Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

12
Majlis Perpisahan dan Persaraan MASA CUE ANN pm KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Hajah Latifah Binti Mahmud Mantan Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia Dan dif-dif jemputan masuk ke dewan. pm SALUTASI Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara. م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا م الس بYang Berbahagia Puan Hajah Latifah Binti Mahmud Mantan Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia Yang Berusaha Encik Mohamad Isa Bin Ramlan Penasihat Persatuan Perkomperi Ipg Kampus Pendidikan Islam Yang Diraikan

description

gf

Transcript of Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Page 1: Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Majlis Perpisahan dan Persaraan

MASA CUE ANNpm KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan

Yang BerbahagiaPuan Hajah Latifah Binti MahmudMantan Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia

Dan dif-dif jemputan masuk ke dewan.

pm SALUTASI Mega berarak indah berbalam,Dipuput bayu ke pohon ara;Pemanis kalam selamat malam,Awal bismillah pembuka bicara.

الرحيم الرحمن الله بسمYang BerbahagiaPuan Hajah Latifah Binti MahmudMantan Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia

Yang Berusaha Encik Mohamad Isa Bin RamlanPenasihat Persatuan Perkomperi Ipg Kampus Pendidikan Islam

Yang DiraikanUstazah bariah binti Selamat Bekas Pensyarah

Page 2: Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Majlis Perpisahan dan Persaraan

Encik Mohamad Nor Bin HarunBekas Puan Khairul bariah Binti HaroenBekas

Seterusnya para tetamu dan ahli perkomperi yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam apresiasi.

pm Hadirin yang dimuliakan,

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada malam ini untuk meraikan

Majlis perpisahan Ustazah bariah binti Selamat dan

Majlis persaraan Puan Hajah Latifah Binti Mahmud, Encik Mohamad Nor Bin Harun dan Puan Khairul bariah Binti Haroen.

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh di perkatakan atas segala bakti

Page 3: Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Majlis Perpisahan dan Persaraan

dan kepimpinan yang dilakukan oleh mereka yang diraikan pada malam ini.

9.15 pm Bacaan Doa

Garam ada kicap pun ada,Sayang lada terlupa bagi;Pantun ada ucapan ada,Sayang tiada berdoa lagi.

Hadirin yang dihormati,Majlis diteruskan dengan bacaan doa. Untuk itu, pihak majlis mempersilakan saudara Erwan bin ____________ bagi mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

-Doa-

Amin-amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,Di bawah atap tepi halaman;Juadah sudah letak di meja,Sudilah santap tuan budiman.

Kini, majlis menjemput tetamu jemputan dan para hadirin untuk menjamu selera yang disediakan .

Page 4: Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Majlis Perpisahan dan Persaraan

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan yang akan disampaikan oleh persatuan perkomperi ipg kampus pendidikan islam.

Dengan lagu bertajuk rumput bertasbih yang ditujukan khas buat Ustazah Bariah binti Selamat. Terima lah….

Ucapan ustazah bariah

Emas tempawan buatmu puteri,Busana indah buat rupawan;Sudilah puan tampilkan diri,Bersama madah kata aluan.

Hadirin yang dikasihi,Majlis diteruskan dengan menjemput

Yang Dihormati Ustazah bariah binti Selamat Bekas Pensyarah

Untuk menyampaikan ucapan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

-Ucapan-Majlis mengucapkan terima kasih

Page 5: Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Majlis Perpisahan dan Persaraan

Hadirin yang dikasihi,

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan Lagu yang bertajuk Selamat Tinggal yang ditujukan khas buat Encik Mohamad Nor Bin Harun. Degarkan lah….

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin yang dikasihi,Majlis diteruskan dengan menjemput

Yang Dihormati Encik Mohamad Nor Bin Harun Bekas Pensyarah

Untuk menyampaikan ucapan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

-Ucapan-Majlis mengucapkan terima kasih

Hadirin yang dikasihi,

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan Lagu yang bertajuk My Way yang ditujukan khas buat Puan Khairul bariah Binti Haroen.. Dengarkan lah….

Page 6: Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Majlis Perpisahan dan Persaraan

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatan

Hadirin yang dikasihi,Majlis diteruskan dengan menjemput

Yang Dihormati Puan Khairul bariah Binti Haroen Bekas Pensyarah

Untuk menyampaikan ucapan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

-Ucapan-Majlis mengucapkan terima kasih

Hadirin yang dikasihi,

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan Lagu yang bertajuk You Raise Me Up yang ditujukan khas buat Puan Hajah Latifah Binti Mahmud.. Dengarkan lah….

Kalau puan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami;Kepada puan hormat diberi,Ucapan Puan dinanti-nanti

Page 7: Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Majlis Perpisahan dan Persaraan

Hadirin yang dikasihi,Majlis diteruskan dengan menjemput

Yang Dihormati Puan Hajah Latifah Binti Mahmud Mantan Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia

Untuk menyampaikan ucapan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan

-Ucapan-Majlis mengucapkan terima kasih

Persembahan multimedia /montaj

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Hadirin sekalian,Setersunya adalah tayangan multimedia. Oleh itu, marilah sama-sama kita saksikan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Page 8: Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Majlis Perpisahan dan Persaraan

PERSEMBAHAN ORKESTRA Hadirin Yang Dimuliakan,

Majlis diserikan lagi dengan persembahan orKestra yang akan disampaikan oleh persatuan Perkomperi IPG Kampus Pendidikan Islam dengan Bimbingan Ustaz Isa Bin Ramlan.

Untuk itu majlis dengan hormatnya Mempersembahkan.

Penyampaian Cenderahati Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian

cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Hajah Latifah Binti Mahmud di iringi ustaz Isa Bin ramlan untuk menyampaikan cenderamata.

Kini, majlis menjemput Puan Khairul bariah Binti Haroen untuk menerima cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dijemput Encik Mohamad Nor Bin Harun

Seterusnya Di jemput Ustazah bariah binti Selamat.

Page 9: Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Majlis Perpisahan dan Persaraan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada

Yang Berbahagia Puan Hajah Latifah Binti Mahmud atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Puan Hajah Latifah Binti Mahmud untuk menerima cenderamata daripada encik isa bin ramlan selaku penasihat persatuan perkomperi sebagai tanda kenang-kenangan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

Bersurai Raut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Hajah Latifah Binti Mahmud,Ustazah bariah binti Selamat,Encik Mohamad Nor Bin Harun dan Puan Khairul bariah Binti Haroen.

Page 10: Teks Mc Majlis Persaraan Dan Perpisahan

Majlis Perpisahan dan Persaraan

kerana sudi untuk bersama kita pada malam yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Jamuan persaraan dan perpisahan ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

DipersilakanYang BerbahagiaPuan Hajah Latifah Binti Mahmud Serta dif- dif jemputan untuk meninggalkan majlis.