teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

12
Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014 19 November 2014 Masa CUE ANN 1 1950 Ketibaan VIP Hadirin sekalian, dipohon kerjasama hadirin utk mengambil tempat duduk masing2, majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Sebelum majlis dimulakan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian: 1. Semasa pengumuman perarakan masuk Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif dibuat, dipohon kerjasama hadirin utk berdiri dan seterusnya menyanyikan 3 rangkaian lagu Negaraku, N. Selangor dan Sekolah. 2. Diminta hadirin mematikan telefon bimbit atau menukar telefon bimbit anda ke mod senyap untuk kelancaran majlis. 3. Diminta kerjasama para ibu bapa untuk menghadkan pergerakan keluar masuk dewan untuk mengelakkan sebarang gangguan sepanjang majlis pada hari ini berlangsung. MENGUMUMKAN KETIBAAN Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana Menteri Merangkap Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya diiringi oleh

description

Hari Anugerah

Transcript of teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

Page 1: teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014 19 November 2014

Masa CUE ANN 1

1950 Ketibaan VIP Hadirin sekalian, dipohon kerjasama hadirin utk mengambil tempat duduk masing2, majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Sebelum majlis dimulakan ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

1. Semasa pengumuman perarakan masuk Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif dibuat, dipohon kerjasama hadirin utk berdiri dan seterusnya menyanyikan 3 rangkaian lagu Negaraku, N. Selangor dan Sekolah.

2. Diminta hadirin mematikan telefon bimbit atau menukar telefon bimbit anda ke mod senyap untuk kelancaran majlis.

3. Diminta kerjasama para ibu bapa untuk menghadkan pergerakan keluar masuk dewan untuk mengelakkan sebarang gangguan sepanjang majlis pada hari ini berlangsung.

MENGUMUMKAN KETIBAAN

Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana Menteri Merangkap Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Hj. Idrais Bin Abdul Hamid masuk ke dalam dewan.

Hadirin dipohon berdiri.

Masa CUE ANN 2

2015 Lagu Negara ku dimainkan

Para tetamu jemputan dan

Lagu Negara ku dimainkan.....

Hadirin dipersilakan duduk.

Page 2: teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014 19 November 2014

hadirin dijemput duduk

Masa CUE ANN 3

0940 Setelah semua hadirin berada di tempat duduk

Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara..Hari ini menugal jagung, Hari esok memetik peria;Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana Menteri Merangkap Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Yang Berusaha Tuan Haji Idrais Bin Abdul HamidGuru Besar SK Dato’ Onn Jaafar

Barisan Guru-Guru Penolong Kanan, Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,Dato-Dato Datin-Datin, Para guru, murid-murid, tuan-tuan puan-puan hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Page 3: teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014 19 November 2014

Masa CUE ANN 4

0945 Setelah semua hadirin berada di tempat duduk

Biji selasih boleh dimakan, Menjadi perisa sedap terperi;Selamat datang kami ucapkan, Semoga majlis tambah berseri.

Majlis terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif serta para penerima anugerah kecemerlangan SK Dato’ Onn Jaafar 2013. Majlis juga mengucapkan selamat datang kepada semua para tetamu jemputan tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dimuliakan.

Masa CUE ANN 5

Bacaan doa

Selepas bacaan doa

Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa;Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd. Shahrulnizam Bin Zainal Abidin untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi

Masa CUE ANN 6Ucapan Alu-

Aluan Pengerusi Majlis

Hadirin Hadirat Sekalian,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Dato’ Onn Jaafar Tahun 2014.

Untuk makluman hadirin sekalian, Acara ini tiap-tiap tahun diadakan untuk meraikan murid-murid yang telah berjaya mendapat mendapat keputusan yang cemerlang sepanjang tahun.

Page 4: teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014 19 November 2014

Masa CUE ANN 7

Ucapan Guru Besar

Selesai Ucapan

Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Tuan Haji Idrais Bin Abdul HamidGuru Besar SK Dato’ Onn Jaafar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Masa CUE ANN 8

Ucapan Perasmian VIP

Hadirin yang dihormati,

Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa,Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh jiwa,Di sini ada pendidik yang tidak kenal erti putus asa,Di sini ada Guru Besar yang berjasa,Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini, Majlis menjemput dan mempersila Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif

Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana Menteri Merangkap Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya.untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya Merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Dato’ Onn Jaafar 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Page 5: teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014 19 November 2014

Masa CUE ANN 9Setelah selesai ucapan VIP

Persembahan Violin Esamble

Demikianlah tadi ucapan perasmian daripada Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif

Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana Menteri Merangkap Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dari Kedah ke bandar Perlis, Singgah bersantai di tepi jeti;Persembahan menyusul memeriahkan majlis, Semoga hadirin terhibur di hati.

Terimalah persembahan pembuka tirai oleh pasukan violin sekolah dengan Persembahan _______________________________________.

Masa CUE ANN 10

Hadirin sekalian,

Berikan tepukan untuk persembahan sebentar tadi . Untuk makluman hadirin persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan____________.

Masa CUE ANN 11Konvo Prasekolah

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah Khas Pra Sekolah.

Dengan ini, majlis sekali lagi mempersilakan Yg Berbahagia Datuk Haji Yusoff bin HM Hanif

Pegawai Tugas Khas Timbalan Perdana Menteri Merangkap Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Page 6: teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014 19 November 2014

Cenderahati

SelesaiCenderahati

untuk menyempurnakan majlis.

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Idrais Bin Abdul Hamid untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu jemputan. Sudi apalah kiranya tuan menerima cenderahati yang tidak seberapa daripada pihak kami. Budimu tuan diiringi ucapan terima kasih.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Idrais Bin Abdul Hamid atas kesudian beliau menyampaikan cenderamata itu tadi.

Masa CUE ANN 12Tarian Chinese Fan Dance Hadirin sekalian,

Sebagai halwa mata dan telinga marilah sama-sama kita saksikan Persembahan Tarian Chinese Fan Dance. Dipersilakan.

Masa CUE ANN 13

Selesai Tarian Chinese Fan Dance

Kecemerlangan Akademik Tahun 1-3

SelesaiKecemerlangan

Berikan tepukan yang gemuruh. Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Untuk makluman semua, Persembahan tarian itu tadi adalah di bawah bimbingan _______________________.

Seterusnya, majlis menjemput Yang Dihormati Dr. Abdul Razak Bin Zainuddin YDP PIBG SK Dato’ Onn Jaafar untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik Tahun 1 hingga Tahun 3.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati Dr. Abdul Razak Bin Zainuddin atas kesudian beliau menyampaikan anugerah kepada

Page 7: teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014 19 November 2014

Akademik Tahun 4-6

para penerima anugerah.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik kepada murid Tahun 4-Tahun 6. Bagi menyempurnakan majlis, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati En. Lotefi Bin Abd. Latif NYDP PIBG SK Dato’ Onn Jaafar untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima anugerah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Lotefi Bin Abd. Latif NYDP PIBG SK Dato’ Onn Jaafar atas kesudian beliau menyampaikan anugerah kepada para penerima anugerah.

Masa CUE ANN 14Nasyid Hadirin sekalian,

Kita berhenti rehat seketika dan marilah sama-sama kita saksikan persembahan Tarian Kontemporari oleh anak-anak cilik Pra Sekolah. Terimalah... ”Nirmala”.

Itulah tadi persembahan tarian yang telah ditarikan oleh anak-anak pra sekolah kita Berikan tepukan yang gemuruh.Untuk makluman semua, Persembahan itu tadi adalah di bawah bimbingan ___________________.

Anugerah Lonjakan Akademik Tahun1 –Tahun 6

Yang Berusaha Pn. Maizatul Azura Mohd. NoorPenolong Kanan Pentabiran dan Kurikulum

Anugerah Kecemerlangan Mata PelajaranTahun 1 hingga Tahun 6

Yang Berusaha Tuan Haji Rashid Bin Md. Saman

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Page 8: teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014 19 November 2014

Tarian India Hadirin sekalian, kita berhenti rehat seketika.

Sebagai halwa mata dan telinga marilah sama-sama kita saksikan satu tarian india ”Kannode

Kanbathe Ellam”. Berikan tepukan yang gemuruh.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman semua persembahan tadi di bawah bimbingan ___________________.

Kini tibalah kita ke acara kemuncak iaitu Penyampaian Anugerah Khas. Bagi menyempurnakan majlis, pihak majlis menjemput dan mempersila Yang Berbahagia Datin Salmah Binti Buang, Guru Penolong Kanan Kokurikulum naik ke atas pentas.

** Anugerah Tunas Harapan*** Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum

- Sukan/ Permainan- Badan Beruniform- Kelab Persatuan

-Ucap terima kasih

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Idaris Bin Abd Hamid naik ke atas pentas untuk menyampaikan anugerah. Majlis mempersilakan.

** Anugerah NILAM*** Tokoh Murid 2014***** Anugerah Khas Putera 2014**** Anugerah Guru Besar

-Ucap terima kasih

Page 9: teks pengacara majlis hari anugerah 2013.docx

Hari Anugerah Kecemerlangan SKDOJ 2014 19 November 2014

Hadirin sekalian,

Marilah sama-sama halakan pandangan ke atas pentas untuk saksikan persembahan terakhir kita ”Guruku Sayang”.

Untuk makluman semua persembahan ini menggabungkan kesemua murid Tahun1 hingga Tahun 6 dan di bawah bimbingan _____________________

Masa CUE ANN 15Penutup Kini, tibalah kita ke penghujung acara.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu untuk menyampaikan jutaan terima kasih kepada para tetamu jemputan dan semua pihak yang telah hadir dalam menjayakan acara Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan ini.

Di atas dahan pohon tempuaMelihat rusa tepi perigi

Salam perpisahan untuk semuaDi lain masa bersua lagi

Wabilahi.......Assalamualaikum warahmatullah w.b.t. Terima kasih