Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

15
TEKS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK SG DULANG DALAM 1 AIN Ketibaan tetamu kehormat. Biji selasih boleh dimakan Menjadi perisa sedap terperi Selamat datang kami ucapkan Semoga majlis tambah berseri Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Pragraduasi SK SUNGAI DULANG DALAM... Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Hajah Tijah binti Samsudin, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Hilir Perak. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri. 2 . KAK ROS Kata alu-aluan pengacara majlis. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang,

description

teks

Transcript of Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

Page 1: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

TEKS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK SG DULANG DALAM

1 AIN Ketibaan tetamu kehormat.

Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Pragraduasi SK SUNGAI DULANG

DALAM...

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Hajah Tijah binti Samsudin, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Hilir Perak.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri.

2.

KAK ROS Kata alu-aluan pengacara majlis.

Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Pragraduasi SK SUNGAI

DULANG DALAM 2012.

Yang Berbahagia Pn. Hajah Tijah binti Samsudin Penyelia Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

Page 2: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

Yang Berusaha, En Amir b. Mimbar,Guru Besar SK Sungai Dulang Dalam,

Yang Dihormati, En Abdullah b. Mat Arip, Yang dipertua PIBG SK SG DULANG DALAM,

Yang dihormati TN HJ MAULAN B. PASEMAN,ketua KG SG DULANG DALAM.

Penolong-Penolong Kanan,guru-guru,ustaz ,AJK PIBG SK sg dulang dalam, ibu bapa,penjaga,hadirin hadirat serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian,Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, kita dapat berkumpul

di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Sungai Dulang Dalam bagi tahun 2012. Majlis

merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini iaitu Yang Berbahagia Puan Hajah Tijah binti Samsudin,

Penyelia Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah HIlir Perak kerana sudi hadir dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Pragraduasi

Prasekolah pada hari ini.

Selamat dating juga diucapkan kepaa semua tetamu, ibu bapa serta hadirin hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih

bermakna dan berseri.

3 AIN Bacaan doa

Tangan ditadah penuh inayah,Majlis dibuka penuh rahmatNya,Mohon keberkatan serta hidayah,

Moga tercerna minda kelas pertama.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

hadirin dan hadirat sekalian,Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput ustaz ZAIRUL ANUAR BIN JAMRIY untuk

membacakan doa Dipersilakan

Page 3: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

Amin-amin ya robbal alamin….Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Persembahan multimedia

Dari Kelantan pergi ke kedah,Dari kedah ke kuala lumpur pula,

Doa selamat dipohon sudah,Marilah kita beralih acara.

Pakaian dipakai cantik berseri,Majlis keraian kita semua,Majlis kita takkan berseri,

Tanpa persembahan multimedia

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia.

Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif dari guru sk sg dulang dalam iaitu EN. FARHAN BIN ABD

HALIB

Kak ros

Ucapan ydp pibg

Terbang di awan burung jentayu,Di atas papan batang selisih;Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan pengikat kasih

Sudilah tuan jalan berlapan,Jalan berlapan di malam kelam;

Sudilah tuan beri ucapan,Kata aluan pemanis kalam.

Hadirin sekalian, tirai ucapan pada petang ini dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha En Abdullah b. Mat Arip, Yang dipertua PIBG SK

Page 4: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

SG DULANG DALAM. Dengan segala hormatnya dipersilakan…..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang berbahagia Yang Dipertua PIBG SKSDD atas kesudiaan menyampaikan ucapan

sebentar tadi.

Ain Persembahan 1- prasekolah

TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMA

TERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAH

MENYUSUN LANGKAH SEMERDU IRAMA

TARIAN SI KECIL KINI DIPERSEMBAH.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan daripada murid-murid pra sekolah SKSDD

Dipersilakan.

SENAMROBIK CIKGU NURUL AIN BINTI ISHAK

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan sebentar tadi.

KAK ROS Ucapan dan laporan guru besar

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Majlis Pada petang ini diteruskan dengan ucapan dan laporan dari guru besar SK SUNGAI DULANG DALAM. Untuk itu, Majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan Yang Berusaha EN AMIR B. MIMBAR, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha EN AMIR B. MIMBAR, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Page 5: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

Ain Persembahan 2

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisa

Ucapan Guru Besar selesai sudahPersembahan murid menyusul pula.

Seterusnya marilah kita menyaksikan persembahan daripada murid tahun 6 Terbilang di bawah pimpinan Pn. Maizatul Muna, Pn.

Nurazizah dan Cik Suriyatina marilah kita sama-sama saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang membuat persembahan itu tadi.

Kak ros Ucapan perasmian

Pergi ke pantai mencari lokan,

Rehat berteduh di pohon jati; 

Ucapan perasmian kita nantikan,

Marilah bersama-sama kita hayati.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan   Yang

Berbahagia PN HJH TIJAH BT SAMSUDIN, Penyelia Pendidikan Islam PPD HILIR PERAK untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan

Hari Anugerah Kecemerlangan dan pragraduasi SK SG DULANG DALAM bagi tahun 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berbahagia Puan HJH TIJAH BT SAMSUDIN atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah

Kecemerlangan dan Pragraduasi sebentar tadi.

Seterusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi tuan guru besar untuk memukul gong sebagai simbolik perasmi HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN PRAGRADUASI SK SG DULANG DALAM 2012. Dipersilakan.

Rimbun menghijau pohon selasih,Tumbuh serumpun di pinggir hutan,

Majlis ucapkan terima kasih,Rasmilah sudah majlis sambutan.

Page 6: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

Ain persembahan 3

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisa

Ucapan perasmi selesai sudahPersembahan murid menyusul pula.

Seterusnya marilah kita menyaksikan persembahan dari murid Prasekolah di bawah pimpinan Pn. Maizatul Muna binti Samsudin

marilah kita sama-sama saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang membuat persembahan itu tadi.

Kak ros Majlis anugerah kecemerlangan sesi 1

# kedudukan dalam kelas

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para murid   yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik. Anugerah

sesi pertama ini bagi kategori kedudukan murid dalam kelas mengikut tahun. Untuk maklumat hadirin semua, penerima anugerah ini dipilih berdasarkan

pencapaian pencapaian peperiksaan akhir tahun yang telah dilaksanakan pada bulan oktober 2012.

Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar En. Amir bin Mimbar diiringi oleh Penolong Kanan Pn. Maizatul Muna binti Samsudin untuk

menyampaikan anugerah kepada murid-murid.

Bagi murid prasekolah,1.234

Tahun 1Tahun 2Tahun 3Tahun 4Tahun 5Tahun 6

Page 7: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang berusaha Tuan Guru Besar, En. Amir bin Mimabar atas kesudian menyampaikan anugerah

sebentar tadi.

Ain Anugerah mata pelajaran terbaik

Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berbahagia En. Abdullah bin Mat Arip diiringi

oleh Ust. Wahiduddin bin Mohd Ariff untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah bagi kategori mata pelajaran terbaik. Dipersilakan.

Untuk maklumat para hadirin, penerima anugerah ini dipilih berdasarkan markah yang tertinggi bagi setiap mata pelajaran dan

mendapat gred A. berikut diumumkan senarai penerima anugerah bagi mata pelajaran terbaik SKSDD 2012.

< MAJLIS DIMULAKAN DENGAN MURID TAHUN 1:<TAHUN 2<TAHUN 3<TAHUN 4<TAHUN 5<TAHUN 6

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YB En. Abdullah bin Mohd Arif atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian

anugerah sebentar tadi.

Kak ros Persembahan murid

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisa

penyampaian hadiah sesi pertama selesai sudahPersembahan murid kembali semula.

Seterusnya marilah kita menyaksikan persembahan dari murid Tahun 2 & 3 di bawah pimpinan Pn.Prema dan Cikgu Rosmawati marilah

kita sama-sama saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang membuat persembahan sebentar tadi.

Ain Majlis anugerah kecemerlangan

Page 8: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi kedua. Untuk itu majlis menjemput Tn. Haji Maulan bin Paseman, Ketua Kampung

Sungai Dulang Dalam untuk menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan cenderahati bagi 4 kategori iaitu kehadiran

penuh, sijil pengawas sekolah, sijil pengawas pusat sumber dan sijil anugerah kokurikulum peringkat negeri 2012.

Majlis dimulakan dengan kategori kehadiran penuh. Berikut adalah senarai murid kehadiran 100% ke sekolah. Dimulakan dengan adik,

Seterusnya penyampaian sijil kategori sijil pengawas sekolah, dijemput adik,,

Bagi kategori yang seterusnya iaitu sijil pengawas pusat sumber sekolah,dipersilakan adik,,,,

Seterusnya penyampaian sijil kecemerlangan kokurikulum peringkat Negeri 2012. Dijemput adik…………………….

Untuk maklumat para hadirin sekalian, murid penerima sijil kecemerlangan kokurikulum ini telah terpilih

………………………………………………………………………………….

Kak ros

Persembahan murid

Anak cina mencari tuba,Mencari tuba bersama ayahnya,

Anugerah kecemerlangan sesi kedua berhenti seketika,Memberi laluan persembahan seterusnya.

Sungguh cantik si kayu jati,Jati diukir oleh pak adam,

Murid-murid tak sabar menanti,Menunjukkan bakat yang lama terpendam.

Seterusnya marilah kita menyaksikan persembahan dari murid Tahun 4 & 5 di bawah pimpinan Pn.Prema dan Cikgu Rosmawati marilah

kita sama-sama saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang membuat persembahan itu tadi.

Kak ros Majlis penyampaian sijil dan cenderahati.

Pada hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil dan cenderahati kepada penerima anugerah bagi

Page 9: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

kategori sijil anugerah nilam

Untuk makluman para hadirin, program nilam merupakan salah satu program kementerian pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk

menggalakkan murid-murid sekolah suka membaca. Program ini telah diperkenalkan pada tahun 1998.

Baiklah, bagi menyempurkan penyampaian sijil dan cenderahati ini, majlis menjemput Yang Berbahagia En. Mohd Yusof bin Taib

Timbalan Yang dipertua PIBG SK Sungai Dulang Dalam diiringi oleh Pk Kokurikulum Sk Sg Dulang Dalam, Cik Jayaletchumy

Sinnu dipersilakan.

Ain Persembahan murid

Rembulan berbisik pinta kasihan,merayu pungguk serata buana,

Kumpulan murid kita tampilkan,Serikan majlis ceriakan suasana.

Seterusnya marilah kita menyaksikan persembahan dari murid tahun 6 Terbilang di bawah pimpinan Pn. Maizatul Muna, Pn. Nurazizah

dan Cik Suriyatina marilah kita sama-sama saksikan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang membuat persembahan itu tadi. Untuk hadirin sekalian persembahan itu tadi di

bawah pimpinan cikgu…………………….

Kak ros Majlis anugerah kecemerlangan khas.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kecemerlangan khas 2012. Untuk itu, majlis dengan takzimnya, mempersilakan yang

berusaha …………………………………………………………………………

……………………………….. diiringi oleh…………………………………………………………………………………………. untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala

hormatnya dipersilakan.

Anugerah khas yang pertama ialah anugerah lompatan saujana 2012

Anugerah khas seterusnya ialah anugerah tokoh nilam 2012

Page 10: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

Anugerah khas seterusnya anugerah tokoh salsiah 2012

Anugerah seterusnya ialah tokoh kokurikulum 2012

Anugerah khas yang seterusnya ialah anugerah tokoh kurikulum 2012

Anugerah khas yang seterusnya anugerah tokoh murid 2012

Seterusnya, majlis mempersilakan ………………………………………………………………………… untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada yang berusaha

……………………………………………………………………………………………………………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada yang berusaha………………………………………………………………………………………………………………. untuk menyampaikan cenderamata

daripada pihak sekolah kepada Yang berusaha …………………………………………………………………………………

…………………………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Ain

Penutup

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus

cemerlang dalam bidang masing-masing.

HADIRIN ,HADIRAT SEKALIAN SEPERTI KATA ORANG LAMA,

KALAU BERKAYUH DAH SAMPAI KE MUARAKALAU BERENANG DAH SAMPAI KE TEPIANKALAU BERLARI DAH SAMPAI KE GARISAN

KALAU BERJALAN DAH SAMPAI KE PENGHUJUNG

Gugur menguning buah kuini,Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir di sini,Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaafiSegala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih sekalung budiKenangan nan indah simpanlah di hati

Semoga kita berjumpa lagi.

Page 11: Teks Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Sg Dulang Dalam

sELESAI SUDAH MAJLIS KITA.GURAU SENDA SEKADAR SAJA.SILAP BICARA MAAF DIPINTA

MOGA BERJUMPA DILAIN MASA

Saya MEWAKILI JAWATANKUASA PENGELOLA ,MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN SEANDAINYA ADA KEKURANGAN SERTA

KELEMAHAN SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.PENGHARGAAN TERIMA KASIH YANG TAK

TERHINGGA JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUASAMA ADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG

DALAM MENJAYAKAN MAJLIS ini

Terbang sekawan si burung merbah,Batang selasih di Tanjung Dara;Padamu tuan kami persembah,Santapan kasih juadah mesra.

Lebat rumbia di Sungai Kedah,Sayang senduduk di tepi muara;Penganan mulia terletak sudah,pergi ke kantin menjamu selera.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh