadi, hubungan etnik satu ketika dahulu
terbukti sehingga kita berjaya menuntut kemerdekaan. Namun begitu isu
hubungan etnik di negara kita masih lagi dikatakan sebagai “terumbang
ambing”. Jadi pada pemerhatian Dato’, apakah isu-isu sensitif yang
sering dibangkitkan yang menyebabkan hubungan etnik yang dahulunya
kukuh kini semakin lemah? Dipersilakan Dato’.
Panel 1 Baiklah, soalan saudara moderator kita tadi adalah berkenaan isu-
isu yang sering bermain dalam masyarakat kita yang menghalang
14
WAJ 3106 Hubungan Etnik
hubungan etnik untuk diteruskan. Saya ingin kaitkan dengan penjelasan
saya tadi pada pusingan pertama iaitu perpaduan merupakan syarat
untuk kita merdeka. Dari situ kita dapat lihat bahawa apabila kita semua
bersatu tanpa perbezaan dari segi etnik atau kaum, kita menjadi sebuah
kumpulan masyarakat yang kuat. Dari situ terserlah kepentingan
perpaduan ini. Kini, tugas kita hanyalah untuk mengekalkan
keharmonian antara kaum sahaja. Namun begitu, seperti yang
dikatakan oleh saudara moderator tadi, banyak isu yang timbul yang
menggugat ikatan yang telah dibina tersebut.
Kita ambil satu contoh yang saya kira semua orang sudah sedia
maklum iaitu tragedi 13 Mei. Secara ringkasnya, peristiwa tersebut
melibatkan perbalahan antara kaum Melayu dan Cina kerana meraikan
kejayaan pembangkang dalam pilihanraya. Isunya di sini ialah
berkenaan hak istimewa orang Melayu.
Isu ini tidak sepatutnya timbul kerana semasa kita menuntut
kemerdekaan, kita telah mempunyai perlembagaan undang-undang kita
sendiri. Dalam perlembagaan tersebut dinyatakan secara jelas bahawa
orang Melayu mempunyai hak istimewa sebagai bumiputera namun
orang bukan Melayu masih lagi memperoleh manfaat dalam segenap
aspek.
Hadirin sekalian,
Cuba kita fikir apa kesannya daripada peristiwa tersebut?
Pertumpahan darah berlaku. Jika dahulunya kita sama-sama berjaya
mengusir penjajah dari Tanah Melayu, mengapa kini kita perlu berbalah
sesama sendiri? Jadi hubungan etnik ini sebenarnya masih lagi perlu
diteruskan bahkan perlu diperbaharui dan diperkukuhkan lagi.
Selain itu, antara isu yang dibangkitkan yang secara tidak langsung
menggugat hubungan etnik ini ialah isu keagamaan di mana perbalahan
berlaku dengan menghina amalan agama lain, membakar rumah ibadat,
15
WAJ 3106 Hubungan Etnik
dan sebagainya. Isu kedudukan etnik dalam sektor kerajaan juga dilihat
antara isu yang kerap timbul sejak kebelakangan ini.
Oleh itu, pada pandangan saya, kita tidak sepatutnya melihat
perbezaan yang wujud antara kaum tapi lihatlah persamaan yang ada
pada setiap kaum. Dengan ini, isu-isu yang saya nyatakan tadi tidak
akan timbul seterusnya tidak mampu menggugat hubungan etnik di
negara kita.
Moderato
r
Terima kasih Dato’Suhaidi atas penjelasan yang begitu jelas, jadi
kita hendaklah bersatu padu tanpa mengira kaum, atau etnik supaya
kita dapat mencapai kejayaan, kerana kita adalah golongan yang
bertanggungjawab untuk menggekalkan hubungan etnik yang sudah
sedia ada yang telah dibina oleh nenek moyang kita.
Saya tertarik dengan kenyataan Dato’ Suhaidi sebentar tadi bahawa
isu nasionalisme atau hak istimewa orang Melayu merupakan antara isu
yang sering mengakibatkan timbulnya ketegangan antara etnik.
Jadi,sebagai seorang yang berpengalaman dalam sektor media ini,
bagaimanakah pendapat Dr. Aqma media menyalurkan isu-isu ini
kepada orang ramai tanpa menjejaskan hubungan etnik di Malaysia?
Dipersilakan Dr. Aqma untuk memberikan penjelasan.
Panel 2
Terima kasih sekali lagi kepada tuan moderator kita. Saya kira
soalan ini begitu baik sekali untuk kita kupas agar masyarakat lebih jelas
dan faham berkenaan isu ini. Sejak merdeka lagi telah dipersetujui
bahawa orang Melayu mempunyai hak istimewa. Ini jelas termaktub
dalam Perlembagaan Perkara 153 yang menegaskan hak istimewa
Orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak.
Namun begitu, etnik lain tidak dipinggirkan. Mereka masih diberikan
kewarganegaraan dan kebebasan dalam mengamalkan agama masing-
masing. Hak istimewa orang Melayu hanyalah untuk memastikan
keseimbangan negara dari pelbagai aspek seperti hak tanah, jawatan
16
WAJ 3106 Hubungan Etnik
dalam kerajaan, peruntukan biasiswa, dan bantuan ekonomi, seperti
yang telah termaktub dalam Perlembagaan 153. Namun begitu, etnik
lain juga masih mampu memperoleh manfaat dalam setiap satu
daripada keistimewaan tersebut dengan melalui kuota-kuota yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.
Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah dalam
peruntukan Perkara 89 dan 90 yang berhubung dengan tanah rizab
Melayu. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia telah dilindungi di
bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). Selain itu, Kedudukan
istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak pula turut
disentuh dalam Perkara 153. Walau bagaimanapun, perkara ini juga
turut melindungi kaum-kaum yang lain, dan ia juga menjadi
tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak
mereka yang sah dalam menurut peruntukan lain.Perkara ini juga tidak
boleh dilaksanakan jika mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan
awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa
atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau
penamatan permit lesen yang dipegang olehnya.
Kedudukan-kedudukan istimewa lain orang Melayu turut dinyatakan
dalam peruntukan Perkara 86 dan 90 yang berhubung dengan tanah
rizab orang Melayu yang memberi kuat kuasa undang-undang
Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara
melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh
orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke
dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang bukan
Melayu, dikuatkuasakan dalam Perkara 8 dan dengan demikian juga
boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa
orang Melayu .
Perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia
17
WAJ 3106 Hubungan Etnik
(Perkara 160), "Melayu" itu ditakrifkan sebagai: Lazimnya bertutur dalam
Bahasa Melayu, Menganuti agama Islam; dan Mengamalkan adat
istiadat Melayu. Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah
terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh,
Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan , Kalabit, Kayan, Kenyah,
Kajang ,Lugat, Lisum , Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal,
Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum
tersebut. Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang daripada suatu
kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah. Perkara 153 tidak
boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat persetujuan
Majlis Raja-Raja Melayu.
Jelaslah, dalam perlembagaan Malaysia amat menitikberatkan
hubungan etnik dan hak-hak masing-masing, seperti yang telah
dipersetujui padaer sebelum merdeka. Oleh itu, pihak media sama ada
media cetak atau massa perlu memainkan peranan yang besar dan
penting dalam memperjelaskan isu ini serta mewar-warkan
Perlembagaan Perkara 153 seperti yang telah termaktub dalam
perlembagaan. Ini bertujuan agar tidak berlaku perselisihan faham etnik
malah mengeratkan lagi hubungan etnik di negara kita.
Moderato
r
Jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian kekuatan kita untuk
menghidupkan semula hubungan etnik yang telah lama tertinggal di
belakang adalah dengan melihat semula akta yang telah digubal
dahulu,dimana kita semua ada hak-hak tertentu untuk hidup aman dan
selesa. Antara sebab akta itu digubal adalah untuk menyatupadukan
hubungan etnik antara kaum di Malaysia.
Seterusnya, sejak kebelakangan ini, filem-filem yang bercorak
nasionalisme dan patriotisme kurang mendapat tempat dalam
masyarakat kita, sedangkan filem seperti inilah yang banyak
mengetengahkan elemen perpaduan dan hubungan etnik yang
sememangnya telah lama wujud dalam sejarah negara kita.
18
WAJ 3106 Hubungan Etnik
Bagaimanakah cara untuk bidang perfileman dapat mengatasi masalah
ini agar semangat perpaduan dan patriotisme dapat dipupuk melalui
filem pada masa akan datang?. Silakan Prof.
Panel 3
Terima kasih tuan moderator, soalan yang jelas dan begitu baik
sekali. Filem patriotik atau bersifat kenegaraan biasanya berkait rapat
dengan jati diri bagi meningkatkan rasa kecintaan para penonton
terhadap negaranya. Elemen-elemen sejarah yang mengaitkan para
pemimpin atau seseorang tokoh juga sering digunakan sebagai daya
tarikan. Bidang perfileman tempatan tidak terkecuali mengetengahkan
filem-filem bercorak patriotik.
Pada 1960-an, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah
menghasilkan filem seperti Sarjan Hassan yang mengisahkan
perjuangan menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Diikuti filem
Bukit Kepong pula pada tahun 1981 yang diarahkan oleh Tan Sri Jins
Shamsuddin. Malah, pada hari ini dunia perfileman tanah air turut tidak
ketinggalan meneruskan kesinambungan penghasilan filem-filem
kenegaraan bagi memenuhi keperluan semasa. Ia bagi mengisi
kekurangan filem dalam genre kenegaraan sejak kebelakangan ini.
Sayangnya, filem-filem berbaur patriotik seakan-akan kurang
mendapat tempat di hati para penonton. Hakikat itu dapat dilihat
berdasarkan kutipan tiket filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba
iaitu filem 1957 Hati Malaya. Filem tersebut hanya mampu mengutip
kutipan tiket RM480,000 sewaktu ditayangkan di pawagam-pawagam
seluruh negara lima tahun yang lalu sedangkan kos pembikinan filem
tersebut mencecah RM3 juta. 1957 Hati Malaya merupakan sebuah
filem yang bukan sahaja sarat dengan unsur sejarah malahan turut
memaparkan perpaduan antara rakyat berbilang bangsa di negara ini.
Kita dapat melihat bagaimana trend filem kebelakangan ini banyak
menjurus kepada hiburan semata-mata tanpa ada sesuatu nilai yang
benar-benar memberi impak kepada penonton. Malah hampir 90% filem
19
WAJ 3106 Hubungan Etnik
yang dihasilkan adalah semata-mata untuk memenuhi pasaran semasa.
Hal ini adalah kerana,masyarakat melihat filem itu sendiri sebagai
medium hiburan. Namun, itu tidak bermaksud masyarakat terus
menolak filem-filem yang mengangkat nilai nasionalisme sebagai idea
utama, Masyarakat masih mahu menonton filem yang bercorak
sedemikian. Misalnya, filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namawee berjaya
meraih kutipan sebanyak RM7 juta sepanjang filem tersebut
ditayangkan di pawagam.
Pun begitu, pengamal media seperti penerbit dan pengarah filem
perlu lebih kreatif dalam menggarap filem-filem bercorak nasionalisme
agar lebih mudah untuk diterima masyarakat. Sesebuah filem
kenegaraan tidak boleh 100 peratus berdiri atas kekuatan fakta
sejarahnya semata-mata. Sebaliknya, kekuatan elemen fiksyen atau
tokok tambah cerita lain perlu lebih kuat bagi menyokong fakta atau
kisah-kisah sejarah yang sedia dimaklumi oleh para penonton bagi
menjadikan sesebuah filem tersebut sama hebat tarikannya seperti
filem-filem genre lain.
Dalam filem Sarjan Hassan misalnya, P. Ramlee bijak
mengeksploitasi watak Hassan yang berdepan dengan pelbagai
cabaran. Ini termasuklah percintaannya dengan seorang gadis di
kampungnya. Pada masa sama, penaklukan tentera Jepun
menambahkan lagi cabarannya. Daripada kisah itu, P. Ramlee yang
melakonkan watak Hassan hanya menjadikan latar Perang Dunia Kedua
sekadar latar cerita sahaja. Sebaliknya kisah cinta dan
persengketaannya dengan watak Aziz (lakonan Jins Shamsudin)
menambah lagi tarikan dalam filem itu. Secara tidak langsung latar
cerita tentang kekejaman tentera Jepun dan kesengsaraan pada era itu
berjaya membangkitkan rasa keinsafan serta semangat patriotik di hati
para penonton. Ini adalah antara gaya persembahan menarik yang perlu
ada dalam sesebuah filem patriotik mahupun nasionalisme.
20
WAJ 3106 Hubungan Etnik
Tambahan pula, menurut Pengarah filem yang juga Pengarah
Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam filem kenegaraan yang
bagus ialah memaparkan 70 peratus fakta sejarah dan 30 peratus lagi
bolehlah diisi dengan elemen-elemen fiksyen yang lain. Mengambil
contoh filem Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba, beliau menyifatkan
bahawa filem tersebut bukan memaparkan 100 peratus sejarah yang
para penonton sudah tahu tetapi sebaliknya filem tersebut cuba
mengisahkan tentang persahabatan dua sahabat iaitu Tun Abdul Razak
dan Tun Dr. Ismail di belakang tabir yang orang tidak tahu. Ini adalah
kelainan yang berjaya ditonjolkan dalam filem ini.
Jadi, perkara yang penting dan perlu diberi perhatian mengenai
bagaimana industri perfileman pada masa akan datang boleh dijadikan
sebagai medium perpaduan kaum Ialah cara bagaimana sesebuah filem
itu dipersembahkan kepada penonton. Maksudnya, jika filem tersebut
ingin mengetengahkan tema perpaduan atau masyarakat 1 Malaysia,
maka tidak bermakna keseluruhan jalan cerita tersebut berkisarkan
tentang perpaduan kaum tetapi perlulah divariasikan dengan beberapa
tema atau isu sampingan seperti gejala sosial, pendidikan, kasih
sayang, dan sebagainya. Filem tersebut juga boleh diselitkan dengan
unsur jenaka dan humor agar tidak terlalu berat dan mudah untuk
diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Justeru, mesej utama yang
ingin disampaikan lebih mudah untuk sampai kepada penonton.
PUSINGAN KETIGA
Moderato
r
Kita rendahkan semula forum kita pada malam ini dengan
mendengar kesimpulan atau penggulungan daripada setiap panel
berkenaan tajuk forum kita pada malam ini. Jadi saya mempersilakan
21
WAJ 3106 Hubungan Etnik
ahli panel kita yang pertama untuk membuat penggulungan. Apakah
yang dapat Dato’ rumuskan berkenaan kaitan sejarah dengan media
dan hubungan etnik?
Panel 1 “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.”
Kenyataan ini merupakan kata cendekiawan yang hebat iaitu George
Santayana. Saya percaya semua orang pernah mendengar kata-kata
ini. Saya pasti, semua orang faham apa yang ingin disampaikan oleh
beliau. Kita sedar bahawa hubungan baik antara etnik adalah sangat
penting. Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah kita perlu berusaha
untuk kukuhkan lagi hubungan antara etnik dalam masyarakat kita.
Moderato
r
Apakah pula cara media untuk menyampaikan mesej perpaduan
kepada masyarakat selain melalui media cetak? Dipersilakan Dr. Aqma.
Panel 2
Mengurus hubungan etnik merupakan satu cabaran yang amat
besar dan sukar kepada pemimpin Malaysia. Ini kerana terdapat proses
yang dinamik dalam membentuk hubungan antara etnik. Kejayaan
Malaysia dalam menguruskan hubungan etnik telah mengundang
perhatian dari negara luar untuk mengetahui formula pengurusan
etnikyang telah dilakukan dan diamalkan. Contohnya, duta Jepun ke
Malaysia, Masahiko Horie telah berkata dan turut membandingkan
keadaan masyarakat Jepun dan Malaysia yang jauh berbeza. Beliau
berkata, hubungan etnik di Malaysia adalah sangat baik dan kukuh
berbanding di Jepun.
Selain itu, penerbitan akhbar di peringkat awal hingga selepas
merdeka telah menyaksikan pelbagai sebab ia diterbitkan.
Bagaimanapun, perkembangan semasa khususnya pada era globalisasi
telah memberi perubahan besar kepada corak laporan dan fungsi media
serta filem. Selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kerajaan
Malaysia telah mengambil pelbagai langkah pencegahan agar perkara
hitam tidak berlaku serta memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
22
WAJ 3106 Hubungan Etnik
untuk kepentingan semua etnik. Peranan media dan filem dilihat kembali
dengan teliti bagi membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.
Kepesatan media dapat dilihat dengan kehadiran empat aliran bahasa
yang telah diterbitkan dan ditayangkan di seluruh negara Malaysia.
Akhir kata, masalah, konflik dan cabaran dalam hubungan etnik
akan sentiasa wujud tanpa mengira sempadan. Media perlu jelas dalam
menunaikan peranan dan tanggungjawab terhadap negara dengan
menyelitkan pelbagai kepentingan nasionalisme yang melebihi
kepentingan politik. Filem juga perlu memainkan peranan untuk
mengukuhkan semangat perpaduan dalam diri masyarakat. Dalam erti
kata lain, media dan filem perlu mengambil tanggungjawab ke atas
kesan-kesan sosial sebagai sebahagian daripada polisi perfileman
mereka.
Moderato
r
Prof. Najmi pula, ada apa-apa lagi ingin diperkatakan bagi
menggalakkan hubungan etnik melalui filem?
Panel 3 Saya melihat bahawa peranan media begitu penting dalam
menjamin keutuhan hubungan etnik di negara kita. Sejarah juga telah
membuktikan bahawa media sangat memainkan peranan penting dalam
usaha menjamin keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Pengamal media seperti penerbit dan pengarah filem atau drama,
wartawan, editor majalah dan akhbar, penyampai radio dan sebagainya
perlu menggunakan ruang yang ada sepenuhnya untuk
mengetengahkan idea dan buah fikiran berkenaan kepelbagaian etnik di
Malaysia sama ada dari segi isu semasa, budaya serta masalah yang
timbul dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini adalah
penting untuk memastikan kelangsungan hubungan etnik dalam
masyarakat umumnya agar peristiwa 13 Mei tidak berulang kembali
khususnya. Melalui iklan komersial di televisyen, drama dan filem yang
diterbitkan berupaya untuk menyalurkan mesej perpaduan,
kepelbagaian nilai budaya serta keunikan sesuatu kaum tersebut
kepada kaum atau etnik lain. Wajar untuk saya katakan bahawa media
23
WAJ 3106 Hubungan Etnik
berperanan sebagai “orang tengah” dalam interaksi dan perhubungan
masyarakat 1 Malaysia.
Moderato
r
Terima kasih kepada semua ahli panel kita dengan kupasan dan
penjelasan yang begiru padat, ringkas dan menarik sekali. Demikianlah
pandangan yang telah diberikan oleh ketiga-tiga ahli panel kita. Apa
yang dapat dirumuskan di sini ialah kita berjaya menuntut kemerdekaan
tanpa bermandi darah adalah disebabkan perpaduan yang utuh pada
suatu ketika dahulu. Janganlah kita sia-siakan apa yang telah
diperjuangkan oleh nenek moyang kita dahulu dengan menggadaikan
negara dan tanah air kita demi kepentingan peribadi ataupun
kepentingan sesebuah etnik sahaja kerana kita semua adalah ibarat
sebuah keluarga di bawah satu bumbung yang sama iaitu Malaysia.
Sekian sahaja sesi forum kita pada kali ini. Sekali lagi ribuan terima
kasih diucapkan kepada pihak Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan, Bahagian Penyelidikan dan Pengembangan Arkib Negara
Malaysia, RTM serta seluruh tenaga kerja dan pihak yang terlibat sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan forum
Bicara Semasa pada kali ini. Terima kasih juga kepada semua yang
menyaksikan kami baik penonton di auditorium mahupun di rumah dan
jangan lupa bersama-sama kami lagi pada kesempatan yang akan
datang tentunya dengan tajuk yang lebih menarik dan terkini. Semoga
kita semua mendapat manfaat daripada perbincangan kita pada kali ini.
Dengan ini saya sudahi dengan wabillahitaufiq walhidayah
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jumpa lagi.
Rujukan
Rujukan buku:
1. Ahmad Ali Seman & Warti bt Kimi. (2003). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons.
24
WAJ 3106 Hubungan Etnik
Rujukan Majalah:
1. Mustafa Dakian& Muhammad Imran Adha Mustafa. (2008, Februari). “50
Tahun Usia Filem Tempatan Ke Mana Arahnya?”. Dewan Budaya, 41-44.
Rujukan internet:
1. http://zahirzainudin.blogspot.com/2011/04/kematangan-media-dan-hubungan-
etnik-di.html
2. http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/media-massa-memainkan-peranan-
penting.html
3. http://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/
4. http://karanganwb.blogspot.com/search/label/BAHAN%20PEMBELAJARAN
5. http://konvergensi.komunikasi.or.id/18/post/2012/11/konvergensi-dari-masa-
ke-masa.html
Lampiran
1. Video montaj – “Undilah Keamanan dan Perpaduan”
25
WAJ 3106 Hubungan Etnik
2. Buku hubungan etnik
26
WAJ 3106 Hubungan Etnik
3. Majalah Dewan Budaya
27
WAJ 3106 Hubungan Etnik
4. Web beritasemasa.com
5. Blog pejuangbangsa31.blogspot.com
28
WAJ 3106 Hubungan Etnik
29
WAJ 3106 Hubungan Etnik
6. Surat Khabar
30