Teks Forum Remaja Sekolah

3
8/7/2019 Teks Forum Remaja Sekolah http://slidepdf.com/reader/full/teks-forum-remaja-sekolah 1/3 ...Teks Forum Remaja Sekolah... kata Hisyam at 8:36 PM | Labels: ...koleksi remaja semi purba... Teks ni saya buat sendiri tahun lalu(2006) untuk ULBS(Ujian Lisan Berasaskan Sekolah) untuk Bahasa Melayu SPM...bertajuk "Rokok - Setiap Sedutan Membawa Padah"...kalau ada yang nak ambik untuk teks sendiri...ambil aje...k...tapi kalu nak buat forum remaja sebenar untuk pertandingan meme tak cukup...so bleh tambah teks atau ambil je lah template nya... Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini ´ROKOK-Setiap Sedutan Membawa Padah´. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (nama). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah kandungan yang boleh kita dapati di dalam rokok? Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di dalam rokok iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bolehkah saudari panel kedua menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap paling berbahaya? Panel Kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Manakala Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya.Dan yang terakhir Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat. Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa rokok itu sendiri boleh membawa kemudaratan terhadap diri.Jika dua panel kita tadi menerangkan tentang kandungan berbahaya yang terdapat di dalam rokok saya ingin meminta panel ketiga kita untuk menghuraikan apakah kesan yang boleh disebabkan oleh asap rokok pada perokok dan orang sekeliling?

Transcript of Teks Forum Remaja Sekolah

Page 1: Teks Forum Remaja Sekolah

8/7/2019 Teks Forum Remaja Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/teks-forum-remaja-sekolah 1/3

...Teks Forum Remaja Sekolah... 

kata Hisyam at 8:36 PM | Labels: ...koleksi remaja semi purba... 

Teks ni saya buat sendiri tahun lalu(2006) untuk ULBS(Ujian Lisan Berasaskan Sekolah) untuk Bahasa Melayu SPM...bertajuk "Rokok - Setiap Sedutan Membawa Padah"...kalau ada yang nak 

ambik untuk teks sendiri...ambil aje...k...tapi kalu nak buat forum remaja sebenar untuk pertandingan meme tak cukup...so bleh tambah teks atau ambil je lah template nya...

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wargadewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini

´ROKOK-Setiap Sedutan Membawa Padah´. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para

jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah disebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli

panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat datang saudari. Dan di hujung sana,nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (nama). Selamat datang juga buat saudari.

Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakahkandungan yang boleh kita dapati di dalam rokok?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang dinyalakan

akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawamaut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap

rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalamcat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun

anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagipesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting

adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama adamenyatakan bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di dalam rokok iaitu tar, nikotin, dan

karbon monoksida. Bolehkah saudari panel kedua menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggappaling berbahaya?

Panel Kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Tar mengandungi

sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen).Manakala Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam

otak dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat denganketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya.Dan yang terakhir Karbon

Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas inimenjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa

rokok itu sendiri boleh membawa kemudaratan terhadap diri.Jika dua panel kita tadimenerangkan tentang kandungan berbahaya yang terdapat di dalam rokok saya ingin meminta

panel ketiga kita untuk menghuraikan apakah kesan yang boleh disebabkan oleh asap rokok padaperokok dan orang sekeliling?

Page 2: Teks Forum Remaja Sekolah

8/7/2019 Teks Forum Remaja Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/teks-forum-remaja-sekolah 2/3

 

Panel Ketiga : Terima kasih kerqna menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini,

antara kesan asap rokok kepada perokok dan orang sekeliling ialah kanser paru-paru, trakea,bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru

berpunca daripada tabiat merokok.Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa terdapat lebih

empat ribu bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser.Perokok pasif ialah orang yang tidak merokok namun diistilahkan sebagai perokok keranamereka menyedut asap rokok daripada perokok di sekeliling. Percaya atau tidak, risiko penyakit

yang dihadapi perokok pasif berkali ganda lebih daripada perokok.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan impak asap rokok pada perokok dan orangsekeliling daripada sudut kesihatan. Soalan saya kembali kepada panel pertama, bolehkan

saudari jelaskan impak asap rokok atau rokok itu sendiri dari sudut ekonomi dan personaliti.

Panel Pertama:Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan wang lebihkurang RM1,000 setiap tahun untuk merokok. Manakala rawatan perubatan dengan anggaran

RM240 setahun. Ini bermakna perokok membazirkan wang mereka dengan banyak sepanjanghidup mereka. Oleh itu perbuatan merokok samalah seperti membakar duit sendiri. Kemudian

daripada sudut personaliti, asap rokok meninggalkan bau pada rambut, baju, bibir kering, gigiberwarna kekuningan, manakala pernafasan yang berbau pula menjejaskan hubungan sosial.

Pengerusi: Pepatah Arab ada menyatakan bahawa tiada penyakit yang tidak boleh diubati

melainkan maut. Kepada panel kedua bolehkah saudari jelaskan tentang kaedah yang betul untuk berhenti daripada tabiat merokok?

Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti

Merokok ialah pertama tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Anda juga mesti mengatakanpada diri anda bahawa "Aku bukan perokok". Selain itu anda mesti menumpukan apa sahaja

yang anda lakukan untuk melupakan tabiat merokok. Sentiasa berfikiran positif juga penting.Anda juga perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.Yang paling penting

adalah melawan keinginan untuk merokok.

Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yangdikatakan saudari panel kedua.

Pengerusi: Silakan saudari.

Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa tabiat merokok dewasa ini bermula

dariapada usia remaja lagi. Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor terbaik kepada anak-anak yangmerokok. Jangan dibiarkan sahaja mereka dengan tabiat ini. Kata orang sayang isteri tinggal-

tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang tidak terlalu tegas dan tidak pula terlalu lembut. Anak-anak ini jangan diberikan bunga sahaja, atau

hanya diberi rotan sahaja. Tetapi gunakan kedua-duanya, insyaallah akan berkesan pada jiwamereka.

Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang kaedah

Page 3: Teks Forum Remaja Sekolah

8/7/2019 Teks Forum Remaja Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/teks-forum-remaja-sekolah 3/3

berhenti merokok, saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya tentang apakah pula faedahnyakepada seseorang individu walaupun saya rasa jawapannya sudah berlegar-legar di minda para

penonton. Untuk mengusaikan kekusutan ini saya minta panel kita yang ketiga untuk menjelaskan faedah berhenti merokok.

Panel Ketiga : Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita insyaallah akan hidup lebih lamaselain itu kita juga dapat menghindari racun.Kemudian kita juga dapat melindungi diri, keluargadan orang lain daripada bahaya merokok.Keupayaan deria rasa dan bau kita juga akan

meningkat, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan terakhir dapat mengelakkan budayamembazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan

bermanfaat.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dansudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ´

masuk telinga kanan, keluar telinga kiri´. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelumberakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun

mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya tabiat merokok perludihentikan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga orang lain.

´pengayuh sudah ditangan perahu sudah di air ´ fikir-fikirkan dan jangan sekali berhentiberfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-

fikirkanlah!!rokok setiap sedutan membawa padah!!! Terimalah serangkap pantun indahdaripada saya

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

p/s : teks asalnya panjang sebenarnya...tapi saya dah trim2...dan jadilah pendek mcm ni sebab

tahun ni sepupu(perempuan) saya plak yang guna...ayat2 berbunga2 tu bukan ayat2 ciptaan sayatp saya yg susun sendiri...hehe..k Assalamualaikum wbt...