TEKS JURUACARA MAJLIS

8
TEKS JURUACARA MAJLIS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MURID 2007 SEK. KEB. SERI BARU Mengumumkan, ketibaan En. Dzulkifli Bin Abd Rahman Penyelia Pendidikan Swasta / Perhubungan Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak ke majlis Anugerah Cemerlang SK Seri Baru kali ke-25. Para hadirin diminta berdiri. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka kata. Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan selamat sejahtera. Yang berusaha, En. Dzulkifli Bin Abd Rahman Penyelia Pendidikan Swasta / Perhubungan Pejabat Daerah Hilir Perak Yang Berusaha, En. Hanafi Bin Abd Razak Pemangku Guru Besar SK Seri Baru Yang Dihormati, En. Mohamad Bin Darus Yang DiPertua PIBG SK Seri Baru Guru-guru Para Jawatankuasa PIBG Ketua-ketua kampung Ibu bapa Murid-murid yang diraikan Serta murid-murid sekalian. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana

Transcript of TEKS JURUACARA MAJLIS

Page 1: TEKS JURUACARA MAJLIS

TEKS JURUACARA MAJLISMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG MURID 2007

SEK. KEB. SERI BARU

Mengumumkan, ketibaan En. Dzulkifli Bin Abd Rahman Penyelia Pendidikan Swasta / Perhubungan Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak ke majlis Anugerah Cemerlang SK Seri Baru kali ke-25.

Para hadirin diminta berdiri.

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka kata.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan selamat sejahtera.

Yang berusaha,En. Dzulkifli Bin Abd RahmanPenyelia Pendidikan Swasta / Perhubungan Pejabat Daerah Hilir Perak

Yang Berusaha,En. Hanafi Bin Abd Razak Pemangku Guru Besar SK Seri Baru

Yang Dihormati,En. Mohamad Bin DarusYang DiPertua PIBG SK Seri Baru

Guru-guruPara Jawatankuasa PIBGKetua-ketua kampungIbu bapaMurid-murid yang diraikanSerta murid-murid sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya dapat sama-sama kita berada dalam majlis yang mulia ini, Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-25.Bagi pihak jawatankuasa sambutan majlis anugerah dan seluruh warga SK Seri Baru, kami mengalu-ngalukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-murid ke majlis ini.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya ingin menjemput Ustaz Nazri bin Abd Ghani bagi mengetuai bacaan doa.Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Amin amin Ya Robbanalamin.

Page 2: TEKS JURUACARA MAJLIS

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Nazri b. Abd Ghani.

Para hadirin sekalian yang dirahmati sekalian,Majlis Anugerah Cemerlang adalah merupakan acara tahunan sekolah dengan bantuan daripada Pihak PIBG SK Seri Baru dengan tujuan untuk menyampaikan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum khasnya, Acara ini juga merupakan acara tradisi bagi setiap sekolah.

Para hadirin sekalian,Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang DiPertua PIBG En. Mohamad b. Darus untuk memberi ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohamad b. Darus di atas ucapan itu tadi.

Majlis dengan hormatnya menjemput Pemangku Guru Besar, En. Mohd Hanafi b. Abd Razak untuk menyampaikan ucapan.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Hanafi b. Abd Razak di atas ucapan itu tadi.

Majlis dengan segala hormat dan penuh takzimnya menjemput En. Dzulkifli b. Abd Rahman, Penyelia Pendidikan Swasta/Perhubungan Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang ke-25 SK Seri Baru tahun 2007.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Dzulkifli b. Abd Rahman di atas ucapan itu tadi.

Para hadirin yang dikasihi sekalian, bagi meneruskan acara kita pada pagi ini, saya ingin mempersilakan murid-murid Prasekolah SK Seri Baru yang dibimbing oleh Cik Nor Azliza bt Che Ahmad dan Cik Siti Salmah bt Mohd Salleh untuk mempersembahkan sebuah lakonan.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid prasekolah itu tadi.

Persembahan seterusnya, saya menjemput murid-murid tahap 1 untuk mempersembahkan nyanyian bahasa inggerisDipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahap 1.

Majlis dengan segala hormatnya dijemput En. Hanafi b. Abd Razak mengiringi En. Dzulkifli b. Abd Razak menyampaikan sijil dan anugerah seterusnya menyempurnakan majlis konvokesyen murid Prasekolah SK Seri Baru.

Page 3: TEKS JURUACARA MAJLIS

Para hadirin sekalian, Prasekolah SK Seri Baru telah beroperasi sejak awal tahaun 2006. murid-murid ini dibimbing oleh seorang guru dan dibantu oleh seorang pembantu Prasekolah.Murid-murid ini telah diajar pelbagai asas untuk persediaan memasuki pendidikan formal apabila mereka memasuki tahun 1 nanti.Oleh yang demikian, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan murid-murid Prasekolah ini untuk menerima sijil tamat prasekolah dan sijil penghargaan.

Tempat pertama disandang oleh Nursahirah bt Rizal

Tempat kedua disandang oleh Nur Afifah bt Makmum

Tempat ketiga disandang oleh Norasyikin bt mohd sapakir dan Mohd ikhmal Asraff b. Marjuni. Tahniah diucapkan kepada murid-murid Prasekolah.Terima kasih diucapkan kepada En. Dzulkifli b. Abd Rahman.

Persembahan seterusnya, saya menjemput murid-murid tahap 1 yang dibimbing oleh …………………………………………………………. Untuk mempersembahan sebuah tarian.Dipersilakan.

Terima kasih sekali diucapakan kepada murid-murid tahap 1.

Majlis menjemput Pn. Noor Asmah bt Arshad mengiringi En. Hanafi b. Abd Razak untuk menyampaikan anugerah program nilam 2007.Dipersilakan.

Penerima Anugerah Program NILAM tahap Jauhari Tahun 2007,Emas,Dipersilakan adik ………………………..dengan jumlah………………

Perak,Dipersilakan adik …………………………dengan jumlah…………….

Gangsa,Dipersilakan adik …………………………dengan jumlah…………….

Page 4: TEKS JURUACARA MAJLIS

Terimakasih diucapkan kepada …………………………………. dan syabas diucapkan kepada penerima anugerah.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya menjemput murid-murid tahap 2 untuk mempersembahkan ……………………………………………..Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahap 2.

Majlis menjemput ………………………………………………………. diiringi oleh …………………………………………….. untuk menyampaikan anugerah akademik, cemerlang dan anugerah peningkatan prestasi 2007.

Untuk tahun …………………………….Tempat pertama………………………………dengan gred…………….

Anugerah peningkatan prestasi murid tahun ……………………….di sandang oleh………………………………dengan gred…………………………….

Terima kasih diucapkan kepada ………………………………………………..

Para hadirin sekalian ,Seterusnya majlis menjemput ………………………………………… diiringi oleh ……………………………………………….. untuk menyampaikan anugerah mata pelajaran terbaik 2007.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bagi penerima anugerah ………………….

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………

Seterusnya, majlis menjemput murid-murid tahun 6 mempersembahkan …………………………………yang bertajuk……………………………..Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 6.

Majlis menjemput ……………………………………………… diiringi oleh ………………………………………………………………… untuk menyampaikan sumbangan PIBG untuk murid tahun 6 sesi 2007.Dipersilakan.

Dimulai oleh adik ………………………

Terima kasih diucapkan kepada En. Hanafi b. Abd Razak.

Page 5: TEKS JURUACARA MAJLIS

Para hadirin sekalian,Majlis menjemput En. Mohamad b. Darus diiringi oleh En. Hanafi b. Abd Razak untuk menyampaikan anugerah galakan simpanan Bank Rakyat dan Anugerah galakan simpanan Bank Pertanian.Dipersilakan.

Anugerah Galakan Simpanan Bank Rakyat disandang oleh Nur Zahidah bt. Mhd Bahari dengan jumlah simpanannya RM880.93.

Anugerah Galakan Simpanan Bank Pertanian disandang oleh Siti Haslina bt Azahat dengan jumlah simpanannya RM3040.75

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad b. Darus.

Bagi anugerah yang seterusnya, anugerah ketua dan penolong ketua kelas, ketua dan penolong ketua pengawas pusat sumber sekolah dan anugerah ketua dan penolong ketua pengawas sekolah. Dengan segala hormatnya saya menjemput ……………………………………………………………….. diiiringi oleh ……………………………………………………………….. untuk menyampaikan anugerah.Dipersilakan.

Anugerah ketua darjah,

Anugerah penolong ketua darjah,

Anugerah ketua pengawas pusat sumber,Nurul Amani bt Mohd Mashod

Anugerah penolong ketua pengawas pusat sumberMuhammad Fitri b. Saiful Bahri

Seterusnya,Anugerah ketua pengawas sekolahMohamad Azhari b. JaaparNadhia bt Mohd Yusoff

Anugerah penolong ketua pengawas sekolah,Mohamad Shahriel b. ZainuddinNur Zahirah bt mhd Bahari

Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………………….

Para hadirin sekalian,Seterusnya majlis menjemput ……………………………………. diiringi oleh ……………………………………………………… untuk menyampaikan

Page 6: TEKS JURUACARA MAJLIS

Anugerah-anugerah khas bekas pelajar SKSB.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Anugerah kecemerlangan kurikulum 2007, dipersilakan Adik Nur Zahirah bt Mhd Bahari

Anugerah kecemerlangan kokurikulum 2007, dipersilakan adik Nadhia bt Mohd Yusoff.

Anugerah ibu bapa cemerlang kurikulum,Dipersilakan En. Bahari b. Yusof

Anugerah ibu bapa cemerlang kokurikulumDipersilakan En. Mohd Yusoff b. Adnan

Seterusnya, majlis mempersilakan …………………………………… untuk menyampaikan cenderamata kepada En. Dzulkifli b. Abd Rahman sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah.Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………………….

Akhir sekali, pihak majlis ingin memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat kesilapan disepanjang majlis ini berlangsung kerana yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu dating dari kami sendiri.

Sebelum bersurai marilah kita sama-sama membaca Surah Al- Asr. Dengan itu, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

KALAU ADA SUMUR DILADANGBOLEH KAMI MENUMPANG MANDIKALAU ADA UMUR YANG PANJANGTAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI

Para hadirin dijemput ke kantin untuk menikmati jamuan.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.