Teks Hari Guru

6
Teks Perhimpunan Bulanan Mengumumkan, ketibaan Tuan Haji Razali bin Haji Abdul Manap, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh diiringi ketua-ketua jabatan. Hadirin sekalian, majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti Lagu negeri Perak. Untuk itu, hadirin dipohon berdiri. Hadirin Dijemput duduk. Selamat sejahtera, Salam Satu Malaysia, Salam Perak Aman Jaya, Yang Berbahagia, Tuan Haji Razali Bin Haji Abdul Manap, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Encik Salehuddin bin Hussain, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Saudara Mohamad Lukman Hakim Bin Mohd Yusof, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh Sesi 2014/2015,

description

;)

Transcript of Teks Hari Guru

Teks Perhimpunan Bulanan Mengumumkan, ketibaan Tuan Haji Razali bin Haji Abdul Manap, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh diiringi ketua-ketua jabatan.

Hadirin sekalian, majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti Lagu negeri Perak. Untuk itu, hadirin dipohon berdiri.Hadirin Dijemput duduk.

Selamat sejahtera, Salam Satu Malaysia, Salam Perak Aman Jaya,Yang Berbahagia,Tuan Haji Razali Bin Haji Abdul Manap,Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,Encik Salehuddin bin Hussain,Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,Saudara Mohamad Lukman Hakim Bin Mohd Yusof,Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh Sesi 2014/2015,Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, Pensyarah-pensyarah Cemerlang, para pensyarah, warga pendidik IPG Kampus Ipoh yang diraikan, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh sesi 2014/2015, serta mahasiswa-mahasiswi guru yang dihormati sekalian.

Sidang dewan yang dihormati sekalian, Sebelum meneruskan acara kita pada pagi yang cukup bermakna ini, marilah kita sama-sama menadah tangan memohon restu Yang Maha Esa agar majlis kita diberkati. Oleh itu, dipersilakan saudara Mohd Zaim Syafiq bin Mohd Roslan untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Zaim Syafiq bin Mohd Roslan atas ketulusan pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan ucapan Alu-aluan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Untuk itu, majlis menjemput En.Salehuddin bin Hussain untuk menyampaikan ucapan serta amanat daripada Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Salehuddin bin Hussain, Ketua Jabatan Hal Ehwal Murid atas ucapan beliau sebentar tadi.Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji Razali bin Haji Abdul Manap, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh untuk menyampaikan amanat Tuan Pengarah IPG Kampus Ipoh dan seterusnya menyempurnakan upacara bacaan Perutusan Hari Guru 2014 daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Razali bin Haji Abdul Manap Pengarah IPG Kampus Ipoh atas bacaan perutusan sebentar tadi. Sidang hadirin yang dihormati sekalian,Majlis seterusnya dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Mohamad Lukman Hakim Bin Mohamad Yusof, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk memimpin bacaan ikrar Hari Guru tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En.Salehudin Bin Hussain, atas pimpinan ikrar Hari Guru sebentar tadi.Sidang Dewan Yang Dihormati sekalian, Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, dijemput saudari Siti Fatimah dari Unit K3 untuk mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk ________________________________ . Majlis mempersilakan.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudari Siti Fatimah atas persembahan yang sungguh bersemangat sebentar tadi.Hadirin yang dihormati sekalain, Majlis diteruskan dengan satu lagi persembahan daripada mahasiswa guru daripada Unit K2. Oleh itu, majlis menjemput Saudara Mohd Tarmizi untuk mendeklamasi sajak bertajuk________________________________________. Majlis mempersilakan.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Mohd Tarmizi atas persembahan yang sungguh bersemangat sebentar tadi.Hadirin dan warga pendidik yang diraikan sekalian,Majlis dengan suka cita ingin mempersembahkan sebuah montaj yang disediakan khas untuk tontonan warga IPG Kampus Ipoh sempena sambutan Hari Guru tahun 2014. Majlis mempersembahkan.Begitulah tadi persembahan montaj yang disediakan khas untuk Sambutan Hari Guru IPG Kampus Ipoh tahun 2014.Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan dengan upacara pemotongan kek sempena sambutan Hari Guru peringkat Ipg Kampus Ipoh. Untuk itu, majlis mempersilakan Ajk Khas untuk membuat persediaan terlebih dahulu.Baiklah sekarang dijemput

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Majlis menjemput saudara Mohd Jabar bin Zainal bagi meneruskan majlis pada pagi ini. Majlis mempersilakan. Hadirin yang dihormati sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata, untuk itu majlis menjemput Saudara Mohd Lukman Hakim, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Ipoh sesi 2014/2015 untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat. Majlis menjemput Encik Salehuddin bin Hussain, Ketua Jabatan Hal Ehwal pelajar untuk menerima cenderamata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Seterusnya, majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Tuan Haji Razali bin Haji Abdul Manap untuk menerima cenderamata. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Mohd Lukman Hakim atas penyampaian cenderamata sebentar tadi. Sidang dewan yang dihormati sekalian,Seterusnya majlis menjemput Ketua-ketua atau Penolong Ketua unit untuk menyampaikan cenderamata sempena Hari Guru kepada para pensyarah. Begitulah tadi saat-saat yang sungguh mengharukan warga pendidik warga pendidik IPg Kampus Ipoh. Baiklah hadirin dan hadirat,Majlis pada pagi ini akan diakhiri dengan nyanyian lagu IPGM diikuti lagu Guru Malaysia.Untuk itu, hadirin dipohon berdiri.Hadirin yang dihormati sekalian,Sampai disini sahajalah majlis pada pagi ini, majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis kita pada kali ini.Saya Kogilan a/l Subramaniam dan Saudari Fatma selaku pengerusi majlis memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang pengendalian majlis pada pagi ini. Sekian, terima kasih. Para pensyarah dan tetamu kehormat dijemput ke jamuan makan yang disediakan oleh Jawantankuasa Pelaksana Sambutan Hari Guru. Mengumumkan Tuan Haji Razali Bin Haji Abdul Manap, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh meninggalkan dewan.