Teks Pengacara Majlis Anti Dadah Peringkat Sekolah

6
TEKS PENGACARA MAJLIS ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2012 BI L ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN 1 Murid-murid berdiri dalam barisan. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Pengacara diminta untuk memaklum- kan kepada semua murid agar bersedia dan senyap untuk upacara majlis bermula 2 Alu-aluan Pengacara Majlis. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh. Yang Berbahagia, En Mohd Zain B. Bakar, Guru Besar SK. Seri Makmur Yang Berusaha, En. Wan Azhar B. Wan Nawi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Dihormati, Puan Hjh. Khtijah Bt. Harun, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. En. Arman B. Husin, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Rakan-rakan guru, kakitangan sekolah serta murid-murid yang

description

teks

Transcript of Teks Pengacara Majlis Anti Dadah Peringkat Sekolah

TEKS PENGACARA MAJLIS ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

2012

BIL

ATURCARASKRIP PENGACARACATATAN

1Murid-murid berdiri dalam barisan.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,Sayang pesanan terlupa sudah;Majlis bermula tirai dibuka,Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.

Pengacara diminta untuk memaklum-kan kepada semua murid agar bersedia dan senyap untuk upacara majlis bermula

2Alu-aluan Pengacara Majlis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berbahagia,

En Mohd Zain B. Bakar, Guru Besar SK. Seri MakmurYang Berusaha,

En. Wan Azhar B. Wan Nawi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati,

Puan Hjh. Khtijah Bt. Harun, Guru Penolong Kanan Pentadbiran.En. Arman B. Husin, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Rakan-rakan guru, kakitangan sekolah serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita berkumpul di kerapatan ini dalam melaksanakan program pencegahan pendidikan dadah 2012.

Sebelum dimulakan majlis kita pada pagi ini, para pelajar di minta duduk

3Bacaan DoaKalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al- Fadhil Ustaz Mokhtar bin Abd. Ghani untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakannya.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada al- Fadhil di atas bacaan doa tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Ustaz Mokhtar B. Abd. Ghani

4Nyanyian Lagu

-Negaraku

- Negeri Pahang

Bacaan Ikrar AntidadahMajlis diteruskan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang.

Diminta Semua guru dan murid untuk berdiri.

Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Antidadah oleh Adik Mohd Irfan Fahmi B. Mohd Izani.Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas bacaan ikrar tadi.

Semua hadirin diminta duduk.

5

6Ucapan GPK Hal Ehwal MuridUcapan Perasmian Guru BesarPara hadirin sekalian,

Sudilah tuan jalan berlapan,Jalan berlapan di malam kelam;Sudilah tuan beri ucapan,Kata aluan pemanis kalam.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha En Wan Azhar B. Wan Nawi, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid SK Seri Makmur untuk menyampaikan ucapan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Sempena Hari anti Dadah Kebangsaan tahun 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terimakasih kepada En. Wan Azhar B. Wan Nawi di atas ucapan beliau itu tadi.Buah langsat di tepi busut,Mari dimuat di atas peti,Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan En. Mohd Zain B. Bakar, Guru Besar SK Seri Makmur, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Pencegahan Pendidikan Dadah 2012.Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan tuan.

Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih di atas ucapan serta perasmian program oleh Tuan Guru Besar.

GPK HEMGuru Besar SK Seri Makmur

7

8Ceramah oleh AADK Maran

Bila memandang kemuka laut,Nampak sampan mudik ke hulu,Bila terkenang mulut menyebut,Budi yang baik ingat selalu.

Terbang di awan burung jentayu,Kerana penat gugur kebumi;Tampillah tuan kami merayu,Bersama amanat bekalan kami.Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu : Lagu tema PPDa

Mereka yang rebah dan Dadah durjana

Semua hadirin diminta untuk berdiri.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian hadirin untuk menyanyikan lagu tadi.

Kita teruskan program pada hari ini dengan persembahan daripada murid murid SK Seri Makmur. Majlis dengan ini menjemput Murid dari kelas 5arif untuk mempersembahkan persembahan mereka iaitu Boria antidadah dan Dengarlah Sayang.Kita teruskan persembahan dengan menjemput Aduk Khairul Aizam B. Awang Kechik untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk Anak.

Seterusnya majlis menjemput Adik Norsyafiqah Adila Bt. Mohamad untuk mendeklamasikan sajak beliau yang bertajuk

Majlis mengucapkan terima kasih dan tahnuah diatas persembahan yang penuh makna daripada murid-murid tadi. Kini majlis diteruskan dengan tayangan video.

Majlis kita pada hari ini diteruskan dengan ceramah anti dadah yang akan disampaikan oleh Cik Razua Bt. Rahim Dari Agensi Anti Dadah (AADK) Maran.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada wakil AADK Maran Diatas ceramah beliau tadi.

9Penutup dan BersuraiMajlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan cenderhati kepada pemenang. Majlis menjemput GPK Kokurilulum, En. Arman B. Mohd Husin Mengiringi GPK Pentadbiran, Pn. Hjh. Khtijah Bt. Harun bagi menyempurnakan penyampaian hadiah.majlis mempersilakan.Pertandingan mewarna pra sekolah ;

Pendidikan khas;

Tahun 1;

Tahun 2;

Tahun 3;

Pertandingan membina kad aku janji:

Tahun 4;

Tahun 5;

Tahun 6;

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati kepada penceramah kita pada hari ini.dengan ini majlis menjemput dan mempersilakan GPK HEM SK Seri Makmur En. Wan Azhar B. Wan Nawi mengiringi Tuan Guru besar SK Seri Makmur En. Mohd Zain B. Bakar untuk menyampaikan cenderhati.majlis mempersilakan

Ucapan terima kasih diatas kesudian Tuan Guru Besar menyampaikan cenderhati kepada pegawai AADK Tadi.

Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemaridisusunmaaf dipinta.

Bungaseroja di ataspara,Jatuhditimpabuahberangan;Andai kata tersilapbicara,Kemaafanjua kami pohonkan.

Sekian sahaja daripada saya

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi Wabarakatuh