Teks Juruacara AGM PIBG 2015

download Teks Juruacara AGM PIBG 2015

of 7

description

Teks Juruacara

Transcript of Teks Juruacara AGM PIBG 2015

BilAGENDATEKS

1.Ketibaan para jemputan dan ibu bapa* (KALAU PERLU)Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato Nor Hisham bin Ses, Wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Rohesan bin Mohamad, Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, Tn. Hj. Rohyzam Merican bin Naina Merican, Yang Dipertua PIBG, Pn Aissah binti Sidan, Pengetua SMK Bukit Jelutong, Guru-Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong.

2.Kata Alu-aluan Pengacara Majlis J:

Assalamualaikum Salam SejahteraPembuka Kata Lidah BicaraZinkan Saya Mulakan AcaraSemoga Majlis Disambut CeriaKompang Bergema Pusaka Bangsa

Dipalu oleh Si Anak Muda

Hadir Tuan Puan meriah suasana

Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia,Dato, Nor Hisham bin Ses

Wakil Kementerian Pendidikan MalaysiaYang Dihormati

Encik Rohesan bin Mohamad, Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia,Yang Berusaha Puan Aisah binti Sidan,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong

Yang BerusahaTn. Hj. Rohyzam Merican bin Naina Merican, Yang Dipertua Persaguan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit JelutongEncik Azman bin AziziNaib Yang Dipertua PIBG

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit JelutongBarisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

Lenggang bertapak seni memandang

Silat sendeng menyusun jari

Salam sembah selamat datang

Sudi tuan ke majlis kamiAlhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12 bagi tahun 2015 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutongturut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia Dato Nor Hisham bin Ses kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

3.Bacaan DoaBagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Basri bin Yahya. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Basri bin Yahya atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang.

4.Taklimat PBSHadirin yang dihormati sekalian, untuk meneruskan lagi majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Rohesan bin Mohamad, Pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, untuk menyampaikan taklimat PBS Berfokuskan PT3. Dengan segala hormyanya dipersilakan.

.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Rohesan bin Mohamad atas taklimat sebentar tadi. Diharapkan dengan taklimat yang disampaikan tadi dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang PBS Berfokuskan PT3 ini.

5.Ucapan Alu-aluan oleh PengetuaSeterusnya, majlis menjemput Puan Aisah binti Sidan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Aisah binti Sidan atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6.Ucapan YDP PIBGHadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Tn. Hj. Rohyzam Merican bin Naina Merican, Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan YDP PIBG itu tadi.

7.Ucapan Yg Bhg Dato Nor Hisham bin SesKini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Nor Hisham bin Ses, wakil Kementerian Pendidikan Malaysia dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong kali ke-12 tahun 2015Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan Yang Berbahagia Dato itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

8.Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan AJK PIBG sesi 2014/2015Bercabang tiga si gunung daik

Di kakinya subur pohon meranti

Budi luhur dibalas baik

Dalam ingatan tersimpul mati

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong sesi 2014/2015. Untuk itu, majlis menjemput ____________________

_________________, dengan diiringi __________________________untuk menyampaikan sijil dan cenderahati tersebut.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berusaha .(Rujuk senarai nama)Burung nuri burung merpati

Hinggap di beranda hinggap ditangan ,

cenderahati di beri seikhlas hati

Sebagai tanda buat kenanganMajlis mengucapkan terima kasih kepada ________________________________ atas penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan ________________________untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada __________________________________Terima kasih diucapkan kepada _____________________________

9.Majlis PenutupHadirin hadirat yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan. Sebarang kelemahan harap dimaafi

Segala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih sekalung budi

Kenangan nan indah simpanlah di hati

Pohon kenangan elok merimbun

Tersenyum dara menyunting bunganya,

Kami menghimpun maaf dan ampun

Wacana hidup berkat selamanya. Kami mewakili AJK PIBG dan warga SMK Bukit Jelutong, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Nor Hisham bin Ses atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.Sebelum mesyuarat agung diteruskan, dijemput dengan segala hormatnya Tuan Pengetua mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Dato Nor Hisham bin Ses untuk meninggalkan majlis .Dengan ini majlis diserahkan kepada yang Yang berusaha Tn. Hj. Rohyzam Merican bin Naina Merican, Yang dipertua PIBG Sekolah untuk meneruskan aktiviti mesyuarat

Sekian sahaja, kami akhiri dengan lafaz Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

PAGE 1