teks pengacara majlis

6
Teks Pengacaraan Majlis Jamuan Akhit Tahun Dan Majlis Perpisahan Bil cue ann catatan 1. Persediaan majlis Diminta hadirin mengambil tempat asing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi 2. Kata-kata aluan Assalamualaikum wbt Yang berbahagia, ustaz shahidan bin shafie, wakil PPD, Yang berbahagia, tuan hj Abdul Latif bin Ismail yang dipertua PIBG Sk Kenering, Yang berusaha, Puan Hajjah Habibah binti Hj Salleh, guru besar sk kenering, Pn Ramlah binti Harun, Penolong kanan pentadbiran, Encik Azizul Rahman bin ahmad Penolong kanan hal ehwal murid, En, Muhammad khairzan bin Mohd Rathi, penolong kanan kokurikulum Guru-guru yang diraikan Dan semua guru yang dirahmati Allah. 3. Kata-kata aluan Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari pulau mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di Sri Inai Inn ini sempena jamuan akhir tahun dan majlis perpisahan En Yusmainor bin mohd Yusof dan

description

s

Transcript of teks pengacara majlis

Page 1: teks pengacara majlis

Teks Pengacaraan Majlis Jamuan Akhit Tahun Dan Majlis Perpisahan

Bil cue ann catatan

1. Persediaan majlis Diminta hadirin mengambil tempat asing-

masing kerana majlis akan dimulakan sebentar

lagi

2. Kata-kata aluan Assalamualaikum wbt

Yang berbahagia, ustaz shahidan bin shafie,

wakil PPD,

Yang berbahagia, tuan hj Abdul Latif bin Ismail

yang dipertua PIBG Sk Kenering,

Yang berusaha, Puan Hajjah Habibah binti Hj

Salleh, guru besar sk kenering,

Pn Ramlah binti Harun, Penolong kanan

pentadbiran,

Encik Azizul Rahman bin ahmad Penolong

kanan hal ehwal murid, ‘

En, Muhammad khairzan bin Mohd Rathi,

penolong kanan kokurikulum

Guru-guru yang diraikan

Dan semua guru yang dirahmati Allah.

3. Kata-kata aluan Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari pulau mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat illahi

kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita

sama-sama berkumpul di Sri Inai Inn ini

sempena jamuan akhir tahun dan majlis

perpisahan En Yusmainor bin mohd Yusof dan

en. Mohd Khairi bin Abu hassan.

4. Ucapan guru besar Bukan keris tanpa ulunya,

Bukan majlis jika tanpa ucapannya,

Majlis dengan hormatnya mempersilakan yang

Page 2: teks pengacara majlis

berusaha Puan hajah habibah binti hj salleh ,

guru besar sk kenering untuk menyampaikan

ucapannya.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

………………………………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas

ucapan sebentar tadi

5. Ucapan YDP PIBG Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada

yang berbahagia Tuan Hj Abdul Latif bin Ismail,

Yang Dipertua PIBG SK Kenering.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

.................................................

Terima kasih diucapkan.

6. Ucapan wakil PPD Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada

yang berbahagia Ustaz Shahidan bin Shafie ,

wakil dari pejabat pendidikan daerah hulu

perak.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

.................................................

Terima kasih diucapkan.

7. Ucapan khas guru

bertukar

Sudah Biasa Kita Dengari

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Namun Tak Sama Dengan Yang Ini

Tak Mungkin Ada Galang Ganti.

Seterusnya majlis mempersilakan , yang

diraikan, En Yusmainor bin Mohd Yusof untuk

menyampaikan sepatah dua kata.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan,

........................................................

Majlis merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih atas ucapan

sebentar tadi.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput

insan kedua yang diraikan, En Mohd Khairi bin

Page 3: teks pengacara majlis

Abu Hassan untuk menyampaikan sepatah dua

kata.

.............................................

Majlis merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih atas ucapan

sebentar tadi.

Banyak Duri Perkara Duri

Tidak Sama Duri Mengkuang

Banyak Budi Perkara Budi

Tidak Sama Budimu Seorang

Malam Hari Berlagu Unggas

Memecah Kesunyian Di Dalam Hutan

Walaupun Terpisah Tempat Dan Tugas

Budimu Tuan Dalam Ingatan

8. Penyampaian

hadiah kelahiran

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah

kelahiran anak pertama di SK Kenering

Untuk menyempurnakan majlis, dipersilakan

____________________diiringi

____________untuk menyampaikan hadiah.

1. Dijemput En. Nazri bin Rabu

2. En Khairi bin Abu Hassan

Terima kasih diucapkan kepada puan guru

besar atas penyampaian hadiah sebentar tadi.

9. Hadiah perpisahan Majlis seterusnya adalah penyampaian

cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan

buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Majlis mempersilakan

____________________diiringi

____________untuk menyampaikan

cenderamata.

Page 4: teks pengacara majlis

Dijemput

1. En Yusmainor bin mohd Yusof

2. En. Mohd Khairi bin Abu hassan.

Terima kasih diucapakan __________atas

penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Pastinya kami warga SK Kenering tidak akan

lupa akan jasa dan pengorbanan kalian berdua.

......

10. Bacaan doa

Seterusnya majlis mempersilakan Ustaz

Khairani Khalil bin Azizan untuk membacakan

doa . Dipersilakan

majlis merakamkan ucapan terima kasih

kepada ustaz khairani khalil atas bacaan doa

itu tadi.

11. Upacara potong kek

Begitulah tadi penyempurnaan upacara potong

kek.

12. Penutup Tiba waktunya untuk menyusun jemari

membuang segala kerikil bersalut di hati

maaf andai ada salah silap tanpa disedari agar

saat perpisahan ini indah berbunga mesra

dalam jambangan ingatan.

pada yang akan pergi meninggalkan kita di SK

Kenering

jelinglah kami jika rindu masih bertamu

sapalah kami andai mesra akrab berpadu

selamat bertugas di tempat yang baru

Page 5: teks pengacara majlis

semoga allah sentiasa memberkati

majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi

kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi

meluangkan masa bersama-sama

memeriahkan majlis pada petang ini

akhir kalam,

ubi manis ubi keladi

kalau ada ditambah lagi

sekiranya umur panjang direstui

kita pasti berjumpa lagi

13. Jamuan kembang harum sibunga seroja

buat hiasan penyambut tetamu

terhidang sudah jamuan dimeja

dipersilakan semua hadirin menjamu.

untuk itu dipersilakan hadirin dan hadirat

sekalian untuk menjamu selera.

sekian sahaja ,salam hormat,

wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum

wbt…