Teks Majlis Persaraan

5
MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG PERSARAAN TN.HJ NORDIN B MOHAMED ALI PENYELARAS PKG REMBAU Makluman kepada sidang hadirin, Assalammulaikum………………. Selamat sejahtera……………… Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Sukacita dimaklumkan bahawa majlis ini adalah meraikan Yang Berbahagia Tn.Hj Nordin Bin Mohamed Ali Penyelaras PKG Rembau. Justeru itu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis yang begitu bermakna pada petang ini. Untuk melicinkan perjalanan majlis kita pada pagi ini, saya memohon kerjasama daripada pihak sidang hadirin untuk mematuhi beberapa perkara berikut: Di sepanjang majlis ini berlangsung kerjasama tuan- tuan/puan-puan di pohon untuk mematikan (switch-off)

Transcript of Teks Majlis Persaraan

Page 1: Teks Majlis Persaraan

MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG

PERSARAAN TN.HJ NORDIN B MOHAMED ALI

PENYELARAS PKG REMBAU

Makluman kepada sidang hadirin,

Assalammulaikum……………….

Selamat sejahtera………………

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa majlis ini adalah meraikan Yang Berbahagia Tn.Hj

Nordin Bin Mohamed Ali Penyelaras PKG Rembau.

Justeru itu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat, tuan-tuan

dan puan-puan ke Majlis yang begitu bermakna pada petang ini.

Untuk melicinkan perjalanan majlis kita pada pagi ini, saya memohon kerjasama daripada

pihak sidang hadirin untuk mematuhi beberapa perkara berikut:

Di sepanjang majlis ini berlangsung kerjasama tuan-tuan/puan-puan di pohon

untuk mematikan (switch-off) telefon bimbit masing-masing atau menukar kepada

mod getaran sebagai tanda menghormati majlis

Semasa majlis perasmian tamat,tuan/puan sekelian di minta bergerak ke tempat

jamuan selepas tetamu utama dan dif-dif kehormat beredar terlebih dahulu

Segala kerjasama yang pihak tuan-tuan dan puan-puan berikan saya dahului dengan

ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Page 2: Teks Majlis Persaraan

Adap bermajlis salam bersambut,

Mengadap Illahi Maha terpuji,

Keredaanya,

Selamat dan Sejahtera

Bersamalah kita memanjatkan hidayah

Memohon restu,berkat di pinta

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Al-Fadil Ustaz Amran Bin Yazid untuk memimpin bacaan doa.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al_Fadil Ustaz

Jazakallah…….. di ucapkan kepada A—Fadil Ustaz di atas bacaan doa sebentar

tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian

Sekapur sirih,seulas pinang

Salam penghormatan sajian ungkapan,

Ucapan aluan,sumbangsih perangsang,

Pembuka majlis sebagai santapan

Bagi meneruskan majlis kita pagi ini,majlis dengan segala hormat dan takzimnya

menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Pn Rokiah Bte Hj Mahat selaku

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan PKG Rembau merangkap Guru Besar SK Undang

Rembau untuk menyampaikan ucapan alu-aluannya.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan yang telah diberikan,

Page 3: Teks Majlis Persaraan

Hadirin yang dihormati sekalian

Bila memandang ke muka laut,Nampak sampan mudik ke hulu;Bila terkenang mulut menyebut,Budi yang baik ingat selalu.

Akar keladi melilit selasih,Selasih tumbuh di hujung taman;Kalungan budi junjungan kasih,Mesra kenangan sepanjang zaman.

Dari Daik pulang ke Daik    Sehari-hari berkebun pisangBudi baik dibalas baik    Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa    Terbit bunga pucuk matiBudi tuan saya tak lupa    Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut    Sampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebut    Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan     Ambil gaji jadi jemudiMati ikan kerana umpan     Mati saya kerana budi

Banyak ubi perkara ubi    Ubi keledek ditanam orangBanyak budi perkara budi    Budi baik dikenang orang

Lipat kain lipat baju    Lipat kertas dalam puanDari air menjadi batu    Sedikit tak lupa budi tuan

Page 4: Teks Majlis Persaraan

Jentayu burung jentayu    Hinggap di balik pokok mayangBunga kembang akan layu    Budi baik bilakan hilang

 Jika belayar ke tanah Aceh    Singgah dulu di kota DeliJika hendak orang mengasih    Hendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di darat    Bunga seroja di tepi kaliHina besi kerana karat    Hina manusia tidak berbudi

Dewa sakti melayang ke Daik    Hendak mencari Dewa JarugaKalau ada budi yang baik    Sampai ke mati orang tak lupa

Limau manis dimakan manis    Manis sekali rasa isinyaDilihat manis dipandang manis    Manis sekali hati budinya

Cuaca gelap semakin redup    Masakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidup    Barulah kekal dihormati orang