Teks-Mc-Makan-Malam

download Teks-Mc-Makan-Malam

of 12

Transcript of Teks-Mc-Makan-Malam

Contoh teks ucapan majlis makan malam dan format ringkas TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM MPV 2004. Mengumumkan ketibaan tuan pengetua smvbl Tn Hj. Mohd Salleh b. Abdul Aziz Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia, YB. Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha tuan pengetua smvbl Tn Hj. Mohd Salleh b. Abdul Aziz,Yang Dihormati barisan kepimpinan pentadbir sekolah. ; .1) En. Abdul Salim Bin Abdul Samad - PK Pentadbiran. .2) En. Abdul Rauf Bin Abdullah - PK Hal Ehwal Murid .3) En. Khor Boon Peng - PK Kokurikulum. Yang Dihormati ketua2 bidang, ketua bengkel, Guru-guru Kanan Matapelajaran dan rakan2 yang dikasihi sekalian Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar. Sirih junjung penyeri majlis, majlis MPV kita raikan, selamat datang tamu ke majlis, majlis makan malam kita sajikan. Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan Jabatan Pelajaran Sabah. Hadirin dan hadirat sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis makan malam smvbl bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini yang berusaha Tn Hj. Mohd Salleh b. Abdul Aziz, pengetua smvbl kerana sudi hadir dalam majlis makan malam pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri. Tak molek, jika ada alu tida lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan tuan Pengetua smvbl. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj. Mohd Salleh b. Abdul Aziz, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Hadirin sekalian, majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Pegawai Pelajaran ...........untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan. terima kasih............. Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput........untuk membacakan doa makan.dipersilakan. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Bertamu rai sandakan, gendang gendut tali kecapi, sambil menonton kita makan, pelbagai persembahan akan diserikan. Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para hadirin sebagai hiburan sampingan.dengan ini majlis memulakan persembahan dengan menjemput.............untuk menyampaikan ...........dipersilakan hadirin dan hadirat, majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan...................dipersilakan seterusnya kita nikmati pula persembahan nyanyian daripada..............majlis dengan sukacitanya mempersilakan. Para hadirin sekalian, sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara................, kita serikan lagi majlis ini dengan persembahan tarian........... dengan sukacitanya majlis mempersilakan. Hadirin yang dihormati, majlis ini diteruskan dengan persembahan.............. terima kasih ...........atas persembahan itu tadi.

para hadirin, kita hangatkan lagi suasana dengan menjemput..................yang akan mempersembahkan.............dipersilakan. Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada malam ini. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa akan datang. Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t. dengan ini diumumkan keberangkatan pulang YB Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan. ....................................................................... Format Secara ringkas. 1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.(hadirin diminta berdiri) 2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran. 3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan. 4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah. 4.1Perucap alu-aluan - Mengucapkan Selamat datang - Menyatakan fungsi dan objektif majlis - Melaporkan aktiviti - Mengemukakan Cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada. 5.Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu) 5.1Perucap terima kasih - Berterima kasih diberi peluang berucap - Mengucapkan selamat datang ke majlis - Melaporkan aktiviti .. - Mengemukakan cadangan dan permintaan - Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK .. 6.Ucapan utama daripada tetamu kehormat(jika beliau ingin berucap) 6.1Perucap Utama - Mengucapkan tahniah kepada pengelola - Melaporkan informasi terkini. - Memberi nasihat - Menjawab cadangan dan permintaan

- Kata penutup.. 7.Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau pun anugerah. 8.penutup 9.mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta berdiri) Semoga ianya dapat membantu sesiapa jua.... Aneka Contoh

Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara MajlisISBN 978-983-43425-7-9 Penerbit AL Falah N.A. Salleh Jumlah m/s : 160 Saiz : 5" x 7.5" Paperback Harga:

RM18.00

PANTUN PEMBUKA ACARA Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Tetak buluh kajang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. PANTUN JEMPUT MAKAN Lebat rumbia di Sungai Kedah, Sayang senduduk di tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera. Terbang sekawan si burung merbuk, Batang selasih di Tanjung Dara; Padamu tuan kami persembah, Santapan kasih juadah mesra. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman; Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN Bukan rumput sebarang rumpun, Rumput penghias tepi halaman; Bukan jemput sebarang jemput,

Jemput memohon kata aluan. Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan. Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. PANTUN JEMPUTAN UCAPAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Duduk sekawan si burung unta, Tepi keramat di waktu malam; Pada mu tuan kami meminta, Kata azimat penutup kalam. Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami. Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. PANTUN UCAPAN PERASMIAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi. Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi,

Kata perasmi hajatnya kami. Jangan tertawan alpa duniawi, Hanya indah serupa mimpi; Duhai pahlawan ksatria pertiwi, Hulurkan madah kata perasmi. Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. PANTUN DI AKHIR MAJLIS Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Dari Rokan ke Indragiri, Membawa tinta ke Kuala Linggi; Baliklah tuan rehatkan diri, Esok kita bersua lagi. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. PANTUN BUAT WARGA EMAS Bulan purnama ke pekan Kuah, Di tengah hari membeli ragi; Dirimu umpama nyiur bertuah,

Padat sari harum mewangi. Curah serbat di atas lantai, Basah tikar lupa disidai; Dikau ibarat karang di pantai, Tak pernah gentar dipukul badai. Pohon sena tepi perigi, Tepi paya si pohon jambu; Hadirmu laksana suria pagi, Menyinar maya tak pernah jemu. Anak dara ke Tanjung Batu, Janji bertemu di Teluk Bayu; Walau usia dimamah waktu, Cekal hatimu tak pernah layu. Bukan gua sebarang gua, Gua penuh pusaka bonda; Bukan tua sebarang tua, Tua penuh ilmu di dada. Pergi ke Nilai membeli jamu, Jamu rasa dari tenggara; Tidak ternilai jasa baktimu, Kepada bangsa juga negara. Tidak goyah pancang seribu, Tika masih badai menderu; Engkau ayah engkaulah ibu, Menumpang kasih mengubat rindu. Pohon beringin tepi keramat, Dengar siulan diufuk barat; Kalau ingin hidup selamat, Buat bekalan untuk akhirat. Beli keladi di Pekan Lidup, Sayang rasa lemaknya kurang; Taburlah budi ketika hidup, Kelak jasa dikenang orang. Pintal kapas menjadi benang, Tenun benang menjadi sari; Barang yang lepas jangan dikenang, Kalau dikenang meracun diri. Pohon senduduk baru di tanam, Sayang mati di pijak pak tani; Dari duduk baik bersenam, Senang hati sihat jasmani. Apa guna siparang panjang, Kalau tidak dengan tujuan;

Apa guna berumur panjang, Kalau tidak dengan amalan. Timba suasa ditepi kali, Buat menyimbah si tuan puteri; Berputus asa jangan sekali, Jadikan tabah pakaian diri. Betik muda buat halwa, Kelapa muda santan dirasa; Biar muda di dalam jiwa, Dari tua sebelum masa. Imanshah nak berkongsi teks pengacaraan beberapa majlis yang pernah diacarakan oleh Imanshah. Sebagai permulaan Imanshah nak kongsikan teks pengacaraan Hari Anugerah Cemerlang 2011 yang mana Imanshah akan menjadi MC pada 23 April 2011. Kepada rakan-rakan dan pengunjung, Imanshah izinkan untuk teks ini menjadi rujukan dan panduan kepada majlis apapun. TQ.

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh dif-dif kehormat. Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Yang Berbahagia, Dato Mohd Nasir bin Ahmad Presiden Staroba Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG, STAR Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR Dif-dif kehormat, AJK STAROBA, AJK PIBG, pegawai-pegawai kementerian, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang STAR kali ke 51 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang STAR pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain untuk meminpin bacaan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain atas bacaan doa sebentar tadi. Pakaian dipakai cantik berseri, Majlis keraian kita semua, Majlis kita takkan berseri, Tanpa persembahan multimedia

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahana multimedia. Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif pasukan Briged Bestari STAR dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid. Tak molek, jika ada alu tida lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua Cemerlang STAR. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang STAR kali ke-51 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi. Setrusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2011. Dipersilakan. Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi. Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis barubaru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah. Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja Sebarang kelemahan harap dimaafi Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Semoga kita berjumpa lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian Rumah Tetamu STAR. Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh